Anda di halaman 1dari 13

ISU KESIHATAN

NAMA : MUHAMMAD IKRAM BIN MUHAMED JAMIL KHAN


NO IC : 061123140249
KELAS : 4 AMAL
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR
NAMA GURU : PUAN MARDIANA
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA


SURAT

1 Penghargaan
2 System respirasi manusia dan haiwan
3 Nutrisi dan system pencernaan manusia
4 Pengangkutan dalam manusia dan haiwan
5 Keimunanan manusia
6 Koordinasi dan gerak balas dalam manusia
7 Omeostasis dan system urinary manusia
8 Sokongan dan pergerakan dalam manusia dan
haiwan

9 Pembiakan seks, perkembangan dan pertumbuhan


dalam manusia dan haiwan

10 rumusan

PENGHARGAAN
Saya Muhammad Ikram bin Muhamed Jamil Khan dari kelas 4 Amal
telah diberi tanggungjawab oleh Puan Mardiana untuk menyiapkan
folio berkaitan Isu Kesihatan Manusia berpandukan Buku Teks Biologi
Tingkatan 4. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih dan
mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan
petunjuk dan akal fikiran untuk membantu saya dalam usaha
menyiapkan folio ini.

Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada Puan Mardiana,


guru matapelajaran Biologi yang sudi membimbing saya di saat saya
menghadapi kesukaran dan setia mendidik say acara menghasilkan
folio ini. Tidak lupa juga, pertolongan ibu bapa serta rakan sekelas
saya sama ada secara langsung atau tidak yang telah menjadi factor
utama folio ini Berjaya disiapkan.

Akhir sekali, saya menghargai segala ilmu pengetahuan baharu


yang diperoleh sepanjang saya bertungkus-lumus menyiapkan projek
ini dan berjanji akan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

BAB 8: SISTEM RESPIRASI MANUSIA DAN HAIWAN


Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Respirasi Manusia
-Chronic Obstructive Pulmonary Disease
Chronic Obstructive Pulmonary Disease atau COPD adalah penyakit
yang merangkumi penyakit asma, bronchitis kronik dan emfisema

 Asma

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran
pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul
apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering
berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang
mengancam nyawa jika tidak dirawat.

semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan
yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika
terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi
radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot yang
berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini
menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.

Antara factor-faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku kepada sesuatu individu adalah
seperti jangkitan pernafasan dan selsema , pendedahan kepada asap rokok , reaksi alahan
atau alergi kepada debunga, kulat dan lain lain , pencemaran udaraa dalaman dan luaran
termasuk ozin dan pencemran zarah , tekanan(stress) dan senaman berat

Gambar rajah dibawah menunjukkan keadaan aluran pernafasan penghidap asma

Asma adalah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi gejala-gejala asma dan serangan
boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat
asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran
udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang
boleh memburukkan lagi keadaan pesakit. Antara cara merawat asma adalah dengan inhaler
asma. Gambar dibawah menunjukkan inhaler-inhaler asma
 Bronchitis Kronik
Bronkitis ialah keradangan tiub bronkial. Terdapat saluran udara yang
membawa udara ke dalam paru-paru. Pesakit bronkitis kebiasaannya
mengalami batuk berkekalan yang mengeluarkan lendir pekat. Bronkitis boleh
jadi samada akut atau kronik. Bronkitis kronik adalah salah satu dari jenis
COPD (penyakit pulmonari obstruktif kronik). Tiub bronkial yang mengalami
keradangan menghasilkan banyak mukus. Ini menyebabkan batuk dan susah
bernafas.

Bronchitis kronik lebih melibatkan lelaki daripada Wanita dan berlaku di


semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mngurangkan factor risiko.

Antara symptom-simptom bronchitis kronik ialah batuk berterusan, lendir


bewarna putih, kelabu kekuningan atau hijau, letih, sesak nafas, demam dan
menggigil dan akhir sekali ketidakselesaan dada.

