Anda di halaman 1dari 17

PELAJARAN KAWAD KAKI (KETUA SYEKSEN) TUJUAN KAWAD 1.

Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut) 2. Membentuk anggota penguatkuasa supaya berkerjasama dalam satu kumpulan 3. Huraian a. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam Pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali. b. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu KEDUDUKAN SEDIA Kesalahan-kesalahan biasa 1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas 2. Tiada sedia dan mengerakkan mata. 3. Kaki dan badan tiada menghadap kehadapan, tumit tidak rapat 4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan. 5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan dengan hal yang demikian membuka tulang belikat dan menyesakkan dada. 6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu kebawah daripada jari lain. KEDUDUKAN SENANG DIRI Kesalahan-kesalahan biasa 1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri. 2. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut 3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus. 4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki. KEDUDUKAN REHATKAN DIRI Kesalahan-kesalahan biasa 1. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan. 2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan bercakap-cakap

PANGGILAN MASA Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak panggilan masa pada semua pergerakan 1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramai-ramai. 2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama. MASA DAN LANGKAH Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah sperti berikut: . MASA BERJALAN o Masa capat jalan biasa -116 120 langkat seminit o Masa cepat jalan rekrut -140 -sama o Masa perlahan jalan -65 -sama o Masa berlari -180 -sama . JARAK LANGKAH o Masa cepat dan perlahan jalan -30 inci o Langkah panjang -33 inci o Langkah pendek -21 inci o Langkah berlari -40 inci o Langkah sebelah -12 inci o Senang diri -12 inci *Masa berkawad kaki adalah dikira 40 pergerakan dalam satu minit MASA UNTUK MEMBERI BAHASA HUKUMAN KAWAD Untuk mendapatkan kawad yang baik kepada platun atau skuadnya anda mestilah tahu cara-cara memberi bahasa hukuman kawad serta mengunakan harkat-harkatnya: 1. Semasa berhenti iaitu 3 harkat sperti 1 2 3 1 2. Semasa pergerakan cepat jalan 4 langkah 3. Semasa pergerakan perlahan jalan 3 langkah MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD Sebagai pegawai perbarisan ia mesti tahu cara-cara memberi bahasa hukuman kawad: 1. Gunakan bahasa hukuman kawad dengan teran dan jelas. 2. Gunakan suara dan harkat yang sesuai mengikut bahasa hukuman kawad 3. Percaya diri sendiri dan selalu membuat latihan.

PERHUBUNGAN KEPADA ANGGOTA Sebagai seorang Platun Sarjan yang bijak dan berdisiplin tiggin serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan ia selalu bergaul dan bermesra dengan anggota semasa selesai menjalankan tugas. Walau bagaimana pun pergaulan itu ada batasannya diantara platun sarjan dengan anggota bawahannya. Perhubungan kepada anggota yang baik adalah melalui kaedah-kaedah sperti berikut: 1. Melalui aktiviti-aktiviti pasukan 2. Melalui riadah/sukan 3. Melalui percambahan minda. 4. Melalui penyelesaian masalah 5. Melalui sifat-sifat dan budaya. 6. Adakan buku catitan #catitkan permasalahan tugas atau kebajikan anggota PERSIAPAN PERBARISAN ANGGOTA Anda telah diarahkan sebagai platun sarjan, sebelum mengambil perbarisan anda dikehendaki membuat perbarisan tersebut. 1. Perkara-perkara yang perlu dilakukan a. Beri bahasa hukuman sedia. b. Bariskan dalam tiga barisan. c. Beri bahasa hukuman buka barisan gerak. d. Beri hukuman ke kanan lurus. e. Bahasa hukuman pandang depan f. Dari kanan nombor, jumlah anggota 2. Persiapan melapur perbarisan a. Beri bahasa hukuman, rapat tumit rapat tangan, langut terus pandang depan. b. Terus melapor, assalamualaikum atau selamat pagi, petang, malam tuan atau encik. c. Anggota berbaris seramai.........orang dalam buka barisan sedia diperiksa atau menerima taklimat dari tuan atau encik. d. Mengiringi pegawai tersebut, bermula dari kanan barisan hadapan dan seterusnya barisan tengah dan belakang. e. Pemerisa barisan (Pegawai) memberi taklimat atau terguran kepada anggota. 3. Platun sarjan melapur semula a. Beri bahasa hukuman tutup barisan. b. Beri bahasa hukuman kekanan lurus dan pandang depan. c. Lapur kepada pegawai tuan, encik minta kebenaran menjalankan tugas.

