Anda di halaman 1dari 6

Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,


Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur

1.0 NOTA SYOR ASAS CERUCUK

1. Semua kerja berkaitan dengan asas dalam hendaklah mematuhi Spesifikasi Kerja-
Kerja Bangunan JKR (2014), MS 1314 dan lain-lain standard dan piawaian yang
digunapakai oleh projek JKR.

2. Daya tanggungan beban cerucuk yang direka bentuk adalah terdiri daripada Daya
Geseran Kulit (Skin Friction) dan Daya Tanggungan Galas Hujung (Base
Resistance).

3. Working platform yang sesuai dan selamat perlu disediakan untuk kerja-kerja
penanaman cerucuk.

4. Cerucuk adalah terdiri daripada jenis Spun Pile. Cerucuk tersebut perlu mematuhi
MS1314:PART4:2004 dan sekurang-kurangnya kelas B di mana Gred konkrit
minimum adalah 80N/mm2.

5. Cerucuk adalah terdiri daripada jenis R.C. Square Pile. Cerucuk tersebut perlu
mematuhi MS1314:PART3:2004 dan sekurang-kurangnya kelas M di mana Gred
konkrit minimum adalah 45N/mm2.

6. Kaedah hydraulic hammer disyorkan untuk tujuan penanaman cerucuk


memandangkan tiada struktur bangunan yang berhampiran kawasan tapak
cadangan. Walau bagaimanapun, kaedah penanaman cerucuk yang sebenar akan
ditentukan di tapak dengan persetujuan Pegawai Penguasa (P.P.)

7. Cerucuk perlu dilantak sehingga mencapai set. Set dijangka pada kedalaman
minimum 9m.

8. Kaedah jack-in disyorkan untuk tujuan penanaman cerucuk memandangkan


kawasan tapak cadangan terletak berhampiran dengan blok bangunan sediada.
Walau bagaimanapun, kaedah penanaman cerucuk yang sebenar akan ditentukan
di tapak dengan persetujuan Pegawai Penguasa (P.P.)

1
Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

9. Cerucuk perlu ditekan sehingga mencapai set mengikut kriteria set cerucuk
jacked-in seperti yang dinyatakan dalam item no. 10 di bawah. Jangkaan
kedalaman set adalah pada 24m.

10. Kriteria set bagi kaedah cerucuk jacked-in adalah ditentukan dengan cerucuk
ditekan sehingga daya tekanan (jacked-in force) bersamaan dengan 2.5 kali beban
reka bentuk (2.5WL) selama 15 saat dan memberikan bacaan mendapan yang
tidak lebih daripada 6mm untuk 3 kali berturut-turut.

11. Untuk bangunan..., cerucuk perlu ditekan sehingga mencapai length


mengikut kriteria length cerucukjack-in seperti yang dinyatakan dalam ite
no 10 diatas. Jangkaan kedalaman pile to length adalah pada ..m – sha
kastam peneng

12. Minimum dua (2) batang cerucuk untuk setiap kedudukan tiang.
(untuk profil tanah yang lembut dan erratic, contoh : marine clay dan limestone
formation)

13. Cerucuk permulaan (initial pile) yang dicadangkan adalah 12m, diikuti dengan
cerucuk sambungan (extension pile) 9m dan 6m untuk tujuan tender. Kombinasi
sebenar perlu ditentukan selepas kerja-kerja penanaman cerucuk awalan.

14. Sekurang-kurangnya enam (6) bilangan atau 5% daripada jumlah cerucuk (yang
mana lebih tinggi) perlu ditanam sebagai cerucuk awalan (Preliminary Piles) pada
lokasi yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa.

15. Kaedah pre-bore perlu digunakan untuk cerucuk pendek di mana kedalaman
cerucuk yang ditanam adalah kurang daripada 12D daripada aras cut-off. Saiz pre-
bore seharusnya sama saiz dengan diameter cerucuk.

16. Cerucuk awalan hendaklah ditanam tanpa menggunakan kaedah pre-bore.


Sekiranya kedalaman penanaman cerucuk tidak mencapai 12D, pemakluman
hendaklah dibuat kepada pejabat ini untuk tujuan kajian semula reka bentuk
sebelum pengesyoran penggunaan kaedah pre-bore dikemukakan.

2
Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

17. Penggunaan temporary casing boleh dipertimbangkan sekiranya tebing korekan


adalah tidak stabil jika kaedah pre-bore dilaksanakan. Kedalaman temporary
casing yang dicadangkan adalah 6m.

18. Untuk cerucuk yang perlu ditanam berhampiran dengan struktur sediaada dan
menghadapi kekangan ruang untuk meletakkan jentera jack-in, maka kaedah side
jack-in perlu digunakan dan keupayaan reka bentuk cerucuk untuk side jack-in
adalah setengah daripada keupayaan galas cerucuk yang telah direka bentuk.

