Anda di halaman 1dari 25

PRODUKSI

MULTIMEDIA

ELEMEN
MULTIMEDIA
ANIMASI

Disediakan Oleh : Siti Faizah Binti Kertau Kintus


(D20102039848)
Definisi Animasi :
Definisi Animasi :
 Animasi (animation) berasal dari perkataan
latin yang membawa erti „dihidupkan‟.
 Menurut kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, animasi merujuk kepada satu
perbuatan atau proses menjadikan sesuatu
agar kelihatan hidup.
 Animasi didefinisikan sebagai satu proses
menghidupkan atau memberikan gambaran
bergerak kepada sesuatu yang statik agar
kelihatan hidup dan dinamik.
Tujuan Animasi :
Tujuan Animasi :
 Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses
menambahkan pergerakan kepada imej statik dengan
menggunakan pelbagai kaedah.
 Terdapat pelbagai keadaan di mana animasi
diperlukan penggunaannya di dalam sesebuah
halaman web, antaranya ialah bagi
menceriakan sesuatu halaman web, menerangkan
sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menjimatkan
ruang storan di dalam sesuatu komputer pelayan
(server) bila menggunakan animasi berbanding
dengan video bagi menunjukkan peristiwa yang
sebenar.
 Animasi juga digunakan bertujuan untuk
menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat
diterangkan menggunakan media-media yang lain.
Animasi GIF (Animated
GIF) :
Animasi GIF (Animated GIF) :
 Merupakan teknologi animasi yang terawal dan agak
mudah untuk dihasilkan.
 Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-imej statik
berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan
menggunakan perisian-perisian animasi gif.
 Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi
tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman
web atau lebih popular dikenali sebagai “banner”.
 Kelebihan animasi jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di
mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web
tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in.
Kelemahannya ialah ianya tidak boleh diintegrasikan
dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan
pengguna.
Shockwave (Flash dan
Director) :
Shockwave (Flash dan
Director) :
 Shockwave merupakan suatu piawaian yang amat
popular dan mendapat sambutan ramai bagi
tujuan persembahan multimedia menerusi
internet. Ia bukan sahaja mampu memaparkan
animasi malah juga berupaya menghasilkan
interktiviti peringkat tinggi.
 Teknologi Shockwave ini dipelopori oleh syraikat
gergasi dalam bidang multimedia iaitu Macromedi
Inc. Terdapat pelbagai jenis Shockwave yang ada
antaranya Shockwave Director, Flash, Authorware
dan juga Freehand.
Teknik-Teknik Animasi :
Teknik-Teknik Animasi :
1. Animasi Tradisional
 Sebelum berkembangnya teknologi animasi
berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan
menggunakan tangan.
 Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit
contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400
helaian imej.
 Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi
membantu di dalam proses penghasilan animasi secara
tradisional antaranya:
(i) Keyframes
(ii) Animasi Sel
(iii) Page Flipping
Cont…
2. Animasi Berkomputer
 Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang
dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan
teknologi komputer dan elektronik.
 Terdapat pelbagai kaedah di dalam penghasilan
animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah
sekadar pergerakan objek secara linear merentasi
skrin sehinggalah kepada animasi 3 dimensi yang
mengkagumkan.
 Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di
dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer
iaitu :
(i) Tweening
(ii) Keyframe
Kategori-kategori Animasi
Berkomputer :
Kategori-kategori Animasi
Berkomputer:
1. Animasi 2 Dimensi
 Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali
sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada
pergerakan objek yang mudah merentasi skrin
sesebuah skrin paparan.
 Beberapa kaedah yang digunakan bagi
membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :
# Animasi Laluan (Path Animation)
# Animasi Sel (Cel Animation)
# Animasi Skrin atau Transaksi Objek
# Animasi Fon dan Ikon
Cont…
2. Animasi 3 Dimensi
 Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek
tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi
pemodelan atau formula matematik Setiap objek
mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai
sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya
objek sebenar yang berdimensi.
 Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi
tiga dimensi. Antaranya :
# Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)
# Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan
(Lightning)
# Pemetaan (Mapping)
# Rendering dan Animasi
Kesan Khas Animasi :
Kesan Khas Animasi :
 Selain daripada animasi 2D dan 3D, terdapat
juga beberapa jenis animasi lain yang ada dan
antara yang paling utama ialah kesan khas
animasi.
 Beberapa kesan khas animasi yang utama
ialah :
(i) Morphing
(ii) Warping
(iii) Virtual Reality
Format Fail Animasi :
Format Fail Animasi :
 Format fail animasi yang paling popular
antaranya ialah format daripada AutoDesk 3D
Studio dan Animator (.FLI, .FLC)
 Macromedia Director (.DIR).
 Animasi juga sering disimpan sebagai video
klip yang mempunyai format fail Quick Time
(mov) atau Video for Windows (avi).
Perisian-perisian
Animasi :
Perisian-perisian Animasi :
1. Perisian Animasi 2D :
 Perisian animasi dua dimensi menambahkan
pergerakan dan juga pergerakan pada imej yang
statik.
 Perisian ini sama ada menggunakan imej vektor atau
bitmap sebagai objek, pergerakan atau animasi akan
dicapai melalui siri frame-frame yang tersusun.
 Biasanya animasi 2D yang dihasilkan menggunakan
perisian bahasa gubahan yang sememangnya telah
sedia menyediakan kemudahan-kemudahan bagi
tujuan tersebut.
 Contohnya perisian Macromedia 5.0 meyediakan 5
pilihan bagi menghasilkan pelbagai bentuk animasi
laluan (path animation) yang dikehendaki.
Cont…
2. Perisian Animasi 3D :
 Perisian animasi 3D membolehkan penghasilan
objek 3D dengan animasi yang bersesuaian
dibangunkan.
 Pada peringkat asas, perisian animasi 3D yang
mudah, murah dan senang digunakan antaranya
ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, Crystal
Flying Fonts Pro dan Ray Dream 3D.
 Di peringkat pertengahan, perisian seperti
Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream
Studio dan Macromedia Extreme 3D merupakan
antara pilihan yang bijak.
Perkakasan Bagi Penghasilan
Animasi :
Perkakasan Bagi Penghasilan
Animasi:
 Animasi berkomputer boleh dihasilkan dengan
menggunakan mana-mana sistem komputer multimedia
masa kini.
 Sistem Komputer dengan keupayaan pemproses
setinggi 600 Mhz, ingatan utama (RAM) 64 MB dan
ruang storan 4.3 GB mampu menghasilkan animasi-
animasi yang berkualiti tinggi bagi tujuan pembangunan
aplikasi multimedia.
 Namun demikian, bagi penghasilan animasi-animasi
yang lebih kompleks serta canggih sepertimana yang
sering kita lihat melalui televisyen dan media-media
elektronik yang lain, sistem komputer dari kategori
stesyenkerja (workstation), Silicon Graphics, Windows
TAMAT

Disediakan Oleh : Siti Faizah Binti Kertau Kintus


(D20102039848)

Anda mungkin juga menyukai