d. Beri bahasa hukuman senang diri dan rehatkan diri. e. Platun sarjan memberi taklimat dan teguran kepada anggota semasa pegawai membuat pemeriksaan atau taklimat, diatas kata-kata nasihat dan membina f. Beri bahasa hukuman sedia: i.Apabila dapat arahan menjalankan tugas ii.Beri bahasa hukuman keluar baris PEMERIKSAAN PAKAIAN AM 1. Perkara-perkara yang diterangkan dibawah ini mengambil peranan dari segi tatatertib dalam sebuah pasukan yang baik, yang mana mereka dilihat dalam pemeriksaan dalam perhatian si pemeriksa. 2. Kegunaan sepenuhnya mestilah diperolehi daripada pakian mereka dan berapa lama boleh dipakai. Walau bagaimana pun tidak ada sebab pakaian tidak dipakai, tidak mesti digosok dan dibasuh dalam keadaan baik. Pakaian yang tidak sesuai dipakai mestilah diperhatikan dalam pemeriksaan, teguran sewajarnya mesti dilakukan. 3. Adalah menjadi kebiasaan untuk pemeriksaan dimulakan pada orang yang disebelah kanan barisan hadapan dalam buka barisan. 4. TUJUAN MEMBUAT PEMERIKSAAN a. Menentukan pakaian dipakai dengan betul b. Menentukan pakaian boleh digunakan. c. Menentukan senjat bersih dan boleh digunakan. d. Menentukan mereka cergas dan sihat. 5. PANDANGAN AM a. Sebelum memeriksa, perhatikan sebarang kedudukan, mesti diiring oleh orang yang berpangkat rendah darinya untuk mencatitkan apa-apa yang diberitahu serta menentukan kesalahan dan betulkan dengan segera. 6. AMBIL PERHATIAN SEPINTAS LALU SEMASA ANDA MEMERIKSA: a. Menentukan mereka berdiri dengan betul. b. Menentukan mereka lurus dan beratur dengan baik. c. Menentukan mereka bercukur dan bersih. d. Menentukan mereka berpakaian bergosok, bersih serta betul ukurannya, jangan terkecil atau terbesar 7. PAKAIAN KEPALA Dari hadapan. Cap -Pakai khidmat lencana ditengah-tengah dahi dan paras. Beret -Dipakai dengan ketat dan paras, satu jari dari atas mata kiri.

8. BAJU PANDANGAN DARI HADAPAN a. Hendaklah dipakai mengikut ukuran badan supaya kelihatan kemas. b. Dalam perbarisan barang-barang yang menggelembungkan saku tidak dibenarkan. c. Barang-barang dan jahitan yang berlebihan mestilah dipotong d. Lencana-lencana dan pangkat mestilah bersih, dipasang dengan betul. e. Pingat-pingat dan riben-riben mestilah dipasang ditengah-tengah diatas saku sebelah kiri atau kanan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. BAJU PANDANGAN DARI BELAKANG f. Tentukan baju ditarik dengan kemas tidak meleweh g. Landyard dipakai dibawah ketiak, pengujung landyard hendak dimasukkan kesaku kiri ditempatnya 9. TALI PINGGANG DARI BELAKANG a. Mesti dipakai dengan kemas dan ketat. b. Bakel mestilah berada ditengah-tengah dihadapan dan sejajar dengan tulang baju/seluar. 10. SELUAR PANDANGAN DARI HADAPAN a. Dihadapan seluar panjang mestilah sampai diatas kekura dan belakang ia mestilah separas sedikit tumit kasut. b. Dari belakang seluar panjang mestilah rata pada punggung dan muat dengan kemasnya diatas baju dan dibawah tali pinggang hujung-hujung benang dari jahitan mestilah dipotong 11. KASUT PANDANGAN DARI HADAPAN a. Kasut mestilah bersih, berkilat mengikut ukuran masing-masing, tali mestilah kuat tidak bersimpul diikat kuat menutup lubang-lubang menjaga kekura, kaki dan hujung talinya diikat dengan kemas. b. Semua bahagian kasut hendaklah dibersihkan dan berkiwi. 12. PERKARA YANG JANGAN DILAKUAKAN a. Jangan bertengkar denganya b. Jangan sentuh. (melainkan rekrut) c. Jangan maki hamun sampai keluar batasan dan jangan sebab seseorang semua dimarahi. d. Perkara yang mustahil atau kesalahan yang tidak patut dimarahi seperti warna baju turun atau sebaliknya 13. PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN a. Tunjuk contoh teladan. b. Beri hukuman terang dan tepat, ambil teguran kepada perkara yang telah berlaku. c. Puji mereka yang segak dan kemas.

