Anda di halaman 1dari 21

Mari Buat Duit Dengan Ebook

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Mengenai Penulis
Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Jamal, telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak Disember 2008 lagi. Beliau memulakan perniagaan ebook ini secara part time di mana siang hari bekerja sebagai jurutera awam, dan di malam hari menjalankan perniagaan ebook.

Beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah mengalami masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang agak kritikal. Dengan semangat ingin BEBAS KEWANGAN, beliau mempertaruhkan nasibnya untuk mencuba dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara berhutang dari kad kreditnya. Dengan untung RM60 pertama pada Disember 2008, beliau mengorak langkah menjana income lumayan 5 angka setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya menghasilkan jualan lebih RM125K dalam masa hanya 40 hari dilancarkan.

Sejak itu, beliau banyak mendapat liputan dari dunia perniagaan internet Malaysia dan sering mendapat jemputan memberikan ceramah berkenaan perniagaan ebook di universiti seperti UiTM, mendapat liputan majalah I Luv Islam, jemputan temuramah dengan TV Selangor. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di Ibukota sepanjang 2009 dan 2010.

Jamal adalah penulis ebook terlaris 2009 iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, Emas-Emas Yang Hilang, Rahsia Affiliate Kerajaan (2010) dan beberapa ebook lain yang telah dijual kepada pemilik baru.

Blog rasmi: www.blogjamal.com

Web Ebook: www.kerja-kerajaan.com www.affiliatekerajaan.com www.rahsiaemas.com www.buatebook.com

www.pakarebook.com

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook

1. Menjual ebook pertama 800 unit dalam masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM
24, 000. Jualan sudah ditutup.

2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com melebihi 3000 unit sehingga laporan


ini ditulis dan telah menjana lebih RM100, 000 dari ebook tersebut.

3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya seorang rakan melebihi 200
unit dalam masa 3 bulan dan sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan.

4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan
hampir RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook berjaya dijual sehingga ke hari ini. Telah diserahkan hak milik pada rakan kongsi.

5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di www.rahsiaemas.com (telah ditutup


jualannya) dan berjaya menjana RM 125, 000 dalam masa 40 hari dijual. Lebih 2000 unit ebook telah terjual sehingga kini.

6. Berjaya

memasarkan lebih 800 unit ebook Rahsia Affiliate Kerajaan di www.affiliatekerajaan.com dalam masa hanya sebulan! Hampir RM70, 000 berjaya dihasilkan dalam tempoh tersebut!! Kini jualan melebihi 1000 jualan!

7. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan ebook orang lain melalui link
affiliate lebih 1000 unit dari beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM 50, 000 dengan affiliate.

Ya, lebih 8000 unit ebook berjaya dijual oleh Jamal dalam masa setahun lebih. Satu pencapaian yang sangat sukar dicapai oleh orang baru yang bermula dengan zero. Tapi Jamal berjaya membuktikan sesiapa boleh berjaya dalam perniagaan ebook ini walaupun bermula tanpa pengalaman dan juga kemahiran dalam bidang perniagaan internet. Anda tak percaya dengan hasil income dari ebook yang saya jual di internet? Mudah saja. 1. Tanya saja warga forum wangcyber.com. Di sana forum komuniti usahawan internet Malaysia. 2. Anda cuba tanya saja usahawan-usahawan internet Malaysia yang bergelar jutawan seperti Gobala Krishnan, Patric Chan, Zamri Nanyan, Zaki Yusof, atau mereka yang terkenal yang lain seperti Shuth, Sifu Lan, Ammar Zahar, dan ramai lagi. 3. Nak tunjuk bukti lagi? Lihat di web saya lah.. www.pakarebook.com 4. Lawat blog saya di blogjamal.com 5. Tak percaya lagi? Sila jangan baca laporan ini...

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Dan yang terbaru, saya telah menubuhkan IM Training Center! Pusat kegiatan IM yang terulung di Malaysia.

IM Training Center 22B, Jalan Plumbum P/7p Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor Tel: 03-5511 1327

Ada masa datang la melawat IM Training Center saya ni ye. Nak sewa tempat saya untuk buat seminar/kursus berkomputer pun boleh, ni webnya http://imtraningcenter.com/ .

Ini adalah Pusat Latihan IM Training Center yang telah saya tubuhkan dalam masa setahun selepas menceburi bidang perniagaan ebook. Tahukah anda kos menubuhkannya hampir 6 angka!! Semuanya adalah hasil dari perniagaan internet! Ini adalah kebanggaan saya dan juga semua IM di Malaysia.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Pengenalan Perniagaan Ebook


Perniagaan internet terdiri pelbagai jenis serupa juga seperti perniagaan konvensional. Di internet terdapat 3 jenis kategori perniagaan yang utama iaitu: Menjual produk fizikal - menjual minyak wangi di internet, menjual ubat kuat, menjual pasu antik dan bermacam-macam lagi. Menjual produk digital menjual ebook, menjual software, menjual system, menjual audio dan video Menjual servis menawarkan servis terjemahan di internet, servis penulis artikel, servis membina web, servis bimbingan dan bermacam-macam lagi.

Itu antara kategori utama dalam perniagaan internet. Dan ada banyak lagi cara buat duit di internet, antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ebay Program affiliate Adsense Blogging CPA Internet MLM Dan lain-lain

Ya, ada terdapat banyak cara buat duit di internet. Tapi, tak akan saya ceritakannya satu persatu. Dalam ebook ini, saya hanya cerita berkenaan EBOOK. Ya, EBOOK! Saya menulis ini kerana ingin berkongsikan kepada anda bahawa betapa untungnya, betapa mudahnya, betapa cepatnya perniagaan ebook ini dijalankan. Anda mahu income 3 angka? 4 angka? atau 5 angka sebulan dengan menjalankan perniagaan ebook? Ye, sebab itulah ebook ini ditulis buat anda. Teruskan bacaan! Pengenalan Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kita berkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukah saya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITAB KUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buat dalam bentuk point di bawah:Apa itu ebook? Nama omputihnya electronic book jadila e-book Dalam BM buku elektronik e-buku Produk informasi digital/produk ilmiah Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia seiring dengan zaman penyebaran informasi Biasanya dibuat dalam format microsoft. Word dan ditukarkan kepada fail pdf

Mengapa ebook? Mudah dipindah dan disimpan Boleh dicetak

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Boleh dapat update dari penjual ebook Lain dari lain - unik Tiada di pasaran buku biasanya banyak rahsia yang orang ramai tak tahu Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa Jimat kos beli, hantar dll Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan Keuntungan adalah 100% Mudah dijual melalui minisite Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup

Ebook VS Buku

Buku Kena pergi kedai buku nak beli

Ebook beli di internet pon boleh dah..cepat pantas dan jimat masa Boleh simpan dalam PC, CD, pendrive kerasa nak print, tiada masalah Boleh print semula jika hilang ke, terbakar ke atau sebagainya..

