Anda di halaman 1dari 7

MERENDAH DIRI KUNCI ILMU LADUNNI

MERENDAH DIRI MEMPUNYAI 7 TERAS :

⊙ Merendah diri pada hati

(Perkataan yang terlintas di hati)

⊙ Merendah diri pada akal

(Menjaga sangkaan akal)

⊙ Merendah diri pada lidah zahir

(Menjaga tutur bicara dalam berkata)

⊙ Merendah diri pada pandangan

(Tidak merendah makhluk dlm melihat)

⊙ Merendah diri pada intonasi suara

(Menjaga nada suara dalam ucapan)

⊙ Merendah diri pada tingkah laku diri & tulisan

(Menjaga tingkah akhlak lahiriah anggota)

⊙ Merendah diri pada insan, haiwan dah tumbuhan.

(Menghormati mereka dengan meletakkan mereka di tempat yang tertinggi pada 'penglihatan' dan
'sangkaan')

Kisah Imam Ghazali menuntut ilmu dengan penyapu


Imam Ghazali seorang Ulama besar dalam sejarah Islam, hujjatul islam yang banyak hafal hadist Nabi
SAW. Beliau dikenal pula sebagai ahli dalam filsafat dan tasawuf yang banyak mengarang kitab-kitab.

Suatu ketika Imam Al Ghazali menjadi imam disebuah masjid . Tetapi saudaranya yang bernama
Ahmad tidak mau berjamaah bersama Imam Al Ghazali lalu berkata kepadanya ibunya :

“Wahai ibu, perintahkan saudaraku Ahmad agar solat mengikutiku, supaya orang-orang tidak
menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya“.

Ibu Al Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar solat makmum kepada saudaranya Al
Ghazali. Ahmad pun melaksanakan perintah sang ibu, solat bermakmum kepada Al Ghazali.Namun
ditengah-tengah shalat, Ahmad melihat darah membasahi belakang Imam. Tentu saja Ahmad
memisahkan diri.

Setelah solat Imam Al Ghazali bertanya kepada Ahmad, saudaranya itu : “Mengapa engkau
memisahkan diri (mufaraqah) dalam solat yang saya imami ? “. Saudaranya menjawab : “Aku
memisahkan diri, kerana aku melihat belakangmu berlumuran darah “.

Mendengar jawapan saudaranya itu, Imam Ali Ghazali mengakui, hal itu mungkin kerana dia ketika
solat hatinya sedang tergikir-fikir masalah fiqih yang berhubungan haid seorang wanita yang
mutahayyirah.

Al Ghazali lalu bertanya kepada saudara : “Dari manakah engkau belajar ilmu pengetahuan seperti
itu ?” Saudaranya menjawab, “Aku belajar Ilmu dari Syeikh Al Utaqy AL-Khurazy yaitu seorang tukang
jahit sepatu-sepatu bekas (tukang sepatu) . ” Al Ghazali lalu pergi kepadanya.

Setelah berjumpa, Ia berkata kepada Syeikh Al Khurazy : “Saya ingin belajar kepada Tuan “. Syeikh itu
berkata : Mungkin saja engkau tidak kuat menuruti perintah-perintahku “.

Al Ghazali menjawab : “Insya Allah, saya kuat “.

Syeikh Al Khurazy berkata : “Bersihkanlah lantai ini “.


Al Ghazali kemudian hendak melakukannya dengan penyapu. Tetapi Syeikh itu berkata : “Sapulah
(bersihkanlah) dengan tanganmu“. Al Ghazali menyapunya lantai dengan tangannya, kemudian dia
melihat kotoran yang banyak dan bermaksud menghindari kotoran itu.

Namun Syeikh berkata : “Bersihkan pula kotoran itu dengan tanganmu“.

Al Ghazali lalu bersiap membersihkan dengan menyisingkan pakaiannya. Melihat keadaan yang
demikian itu Syekh berkata : “Nah bersìhkan kotoran itu dengan pakaian seperti itu” .

Al Ghazali menuruti perintah Syeikh Al Khurazy dengan redha dan tulus.

Namun ketika Al Ghazali hendak akan mulai melaksanakan perintah Syeikh tersebut, Syeikh langsung
mencegahnya dan memerintahkan agar pulang.

Al Ghazali pulang dan setibanya di rumah beliau merasakan mendapat ilmu pengetahuan luar biasa.
Dan Allah telah memberikan Ilmu Ladunni atau ilmu Kasyaf yang diperoleh dari tasawuf atau
kebersihan qalbu kepadanya.

-----------

Imam Ghazali telah menanggalkan pakaian kebesarannya lalu memakai pakaian orang kebanyakan,
lalu diambilnya penyapu untuk membersihkan kawasan gurunya berbulan lamanya.. bila ditanya
pada gurunya bila dia nak ajar saya 'ilmu'?, gurunya pesan..sudahlah, kamu sudah tamat pengajian
(iaitu ilmu merendah diri dan membuang sifat sombong dari hati) Lalu beliau didoakan oleh gurunya
(Aulia yang mustajab doanya) agar dikurniakan ilmu-ilmu tersembunyi buat Imam Al Ghazali).

Setelah hari itu, Imam Ghazali merasa pelik pada saat setiap kali beliau ingin mengarang kitab,
"Bilakah masanya aku belajar ilmu ini?" Rupanya barulah dia sedar bahawa ilmu yang dipelajarinya
dari gurunya itu bukanlah ilmu lisan dan ilmu tulisan, tetapi ia ilmu buah hasil dari sifat 'ikhlas' yang
dicampamkan Allah ke dalam hatinya - laduni ...