Antara punca-punca berlakunya penyakit ini kebiasaaanya disebabkan oleh


virus, selalunya virus yang sama menyebabkan demam dan selsema
(influenza). Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi, ubat jenis ini tidak berguna
dalam kebanyakan kes bronkitis. Sebab paling kerap ialah merokok.
Pencemaran udara atau dan habuk atau gas toksik di dalam persekitaran atau
tempat kerja juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.

Kebanyakan kes bronkitis kronik pulih tanpa rawatan ubat dalam tempoh 2
minggu. Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin mempreskrip ubat
seperti antibiotik, ubat batuk atau inhaler jika perlu.
 Emfisema

Emfisema ialah sejenis penyakit paru-paru yang menyebabkan sesak nafas. Ia adalah
antara jenis yang paling kerap bagi penyakit pulmonari obstruktif kronik (chronic
obstructive pulmonary disease, COPD). Emfisema kebanyakannya disebabkan oleh
merokok.

Antara symptom-simptom emfisema ialah susah bernafas, batuk, letih, dada


berbentuk tong, sianosis(warna kebiruan pada kulit, jari kuku dan hujung jari) dan
akhir sekali system imun melemah

Antara punca-punca emfisema ialah merokok tembakau atau ganja, pencemaran


udara, asap industry dan kekurangan protein alpa-1-antitrypsin yang melindungi
peparu

Akhir sekali, penyakit ini tidak dapat dirawat tetapi boleh dikawal contohnya ddengan
berhenti merokok, pengambilan ubat seperti kortikosteroid, pembedahan dan terapi
seperti rehabilitasi peparu
BAB 9 : NUTRISI DAN SISTEM PPENCERNAAN MANUSIA
ISU KESIHATAN BERKAITAN TABIAT PEMAKANAN

GASTRITIS
 satu kondisi keradangan
Gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik merupakan
terhadap lapisan perut. Kira-kira separuh daripada populasi dunia
mengalami radang gastrik. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik
akut), atau muncul perlahan-lahan dari masa ke masa (gastrik kronik).
Dalam beberapa kes gastrik kronik; sekiranya tidak dirawat, boleh
menyebabkan ulser perut serta meningkatkan risiko untuk mendapat
kanser perut.

Punca-punca gastrik ialah jangkitan kuman helicobacter pylori,


penggunaan ubat tahan sakit secara kerap, alcohol dan rokok,
tekanan, usia tua dan penyakit aotuimun.

Antara symptom dan tanda-tanda gastrik ialah pedih hulu hati,


ketidakhadaman, perut kembung, loya, muntah dan hilang selera
makan.

Antara contoh rawatan yang boleh dilakukan adalah mengambil


antacid seprti gavicson, elkkan pengambilan makanan pedas dan
panas secara berlebihan, elakkan pengambilan ubat tahan sakit dan
akhir sekali untang gastrik yang disebabkan oleh jangkitan H.Pylori,
doctor akan memberi antibiotic serta ubat penghalang asid

ANOREKSIA NERVOSA DAN BULIMIA NERVOSA


ANOREKSIA NERVOSA DAN BULIMIA NERVOSA ialah isu kesihatan
berkaitan pemakanan yang serius dan lazim berlaku dalam kalangan
remaja yang taksub dengan pengawalan berat badan. Pesakit
anoreksia sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya
tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan
ketinggiannya(kekurangan berat badan yang teruk). Manakala pesakit
bulimia mempunyai tabiat mengambil makanan dan kemudian
mengeluarkan semula apa yang dimakan

Ciri-ciri anoreksia adalah kurang berat badan yang ketara, terlalu


bimbang tentang penampilan dan berat badan, kelemahan, keletihan
dan lain lain. Ciri-ciri bulimia pula adalah berat badan normal atau
berlebihan, dehidrasi, sakit tekak, luka di mulut, ulser mulut dan lain-
lain.