Berat jika dah banyak..tak boleh simpan dalam pendrive Risiko terkoyak, terbakar, hilang atau kena conteng dengan anak. Nanti kena beli baru pulak buku tu Jika tak faham lepas baca buku, nak tanya siapa ye. Buku dikemaskini versi terbaru, kita kena beli la sekali lagi.. Ayat dalam buku berjela jela panjangnya penuh & dengan kata kata berbunga bunganya Tak boleh sembang sembang atau mengorat penulisnya..

Tak faham? Email je atau call penulis ebook..Dia boleh bantu Biasanya penjual ebook berikan secara percuma.. Biasanya ditulis dalam bentuk ringkas straight to the point..mudah nak faham:) Ringkas tapi padat! Boleh berchatting ke, email ke, call ke dengan penulisnya..silap silap haribulan bertemu jodoh pula dengan penulisnya..hehehe

Ada Ke Orang Beli Ebook? Ini soalan pelik yang sering pernah saya terima. Baca aja di bawah: Jika takde orang beli, saya takkan jual ebook. Cuba lihat semakin ramai orang jual ebook sekarang ini. Ada permintaan, ada jualan. Satu soalan buat anda Anda nak kerja kerajaan. Tapi kat kedai buku tiada buku rujukan khas buat temuduga kerja kerajaan. Semuanya temuduga umum saja. Tapi di internet, ada

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook


ebook/ebuku dalam bentuk softcopy yang membongkarkan teknik-teknik betul semasa temuduga kerja kerajaan. Anda ingin sangat kerja kerajaan, mana satu kah yang akan anda beli? Ebook atau buku? Cuba lihat di luar Negara, terutamanya Amerika, perniagaan ebook semakin meluas. Orang beli book kerana mahukan maklumat dengan pantas, padat, terbukti berkesan atau hasil dari kejayaan orang lain. Lihat saja ebook-ebook yang terkumpul di laman web www.clickbank.com Orang yang terdesak untuk mendapatkan maklumat dalam ebook pasti akan membelinya. Lihat saja ebook anak didik saya di tipsptd.com yang terjual lebih 3000 unit dalam masa 10 hari saja. Lebih RM130K dihasilkan! Saya pun kalah..hehehe

Sekarang zaman penyebaran informasi selari dengan perluasan penggunaan internet. Abad 21 adalah zaman informasi. Nak dapat maklumat atau nak selesaikan masalah je, taip saja di google. Tu terbeli ebook tu:-)

Orang beli ebook sebab malas mencari buku di kedai buku. Penat-penat mencari belum tentu ada buku tu. Mana anda mahu, luang masa 1 jam membeli ebook di internet atau menghabiskan masa 1 hari mencari buku di kedai buku. Kalau takde buku yang diidamkan, pasti anda memaki tokey kedai buku itu.. Bila satu-satu ebook tu bagus, iaitu dapat selesaikan masalah orang, ianya pasti akan disebarkan kepada orang lain. Contohnya si Abu ni. Sebab aku baca panduan dalam ebook Jamal tu lah aku dapat kerja goverment. Baik kau beli juga ebook Jamal tu wahai Halimah Jongang. Halimah beli book tu sebab disyorkan oleh si Abu.

Itulah beberapa alasan kenapa orang beli ebook. Anda sudah faham bukan? Tak faham lagi? Sila baca di atas semula. Ya, memang tidak dapat dinafikan perniagaan ebook semakin berkembang di Malaysia sekarang. Walaupun bisnes internet di Malaysia di tahap bayi lagi, tapi ianya semakin berkembang. Jika anda bijak mengambil peluang sekarang, anda adalah orang yang amat beruntung! Jadi, usah tunggu lagi..

Orang yang beruntung adalah orang yang bijak mengambil peluang. Andalah orangnya!

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis Ebook

Kepakaran Orang Lain

Temuramah

Kajian akhir tahun Budak universiti Penerbitan Semula Buku Lama

Hobi/minat

Pengalaman

Terjemahan buku/ebook asing

Kepakaran Sendiri

Idea Menulis Ebook

Resel Right

Idea..idea..idea..Susahnya mencari idea..L Sampai pecah kepala pening pening kepala nak dapatkan idea. Tapi ada orang tu senang senang je dapat idea. Masa tidur pon boleh dapat idea..Usah risau! Saya akan membantu anda bagaimana untuk mencari idea untuk menghasilkan ebook dengan beberapa kaedah yang telah saya gunakan sebelum ini. Teruskan bacaan. 1. Berdasarkan pengalaman Pengalaman memang banyak membantu dalam menghasilkan ebook. Seperti saya hasilkan ebook percuma ini. Jika saya tiada pengalaman membeli, menjual dan menerbitkan ebook, bolehkah saya menerbitkan ebook ini? Sudah tentu tidak bukan? Seperti ebook Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan, saya hasilkan berdasarkan kisah pengalaman saya sendiri. Akan tetapi pengalaman bagaimana yang boleh anda tukarkannya kepada ebook? Mudah saja! Iaitu pengalaman yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Ataupun kisah kejayaan anda menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya anda pernah menyelesaikan masalah orang ramai berdasarkan pengalaman, teknik teknik dan juga kepakaran anda, anda boleh kumpulkannya dalam bentuk ebook. Ebook yang boleh dijual adalah ebook yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Sebagai contoh: ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK dihasilkan berdasarkan pengalaman saya yang telah beberapa kali menghadiri temuduga di sektor awam.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Dalam temuduga tersebut, saya telah beberapa kali lulus dan ada juga yang gagal untuk jawatan yang berbeza-beza. Dan apabila berjaya dalam temuduga, saya terfikir untuk menulis ebook tersebut. Saya rasa dengan gabungan pengalaman saya, kajian saya, pembacaan buku berkenaan temuduga, soal selidik, saya akan dapat menghasilkan sebuah ebook yang dapat membantu orang ramai/pencari kerja untuk menghadapi temuduga di sektor awam. Anda faham bukan? Seperti yang anda sedia maklum, ramai orang berminat untuk memasuki bidang kerja sektor awam. Akan tetapi ramai yang kecewa kerana gagal melepasi tapisan temuduga. Sebenarnya apa masalah atau punca yang menyebabkan kegagalan mereka itu? Jawapannya mudah saja iaitu :

