Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN RUMUSAN 2021

RUMUSAN 【 1 】

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang didertakan di bawah , kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan .

BAHAN 1 : PETIKAN

Permainan tradisional merupakan salah satu permainan ciptaan masyarakat tradisional.


Permainan warisan budaya ini menjadi kebanggaan masyarakat silam. Permainan ini boleh sahaja
dimainkan di serambi, di halaman rumah, dan di kawasan tanah lapang yang tidak memerlukan
belanja tetapi mereka dapat berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Namun demikian, permainan tradisional tidak lagi menjadi kegemaran kepada generasi muda
yang terdedah pada peralatan telekomunikasi yang mengasyikkan. Kecanggihan permainan terkini
telah melunturkan keghairahan mereka daripada memilih permainan rakyat yang menjadi simbol
warisan sejarah dan budaya bangsa. Permainan tradisional tidak menjadi pilihan generasi muda yang
diruntun oleh pelbagai aplikasi permainan alam maya. Hal ini berbeza dengan suatu ketika dahulu
semasa kanak-kanak menghabiskan masa bermain permainan tradisional yang memerlukan
pergerakan fizikal dan ketajaman mental. Secara tidak langsung, permainan ini dapat melatih
kekuatan fizikal dan mental para pemain. Sebaliknya, generasi muda lebih selesa melayan permainan
video. Perbezaan yang berlaku amat jelas apabila ketawa bersama-sama rakan digantikan dengan
budaya kera sumbang apabila mereka menghabiskan masa bersendirian dengan peralatan elektronik
masing-masing daripada bersosial dengan teman-teman.

Permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, gasing, galah panjang, dan layang-
layang amat digemari oleh golongan kanak-kanak. Permainan warisan itu membawa bersama-sama
pelbagai kelebihan termasuklah memupuk semangat berpasukan. Malangnya, permainan tersebut
kian luntur peminatnya apabila berlaku pertembungan antara permainan tradisional dengan
permainan moden yang canggih. Perkara ini tidak terjangkau oleh pemikiran generasi kini
disebabkan mereka jarang-jarang dapat menyertai permainan warisan ini. Sekiranya mereka
meminati permainan tradisional seperti wau dan gasing, hajat mereka masih terhalang apabila
kekurangan prasarana yang disediakan untuk permainan ini hingga minat orang ramai terhadapnya
semakin terbantut. Natijahnya, permainan tradisional dipandang rendah oleh masyarakat akibat
daripada permainan moden.

Oleh sebab itu, kita tidak wajar membiarkan permainan tradisional ini luput ditelan masa dan
generasi muda terus merenggangkan diri daripada permainan tradisional kerana kecuaian kita
mempertahankannya. Sekalipun zaman telah berubah dan negara semakin maju,
permainan rakyat ini perlu diwarisi oleh generasi kerana sudah terbukti permainan tradisional ini tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana
‘Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara’
oleh Samat Buang, Dewan Siswa, September 2016
LATIHAN RUMUSAN 2021

BAHAN 2 : BAHAN GRAFIK


LATIHAN RUMUSAN 2021

RUMUSAN 【 2 】

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang didertakan di bawah , kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan .

BAHAN 1 : PETIKAN

Peredaran zaman telah mengubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk
mengisi waktu terluang dengan peranti elektronik. Secara umumnya peranti elekronik
bermaksud semua peralatan elektronik yang berfungsi sebagai medium penyampai maklumat dan
komunikasi dalam kehidupan harian. Walaupun secara asasnya makna peranti elaktronik ini
merujuk kepada perkembangan teknologi yang mampu memberikan kesan positif kepada
pengguna, namun dalam kalangan remaja, perkembangan teknologi ini menjadi ancaman jika tidak
dikawal penggunaannya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia pada tahun 2014, sebahagian besar pengguna Internet di Malaysia
terdiri daripada remaja.

Kecenderungan remaja menggunakan peranti elektronik secara berlebihan


sebenarnya berpunca daripada kesilapan segelintir ibu bapa dan penjaga remaja terbabit. Ibu
bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab dan mengakui bahawa isu ketagihan peranti
elektronik dalam kalangan remaja bermula daripada kebebasan dan keterbukaan ibu bapa
melengkapkan anak remaja dengan peralatan elektronik. Di samping itu segelintir ibu bapa pada
masa ini mudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peranti elektronik untuk anak-anak
remaja mereka sebagai ‘penjaga’ pada waktu mereka sibuk di luar rumah. Sehubungan itu
terdapat pelbagai kesan negatif yang menimpa para remaja. Pembaziran masa merupakan antara
impak negatif terhadap penggunaan peranti elektronik secara berlebihan. Masalah kesihatan
seperti obesiti juga dikatakan berpunca daripada situasi tersebut. Dalam konteks yang lain
para remaja akan berhadapan dengan masalah kekurangan kemahiran bersosial dan
berkemungkinan menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan identiti.

Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, remaja yang menggunakan aplikasi


seperti permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan penglihatan mereka dan
menyebabkan mata menjadi rabung. Selain itu, bagi remaja yang menggunakan peranti
elektronik dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan meninggakan kesan
kesakitan pada tulang belakang dan meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu,
remaja yang ketagihan penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka
terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru sebaliknyanya lebih terarah kepada
dunia digital. Dalam aspek pergaulan dan berkomunikasi pula, remaja akan menjadi lebih
pendiam, kurang sabar, tidak mempunyai teman rapat dan penguasaan bahasa yang tidak
berkembang. Isu remaja dan masalah ketagihan peranti elektronik ini bukanlah sesuatu perkara
yang baharu. Masalah ini menjadi semakin kritikal akibat daripada perkembangan teknologi
komunikasi yang semakin bervariasi.
LATIHAN RUMUSAN 2021

Dalam membicarakan isu ketagihan remaja tehadap peranti elektronik ini, implikasi
dari sudut perkembangan emosi pula akan mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian
para remaja. Pada usia yang muda, remaja akan terdedah dengan masalah daya tumpuan yang
rendah dan kawalan emosi yang tidak tersusun dengan baik. Oleh itu semua pihak terutamanya
ibu bapa dan penjaga perlu mengawasi penggunaan peranti elektronik dalam kalangan remaja.
Perkembangan teknologi yang sangat pantas menyebabkan remaja tidak dapat lari daripada
menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan peranti elektronik telah
menjadi suatu keperluan untuk menjalankan rutin harian. Namun begitu remaja seharusnya
bijak memanfaatkan kecanggihan peranti tersebut, bukannya terjerumus ke lembah ketagihan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ketagihan Peranti Elektronik’
oleh Noor Azam Abdul Rahman,
Dewan Siswa, Jun 2018 .

BAHAN 2 : BAHAN GRAFIK


LATIHAN RUMUSAN 2021

RUMUSAN 【 3 】

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang didertakan di bawah , kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan .

BAHAN 1 : PETIKAN

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan


pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang
yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan
sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih banyak
pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai
masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor
kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yangtinggi,


Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan.
Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan
pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau
Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai
tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut.
Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan
pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong


oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard
MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang
memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia
amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan
persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan
berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan
pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit
sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran
yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada
pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan
perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-
undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor
pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan
Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong
kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji
kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan
mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.
LATIHAN RUMUSAN 2021

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan’
oleh Hanafi Timan,
Dewan Ekonomi, Oktober 2010)

BAHAN 2 : BAHAN GRAFIK

Anda mungkin juga menyukai