Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Report of Hazards
In Sinar Tile Industries Sdn Bhd
Spraying Section
A Ceramic Tile Manufacturing Company

By
Index no:
IC No:

Safety and Health Officer Examination (2/2007)


Paper III Part 2: Workplace Assignment

12 February 2007 - 27 March 2007

PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

KERTAS TUGASAN TEMPAT KERJA (KERTAS III BHG 2)

1. ABSTRAK

Page 1 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Tugasan ini adalah berkenaan dengan Risk Assessment yang telah dijalankan di

Spraying seksyen di kilang Sinar Tile Industries Sdn. Bhd di Lot 9525, Jalan Kampung

Kopit, 94000 Bau District, Kuching, Sarawak. Memandangkan Risk Assessment yang

sebelum ini belum lagi pernah dilaksanakan secara menyeluruh dan komprehensif, maka

pihak Safety & Health telah memutuskan untuk melaksanakannya sebagai satu langkah

pencegahan kemalangan dan peningkatan tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di

kilang ini. Di samping itu, penekanan juga diberikan terhadap kesedaran di kalangan

pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan sewaktu bekerja.

2. PENGENALAN

Sinar Tile Industries Sdn. Bhd. adalah sebuah kilang pengeluar Ceramic Tile yang telah

beroperasi sejak tahun 1993 dan mempunyai kira-kira 100 orang pekerja yang mana

majoritinya adalah dari bahagian pengeluaran. Walaupun kilang ini bukanlah dianggap

sebagai   Major   Hazard   Installation, tetapi penggunaan mesin-mesin, bahan-bahan

kimia serta peralatan elektrik juga menyumbang kepada hazard terhadap keselamatan dan

kesihatan para pekerjanya.

Spraying Process adalah merupakan salah satu daripada proses yang ada dalam

Spraying Section yang merupakan aktiviti pertama dalam bahagian pengeluaran (rujuk

Gambar rajah 1).

Page 2 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut;

2.1 Proses Timbang

Proses ini adalah di mana pelbagai jenis bahan pelarut contohnya seperti

Kaolin, quartz, talc powder dan sebagainya ditimbang sebelum diadun menjadi

lumpur lembik dan Contoh-contoh hazard yang wujud adalah seperti berikut,bahan

pelarut yang merengsa jika terkena mata, kulit dan system pernafasan.

2.2 Proses Percampuran

Bahan-bahan utama iaitu kaolin, talc powder dan quartz akan dicampur dengan

air untuk membentuk lumpur lembik.Proses ini beroperasi dalam keadan yang

tertutup semasa mengadunkanya.Bahan mentah yang akan dipindahkan ke tempat

proses percampuran semuanya menggunakan jentera overhead crane. Contoh-contoh

hazard yang wujud adalah seperti kejatuhan kontena yang berat boleh menyebabkan

kecederaan., percikan lumpur lumbik ke mata, bahan pelarut yang mudah terbakar

dan sejatan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

2.3 Proses Penyaringan

Proses penyaringan pada lumpur lembik dilaksanakan dalam keadaan saluran

paip yang tertutup dan terkawal.Setelah melalui proses penyaringan ini lumpur

lembik akan menjadi lebih berkualiti.

Page 3 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

2.4 Proses Spraying

Lumpur lembik yang telah di penyaringan akan dihantar melalui saluran paip

ke chamber spraying yang tertutup. Lumpur lembik yang berada dalam spraying

chamber akan dipanaskan dalam suhu 500ºC, setelah dipanaskan lumpur tersebut

akan menjadi serbuk. Penunu yang menbekalkan suhu yang panas kepada spraying

chamber untuk melaksanakan proses tersebut.Disamping itu dalam seksyen spraying

pengurusan harus menggunakan kawalan kejuruteraan iaitu memasang satu unit

pengalihudaraan ekzos setempat (LEV) untuk mengurangkan suhu yang panas ketika

operasi spraying dijalankan.Hazard utama dalam proses spraying adalah pekerja

menjalankan tugas mereka dalam keadaan tempat kerja yang panas.

2.5 Proses Penghantaran

Setelah selesai proses spraying,lumpur lembik yang dipanaskan dalam chamber

spraying itu kini sudah menjadi bentuk serbuk.Dan dikeluarkan dari chamber

spraying dihantar menggunakan jentera roda (conveyor).Serbuk berikut akan dihantar

ke tangki yang khas untuk penyimpanan serbuk.Proses penghantaran ini dilakukan

dalam keadaan ruang terbuka,jika angin bertiup dari luar ia akan menyebabkan serbuk

amat muda masuk ke badan pekerja melalui cara penafasan.Contoh hazard yang

wujud adalah serbuk yang banyak masuk dalam badan pekerja dan mata juga berasa

sakit dan kabur ia akan menjejaskan kesihatan para pekerja.