14. JENIS-JENIS PAKAIAN SERAGAM a. Pakaian Istiadat. b. Pakaian Kerja. c. Pakaian Operasi d. Pakaian Latihan. Catatan: Tatacara pemakaian diedar dari masa kesemasa. 15. PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM a. Anggota dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap semasa bertugas seperti yang diarahkan dari masa kesemasa. b. Pegawai Memerintah boleh pada bila-bila masa membenarkan mana-mana anggota untuk memakai pakaian biasa (pereman) selain daripada pakaian seragam lengkap. c. Anggota pada setiap masa hendaklah menjaga kebersihan pakaian seragam. d. Anggota dilarang i.Mengubahsuai pakaian aksesorinya ii.Merosakkan dengan sengaja mana-mana bahagian pakaian seragam iii.Menyerah, memberi, menjual atau meminjamkan pakaian seragam kepada orang yang tidak dikenali. iv.Anggota yang kehilangan pakaian seragam hendaklah membuat laporan Polis dan melaporkan kehilangan kepada Pegawai Memerintah melalui Pegawai bertugas berserta salinan laporan polis. v.Anggota hendaklah memakai apa-apa lencana pengiktirafan dan pingat yang dianugerahkan kepadanya mengikut kekannanya seperti mana yang diarahkan.

BAHASA HUKUMAN DAN JENIS-JENIS PARAS Sesuatu skuad, Unit atau Bahagian. Cantik perbarisannya, yang cukup baik diparaskan terlebih dahulu memberi kesan-kesan yang baik kepada anggota-anggota peluang untuk berkawad bersama-sama. Oleh itu anggota hendaklah diparaskan pada awal-awal lagi. Paras boleh dilakuakan samada Yang Tinggi ke Kanan, Rendah ke Kiri atau Yang Tinggi di Tengah-Tengah. Ini boleh dilakukan dengan cermat dengan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Ini boleh dilakukan dengan cara mereka dalam bertiga-tiga atau beberapa banyak sekalipun barisan yang dikehendaki. CARA DAN BAHASA HUKUMAN PARAS 1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam satu barisan paras. Semua anggota berpusing seperti dalam berhenti, terus berjalan dan selepas itu mengatur diri mereka mengikut paras tinggal dalam keadaan sedia. Susunan yang betul selepas itu diperiksa oleh Jurulatih. 2. Nombor Skuad menyebut nombor dari kanan ke kiri. 3. Nombor ganjil satu langkah kehadapan, nombor genap satu langkah ke belakang gerak. Jurulatih mesti memeriksa pergerakan ini 4. Orang yang disebelah kanan sekali diam. Nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri pusing Semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang yang disebelah kanan sekali dibarisan hadapan yang tinggal diam menghadap arah hadapan. 5. Jadikan tiga barisan cepat jalan Skuad itu jadi tiga barisan, nombor genap mengikut belakang nombor ganjil, misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan, nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah, nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang, nombor 7 jadi nombor 2 dalam bairsan hadapan dan seterusnya, bila berhenti dalam kedudukan setiap orang berpusing kehadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia atau senang diri. JENIS-JENIS PARAS . . . . Yang Yang Yang Yang tinggi rendah tinggi rendah ke ke di di kanan rendah ke kiri. kanan tinggi ke kiri. tengah-tengah, rendah kiri kanan tengah-tengah, tinggi kiri kanan.