Beliau mengikhlaskan dirinya pada saat beliau menuntut ilmu serta melaksanakan amanah amanah
Allah yang 'tertinggi' iaitu merendah diri untuk menjadi 'hamba' Allah yang sebenar benarnya di sisi-
Nya.
Wallahua'lam.

(Syeikh Azman)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

https://www.facebook.com/UstazIqbalZain/?hc_ref=ARQH1l7HNRmerlKDPtE8HGICvqHrSE-
iJWwuDRcBCQw-3Xu6MJIx3VEbe2gBH9JqOrQ&fref=nf

Kisah Teguran Perompak Menjentik Jiwa Imam Al-Ghazali

OLEH MARINA • 12 AUG 2017 • 3 MIN BACA

Di sebuah perkampungan bernama Ghazalah, Thus iaitu di dalam wilayah Khurasan lahirnya bayi
lelaki yang diberi nama Al-Ghazali.

Keluarganya bukanlah tergolong dalam kalangan orang berada akan tetapi mereka kuat pegangan
agamanya.

Ayahnya merupakan seorang penenun bulu dan memiliki sebuah kedai di pekan Thus. Walaupun
hidup sederhana, ayahnya ini seorang yang sangat merendah diri bahkan soleh. Dia tidak mahu
mensia-siakan hidup Al-Ghazali.

Lalu, dibawanya Al-Ghazali menemui Imam Ahmad Al-Razkani seorang guru merangkap ulama di
kampung mereka. Daripada ulama tersebut, Al-Ghazali mempelajari pelbagai aspek ilmu antaranya
ilmu fiqh, hafalan Al-Quran, tatabahasa Arab, ilmu hisab, fiqh dan sebagainya.

Setelah bapanya wafat, Al-Ghazali membuat keputusan untuk meneruskan pembelajarannya di


Jurjan.

Di sana, Al-Ghazali berguru dengan Syeikh Ismail bin Saadah Ismail. Setiap ilmu yang diperolehi
daripada gurunya itu pasti akan dicatat. Hal ini dilakukannya selama lima tahun.
Setelah bertahun-tahun mengembara ke tempat orang untuk menimba ilmu, akhirnya Al-Ghazali
memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya.

Segala catatan yang telah ditulis sepanjang pengajiannya itu disusun dan dikumpul lalu dimasukkan
ke dalam satu beg yang dibawa bersama.

Dalam perjalanannya, secara tiba-tiba Al-Ghazali ditahan oleh beberapa orang perompak dan
mereka merampas segala barangan yang dibawa oleh Al-Ghazali.

Tatkala salah seorang perompak sedang menggeledah barangan Al-Ghazali, tiba-tiba sambil
menunjukkan satu beg beliau berkata;

“Wahai perompak, kalian boleh mengambil semua baranganku tetapi tidak boleh ambil yang ini.”

Perompak itu pun kehairanan lalu saling berpandangan antara mereka. Menurut mereka, apa yang
tidak boleh diambil itu pasti isinya lebih berharga dari yang lain.

Lalu, mereka pun berebut mengambil beg tersebut lalu membuka isinya. Alangkah terkejutnya
mereka kerana tiada apa-apa yang istimewa di dalam beg tersebut melainkan hanya kertas-kertas
yang hitam. Salah seorang perompak itu bertanya;

“Wahai pemuda! Untuk apa engkau menyimpan kertas-kertas buruk ini?”

Al-Ghazali berkata;

“Itulah barang-barang yang paling berharga dalam hidupku dan tidak bernilai bagi diri kalian.”

Perompak itu bertanya lagi ingin tahu;

“Untuk apa kertas-kertas ini?”


Jawab Al-Ghazali;

“Ini adalah hasil pembelajaranku selama bertahun-tahun. Jika kalian merampasnya, maka hilanglah
ilmu yang ada padaku dan sia-sialah segala usaha yang aku lakukan selama ini.”

Bertanya salah seorang dari mereka lagi;

“Apa? Ilmu engkau selama bertahun-tahun hanya lembaran-lembaran ini sajakah?”

Jawab Al-Ghazali;

“Ya, benar.”

Perompak itu berkata lagi;

“Wahai pemuda, ilmu yang disimpan di dalam bungkusan dan dapat dicuri sebenarnya bukanlah
ilmu. Fikirkanlah hal ini sebaiknya.”

Beliau tidak menyangka kejadian rompakan itu benar-benar mengubah persepsi dan pemikirannya
selama ini.

Sejak itu, Al-Ghazali nekad untuk menghafal segala ilmu yang dipelajarinya lalu disimpan dalam
‘otaknya’, bukan hanya disimpan di lembaran kertas sahaja.

Siapa sangka, tindakan dan perubahan yang dilakukan oleh Al-Ghazali hasil teguran perompak
tersebut benar-benar mengubah dirinya.

Kini, beliau dikenali seantero dunia sebagai pakar dalam pelbagai bidang ilmu Islam bahkan,
dianggap sebagai ‘ensiklopedia’ pada zamannya.
Karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin, Bidayatul Hidayah, Minhajul Al-Abidin dan banyak
lagi.

Pada pagi Isnin, 14 Jamadil Akhir 505 H bertempat di Thus, beliau akhirnya wafat dengan kitab hadis
berada di atas dadanya. Jenazahnya dikebumikan di makam Al-Tabaran.

Mudah-mudahan, segala usaha dan sumbangan yang dilakukan oleh Al-Ghazali sepanjang hayatnya
memberikan manfaat buat masyarakat terkemudian. Semoga Allah s.w.t merahmati kehidupan
dunia dan akhiratnya. Wallahua’lam.

Penulis:

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat
menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti.
Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya
yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

https://tazkirah.net/kisah-teguran-perompak-menjentik-jiwa-imam-al-ghazali/

Anda mungkin juga menyukai