Page 4 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Gambar Rajah 1 – Proses Spraying

BLOWER BUCKET
ELEVATOR

BURNER DRYER

SODIUM TRIPOLYPHOSPHATE
FIELD SPAR KAOLIN
QUARTZ SPRAYER
TALC POWDER
EXHAUST POWDER
VIBRATOR
TANK

CYCLONE
MIXER

BELT
CONVEYOR

VIBRATE
FILTER
SCREEN

3. OBJEKTIF

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kewujudan unsur-unsur hazard dan tahap

risikonya terhadap para pekerja di kawasan tersebut. Seterusnya merangka langkah

kawalan yang sesuai dan bertepatan untuk menangani masalah yang dihadapi atau yang

bakal menimpa para pekerja terbabit.

Di samping itu juga memberikan kesedaran tentang bahaya yang sama ada secara

sedar atau tidak, terpaksa mereka hadapi selama ini. Faktor kesedaran ini adalah

merupakan satu elemen yang amat penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti

keselamatan dan kesihatan. Ini adalah kerana segala usaha dan langkah tindakan yang

Page 5 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

dilaksanakan yang mana sesetengahnya menelan belanja yang agak besar akan menjadi

tidak bermakna sekiranya pekerja yang setiap hari berhadapan dengan bahaya-bahaya

tersebut tidak mempunyai sikap prihatin terhadap keselamatan.

4. KAEDAH

Kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan

adalah kaedah HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control).

4.1 HIRARC

4.1.1 Hazard Identification

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengenalpasti kewujudan unsur-unsur

bahaya di tempat kerja atau di sekitar tempat kerja.

i) Langkah keselamatan yang sedia ada;

Mengenalpasti setiap langkah keselamatan yang ada seperti [Hazard Signage],

[Safety Guarding], [Peraturan & Prosedur Keselamatan] dan sebagainya. Ini

adalah kerana setiap langkah keselamatan tersebut menunjukkan bahawa di

situ terdapatnya hazard yang perlu diketahui.

ii) Pemerhatian

Memerhatikan cara-cara pekerja melakukan kerja-kerja mereka adalah satu

cara yang berkesan untuk mengenalpasti apakah hazard yang masih terdapat

sewaktu sesuatu kerja itu dilakukan. Contohnya jika berlaku masalah,

Page 6 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

bagaimanakah pekerja itu mengatasinya dan adakah ianya menimbulkan

hazard lain (yang biasanya mungkin tidak muncul dalam keadaan normal).

Dengan cara memerhatikan kawasan sekitar tempat kerja juga boleh memberi

idea tentang kewujudan unsur-unsur bahaya seperti lantai yang licin, bucu

meja yang tajam dan sebagainya.

iii) Temuramah

Bertanya terus kepada pekerja yang mengendalikan kerja-kerja tersebut untuk

mengetahui apakah yang dirasakan oleh mereka sewaktu menjalankan kerja

tersebut. Contohnya seperti rasa penat kerana berdiri terlalu lama, persekitaran

tempat kerja yang bising atau bau bahan kimia yang kuat dan lain-lain perkara

yang mungkin sukar dikenalpasti dengan hanya pemerhatian sahaja.

iv) Aliran kerja

Menyenaraikan semua aliran kerja dalam sesuatu proses dan menganalisa setiap

hazard yang wujud dalam setiap langkah kerja yang dilakukan. Ini juga termasuk kerja-kerja

yang tidak tersenarai sebagai kerja rutin iaitu kerja-kerja bukan rutin seperti pembaik-pulih,

sewaktu berlakunya kerosakan dan sebagainya.

v) Perbincangan berkumpulan

Hazard Identification adalah lebih sesuai dilakukan secara berkumpulan

Page 7 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

kerana dapat menjana lebih banyak idea, pendapat dan cadangan, yang mana

sukar diperolehi sekiranya dilakukan secara individu. Risk Assessor perlu

melibatkan lebih ramai orang terutamanya dari kalangan pekerja.