- mereka tidak tahu adab adab semasa temuduga - mereka tidak tahu nak buat persediaan apa sebelum temuduga - mereka tidak tahu cara menjawab soalan yang ditanya - mereka tidak tahu cara mereka dinilai semasa temuduga - dan banyak lagi masalah yang sering dihadapi oleh calon

Nah! Inilah masanya saya jadikan pengalaman dan kejayaan anda itu untuk membantu mereka. Jadi, saya menyediakan penyelesaian masalah tersebut dalam bentuk ebook iaitu ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Objektif utama ebook ini dihasilkan adalah membantu menyelesaikan masalah calon untuk bakal menghadapi temuduga sektor awam dan seterusnya berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan. Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang saya sampaikan berdasarkan contoh/sample yang diberikan? Mungkin anda memiliki pengalaman pengalaman hebat yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jadi ambil peluang ini. Di samping membantu orang ramai, anda juga akan mengaut keuntungan dari ebook yang anda hasilkan.

2. Berdasarkan Hobi/Minat Apakah hobi dan minat anda? Adakah anda seorang yang suka memancing? Dan anda selalu mendapat hasil dari pemancingan anda? Atau anda beberapa kali memenangi pertandingan memancing/JORAN? Apa kata anda kongsikan teknik memancing anda yang hebat itu dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai kaki kaki pancing akan dapatkan ebook anda. Lebih lebih lagi jika anda memang hebat dalam teknik memancing yang tidak diketahui ramai orang. Sungguh mudah bukan, contoh yang saya berikan tersebut? Atau anda cari info info berkenaan teknik memancing di dalam buku, carian di internet, tanya otai pancing atau sebagainya dan kemudian hasilkan satu tips memancing yang lengkap dan hebat. Anda akan berkongsikan tips tips pemancingan anda dalam bentuk ebook dan sudah tentu anda boleh menjual dengan mudah ebook ini kepada kaki kaki pancing. Ada bermacam macam lagi hobi dan minat orang lain yang sama dengan anda. Contohnya menanam bunga, memelihara binatang kesayangan, memasak, bersukan, membaca, dan lain lain lagi. Tahukah anda, sekiranya anda menulis ebook berdasarkan minat atau hobi

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

Mari Buat Duit Dengan Ebook


anda, hasilnya amat memuaskan. Sudah tentu anda mampu menghasilkan pendapatan dari ebook tersebut

Mengapa? Jawapannya adalah - anda melakukan sesuatu yang memang anda suka dan anda sangat tahu apa yang anda tulis. Tanpa dipaksa anda akan menyediakan bahan bahan terbaik yang akan dimuatkan dalam isi kandungan ebook anda. Di bawah adalah contoh idea idea menulis ebook berdasarkan minat/hobi:

Ebook Panduan Lengkap Melukis Kartun/ karikatur/ potret Ebook Teknik paling Efektif Memikat Awek/Pakwe Ebook 10 Cara Memancing Ikan Toman Paling Efektif Ebook Teknik Mudah Senyum Ebook Teknik Menyulam Baju Cara Jepun Ebook Belajar Berenang Dengan Cepat, Selamat dan Berkesan Ebook Panduan Memasak Nasi Kandar Penang Ebook Cara Main Game Bola PES Paling Hebat Ebook Panduan Membaiki Komputer Sendiri Ebook Cara Cara Mudah Membaiki Kereta Sendiri Ebook Panduan Landskap Dalaman Rumah Yang Menarik Ebook Cara Bersenam Yang Paling Efektif Ebook Cara cara Memelihara Ikan Kelisa Ebook Bagaimana Untuk Menghias Laman Rumah Seperti Taman Bunga? Ebook Teknik teknik Mengajar Budak Berumur 2 Tahun Membaca Ebook Bagaimana Menjana Duit Dengan Menjual Kuih Bahulu Di Rumah Ebook Panduan Penanaman Bunga Orkid Ebook Teknik teknik Menternak Kambing Boer Ebook Panduan Menanam Buah Naga Kuning

3. Berdasarkan Kepakaran Anda Mencipta ebook berdasarkan kepakaran sendiri adalah yang terbaik! Dengan menjadi pakar, anda mampu menjawab segala permasalahan pembeli ebook anda. Cuba anda lihat bagaimana Chef Wan sebagai pakar dalam bidang masakan, Dr Fazilah Kamsah sebagai pakar motivasi, Dr Irfan Khairi sebagai pakar dalam perniagaan internet, Shuth sebagai pakar dalam penghasilan ebook, Ammar Zahar sebagai pakar dalam affiliate marketing, Siti Nurhaliza pakar dalam bidang nyanyian, dan sebagainya. Saya pakar dalam apa ye?... Akan tetapi jika anda tidak pakar bagaimana pula nak jadi pakar? Camne ye? Pening anda memikirkannya? Mudah saja! Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu rajin mengkaji, membaca dan mempraktikkan apa yang dipelajari berkenaan bidang tersebut tidak kira samada melalui pembacaan buku, artikel, kajian, temuramah ataupun lain lain cara. Biasanya dengan membaca banyak buku berkenaan bidang berkaitan, anda mampu untuk menjadi pakar. Jadi, jangan risau sekiranya anda tidak pakar lagi dalam bidang tersebut. Baca..baca..bacadan anda akan jadi pakar! Ambil masa anda :) Akan tetapi tidak semestinya anda perlu menjadi begitu pakar untuk memulakan penulisan ebook anda. Bina kepakaran anda dari masa ke semasa dengan cepat. Pengalaman dari penulisan ebook, penjualan ebook, dan juga pertanyaan dari pembeli akan membuatkan anda menjadi pakar dalam bidang anda. Yang penting adalah tindakan pertama anda untuk memulakannya.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