BAHASA HUKUMAN PARASKAN SKUAD 1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan paras Buat satu barisan paras, yang tinggi sekali di sebelah kanan bahu ke bahu dalam berdiri sedia 2. Nombor Beri bahasa hukuman nombor, bermula orang di sebelah kanan berteriak satu, orang kedua dan seterusnya. 3. Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang gerak. Semua sekali membuat pergerakan tersebut. 4. Orang yang disebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan pusing, nombor genap ke kiri pusing. Barisan kanan dan kiri pusing Orang yang disebelah kanan sekali diam, yang lain buat pergerakan kanan dan kiri pusing dalam satu deretan. 5. Jadikan tiga barisan cepat jalan Orang nombor 1 barisan hadapan, orang nombor 3 barisan tengah dan orang nombor 5 barisan belakang dan seterusnya. 6. Beri bahasa hukuman senang diri dan taklimat sebelum menjalani latihan kawad atau arahan-arahan latihan yang lain. CARA-CARA HORMAT DAN PEMAKAIAN 1. Memberi hormat a. Anggota dikehendaki memberi hormat yang sepatutnya kepada Ser Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Permaisuri dan Pewaris Tahta, Yang Di Pertua Negeri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Negara Luar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua Menteri, Yang Berhormat Menteri Dan Timbalan Menteri (Kabinet), Pegawai atasan Kerajaan, Yang Berbahagia Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan, Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Direktorat Penguatkuasaan serta Pegawai-pegawai Penguatkuasa yang lebih Kanan. 2. Pemakaian semasa memberi hormat a. Berpakaian seragam lengkap, atau tidak memakai cap dan beret semasa berjalan atau berhenti serta boleh memberi hormat dengan membuat pergerakan hormat, kehadapan hormat, ke kiri hormat atau ke kanan hormat.

3. Cara memberi hormat dan penggilan semasa perseorangan a. Buat pergerakan hormat, seperti kehadapan hormat, jika buat pergerakan hormat, ke kiri atau ke kanan, semasa berjalan dengan panggilan assalammualaikum atau selamat pagi mengikut kesesuaian waktu dan gelaran. 4. Memberi hormat dalam kumpulan a. Memberi hormat dalam kumpulan ialah dimana anggota yang terkanan pangkatnya atau no. Perkhidmatannya. Semasa berhenti, cara memberi hormat, memberi bahasa hukuman, Skuad.........Baris..Sedia... buat pergerakan hormat, serta panggilan yang bersesuaian. Jika semasa berjalan dalam kumpulan atau dereta, cara memberi hormat, memberi bahasa hukuman. Skuad.......Baris..... Pandang kanan atau kiri dimana ketua kumpulan sahaja yang membuat pergerakan hormat ke kanan atau kekiri serta panggilan yang bersesuaian. 5. Pakaian semasa memberi hormat dalam kumpulan a. Berpakaian seragam lengkap atau tidak memakai cap atau beret semasa berjalan atau berhenti dalam kumpulan 6. Dilarang membuat pergerakan hormat a. Semasa berpakaian seragam (uniform) tanpa memakai cap atau beret dan bertali pinggang adalah dilarang membuat pergerakan hormat b. Semasa berpakaian awam iaitu pakaian persendirian dilarang membuat pergerakan hormat BERJALAN BARISAN MELINTANG DALAM MASA PERLAHAN 1. Berjalan barisan melintang adalah diajar pada permulaannya dengan perlahan. Jurulatih mesti menerangkan lagi tentang kegunaan amaran hukuman kawad kehadapan dan kebelakang dan arah rusuk semasa latihan, panjangnya langkah dan jarak diantara barisan-barisan satu langkah mestilah diperbetulkan selalu. 2. Perkara-perkara yang berikut mestilah ditunjuk ajar dan dilatih a. Memilih satu tanda hadapan dan berjalan menujunya supaya memelihara barisan mara yang lurus. b. Membetulkan barisan yang sudah tidak lurus dengan beransur-ansur. c. Bagaimana memelihara jarak dan lurus barisan d. Berjalan pada satu langkah yang penuh dan berhenti supaya lurus barisan tidak hilang. 3. Kesalahan-kesalahan biasa a. Tidak memelihara jarak, jauh dan lurus barisan dengan betul. b. Berlari atau membetul dengan mengejut bagi mendapatkan balik lurus barisan sepatutnya dibuat dengan beransur-ansur. c. Berjalan dan berhenti dengan panjang yang tidak sama dan tidak betul. d. Melangkah satu langkah lebih dari 30 inci.

