Anda di halaman 1dari 3

Segak bergaya putera mahkota,

Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,


Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada tanggal 21 September 1962, tarikh keramat bagi pasangan bertuah Hj Hj


Mohamed bin Masood dan Hajah Fadhilah binti Mansor apabila dikurniakan
seorang putera diberi nama Ruhaihad bin Mohamed di Kota Singapura.Beliau
juga merupakan anak pertama daripada 2 beradik.

Mendapat pendidikan awalnya di Peck Seah Primary School di Singapura iatu


dari tahun 1969 hingga 1973. Beliau kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah
Kebangsaan Sri Mersing pada tahun 1974. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Sri Mersing dari tahun
1975hingga 1979.
.
Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan Sri
Kota, Kuala Lumpur dan kemudiannya menyambung pengajiannya di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih
yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena
pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah biasa tegal biasa” dan
“genggam bara api biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh
Tuan Haji Ruhaizad bin Mohamed, seorang guru yang sangat dihormati dan
disayangi. Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di negeri Johor
Darul Takzim . Bermula 1 Januari 1985 sehingga 1987 sebagai Guru Penolong
Kanan Ko kurikulum. Seterusnya pada tahun 1998 sehingga 2022 , beliau telah
bertukar ke SK Kompleks Sultan Abu Bakar ,Johor Bahru s,ebagai juga sebagai
Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seterusnya pada 1 Jun 2022 beliau telah
berpindah ke SMK Sultan Abdul Jalil sehinggalah ke hari ini.

Apalah guna memasang pelita,


Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.

Ambil gendang di Kampung Kandis,


Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.

Puteri bongsu memetik melati,


Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.

Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan


pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, “Kalau
jodoh tak ke mana...”,
akhirnya dua hati ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli
keluarga tercinta. Justeru bertautlah kasih ,berpautlah ikatan sayang antara Tuan
Hj Ruhaizad b Mohamed dan pasangannya Puan Hajah Maziah binti Abu Bakar
pada 4 April 1986.

Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,


Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,


Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.
Tuan Hj Ruhaizad dan pasangannya Hjh Maziah telah dianugerahi Ilahi dengan
kehadiran 4 orang cahaya mata, iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Anak
sulung pasangan ini, Bernama Nurdzarifah, diikuti Muhammad Nur, ketiga Nur
Faeezah , dan yang bongsu Nurainee. Keempat-keempat anak
pasangan ini berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang
boleh dibanggakan. Beliau juga telah dikurniakan seramai 9 orang cucu sehingga
ke hari ini.

Indah gemerlap bintang bercahaya,


Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai