Anda di halaman 1dari 6

4.

1 UNIT PERNIAGAAN
- Pemilikan Tunggal
- Perkongsian
- Syarikat Sendirian Berhad
- Syarikat Berhad
- Koperasi

4.4.1 PEMIKILIKAN TUNGGAL


Ciri – ciri
Milikan – Seorang Pemilik Sahaja
Modal – Kecil dan terhad
Liabiliti – Liabiliti tidak terhad
Pembentukan – Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Pengurusan – Berperanan sebagai pengurus dan pekerja
Agihan Untung Rugi – Dinikmati oleh pemilik
Cukai – Cukai pendapatan perseorangan

KELEBIHAN PEMILIKAN TUNGGAL


- Mudah ditubuhkan , dikembangkan dan dibubarkan
- Kos penubuhan dan kos overhead perniagaan rendah
- Pemilik Perniagaan bebas untuk mengurus
- Pemilik mempunyai insentif untuk bekerja keras kerana menikmati segala
keuntungan
- Beban cukai yang rendah kerana hanya perlu membayar cukai pendapatan
perseorangan
- Akaun perniagaan tidak perlu diaudit apabila dilaporkan kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri

KEKURANGAN PEMILIKAN TUNGGAL


- Liabiliti tidak terhad, harta peribadi pemilik perniagaan boleh diambil untuk
membayar hutang perniagaan
- Modal, idea dan kemahiran pengurusan oemilik perniagaan yang terhad
menyukarkan pengembangan perniagaan.
- Tidak wujud pembahagian kerja dan penkhususan
- Masa kerja pemilik perniagaan panjang dan tidak bebas untuk bercuti panjang.
- Jangka hayat perniagaan mungkin tidak kekal lama, iaitu bergantung pada usia
dan keupayaan pemilik
- Sukar untuk mendapatkan pembiayaan.
- Risiko perniagaan ditanggung oleh pemilik itu sendiri.

4.1.2 PERKONGSIAN
Terdapat beberapa jenis rakan kongsi perniagaan:
1) Rakan Kongsi Umum / Aktif
- Mempunyai liabiliti yang tidak terhad
- Aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
- Menyumbangkan modal
2) Rakan Kongsi Terhad
- Mempunyai liabiliti terhad
- Tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
- Menyumbangkan modal
3) Rakan Kongsi Lelap / Tidur
- Menyumbangkan modal
- Berhak menerima keuntungan
- Tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
4) Rakan Kongsi Nominal
- Tidak menyumbangkan modal
- Membenarkan namanya digunakan
- Orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredilibiti yang tinggi
- Menanggung segala liabiliti perkongsian

Ciri – ciri:
Milikan – Dua orang rakan kongsi tidak melebihi 20 orang
Modal – Disumbangkan oleh rakan- rakan kongsi
Liabiliti – Tidak terhad
Pembentukan – Akta Perkongsian 1961
Pengurusan – Rakan kongsi yang aktif
Aguhan Untung Rugi – Mengikut Ikatan Perkongsian
Cukai – Cukai pendapatan perseorangan

KELEBIHAN PERKONGSIAN
- Mudah ditubuhkan
- Banyak idea dapat digabungkan
- Dapat mengembleng tenaga, kemahiran dan kepakaran yang berlainan
- Lebih mudah untuk mengumpulkan modal
- Risiko permiagaan dapat disebarkan antara rakan kongsi
- Perniagaan tidak dikenakan cukai perniagaan sebaliknnya rakan kongsi hanya
membayar cukai pendapatan perseorangan yang rendah
- Akaun perniagaan tidak perlu diaudit apabila dilaporkan kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri

KEKURANGAN PERKONGSIAN
- Semua rakan kongsi perniagaan perkongsian mempunyai laibiliti tidak terhad,
kecuali rakan kongsi terhad
- Mudah berlaku konflik atau salah faham antara rakan kongsi kerana pendapat
yang berbeza- beza
- Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal kerana perniagaan boleh
dibubarkan atas kematian, ketidaksiuman, atau kemufisian rakan kongsi
- Tindakan dan pembuatan keputusan seseorang rakan kongsi melibatkan semua
rakan kongsi
- Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan dan perlu terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan daripada semua rakan kongsi

4.1.3 SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD


Ciri – ciri
Milikan - 2 orang hingga 50 orang pemegang saham
Modal – Pihak – pihak tertentu sahaja
Liabiliti – Liabiliti terhad
Pembentukan – Akta Syarikat 1965
Pengurusan – Ahli Lembaga Pengarah
Agihan Untung Rugi – Pengurus dan pekerja
Cukai – Cukai keuntungan syarikat

KELEBIHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD


- Dapat memperoleh modal yang lebih besar berbanding dengan pemilikan
tunggal dan perkongsian
- Menikmati ekonomi bidangan kerana dapat mengeluarkan keluaran secara besar
– besaran untuk meminimumkan kos seunit pengeluararan
- Lebih muda dibentuk jika dibangdingkan dengan syarikat awam berhad yang
pembentukannya sangat rumit
- Pemegang sham mempunyai liabiliti terhad
- Kewujudannya adalah kekal, iaitu sebarang perubahan pemegang sham tidak
menjejeaskan entiti perniagaan tersebut
- Hal ehwal syarikat dapat dirahsiahkan kerana laporan kewangannya tidak perlu
diumumkan kepada pihak awam

KEKURANGAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD


- Kos penubuhan dan pengendalian sangat tinggi
- Mobiliti saham sangat terhad kerana saham tidak bolrh dipindah milik secara
bebas tanpa persetujuan semua pemegang saham
- Penawaran saham terhad kerana saham tidak boleh dijual kepada orang ramai
dan hanya kepada pihak – pihak tertentu
- Madal yang dikumpulkan agak terhad kerana bilangan pemegang saham terhad
kepada 50 orang
- Beban cukai yang tinggi berbanding dengan pemilikan tunggal dan perkongsian
- Pengurusan dijalankan oleh pengarah dan boleh penyelewengan dan salah guna
kuasa

4.1.4 SYARIKAT AWAM BERHAD


Ciri – ciri:
Milikan – Dua orang dan tiada had maksimum
Modal – Orang awam
Liabiliti – Liabiliti terhad
Pembentukan – Akta Syarikat 1965
Pengurusan – Ahli Lembaga Pengarah
Agihan Untung Rugi - Dalam bentuk dividen
Cukai – Cukai keuntungan syarikat

KELEBIHAN SYARIKAT AWAM BERHAD


- Dapat memperoleh modal yang lebih besar daripada orang awam
- Menikmati ekonomi bidangan kerana dapat mengelurakan keluaran secara besar
– besaran untuk meminimumkan kos seunit pengeluaran
- Pemegang saham mempunyai liabiliti terhad
- Kewujudannya adalah kekal, iaitu sebarang perubahan pemegang saham tidak
menjejaskan entiti perniagaan tersebut
- Mudah berkembang kerana mempunyai modal yang besar
- Saham mudah dijual dan tidak melibatkan banyak prosedur
- Pengurusan syarikat yang lebih cekap dan berkesan

KEKURANGAN SYARIKAT AWAM BERHAD


- Pembentukan syarikat adalah rumit kerana terpaksa melalui prosedur kawalan
yang ketat
- Kos penubuhan dan pengedalian sangat tinggi
- Pengurusan yang kompleks dan rumit
- Beban cukai yang tinggi berbanding dengan pemilikan tunggal dan perkongsian
- Hal ehwal syarikat tidak dapat dirahsiakan kerana laporan kewangannya perlu
diumumkan kepada pihak awam

4.1.5 KOPERASI
Ciri – ciri:
Milikan – Sekumpulan orang yang ingin menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
Modal – Saham – saham
Liabiliti – Liabiliti terhad
Pembentukan – Akta Koperasi 1993
Pengurusan – Ahli Lembaga Pengarah
Aguhan Untung Rugi – Dividen dan bonus
Cukai – Dikecualikan

KELEBIHAN KOPERASI
- Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya bertujuan
untuk mencari keuntungan
- Menggembleng tenaga dan modal, serta mengumpulkan orang yang berminat
untuk meningkatkan kedudukan ekonomi masing – masing memlaui konsep
kerjasama
- Pentadbiran adalah lebih demokrasi dengan setiap ahli diberi hak mengundi yang
sama
- Pemegang saham mempunyai labiliti terhad
- Kewujudannya adalah kekal, iaitu sebarang perubahan pemegang saham tidak
menjejaskan entiti perniagaan tersebut
- Beban cukai yang rendah
- Ahli diberi pelbagai insentif dan faedah

KEKURANGAN KOPERASI
- Pulangan yang diperoleh secara relatifnya lebih rendah daripada unit perniagaan
yang lain
- Modal yang dikumpulkan adalah terhad kerana sahamnya terhad sumbangan
ahlinya dan tidak boleh disenaraikan di bursa saham
- Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli – ahli Lembaga Pengarah kerana ahli – ahli
koperasi kurang aktif
- Jika koperasi tidak mematuhi peraturan operasi, Jabatan Pembangunan Koperasi
berhak untuk menutup operasi koperasi
- Laporan kewangan koperasi perli diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah
- Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ahli yang banyak mungkin boleh
menggugat sistem pengurusan koperasi

Anda mungkin juga menyukai