19. Jenis sepatu cerucuk yang disyorkan adalah Cross Fin Pile Shoe.

20. Ujian Beban Statik (Mantained Load Test) perlu dilaksanakan sekurang-
kurangnya dua (2) bilangan atau 1% daripada keseluruhan bilangan cerucuk (yang
mana lebih tinggi) di mana kaedah perlaksanaan ujian adalah sebagaimana
termaktub pada Spesifikasi Kerja-kerja Bangunan 2014.

21. Ujian Dinamik Cerucuk (High strain dynamic pile load test with Pile Driving
Analyser) perlu dilakukan sekurang-kurangnya 7% daripada keseluruhan jumlah
cerucuk.

22. High strain dynamic pile load test (PDA) perlu dilaksanakan oleh jurutera yang
mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam melaksanakan ujian
ini di tapak atau mencapai tahap Basic Level dalam ujian proficiency di bawah
Certification of the Pile Driving Contractors Association (PDCA).

23. Analisis keputusan high strain dynamic pile load test (PDA) perlu dilaksanakan
oleh jurutera professional yang mencapai minima tahap Advanced dalam ujian
proficiency di bawah Certification of the Pile Driving Contractors Association
(PDCA).

24. Sela masa bagi perlaksanaan ujian-ujian beban adalah sekurang-kurangnya empat
belas (14) hari selepas cerucuk ditanam. Pemilihan cerucuk untuk tujuan ujian
adalah berdasarkan rekod penanaman cerucuk paling kritikal (worst driving
records).

3
Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

25. Satu set keputusan ujian beban dan rekod penanaman cerucuk yang dijalankan
hendaklah dikemukakan kepada pejabat ini untuk rujukan dan semakan semula.

26. Kerja-kerja pengorekan untuk pile cap pits perlu diberi perhatian dan sistem
penahan sementara hendaklah disediakan (jika perlu) untuk menahan tebing
dinding korekan. Tanah yang dikorek tidak boleh ditambun bersebelahan dengan
lubang korekan.

27. Lubang-lubang asas yang dikorek jangan dibiarkan terdedah terlalu lama. Kerja-
kerja penyahair (dewatering) haruslah dilakukan. Kerja-kerja concrete screeding
hendaklah dilakukan dengan segera selepas selesai penggalian lubang asas.

28. Kerja-kerja pemadatan (sekiranya ada) perlu dilaksanakan sebagaimana


Spesifikasi Kerja-Kerja Bangunan JKR (2014).

29. Lantai tingkat bawah, kaki lima serta longkang perimeter bangunan jenis terampai
(suspended floor) adalah disyorkan.

4
Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

2.0 NOTA SYOR ASAS CETEK

1. Semua kerja berkaitan dengan asas cetek hendaklah mematuhi Spesifikasi Kerja-
Kerja Bangunan JKR (2014), MS 1314 dan lain-lain standard dan piawaian yang
digunapakai oleh projek JKR.

2. Working platform yang sesuai dan selamat perlu disediakan untuk kerja-kerja
pembinaan asas cetek.

3. Ujian Pengesahan Proba (Confirmatory Probe) perlu dijalankan pada setiap


kedudukan tiang sebelum pembinaan asas cetek dijalankan.

4. Untuk lapisan tanah di bawah aras penapak yang tidak mencapai bacaan proba
seperti dinyatakan, lapisan berkenaan perlu diganti (remove & replace) dengan
tanah gantian yang bersesuaian (suitable material). Sekiranya lapisan tanah
tersebut berada di bawah paras air bawah tanah, pasir atau granular material
hendaklah digunakan sebagai tanah gantian.

5. Kriteria tanah gantian dan kerja pemadatan perlu dilaksanakan sebagaimana


Spesifikasi Kerja-Kerja Bangunan JKR (2014) sebelum kerja-kerja concrete
screeding dijalankan.

5
Bahagian Reka Bentuk Geoteknik 2
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

6. Plate Bearing Test sebanyak 5 bilangan perlu dilaksanakan bagi bangunan utama
yang keupayaan galas tanah direka bentuk adalah ≥ 150kN/m².

7. Kerja-kerja pengorekan untuk sistem penapak perlu diberi perhatian dan sistem
penahan sementara hendaklah disediakan (jika perlu) untuk menahan tebing
dinding korekan. Tanah yang dikorek tidak boleh ditambun bersebelahan dengan
lubang korekan.

8. Lubang-lubang asas yang dikorek jangan dibiarkan terdedah terlalu lama. Kerja-
kerja penyahair (dewatering) haruslah dilakukan. Kerja-kerja concrete screeding
hendaklah dilakukan dengan segera selepas selesai penggalian lubang asas.

9. Lantai tingkat bawah, kaki lima serta longkang perimeter bangunan jenis terampai
(suspended floor) adalah disyorkan.

Nota :

i. Nota Syor Asas Cerucuk hanya untuk kegunaan Spun Pile dan R.C. Square Pile
sahaja

ii. Nota syor asas yang bertanda merah hendaklah dipinda bersesuaian dengan reka
bentuk yang telah dicadangkan

Anda mungkin juga menyukai