Punca-punca penyakit ini adalah factor genetic, factor umur, Riwayat


keluarga, keyakinan diri yang rendah, perubahan kehidupan atau
pengalaman yang stress, kejadian trauma dan pengaruh media sosial.

Gejala penyakit ini adalah penurunan berat badan yang ketara, selalu menimbang
badan, sering memuntakan makanan yang dimakan, suka minum ubatan penekan
nafsu makan, penyalahgunaan alcohol dan lain-lain

Penyakit ini adalah penyakit yang tidak boleh dicegah sepenuhnya. Antara
pencegahan yang boleh dipertimbangkan untuk dilakukan adalah melakukan
meditasi atau senaman ringkas Ketika stress, makan makanan seperti yang
dinasihatkan oleh doctor, ikuti sesi kaunseling, membina keyakinan sendiri dan
banyak lagi

DISMORFIA OTOT

Dismorfia otot juga dikenali sebagai bigorexia. Mereka akan menganggap imej otot
mereka sendiri tidak mencukupi kerana tidak sesuai dangan ideal peribadi mereka

Terdapat empat factor yang membawa kepada penyakit ini iaitu perfeksionisme yang
sangat kuat, harga diri yang rendah, imej badan seseorang tidak kelihatan
memuaskan dan hubungan negatif dengan orang.

Dismorfia otot memerlukan profesional terapi di klinik psikosomatik. Di sana,


rangkaian kecekapan yang mengkhususkan diri dalam perkaitan antara keluhan
mental-rohani dan fizikal dapat memberikan tujuan terapi. Tujuannya adalah untuk
mewujudkan tingkah laku makan yang normal dengan penstabilan berat badan.
Tambahan pula, mereka yang terjejas belajar di bawah bimbingan untuk fokus pada
orientasi kehidupan yang autonomi dan yakin pada diri sendiri. Terapi pesakit luar
atau pesakit dalam merangkumi lima perkara penting iaitu peningkatan berat badan
dan rawatan penyakit fizikal secara serentak, secara selari, psikoterapi individu,
kaunseling pemakanan dengan terapi yang disertakan, kemasukan keluarga dalam
terapi dan Rawatan gangguan lain yang timbul dalam perjalanan, kadang-kadang
bertahun-tahun.
BAB 10 PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN

10.4 ISU KESIHATAN BERTKAITAN PEMBEKUAN DARAH

HEMOFILIA

Hemofilia merupakan sejenis penyakit warisan yang sedia ada sejak seseorang itu
dilahirkan dan ia berpunca daripada kekurangan factor pembekuan darah. Seorang
bayi lelaki akan menghidap penyakit ini dalam setiap 10,000 kelahiran. Hemofilia
biasanya diwarisi, maksudnya melalui gen (baka) ibu bapa. Penyakit ini disebabkan warisan genetik
yang dibawa oleh kromosom X. Anak lelaki yang mewarisi kromosom X yang abnormal itu akan
menghidap penyakit hemofilia manakala anak perempuan akan menjadi pembawa.

Tanda-tanda seseorang itu menghidap hemofilia adalah lebam yang besar, Pendarahan di dalam
sendi dan otot dengan spontan terutamanya sendi lutut, siku dan buku lali. Pendarahan yang berlaku
dengan spontan tanpa sebab-sebab tertentu, Pendarahan berpanjangan selepas terluka, cabut gigi
atau selepas pembedahan, Pendarahan berpanjangan selepas kemalangan terutamanya apabila
berlaku pendarahan di dalam otak (intracranial bleed), Pendarahan di dalam otot atau sendi akan
menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa, bengkak, sakit dan tegang, pergerakan terbatas
Rawat pendarahan dengan segera. Rawatan yang cepat dan mencukupi boleh mengelakkan
komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan dengan menggunakan konsep R.I.C.E.

R – Rest (Rehat) : Rehatkan sendi atau anggota yang tercedera.

: Letakkan ais pada tempat/bahagian anggota yang


tercedera. Alaskan ais dengan kain sebelum
I – Ice (Ais)
meletakkan pada tempat yang tercedera selama 10
– 20 minit.