10

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Contoh contoh ebook yang boleh ditulis berdasarkan dari kepakaran: Ebook Teknik Advance Membina Laman Web Ebook Cara Memasak Makanan Barat Ebook Cara Paling Efektif Memotivasikan Mat Rempit Ebook 10 Cara Berkesan Uruskan Wang Ebook Teknik Belajar di Universiti Paling Ummmphh.. Ebook Rahsia Menjual Nasi Lemak Kukus Paling Menguntungkan Ebook Rahsia Keenakan Sate Kajang Dibongkarkan! Ebook Panduan Belajar Autocad Dibongkarkan1 Ebook Pandai Belajar Mengaji Dalam Masa Sebulan Ebook Belajar Matematik Dengan Formula Rahsia Ebook Rahsia Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia Ebook Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah Ebook Belajar Menggunakan Microsft Excell Dengan Berkesan Ebook Panduan Bina Badan Untuk Lelaki Kurus Dibongkarkan Ebook 10 Teknik Langsingkan Badan Tanpa Bersenam Ebook Panduan Membaiki Kereta Dengan Lengkap Ebook Teknik Memandu Seperti Pelumba F1 Ebook Bagaimana Membaiki Rumah Anda Sendiri Ebook Bagaimana Berniaga Di Pasar Malam Ebook Panduan Membina Blog Ebook Cara Menulis Buku Yang Laris Ebook Rahsia Orang Orang Tua China Berumur Panjang Ebook Teknik Teknik Senaman Tai Chi Ebook Mari Belajar Silat Ebook 5 Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok Ebook Cara Membuat Pelaburan Rumah Ebook 10 Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Berkesan

4. Berdasarkan Kepakaran Orang Lain Senang ceritanya adalah, orang lain tulis ebook, anda menjualnya. Itulah yang banyak saya praktikkan. Ianya boleh juga dipanggil jv partner. Maknanya anda berkongsi milik dengan penulis ebook. Akan tetapi cara sebegini memerlukan pengalaman dalam penulisan ebook sendiri sebelum menjual ebook jv orang lain seperti ini. Pengalaman anda amat diperlukan bagi memastikan ebook yang ditulis oleh rakan jv partner anda terjual. Lebih lebih lagi pengalaman dalam pemasaran ebook dan juga promosi. Sebelum itu, pastikan rakan jv partner anda benar benar faham dan mengetahui apa yang ditulisnya. Anda juga perlu terlibat dalam kerja penyuntingan dan semakan ebook sebelum dipasarkan. Sebagai contoh, ebook Panduan Asas Blogger dan juga ebook Emas Emas Yang Hilang dihasilkan berdasarkan penulisan oleh orang lain yang memang pakar dalam bidangnya. Saya cuma menguruskan dari segi pemasaran, teknikal web, sales letter, dan lain lain. Kerja kerja teknikal berkaitan isi kandungan ebook diuruskan oleh jv partner saya. Ianya memudahkan kerja kerja saya kerana saya dapat menumpukan kepada hal hal terpenting dalam jualan ebook iaitu marketing. Tanpa marketing yang baik, adalah mustahil ebook anda akan terjual dengan laris. Hal hal pemasaran akan saya bincangkan dalam bab akan datang nanti ye. Sabar Dari segi keuntungan pula, biasanya saya offer 50 % kepada penulis ebook. Dan ianya amat berbaloi. Dengan kerja kerja yang lebih fokus, iaitu dengan menumpukan kepada pemasaran target jualan ebook akan berjaya dicapai. Biasanya untuk projek seperti ini, saya akan bertindak sebagai leader kepada pasukan saya.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

11

Mari Buat Duit Dengan Ebook


NOTA: Sekarang saya tak terima dah offer JV seperti ini. Bukan apa, untung bahagi dua:-) Tak syok la..hehehehe. Tapi kes-kes tertentu, saya ada juga JV... 5. Ebook Berdasarkan Temuramah Wah! Ini kerja mudah..Temuramah orang je boleh buat duit. Ada beberapa cara untuk hasilkan ebook sebegini. Anda boleh menemuramah seseorang atau lebih yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. Contohnya adalah menemuramah 5 orang usahawan menternak kambing yang berjaya.

Anda boleh menyediakan temuramah samada melalui rakaman audio, catatan di borang temuramah, video atau menyediakan satu set soalan temuramah untuk dijawab semula oleh mereka. Kesemua hasil temuramah itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam ebook. Sungguh mudah bukan? Sediakan soalan, sediakan jawapannya. Jadikannya seperti perbualan biasa yang tersusun.

Akan tetapi, anda perlu memaklumkan kepada orang yang ditemuramah oleh anda itu akan objektif utama temuramah tersebut. Pastikan juga anda memberitahu mereka akan keuntungan yang bakal mereka perolehi dengan kerjasama itu samada dalam bentuk royalti, komisyen, pengiklanan, ataupun lain lain yang dipersetujui oleh mereka.

Contoh contoh ebook yang boleh dibuat adalah: Ebook Temuramah 5 Usahawan Tiram Yang Berjaya Ebook Kisah 10 Jutawan Internet Malaysia Ebook Soal Jawab Dengan 5 Tokoh Agama Ebook Kisah Kejayaan Mr. X Ebook Mentor Jutawan Pasar Malam Ebook Kisah 2 Mat Rempit Yang Kaya Raya Ebook Temuramah 50 Usahawan Wanita Paling Berjaya Di Malaysia Ebook Kisah 10 Pelajar Cemerlang Ebook Rahsia Otai Otai Affiliate Didedahkan Ebook 10 Cerita Temuduga Yang Sukses Ebook Bicara Jutawan MLM Ebook Bual Bual Bersama Dr. Kamsah Ebook Chef Wann Bercerita Tentang Rahsia Masakannya Ebook Dari Seorang Penganggur Menjadi Jutawan Ebook Temubual Bersama Tokey Kedai Mamak Ebook Mentor Affiliate Ebook Mentor Ebook Ebook Apa Kata 5 Pakar Kewangan Ebook Soal Jawab Ilmu Tentang Jin Ebook Apa Kata Azizi Ali..

Lihat, anda dapat menghasilkan tajuk ebook yang hebat hebat dengan kaedah ini. Dan sudah tentu akan ramai orang tetarik dari apa yang anda sampaikan dalam ebook nanti.

