Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JIG

1. Lukis saiz sebenar komponen produk di atas papan lapis (full size)
 Guna papan lapis bersaiz 3mm tebal.
 Gunakan lukisan berskala penuh atau 1 : 1
 Lukis bentuk ke atas papan lapis.

2. Potong bentuk dengan jig saw / band saw.


 Potong terbesar sedikit (2 mm) untuk tujuan penyamaan.

3. Pelas mengikut bentuk.


 Gunakan mesin pelelas jika perlu untuk tujuan penyamaan.

4. Sedia bahan untuk template jig.


 Gunakan papan lapis 19mm tebal atau bahan yang tidak mudah
menggeleding sebaik-baiknya tebal tidak melebihi 19mm.
 Bahan yang digunakan hendaklah benar-benar sama atau rata.

5. Lukis bentuk keatas template jig.


 Lukis bentuk penuh di atas template jig. Ini adalah untuk menentukan
tempat apit dan penetap.
 Panjangkan garisan memotong kegarisan pemotongan

6. Potong bahagian buangan template.


 Guna gergaji tangan / jigsaw.
 Elakkan merosakkan bahagian tepi semasa proses menggergaji.

7. Ketam atau pelas template.


 Gunakan alatan yang sesuai.
 Bahagian tepi template mestilah sekata atau sama.

8. Sediakan alat apit dan aksesori logam.


 Sedia apit, skru, bolt dan nat, sepana dan bungkah kayu.

9. Tentukan tempat pemasangan alat apitan.


 Alatan apitan mesti diletak pada kedudukan yang sesuai terutama di dua
hujung.
 Tentukan pemasangan blok kayu pada kedudukan yang sesuai.
 Tanda tempat kedudukan alat apit dan blok kayu.

10. Gerudi lubang dan benamkan skru pengikat pada alat apitan serta blok
kayu.
 Pilih saiz mata gerudi yang sesuai.
 Buat tempat lubang jika perlu.

11. Bina 1 set pemegang jig


 Reka bentuk ikut keperluan jig

12. Periksa kekuatan skru pengikat & Laraskan ketinggian apitan

Anda mungkin juga menyukai