: Tekan tempat pendarahan (apply pressure) atau


C -Compress (Tekan) balut tempat luka/sendi yang terlibat. Jangan ikat
sendi terlalu ketat.

: Naikkan sendi atau anggota yang terlibat lebih


E -Elevation (Elevasi)
tinggi daripada paras dada.

Buat masa ini masih belum ada rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit hemofilia tetapi dengan
wujudnya rawatan yang terkini penghidap hemofilia juga dapat hidup secara normal seperti orang
lain. Tanpa rawatan pesakit hemofilia jenis serius (severe) berkemungkinan mendapat kecacatan
fizikal dan mengalami kesukaran untuk berjalan atau melakukan aktiviti yang ringan.

TIMBIOSIS

Timbiosis ialah masalah penggumpalan darah yang terbentuk dalam arteri dan vena yang akan
berlaku apabila terdapat gangguan atau kelainan pada trombosit yang berfungsi untuk membekukan
darah ketika pendarahan. Trombosis juga akan berlaku apabila terdapat kerosakan di salur darah
atau pengaliran darah terlalu perlahan menyebabkan faktor pembeku terkumpul. Trombosis arteri
sering berlaku di jantung dan otak manakala trombosis vena sering berlaku di kaki. Trombus ini
boleh berpindah ke saluran darah lain dan menyebabkan pembentukan di kawasan lain.
Jika gejala-gejala seperti sesak nafas secara tiba-tiba, batuk berdarah, denyutan nadi semakin cepat,
berasa pening dan sakit dada semasa menarik nafas, segeralah berjumpa doktor. Trombosis boleh
diatasi menggunakan ubat yang dapat memecahkan gumpalan darah tersebut seperti heparin.

EMBOLISME

Embolisme ialah salur darah tersumbat dengan zat tasing seperti gumpala ndarah, gelembung udara
tau kolestrol. Penyakit ini boleh menjadi berbahaya dan harus segera dirawat terutama bila terjadi di
peparu atau otak. Embolisme ini terjadi apabila salur darah tersumbat oleh benda atau zat asing.
Berikut adalah beberapa zat yang mengakibatkan embolisme iaitu gas, gumpalan darah, kolestrol,
lemak, air ketuban dan lain-lain

Factor embolisme ini ialah merokok, berusia 60 dan keatas, sedang hamil, menderita obesity dan
lain-lain lagi. Tanda-tanda penyakit ini ialah sesak nafas, batuk berdarah, kelumpuhan anggota
badan, gangguan dalam percakapan, sakit di bahagian yang salur darah tersumbat, kemerahan pada
bahagian kulit kaki yang terkena embolisme dan lain-lain lagi.

Cara merawat embolisme ialah dengan mengambil ubat-ubatan seperti antikoagulan seperti
warfarin dan heparin, antiplatelet seperti aspirin, ubat pemecah gumpalan darah iaitu alteplase dan
ubat penenang. Tetapi jika embolisme ini sudah teruk dan tidak boleh dirawat dengan ubat. Pesakit
terpaksa mengalami pembedahan seperti angioplasty, arterial bypass, emboektomi dan filterinferior
vena cava.

10.6 ISU KESIHATAN BERKAITAN SISTEM PEREDARAN MANUSIA

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyakit kardiovaskular ialah sebuah penyakit yang merangkumi penyakit yang berkaitan system
peredaran darah dan jantung dan penyakit ini merupakan salah satu munca utama kematian di
negara Malaysia