KANDUNGAN PELAJARAN KAWAD 1. Pentadbiran Kawad 2. Kawad Kaki 3. Kawad Senjata 4. Kawad Tongkat 5. Kawad Pedang 6. Kawad Istiadat PENTADBIRAN KAWAD 1. Tujuan Berkawad 2. Arahan Hormat 3. Pemeriksaan Pakaian 4. Berjalan Barisan Melintang 5. Bahasa Hukuman dan Jenis-jenis Paras 6. Jenis Pakaian dan Kelengkapan Pasukan 7. Kawad Kawalan Lalulintas 8. Kawalan Keselamatan Fizikal 9. Pengenalan Kepada Senjatapi 10. Pengenalan kepada Alat Perhubungan Radio 11. Pelajaran Kawad Kaki PELAJARAN KAWAD KAKI 1. Sedia PP 2. Senang Diri PP 3. Rehatkan Diri PP 4. Berbaris dalam Tiga Barisan PP 5. Buka dan Tutup Barisan 2P 6. Luruskan Barisan 2P 7. Nombor dan Nyatakan PP 8. Langkah ke Hadapan dan Belakang PP 9. Langkah 10. Berpusing ke Kiri, Kanan dan Belakang 2P 11. Bersurai dan Keluar Baris PP 12. Paras Skuad PP 13. Jadikan Dua Barisan dari Tiga Barisan PP 14. Berjalan dalam Masa Cepat 3P 15. Berhenti masa Cepat Jalan 3P 16. Perlahan Jalan P 17. Berhenti masa Perlahan Jalan 2P 18. Membelok P 19. Hentak Kaki, Berhenti, Cepat Jalan 20. Hentak Kaki, Berhenti, Perlahan Jalan 21. Tukar Langkah Masa Berjalan 3P 22. Berpusing Kiri & Kanan 4P 23. Kebelakang Pusing Cepat Jalan 6P

24. Berjalan dalam Barisan Melintang Perlahan Jalan p 25. Buka dan Tutup Barisan Perlahan Jalan P 26. Membelok ke Kiri & Kanan P 27. Tukar Haluan dan Henti P 28. Jadikan Skuad masa Berjalan dan Berhenti (cepat jalan PP 29. Jadikan Skuad Masa Perlahan Jalan PP 30. Jadikan Satu Barisan dari Barisan Memanjang PP 31. Hormat Semasa Berhenti 2P 32. Kehadapan Hormat PP 33. Kekanan dan ke Kiri Hormat 5P 34. Hormat Selaku Terima Gaji PELAJARAN KAWAD SENJATA 1. Sedia PP 2. Senag Diri PP 3. Rehatkan Diti PP 4. Rusuk Senjat dari Turun Senjata 2P 5. Turun Senjata dari Rusuk 2P 6. Kalih Senjat dari Turun 2P 7. Ke Hadapan Hormat 2P 8. Hormat Senjata dari Rusuk 3P 9. Rusuk Senjata dari Hormat 2P 10. Hormat Senjata dari Turun 3P 11. Turun Senjata dari Hormat 3P 12. Kalih Senjata dari Rusuk 4P PELAJARAN KAWAD TONGKAT KEN 1. Sedia Rusuk Tongkat PP 2. Senang Diri PP 3. Rehatkan Diri PP 4. Kepit Tongkat dari Rusuk 2P 5. Tusuk Tongkat dari Kepit 2P 6. Bimbit Tongkat dari Rusuk 2P 7. Rusuk Tongkat dari Bimbit 2P 8. Kepit Tongkat dari Bimbit 2P 9. Bimbit Tongkat dari Kepit - 2P 10. Kalih Tongkat 2P 11. Berhenti Tongkat dalam keadaan Kepit, berjalan dalam Bimbit dan Berhenti dalam keadaan Kepit Tongkat Semula P 12. Kalih Tongkat masa Berjalan (Rusuk dan Bimbit saja PP) 13. Hormat masa Berjalan bersama Tongkat PP 14. Hormat ke Kiri & ke Kanan bersama Tongkat 9P

PELAJARAN KAWAD PEDANG Pengenalan kepada Pedang saja PELAJARAN KAWAD ISTIADAT 1. Kawalan Suku 2. Kawalan Kehormat