6. Ebook Berdasarkan Kajian Projek Akhir Tahun Pelajar Universiti Ha, ha, ha..Agak pelik kaedahnya..Boleh ke projek akhir tahun budak U dijadikan ebook. Ya, sudah pasti boleh! Apapun ianya bergantung kepada topik yang ditulis oleh mereka. Apa kata anda pinjam projek mereka, baca dan cuba hasilkan ebook darinya. Jika perlu, bayarlah

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

12

Mari Buat Duit Dengan Ebook


royalti kepada mereka. Ye la kan, mereka penat penat buat kajian, anda pinjam camtu saja dan buatr untung darinya. Projek yang bagaimana tu? Iaitu projek yang lebih ke cenderung ke arah penyelesaian masalah orang ramai. Contohnya, jika si budak U tu buat projek berkenaan kajian bagaimana untuk membuat perokok berhenti merokok, kan anda boleh buat ebook yang bertajuk 10 Cara Mudah Berhenti Merokok. Cuba ambil idea dalam kajian tersebut. Sudah pasti kajian itu dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh pelajar itu. Sudah tentu sangat banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Cara ini memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah baca sampai habis kajian itu, catatkan apa yang akan anda masukkan dalam ebook terutamanya info info paling penting. Contoh contoh ebook yang boleh dihasilkan berdasarkan kaedah ini adalah:

Ebook Kajian Kes Elakkan Dengkur Semasa Tidur Ebook Teknik Pengurusan Wang Yang Terbaik Ebook Teknik Ketulkan Perut Dalam Masa 1 Bulan Ebook 10 Teknik Senaman Untuk Menambahkan Ketinggian Ebook Bagaimana Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain Ebook Rahsia Mengekalkan Keremajaan Wajah Ebook Bagaimana Membina Personaliti Unggul Ebook Bagaimana Hidup Sihat Seperti Orang Muda Ebook 10 Tips Mencegah Kanser Ebook Bagaimana Untuk Menghias Rumah Idaman Dengan Kos Rendah Ebook Teknik teknik Pelaburan Untuk Masa Depan Dibongkarkan

7. Ebook Berdasarkan Penerbitan Semula Buku Lama Bagaimana tu? Terbit semula buku buku lama yang tiada dalam pasaran! Ya, inilah caranya. Cuba anda ke perpustakaan dan cuba cari buku buku lama yang mana tajuknya boleh menarik perhatian orang ramai ataupun mempunyai kehebatan dan nostalgianya tersendiri.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi semula penerbit buku tersebut dan minta kebenaran dengannya untuk menghasilkan semula ebook itu dalam bentuk ebook. Bincangkan royalti yang boleh anda berikan kepadanya berdasarkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebelum itu, pastikan isi kandungan buku itu mampu menarik perhatian orang ramai, ada permintaan tinggi, dan juga mampu menyelesaikan masalah orang ramai. Idea ni saya ambil dari idea yang disyorkan oleh Dr Irfan Khairi. Mungkin anda boleh menggunakannya. Contoh mudah: Buku Popular Tahun 1980 90 an, Permata Yang Hilang..hehehehe Mungkin anda boleh menghasilkan ebook berdasarkan buku ini? Cubalah..belum try belum tahu.

8. Ebook Berdasarkan Penterjemahan Bahasa Asing Ini kerja paling mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran. Cuba anda cari ebook ebook English dan kemudian anda terjemahkannya mengikut kesesuaian anda. Jangan terjemahkan sebijik dengan karya asal, tapi ubahsuainya. Dan anda boleh menambah lagi dengan info

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

13

Mari Buat Duit Dengan Ebook


info lain yang berkaitan dengannya yang boleh anda perolehi di internet, dalam buku ataupun dari pengalaman anda. Yang penting, anda faham apa yang anda buat. Apapun pastikan tajuk ebook memiliki permintaan daripada orang ramai.

9. Ebook Berdasarkan produk Resell Right Apakah Resell Right tu? Resell Right maknanya ialah kebenaran/hak yang diberikan oleh penulis/pencipta asal sesuatu produk/ebook kepada pembeli untuk menjual semula produk yang dibeli tersebut dengan keuntungan 100% milik anda. Ada 3 jenis utama Resell Right seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR), dan Private Label Right (PLR). Ini antara kerja paling mudah dalam penghasilan ebook iaitu dengan menjual semula ebook tersebut. Anda hanya beli hak tersebut dan jual ebooknya, tidak perlu mencipta ebook sendiri. Ebook jenis Private Label Right (PLR) merupakan salah satu dari produk HOT dan amat menguntungkan. PLR berbeza sedikit dari produk RR atau MRR kerana anda bukan saja boleh menjual semula ebook itu, malah dibenarkan untuk mengubahsuai ebook itu sendiri. Dengan Ebook PLR ini, anda diberikan keizinan untuk mengubahsuai / mengedit/ menambahbaik isi kandungan ebook itu, anda boleh mengaku sebagai penulis, menjual sebagai RR atau MRR dan lain - lain. Dan yang syoknya, anda juga telah disediakan minisite(lamanwebjualan), suratjualan(salesletter), grafik dan lain lain untuk anda. Segalagalanya telah siap tersedia untuk anda jual. Tapi INGAT! Apabila membeli lesen RR ini, baca syarat syaratnya dengan teliti. Takut anda membuat perkara yang dilarang oleh pemilik asal ebook ini. Nak cari ebook ebook sebegini, anda boleh layari forum forum yang membincangkan perniagaan internet seperti carigold, tanyasifu, wangcyber dan lain lain.

10.

Ebook Berdasarkan teknik teknik rahsia _______

Ebook cara ini adalah rahsia lagi buat masa ini..suatu hari nanti saya akan sampaikan.Sabar..Kalau sampaikan sekarang tak boleh cari makan pula..hehehehe..gurau je:)

Bagaimana? Dah dapat idea nak buat ebook? Jika ada, baguslah. Tukarkan idea anda kepada pendapatan yang lumayan. Jika anda tak ingin menjana income lumayan dengan ebook, usah lakukannya. Jika anda yakin, teruskan. Tak kira anda pandai menulis dengan baik atau tidak, anda boleh menulis ebook!

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

14

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Bagaimana Proses Menjual Ebook Di Internet.