4.1.2 Risk Assessment

Kesemua hazard yang telah dikenalpasti sama ada hazard yang serius atau yang

kecil akan disenaraikan dalam Borang Penaksiran Risiko yang mana akan

disimpan sebagai rekod. Seterusnya kesemua hazard tersebut akan dinilai

berdasarkan kriteria dan kebarangkalian untuk berlakunya sesuatu kemalangan.

Dengan menggunakan Qualitative Risk Table (rujuk lampiran 2), kesemua

hazard tersebut akan dikategorikan kepada 3 peringkat iaitu [Risiko Tinggi],

[Risiko sederhana Risk] dan [Risiko Rendah].

Di sini, Risk Assessor memainkan peranan utama dalam menilai hazard

tersebut. Untuk itu, seseorang Risk Assessor itu perlulah mempunyai pengalaman

atau telah menghadiri latihan berkaitan dengan Risk Assessment. Adalah lebih

sesuai sekiranya Risk Assessor itu adalah terdiri daripada mereka yang

mempunyai pengetahuan dalam bidang atau tempat kerja tersebut. Ini adalah

untuk memudahkan dia mengenalpasti segala faktor yang boleh mempengaruhi

Page 8 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

tahap seriusnya sesuatu hazard tersebut. Ini akan membantu dalam memberi

penilaian yang lebih tepat terhadap sesuatu risiko bahaya itu.

4.1.3 Risk Control

Setelah kesemua hazard tersebut dikenalpasti, direkodkan dan dinilai, mana-

mana hazard yang dikategorikan sebagai [Risiko Tinggi] dan [Risiko Sederhana]

akan diklasifikasikan sebagai hazard yang memerlukan aktiviti-aktiviti

pengawalan risiko. Program Pengawalan Risiko akan dilaksanakan untuk

menghapus atau mengurangkan risiko sesuatu hazard tersebut terutama sekali

hazard yang dikategorikan sebagai Risiko Tinggi atau A1 Risiko.

Semua hazard serta risikonya perlu diketengahkan dan diperjelaskan kepada

pihak yang berkenaan iaitu pihak pengurusan dan juga terutama sekali kepada

para pekerja yang berhadapan dengan risiko tersebut dalam menjalankan aktiviti

harian mereka.

Semua pihak terbabit mestilah memainkan peranan masing-masing dalam

menjayakan program pengurusan risiko tersebut.

4.2 Hazard yang dikenalpasti

Dalam proses spraying, sememangnya terdapat banyak hazard yang telah

dikenalpasti dan di antaranya adalah hazard yang boleh mendatangkan risiko yang

serius seperti Kejatuhan benda, Keracunan, merengsakan dan kesan-kesan kesihatan

Page 9 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

lain, Luka,terpotong,terbelit di dalam bahagian jentera.

Merujuk kepada lampiran Lampiran 1 untuk Hasil Penilaian Risiko di Proses

spraying, memandangkan hampir keseluruhan aktiviti-aktiviti dalam Proses spraying

tersebut melibatkan penggunaan bahan kimia dan jentera iaitu menggunakan

overhead crane untuk permindahan bahan mentah yang berat, kemungkinan

kejatuhan kontena yang berat boleh menyebabkan kecederaan. Disebabkan

permindahan bahan mentah yang banyak dilakukan setiap kali sebelumnya operasi

dimulakan,maka haruslah memastikan kontena yang diangkat oleh overhead crane itu

tidak jatuh sewaktu menjalankan proses permindahan.Kerana ia boleh mengancam

nyawa para pekerja.

a) Risiko menggunakan overhead crane untuk memindahkan bahan mentah yang

berat ke tempat campuran. Kejatuhan kontena yang berat boleh menyebabkan

kecederaan kepada para pekerja,ini berlaku kerana tali besi yang digunakan untuk

ikat kontena tersebut putus disebabkan kontena terlampau berat.

Berpandukan Qualitative Risk Table, oleh kerana ianya boleh menyebabkan

kematian, maka hazard tersebut dikategorikan sebagai A. Overhead crane

seharusnya dibuat pemeriksaan dan mendaftar dibawah akta PMA , latihan harus

diberikan kepada pekerja yang terlibat dengan operasi overhead crane, topi

keselamatan harus diberikan kepada para pekerja. Oleh itu, berpandukan

Page 10 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Qualitative Risk Table yang sama, kebarangkalian berlakunya kejatuhan benda

adalah dinilai sebagai 2.

b) Tekanan stres haba dari penunu (Heating in Burner)sewaktu operasi spraying

dilakukan.Pekerja yang menjalankan tugas dalam keadaan ini akan berasa keletihan

melampau:letih,pening, dan perpeluhan yang banyak.Ini akan menyebabkan para

pekerja kehilangan tumpuan bekerja kerana terlalu letih.Oleh itu bahaya dedahan

kepada tenaga stres haba adalah dikategorikan sebagai B.