HUKUMAN KAWAD HUKUMAN CEPAT JALA DIBERI APBILA PERLAHAN JALAN DIBERI APABILA LAIN-LAIN HAL Berhenti masa berjalan Kaki kiri melalui kaki kanan Kaki kanan melalui kaki kiri Dalam berlari apabila kaki kiri sampai ke bumi Cepat atau perlahan jalan bersama masa dengan Pasukan yang sedang berjalan Cepat atas kaki kiri Jalan atas kaki kanan (berturut-turut) Perlahan atas kaki kanan (berturu-turut) Pusing setengah kanan Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan Hentak kaki Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan Dalam berlari kaki kanan sampai ke bumi Belakang pusing Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan Berhenti (hentak kaki) Kaki kiri sedang naik Kaki kanan naik penuh Tukar langkah Tukar atas kaki kiri Langkah atas kaki kanan Tukar atas kaki kiri Langkah atas kaki kanan (berturu-turut) Maju Kaki kiri sedang naik Kaki kanan naik penuh Tukar langkah cepat cepat jalan -Cepat atas kaki kiri Jalan atas kaki kanan (berturut-turut) Daripada langkah berlari cepat atas kaki kiri jalan atas kaki kanan (berturut-turut) Tukar langkah perlahan Perlahan jalan Kaki kiri rata melalui kaki kanan -Buka dan tutup barisan -Kaki kanan melalui kaki kiri Tukar haluan ke kiri Kaki kanan melalui kaki kiri (sebaliknya) Kaki kiri melalui kaki kanan (sebaliknya) Disebelah kanan atau kiri jadikan skuad Seperti pusing ke kanan atau

kiri Seperti pusing ke kiri atau ke kanan pusing Semua hormat termasuk pedang dan kawad tongkat melainkan hormat kehadapan atau selaku pengawal Kaki kiri sampai ke bumi Kaki kanan sampai ke bumi Melainkan hormat kehadapan atau selaku pengawal (kaki kanan melalui kaki kiri) Semasa berjalan latihan senjat Mengikut di tangan mana senjata berada Di tangan mana berada Melainkan tukar semsa dalam sendenga senjata di sebelah bagu kanan di buat 13

TAKLIMAT DAN LATIHAN SEBELUM MENJALANI LATIHAN KAWAD Anda adalah sebagai platun sarjan. Sebelum menjalani latihan kawad terlebih dahulu anda dikehendaki membuat persiapan untuk latihan tersebut. 1. Tempat latihan (Padang kawad) 2. Tarikh dan masa 3. Jenis latihan 4. Jenis pakaian 5. Kekuatan anggota 6. Makan/Minum TAKLIMAT KAWAD Bariskan skuad dalam keadaan sedia 1. Selamat pagi skuad....... Pada pagi ini saya akan mengawadkan skuad... Penanda kanan..(sebutkan pangkat dan nama) Penanda kiri (sebutkan pangkat dan nama) 2. Itu adalah barisan hadapan, barisan tengah, tengah juga, barisan belakang, belakang juga. 3. Hukuman salah jangan dibuat, hukuman saya yang betul skuad hendaklah buat dengan betul dan cergas. 4. Faham itu skuad. *Beri bahasa hukuman sedia/senang diri KAWALAN KEHORMAT Kawalan Kehormat biasnya dikelolakan oleh anggota penguatkuasa dalam perkhidmatan Kerajaan Tempatan dan jabatan yang lain, serta mempunyai peruntukan pakaian Istiadat. Tujuan utama memberi hormat keistimewaan kepada orang kenamaan yang setaraf denganya serta ketua-ketua Negara Asing. JENIS KAWALAN 1. Kawalan Kehormat 2. Kawalan Kuater HORMAT TERTINGGI 1. Hormat Diraja 2. Hormat Perdana 3. Hormat Panglima

KEKUATAN KAWALAN KEHORMAT . 1 Pegawai -Penolong Penguasa atau Ketua Inspektor Sebagai Ketua Perbarisan. . 2 Pegawai -Inspektor/ Pen. Inspektor Sebagai Pegawai Perbarisan . 1 Sub. Insp - Sarjan Mejor Perbarisan . 2 Sarjan - Sarjan penanda kiri dan kanan . 69 Anggota - Anggota Perbarisan . Jumlah -3 Pegawai 72 Anggota KEKUATAN KAWALAN KUATER 1 Sarjan -Ketua Kawalan Kuater 1 Kopral -Penolong Ketua Kawalan 6 Anggota -Sebagai Pengawal . 2 Anggota -Peniup Tentuang Jumlah -10 orang

Anda mungkin juga menyukai