Mencari Idea

Mengkaji Permintaan

Menulis Ebook

Memasarkan Ebook Di Internet

Menyediakan Web Jualan Ebook

Menulis Surat Jualan Ebook

Mencari Idea Seperti yang diceritakan oleh saya tadi, ada beberapa teknik untuk mendapatkan idea menulis ebook. Biasanya saya mencari idea dalam masa sehari saja. Ada pen dan kertas, pasti ada saja idea yang muncul. Mengkaji Permintaan Dah dapat idea, anda perlu tahu idea anda ada permintaan atau tidak. Anda boleh menyemaknya di carian google, di forum, blog, media massa atau dari kajian secara konvensional. Ingat! Tiada permintaan, tiada jualan. Menulis Ebook Anda boleh memulakan penulisan ebook dengan pantas dengan menggunakan kaedah peta minda. Kaedah ini mampu menjimatkan banyak masa, tenaga, dan dapat menghasilkan ebook yang berkualiti. Rasa tak yakin dengan penulisan anda? Upah saja orang menulisnya. Atau, anda tulis dulu, kemudian bagi kepada pakar untuk membaiki kerja anda. Bukan mahal pun upahnya. Ada orang ambil masa 1 minggu menulis ebook, ada 1 bulan ada 2 bulan. Saya sendiri biasanya mengambil masa 1 bulan untuk menyiapkan satu-satu ebook. Menulis Surat Jualan Bab ini antara paling penting dalam penjualan ebook. Surat jualan atau sales letter di minisite jualan perlu mempunyai ayat-ayat yang sangat berpengaruh untuk menarik perhatian dan memujuk pembaca untuk membeli. Nak belajar menulis sales letter yang ampuh, senang saja. Lihat saja web-web jualan ebook yang berjaya seperti www.affiliatekerajaan.com ke, www.kerja-kerajaan.com ke, atau www.rahsiaemas.com ke. Menyediakan Web Jualan Ebook Dah ada web jualan barulah ianya boleh dipaparkan di internet. Memang ianya agak teknikal sedikit, tapi ada 2 kaedah untuk membuatnya. Satu, upah saja mereka yang pakar (kos bawah RM300) atau anda pasang sendiri merujuk panduan-panduan yang berbayar atau percuma. Di blog saya, www.blogjamal.com ada sediakan asas buat web, ecover, domain hosting. Memasarkan Ebook Di Internet Semua dah siap? Sekarang tibalah masa untuk mempromosikannya di internet. Anda boleh guna Facebook, blog, forum, email enjin carian google/yahoo, iklan banner di web trafik tinggi dan sebagainya dalam usaha mempromosikan ebook anda. Kerja-kerja promosi di internet adalah jauh lebih murah, cepat dan menyenangkan jika dibandingkan anda mempromosikan produk secara konvensional.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

15

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Bagaimana Proses Jual Beli Ebook Dijalankan Di Internet?

Promosi

Sebagai penjual ebook, anda akan promosikan laman web jualan ebook anda di internet. Anda boleh promosikan melalui Facebook, email, forum, blog dan sebagainya.

Prospek

Prospek klik dan membuka laman web jualan ebook yang anda promosikan. Contohnya, jika saya promosikan web www.affiliatekerajaan.com. Prospek akan membaca apa yang anda sampaikan dalam web jualan. Di sinilah fungsi sales letter untuk menjadikan prospek membeli ebook. Prospek yang berminat akan klik butang belian dan akan di bawa ke ruangan pembelian. Lihat contoh http://www.affiliatekerajaan.com/Order.html Selepas bank in duit kepada anda, pembeli akan isikan borang pengesahan pembayaran

Belian

Hantar Link Download

Anda semak bukti pembayaran pembeli ebook Setelah sah, anda emailkan link download kepada pembeli

Kan mudah saja urusan jual beli book. Ebook siap, promosikan melalui laman web. Jika ada mereka yang berminat, mereka akan bank in duit kepada anda dahulu dan isikan borang pengesahan di internet. Setelah anda semak dan sahkannya, link download ebook diemailkan. Biasanya, kerja-kerja menguruskan pembelian ebook oleh pelanggan tidak mengambil masa yang lama. Dalam semint boleh diselesaikan.(mengikut pengalaman saya)

Potensi Perniagaan Ebook Di Malaysia


Perniagaan ebook di Malaysia mempunyai potensi yang sangat tinggi kerana perkembangan perniagaan internet di Malaysia masih di tahap bayi. Maknanya, ianya akan sentiasa berkembang dari sehari ke sehari seiring dengan perluasan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Jadi, saya amat syorkan anda untuk memulakan bisnes ebook anda sekarang. Bukan esok, bukan lusa. Tapi hari ini. Jika anda masih rasa bisnes ebook ini tidak menguntungkan, lihat bawah: Penggunaan internet semakin meluas pada tahun 2007, lebih sejuta rakyat Malaysia menggunakan internet. Kenaikan tahunannya adalah sangat tinggi. Melebihi 20%. Semakin ramai menggunakan internet, semakin banyak urusan jual beli di internet dijalankan. Orang sekarang membeli dari rumah je... Masih banyak bidang yang belum diterokai Untuk makluman anda, masih banyak topiktopik ebook yang masih belum dihasilkan di Malaysia. Jika di peringkat International terdapat

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

16

Mari Buat Duit Dengan Ebook


bermacam-macam topik ebook dihasilkan. Ada ebook mengajar anak bercakap cepat, ebook tambah ketinggian, ebook latih binatang peliharaan, ebook berkebun, dan bermacam-macam lagi. Lihat macam-macam ebook dihasilkan. Lihat di Malaysia, tak banyak ebook dihasilkan lagi. Jadi, ambillah peluang baik ini. Kebanyakan ebook berbentuk problem solution Jika anda membeli buku, kebanyakkannya adalah cenderung kepada informasi semata-mata. Berbeza dengan ebook, ianya lebih kepada jalan penyelesaian masalah berdasarkan pengalaman kejayaan orang lain. Pengguna sekarang mahu menjimatkan masa tanpa membuang masa mengkaji bermacam-macam teori. Mereka mahu advice berbanding information semata-mata. Anda Nampak potensi ini bukan? Galakan dari kerajaan semakin baik Baru-baru ini, PM kita, Dato Sri Najib menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengambil peluang untuk meningkatkan ekonomi diri/keluarga dengan melibatkan diri dalam perniagaan internet. Daripada buang masa di internet, mereka digalakkan menambahkan pendapatan. Dengan bantuan kerajaan yang menyediakan prasarana-prasarana dan kemudahan untuk penggunaan internet, ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui internet. Jadi, peluang semakin luas. Penyebaran ilmu oleh Usahawan Internet terdahulu dulu sangat sukar untuk mendapatkan imlu/panduan untuk memulakan perniagaan ebook ini. Sekarang, ianya menjadi mudah dengan penyebaran/perkongsian usahawan-usahawan internet yang sudah terbukti berjaya dalam perniagaan ebook. Mereka berkongsikan pengalaman mereka di blog peribadi, melalui penyebaran laporan percuma di internet, ezine, dan juga pelancaran ebookebook berbayar mereka. Kini semua menjadi mudah.