Langkah keselamatan yang telah dilaksanakan adalah:

- Pekerja melakukan tugas seperti biasa dalam keadaan memakai pakaian yang

nipis dan kasut yang biasa.

Pengurangan pendedahan dengan menghadkan pendedahan dan waktu

bekerja, mengadakan latihan prosedur pertolongan cemas dan pengetahuan

tentang hazard tekanan haba dan tanda-tanda awal tekanan , pengalihudaraan

yang sempurna untuk pembuangan haba di sekitar tempat kerja, penggunaan

pakaian atau peralatan untuk melindungi badan dari haba yang kuat. Berpandukan

kepada Qualitative Risk Table tadi, kebarangkaliannya adalah di tahap 1.

c) Campuran bahan kimia

Campuran bahan kimia Sodium Tripolyphosphate adalah bertujuan untuk pH

neutralisasi (dari natural soil alkaline).Selain dari itu campuran bahan kimia

Page 11 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Aluminium Silicate Hydrate, Silicon Dioxide,dan Magnesium Silicate Hydrate

juga bertujuan untuk menjadikan Tile. Risiko yang wujud di sini adalah Bahan

kimia bersifat merengsa ( irritant ) boleh menyebabkan radangan kepada mata,

kulit dan sistem pernafasan. Hazard sebegini dikategorikan sebagai B.

Langkah keselamatan yang telah dilaksanakan adalah:

- Campuran dan hantaran bahan kimia adalah melalui saluran paipe ke chamber

- Bahan kimia yang pekat dicampur dengan air (Chemical is diluted by adding

water)

- Pengawalan kejuruteraan memasang sistem pengalihudaraan ekzos setempat

- Alat-alat perlindungan diri ( Goggle,mask,glove)

Oleh itu tahap risikonya masih berada di tahap 2.

d) Filtered powder yang telah di sprayed dalam chamber akan dikeringkan dalam

suhu 500 darjah celsius.selepas itu powder tersebut akan dihantar menggunakan

belt conveyor ke storage tank.Risikonya rambut atau baju lengan panjang terbelit di

dalam bahagian jentera yang berputar atau bergerak dan mengakibatkan jari atau

tangan cedera. Oleh itu hazard tersebut dikategorikan sebagai B.

Langkah keselamatan yang telah dilaksanakan adalah:

- Pekerja diingati melalui Morning Briefing supaya tidak memakai baju yang

Page 12 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

berlengan panjang dan mengikat rambut dengan kemas.

Oleh itu tahap risikonya masih berada di tahap 2

e) Produk menghantar ke tangki serbuk

Setelah selesai proses spraying,lumpur lembik yang dipanaskan dalam chamber

spraying itu kini sudah menjadi bentuk serbuk. Dan dikeluarkan dari chamber

spraying dihantar menggunakan jentera roda (conveyor).Serbuk berikut akan dihantar

ke tangki yang khas untuk penyimpanan serbuk.Proses penghantaran ini dilakukan

dalam keadaan ruang terbuka,jika angin bertiup dari luar ia akan menyebabkan serbuk

amat muda masuk ke badan pekerja melalui cara penafasan.Contoh hazard yang

wujud adalah serbuk yang banyak masuk dalam badan pekerja dan mata juga berasa

sakit dan kabur ia akan menjejaskan kesihatan para pekerja. Risiko ini dikategorikan

sebagai B.

Langkah keselamatan yang telah dilaksanakan adalah:

- Campuran dan hantaran bahan kimia adalah melalui saluran paipe ke chamber.

Langkah keselamatan yang dilaksanakan adalah dikira agak berkesan namun

masih menpunyai perubahan yang harus dilaksanakan. Oleh itu tahap risikonya

masih berada di tahap 2.

f) Selepas selesai proses spraying dilakukan , filtered powder yang berada dalam

chamber tersebut akan dikeringkan dalam suhu 500 darjah celsius.Risikonya bunyi

Page 13 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

mesin dangdang yang bising akan berterusan ia akan menyebabkan pekerja sakit

telinga dan kehilangan pendengaran''hearing loss''. Oleh itu hazard tersebut

dikategorikan sebagai B.