1)ATEROSKLEROSIS
Aterosklerosis ialah corak penyakit arteriosklerosis di mana bahagian dalam arteri mengecil
kerana pembentukan plak. Pada mulanya, biasanya ada gejala. Apabila teruk, ia boleh
mengakibatkan penyakit arteri koronari, angin ahmar, penyakit arteri perifer, atau masalah buah
pinggang, bergantung kepada arteri mana yang terkena. Gejala, jika berlaku, biasanya tidak
bermula sehingga usia pertengahan
Sebab yang tepat tidak diketahui. Faktor risiko termasuk tahap kolesterol yang tidak normal,
tekanan darah tinggi, diabetis, merokok, obesiti, sejarah keluarga, dan diet yang tidak sihat. Plak
terdiri daripada lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan lain yang terdapat di dalam darah.
Penyempitan arteri membatasi aliran darah kaya oksigen ke bahagian-bahagian tubuh.
Diagnosis adalah berdasarkan ujian fizikal, elektrokardiogram, dan ujian tekanan latihan, antara
lain.
Pencegahan biasanya dilakukan dengan memakan makanan yang sihat, bersenam, tidak
merokok, dan mengekalkan berat badan yang normal. Rawatan penyakit yang ditubuhkan
mungkin termasuk ubat-ubatan untuk menurunkan kolesterol seperti statin, ubat tekanan darah,
atau ubat-ubatan yang menurunkan pembekuan, seperti aspirin. Beberapa prosedur juga boleh
dijalankan seperti campur aduk koronari perkutaneus, koropsi pintasan arteri koronari, atau
endarterektomi karotid.
Aterosklerosis biasanya bermula apabila seseorang masih muda dan bertambah buruk dengan
usia.[2] Hampir semua orang terjejas pada usia 65 tahun.[6] Aterosklerosis ialah penyebab utama
kematian dan kecacatan di Malaysia.

2) PENGINFARKAN MIOKARDIUM
Infarksi miokardium akut (serangan jantung akut) biasanya disebabkan oleh darah beku. Darah beku
ini yang menyebabkan pengaliran darah terhenti ke sebahagian daripada otot jantung. Penyebab
utama infarksi miokardium adalah darah beku (trombosis) yang terbentuk di dalam arteri koronari
utama, atau salah satu daripada cabang-cabangnya. Apabila ini berlaku aliran darah ke sebahagian
jantung tersekat. Factor-faktor penyakit ini ialah merokok, tekanan darah tinggi, obesity, tahap
kolestrol tinggi, tidak aktif, diet, diabetis dan sejarah keluarga.

Gejala yang paling biasa adalah sakit dada yang teruk, yang sering terasa seperti tekanan berat di
dada. Sakit boleh bergerak sehingga rahang dan bawah lengan kiri atau ke bawah kedua-dua tangan.
Mungkin ada sesak nafas, berpeluh, rasa sakit atau pengsan.

Terdapat dua rawatan yang boleh memulihkan aliran darah yang tersumbat. Pertama adalah
Angioplasti kecemasan. Ini adalah rawatan yang terbaik jika ia boleh didapati dan boleh dilakukan
dalam beberapa jam gejala bermula. Kedua, Suntikan ubat cair darah adalah alternatif kepada
angioplasti kecemasan. Ia boleh diberikan dengan mudah dan cepat dalam pelbagai situasi. Di
sesetengah tempat paramedik dilatih untuk memberikan ubat cair darah ini.

3)HIPERTENSI

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada
komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya
140/75.Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh).Tekanan darah diastolik –
bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh). 90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat
penyakit tertentu iaitu penyakit buah pinggang, penyakit system endokrin dan penyakit pembuluh
darah.Factor yang menyebabkan hipertensi ialah cara hidup aktif, umur melebihi 35 tahun, merokok,
kegemukan, paras kolestrol tinggi, sejarah keluarga, pengambilan alcohol dan garam berlebihan.
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejalaKadang-kadang
seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening
kepala.sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya
berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap
keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi).

Hipertensi boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan. Contohnya mengubah amalan cara hidup,
amalkan pemakanan sihat, kurangkan garam dan kolestrol, melakukan senaman berkala, berhenti
merokok
10.8 ISU KESIHATAKN BERKAITAN SISTEM LIMFA MANUSIA

EDEMA

Anda mungkin juga menyukai