Anda lihat potensi di atas? Apapun, segala peluang yang ada tiada gunanya jika anda tiada TINDAKAN. Memang ramai mereka yang berminat nak buat ebook, tapi berapa ramai yang mengambil tindakan?

Tanpa TINDAKAN, impian tidak akan menjadi kenyataan. Anda impikan RM100k setahun dengan menjual ebook, tapi jika tiada tindakan memulakannya dan mencari ilmu berkenaan dengannya, sudah pasti anda seperti Mat Jenin.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

17

Mari Buat Duit Dengan Ebook

Kisah Motivasi Si Penjual Ebook


Sebelum saya mengakhiri laporan percuma ini, izinkan saya menyampaikan satu kisah. Kisah bagaimana seorang yang banyak hutang kepada zero hutang disebabkan perniagaan ebook. Jamal (bukan nama sebenar), merupakan seorang yang banyak berhutang. Lebih-lebih lagi, beliau baru saja bekerja. Baru saja kerja, beliau berkahwin. Biasala kahwin ni pakai duit yang banyak. Bila dah kahwin, gaji semakin tak cukup. Ambil pula kad kredit. Bila ada kad kredit, belanja tak ingat dunia, lebih-lebih lagi si Jamal ni membenarkan pengeluaran duit kad kredit dari ATM. Belum ditambah lagi dengan hutang PTPTN. Jika ditotalkan semua hutang, lebih RM10k. Nampak macam sikit, tapi bagi orang muda seperti Jamal, ianya sangat membebankan. Dapat gaji tutup hutang, belanja dapur lagi, anak lagi. Bersih dari gaji yang seciput RM2700 tu tinggal la dalam RM100. Bolehla buat main kutu. Apabila masalah kewangan si Jamal makin meruncing, beliau pening. Mulalah beliau mencuba perniagaan MLM. Masuk ada la keluar modal ahli sikit. Tapi yang penatnya, selepas waktu bekerja, kena cari prospek/pelanggan. Kadang kala hingga malam juga. Itu belum lagi perjumpaan yang sering diadakan oleh upline-upline. Penat. Mana tak penat, selalu je balik rumah jam 12 atau 1 pagi. Itulah yang dilakukan demi untuk mencari wang tambahan. Tapi, tak dapat untung pun. Malah makin banyak duit dikeluarkan untuk membeli produk dari upline. Si upline sibuk suruh si Jamal tarik downline sana-sini, promosikan produk. Nak tarik pelanggan kena keluar juga duit kopi, takkan kosong je. Jika pelanggan membeli, ok juga. Dapat pulangan. Akhirnya, kerana tidak tahan lagi dengan MLM, si Jamal STOP. Say no to MLM! Bukannya tak bagus, tapi si Jamal rasa tak sesuai untuk diri nya. Tak sanggup dah asyik pergi seminar tiap malam menyanyi lagu syarikat MLM, dan sibuk memuji kejayaan orang lain. Sehinggalah hampir dua tahun selepas itu, di mana Jamal masih memiliki hutang yang banyak. Hutang dengan kad kredit, hutang PTPTN, hutang kawan-kawan. Pening dan serabut kepala dibuatnya. Hinggalah satu hari.... Beliau membaca majalah Maskulin online di internet...Lain di cari lain yang dijumpai. Beliau terlihat satu artikel berkenaan perniagaan internet yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi, iaitu seorang jutawan internet Malaysia. Baca punya baca, Jamal terpengaruh... Beliau mula tertarik untuk mencuba perniagaan internet. Dalam bermacam-macam jenis perniagaan internet yang boleh dijalankan, beliau berminat untuk menghasilkan ebook. Ianya kerana ianya amat sesuai untuk Jamal yang tidak memiliki modal besar, masa yang cukup dan juga tak tahu selok belok jika jual barang fizikal.. Dengan RM200++ yang Jamal curi lagi dari kad kredit, beliau ke pejabat Dr Irfan Khairi dengan menumpang motorsikal rakan Indianya, Gogilan Murugesu. Memang baik hati rakannya ini. Dan selepas membeli ebook dan juga buku/manual berkenaan buat website, dan panduan-panduan asas yang lain, beliau pun memulakan langkahnya. Memang sukar juga bermula dengan panduan asas ini, sebab ianya seperti tidak lengkap 100%. Dan siaplah ebook pertamanya selepas 1 bulan. Dan bermulalah promosi jualan ebooknya. Promosi punya promosi, tiada jualan. Maklumlah web jualan ebook buruk, ayat tak power, system-sistem penting seperti order form, affiliate dan autoresponder Jamal tak tahu apa-apa lagi. Seminggu selepas itu, dapatlah jualan pertama ebook Jamal. RM30! Wah! Jamal sangat gembira. Memang benar di internet boleh jana wang! Heboh se-ofis beliau. Memang sangat-sangat gembira. Seolah-olah beliau telah menjana RM30 ribu..