Langkah Keselamatan yang harus dilakukan oleh pihak pengurusan untuk

melindungi para pekerja dari sakit telinga atau kehilangan pendengaran adalah

seperti berikut, menjalankan pemonitoran pendedahan bunyi bising di tempat

kerja,hendaklah dijalankan oleh orang yang kompeten, menggunakan bahan

penyerap bunyi dalam bilik kawalan, menggunakan alat perlindungan telinga di

dalam kilang.Oleh itu tahap risikonya masih berada di tahap 2.

5. HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1 Antara hazard yang telah dikenalpasti dalam Proses Spraying adalah:

i) Menggunakan overhead crane untuk memindahkan bahan mentah yang berat ke

tempat campuran (A2),

ii) Tekanan stres haba dari penunu. (B1),

iii) Campuran bahan-bahan kimia. (B2),

iv) Filtered powder yang telah dispray dalam chamber akan dikeringkan dalam suhu

500 darjah celsius. Selepas itu powder tersebut akan dihantar menggunakan belt

Page 14 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

conveyor ke storage tank. (B2),

v) Produk menghantar ke tangki serbuk. (B2).

Daripada penilaian tersebut, keutamaan adalah diberikan kepada semua hazard

yang mempunyai Kadar A2. Merujuk kepada Risk Assessment Register (lampiran 1),

risiko kejatuhan benda (Falling Object)bukan sahaja didapati di kawasan

menggunakan overhead crane untuk memindahkan bahan mentah yang berat ke

tempat campuran, bahkan hampir semua kawasan lain juga mempunyai risiko

kejatuhan benda. Oleh itu adalah menjadi keutamaan untuk mengatasi masalah risiko

kejatuhan benda ini secara menyeluruh.

Selain daripada itu, risiko dedahan kepada bahan kimia melalui pernafasan juga

dianggap masalah serius yang perlu ditangani segera memandangkan risiko pekerja

menghidap penyakit kronik seperti kanser adalah agak tinggi sekiranya tiada langkah-

langkah kawalan yang berkesan dilaksanakan di tempat ini.

5.2 Hazard paling kritikal yang dikenalpasti adalah:

i) Risiko kejatuhan benda sewaktu menggunakan overhead crane untuk

memindahkan bahan mentah yang berat ke tempat campuran (Hazard

keselamatan)

Page 15 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

ii) Campuran bahan kimia. (Hazard Kesihatan).

Berkenaan dengan [Risiko kejatuhan benda sewaktu menggunakan overhead

crane untuk memindahkan bahan mentah yang berat ke tempat campuran], kadar risikonya

adalah A2 yang mana merupakan salah satu hazard yang dianggap paling serius dalam

kilang ini. Bahaya kejatuhan benda adalah suatu hazard yang mempunyai potensi besar

mengakibatkan kecederaan yang serius malah kematian kepada para pekerja selain

daripada membawa kerugian yang amat besar kepada operasi pengeluaran.

Manakala [Campuran bahan kimia] pula merupakan faktor yang boleh

menjejaskan kesihatan para pekerja dalam jangkamasa panjang seperti mengidap kanser.

Di samping kos perubatan yang tinggi, kos untuk mengadakan medical

surveillance bagi setiap pekerja yang terlibat juga perlu ditanggung oleh pihak majikan.

Sekiranya faktor pencegahan tidak dilaksanakan segera, kesan kesihatan yang teruk boleh

melarat dan menjejaskan kehidupan pekerja terbabit dan keluarganya.

6. CADANGAN DAN KAJIAN SEMULA

6.1 Langkah-langkah tindakan yang telah diambil atau dicadangkan bagi menangani

hazard tersebut berdasarkan punca-punca hazard.

i) Risiko kejatuhan benda sewaktu menggunakan overhead crane untuk

memindahkan bahan mentah yang berat ke tempat campuran.

Page 16 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Punca-punca kejatuhan benda yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

a) Kegagalan untuk mengangkat beban yang terlalu berat.

b) Belum mendapat latihan yang mencukupi bagi operater overhead crane.

c) Masalah teknical yang dihadapi oleh jentera berikut dan kegagalan pengawalan.