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

18

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Apapun, RM30 tu adalah pemangkin semangat untuk Jamal untuk meningkatkan lagi usaha dan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ebook. Bak kata orang Kejayaan Yang Kecil, Akan Membuahkan Kejayaan Yang Lebih Besar! Dan dari situlah Jamal semakin meningkatkan usahanya dalam mengkaji ilmu perniagaan ebook secara sendirian. Dengan modal yang sangat kecil. Beliau mencuba try and error. Memang sukar bermula tanpa mengenali mereka yang berjaya yang dapat membantu beliau. Pada bulan ke-2 berbisnes ebook, beliau berjaya menjana RM3 ribu yang pertama. Beliau semakin gembira. Beliau dapatkan sebuah laptop untuk memudahkan kerja beliau. Dan tidak lupa, beliau mendapatkan Maxis Broadband untuk meneruskan kerja perniagaan ebooknya. Untuk makluman anda, Jamal menjalankan perniagaan ebooknya di waktu malam selepas beliau balik dari tempat kerja. Pada bulan ke-3 selepas memulakan bisnes ebooknya, beliau berjaya menjana RM16k selepas melancarkan ebook ke-2 nya iaitu ebook RLTKK (www.kerja-kerajaan.com). Memang sambutan terhadap ebooknya amat menggalakkan. Dan bulan berikutnya beliau berjaya mendapatkan RM15k ke atas setiap bulan secara konsisten. Sehinggalah beliau melancarkan ebook ke-5 nya, Emas-Emas Yang Hilang (telah ditutup jualannya). Ebook ni berjaya memecah rekod peribadinya dan juga rekod jualan ebook Malaysia 2009, di mana ebook ini berjaya menghasilkan jualan lebih RM125K dalam masa 40 hari. Ebook ini adalah ebook di mana beliau bergabung dengan 2 orang partner yang lain. Dari hari ke hari, Jamal semakin berjaya dalam bisnes ebooknya. Dari hidup susah, beliau agak senang sekarang. Walaupun beliau masih lagi duduk di rumah flat, tidak memiliki kereta besar tapi beliau sentiasa menjana income lumayan dari internet. Dan pada awal 2010, iaitu Feb 2010, setelah setahun 2 bulan beliau terlibat dalam bisnes ebook, beliau melancarkan ebook berkenaan Internet Marketingnya yang pertama iaitu Rahsia Affiliate Kerajaan, ternyata ebook tersebut sekali lagi BOOOM! Lebih RM70K sebulan berjaya diperolehi hasil dari jualan ebook PANAS tesebut! Nama beliau semakin meningkat naik di Malaysia. Beliau bukan saja berjaya dalam pemasaran ebook sendiri, tapi beliau juga berjaya dalam pemasaran affiliate.(promosikan produk orang lain dapat komisen). Disebabkan kejayaan beliau, beliau telah diundang untuk memberikan ceramah berkenaan perniagaan ebook di university, mengadakan bengkel ebook, dijemput oleh pihak TV online dalam sesi temuramah berkenaan perniagaan ebook. Kini, beliau boleh dianggap sebagai Pakar Ebook Malaysia kerana berjaya mendapat kejayaan yang besar bagi setiap pelancaran ebook-ebooknya. Beliau juga memiliki rakan-rakan Internet Marketer yang tersohor di Malaysia seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Suthan, Ammar Zahar, Adly Flarebiz, dan ramai lagi. Itulah serba sedikit kisah bagaimana Jamal bermula dengan negative (hutang) RM200++ untuk memulakan bisnes internet sehinggalah berjaya menjana lebih RM300k jualan ebook setahun. Satu pencapaian yang ramai orang fikir adalah mustahil. Baru mula, baru kenal apa itu minisite, ebook tapi berjaya menjana income yang begitu besar.. Itulah kehebatan perniagaan ebook. Ianya mampu merubah hidup Jamal dengan begitu pantas. Dan kini, Jamal mencipta satu kejutan lagi. Beliau telah menubuhkan pusat latihan perniagaan internet yang bernama IM Training Center di Seksyen 7, Shah Alam. Di situlah pusat yang akan digunakan oleh usahawan-usahawan internet Malaysia untuk mengembangkan ilmu mereka kepada mereka yang lain. Pusat IM training Center ini telah ditubuhkan oleh Jamal dengan modal besar hasil dari duit bisnes ebook.

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

19

Mari Buat Duit Dengan Ebook


Itulah kisah bagaimana Jamal bermula hinggalah kini. Walaupun kisah ini tidaklah seberapa hebat seperti jutawan-jutawan MLM, tapi kisah ini mampu membantu anda yang mungkin mengalami atau sama kisah hidup seperti Jamal sebelum ini menjana income besar dengan perniagaan ebook. Dan lebih setahun perniagaan ebook Jamal dilakukan secara part time, di mana siang hari beliau bekerja makan gaji, malam hari beliau menjalankan perniagaan ebook. Siapa Jamal itu sebenarnya? Dah namanya Jamal, sayalah orangnya. Hehehehe..Kisah ini adalah benar 100%. Jika anda tak percaya, cubalah Tanya orang di internet seperti di forum-forum, peserta ceramah ebook saya, peserta bengkel saya, student personal coaching saya....Mereka akan membuktikan kebenarannya.. Untuk makluman juga, Jamal juga telah mendidik ramai rakyat Malaysia akan keuntungan melalui perniagaan ebook dengan penulisan artikel di blognya, seminarnya, pemberian laporan percumanya. Dan sudah ramai yang mula menjana income sampingan dengan ebook melalui tunjuk ajarnya Antara anak didiknya paling berjaya, Muaz Hadi dengan ebook peperiksaan Bertulis 41 nya yang berjaya menghasilkan jualan lebih RM130k dalam masa 10 hari saja. Sangat hebat pencapaian Muaz Hadi di atas hasil usaha beliau sendiri dan juga bawah bimbingan dan tunjuk ajar dari Jamal. Anda pula bagaimana? Berminat nak melibatkan diri dalam perniagaan ebook secara sampingan? Inilah masanya untuk anda bertindak. Bukan esok, bukan lusa baru anda nak mula. Hari ini anda perlu bermula! Iaitu dengan menanam keyakinan bahawa Aku juga boleh menjana income sampingan yang lumayan dengan perniagaan ebook di internet. Anda tak tahu menulis ebook? Usah risau terdapat banyak cara anda boleh jadi tauke ebook walaupun anda tidak tahu menulis ebook. Cuba lihat pada muka surat lepas, saya ada bincangkannya. Jamal boleh, anda juga:

BOLEH LAKUKANNYA!
Sekian saja dari saya, Salam keusahawanan ebook,

Jamaluddin Bahari (Jamal) www.pakarebook.com pakarebook@gmail.com Jamal Online Marketing Enterprise Reg.No: 001942583-T

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

20

Mari Buat Duit Dengan Ebook

26 JULAI 2010 PAKAR EBOOK AKAN DILANCARKAN


- Rahsia Pakar Ebook Akan Dibongkarkan -

COMING SOON! LAWATI WWW.PAKAREBOOK.COM PADA 26 JULAI 2010

JaMaL - Pakarebook.com@copyright

21

Anda mungkin juga menyukai