Oleh itu, langkah-langkah kawalan yang telah diambil atau yang dicadangkan

untuk perlaksanaan adalah seperti berikut:

a) Pastikan tidak menggunakan overhead crane untuk mengangkat kontena yang

lebih beban ataupun lebih muatan.Overhead crane terbahagi kepada beberapa

class seperti 3 ton / 5 ton.

b) Operater overhead crane harus diberi latihan yang mengcukupi.

c) Overhead crane seharusnya dibuat pemeriksaan dan mendaftar dibawah akta

PMA.

ii) Dedahan kepada bahan kimia berbahaya sewaktu penyediaan campuran bahan

kimia untuk pH neutralisasi (from natural soil alkaline) dan Campuran bahan

kimia tersebut untuk menjadikan Tile.

Punca-punca kebakaran yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

a) Bekas penyimpanan bahan kimia terdedah dan tidak ditutup.

b) Sistem pengalih-udara yang kurang efisyen.

Page 17 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

c) Tidak memakai PPE (respirator) sewaktu menjalankan kerja.

d) Mencuci lantai (mop) menggunakan bahan pelarut.

Oleh itu, langkah-langkah kawalan yang telah diambil atau yang dicadangkan

untuk perlaksanaan adalah seperti berikut:

a) Memastikan semua bekas penyimpanan bahan kimia sentiasa tertutup dan

mempunyai penutupnya sendiri.

b) Kecekapan Sistem Pengalih-udara atau Local Exhaust Ventilation System

dipertingkatkan lagi ke tahap optimum bagi memastikan kadar akumulasi

bahan kimia berbahaya tidak melepasi Action Limit mahupun PEL.

c) Menghadkan masa berada di kawasan yang dikategorikan sebagai penjana

wap bahan kimia.

d) Menguatkuasakan pemakaian respirator bagi pekerja yang mengendalikan

bahan kimia.

6.2 Langkah-langkah semakan semula setakat ini masih belum dijalankan sepenuhnya

memandangkan kebanyakan daripada langkah-langkah tindakan tersebut baru sahaja

diperkenalkan dan keberkesanan hasilnya masih dalam pemantauan. Sesetengahnya

pula masih dalam peringkat cadangan dan belum dilaksanakan.

6.3 Manfaat yang dapat diperolehi daripada langkah-langkah tindakan atau cadangan

tersebut adalah seperti berikut:

Page 18 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

6.3.1 Memandangkan risiko kejatuhan benda yang mana kebanyakannya adalah

berpunca daripada kekurangan latihan bagi operater , maka dengan

melaksanakan Program latihan dan pengawalan overhead crain, sebahagian

besar risiko dapat diatasi. Langkah-langkah kawalan yang telah dilaksanakan

setakat ini adalah dianggap amat berkesan dan berupaya membendung risiko

kejatuhan barang di dalam kilang spraying seksyen.

6.3.2 Berkenaan dengan hazard kesihatan pula, langkah-langkah kawalan yang sedia

ada adalah dianggap masih berkurangan. Ini adalah kerana kebarangkalian

pekerja terdedah kepada risiko terhidu wap bahan kimia berbahaya masih

berada di tahap amat tinggi. Cadangan yang disyorkan seperti pengasingan

(isolation) kawasan penjana wap bahan kimia tersebut adalah dianggap salah

satu cara yang amat baik untuk mengurangkan risiko tersebut. Di samping itu,

pekerja mestilah diwajibkan memakai alat perlindungan pernafasan. Kesedaran

mengenai bahaya dari kesan terhidu wap bahan kimia berbahaya tersebut

haruslah diterapkan di kalangan pekerja demi menjamin kesihatan mereka.

7. RUJUKAN

Rujukan buku :

7.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-peraturan. Cetakan

Page 19 of 20
BAHAGIAN 2: TUGASAN TEMPAT KERJA – PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2/2007

Kesembilan 2002 – MDC Publishers Printers Sdn Bhd

7.2 Keselamatan dan Kesihatan dalam penggunaan bahan kimia di tempat kerja - MDC

Publishers Printer Sdn.Bhd

7.3 Keselamatan Pekerjaan Dan Higien Dan Keselamatan Pekerjaan - NIOSH Malaysia.

7.4 Sinar Tile Industries Sdn Bhd Chemical Health Risk Assessment Report.

PERAKUAN TUGASAN TEMPAT KERJA

Adalah saya dengan ini mengaku dokumen ini yang disediakan untuk Peperiksaan Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan adalah berdasarkan hasil kerja asal saya sendiri kecuali sedutan atau

petikan.

Tandatangan : .........................................

No. Kad Pengenalan :

No. Indeks :

Tarikh : 21 Mar 2007

Page 20 of 20

Anda mungkin juga menyukai