Anda di halaman 1dari 16

Disediakan oleh: Hii Mei Ling

Riwayat Hidup Al-Ghazali


dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masihi di bandat Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenar - Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad AlGhazali. digelar Al-Ghazali bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing - bersempena dengan nama tempat kelahirannya iaitu Ghazalah di Bandar Tus, Khurasan.

digelar Abu Hamid kerana salah seorang anaknya bernama Hamid. berasal dari keluarga yang miskin - bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi - ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Al-Ghazali berkahwin ketika berusia 20 tahun. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 4 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Sifat-sifat Peribadi
Mempunyai daya ingatan yang kuat Bijak berhujah sehingga digelar Hujjatul Islam Sangat mencintai ilmu pengetahuan Sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir mencari ilmu pengetahuan Didik dengan akhlak yang mulia sejak dari kecil Kuat beribadat, warak, zuhud dan tidak gemar kemewahan

Latar Belakang Pendidikan


Semasa kecil al-Ghazali telah belajar di kampungnya sendiri iaitu di Tus dengan seorang guru bernama Ahmad bin Muhamad Abu Hamid al-Razkani. Kurikulum menekankan aspek menghafal alQuran, mempelajari asas-asas membaca dan menulis diikuti oleh pelajaran tatabahasa Arab dan nahu,matematik, fikah dan lain-lain.

Semasa di Jurjan al-Ghazali telah berguru dengan as-Syaikh Ismail bin Saadah al-Ismail (meninggal dunia pada 487H bersamaan 1084M). Tempoh pengajiannya di sana selama lima tahun. Beliau telah membuat catatat apa yang dipelajari berhubung dengan fikah mazhab Syafie daripada guru tanpa menghafal.

Setelah menamatkan pelajaran fikah di Tus dan Jurjan, al-Ghazali berpindah ke Naisabur yang terletak 49 batu ke barat daerah Tus. beliau berguru dengan Imam al-Haramain alJuwaini dalam pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu mantic (logik), ilmu falsafah dan fikah mazhab Syafie. seorang murid yang paling pintar dan kuat berusaha serta suka menyelidik dan mengkaji sehingga guru itu menyifatkan beliau sebagai lautan yang melimpah.

Sumbangan
Mengasaskan Madrasah bagi Ahli Fikah dan Asrama bagi Kaum Sufi (Ahli Tasawuf) - menceritakan kegembiraan yang dialami semasa menjalankan tugas mengajar. - beliau menggunakan waktunya untuk mengarang dalam segala bidang ilmu pengetahuan, diperbaharui semula segala isi bukunya dan disesuaikan dengan fahaman sufi yang dianuti pada masa itu.

Bidang Penulisan
berjaya mengarang bukunya yang agung dan bernilai iaitu Ihya Ulum al-Din. Gaya penulisan al-Ghazali terbahagi kepada dua bentuk iaitu bercorak ilmiah dan juga umum. Buku bercorak umum ditulis untuk masyarakat umum yang tidak mendapat peluang pelajaran tinggi dan pengajian akademik. buku-buku ilmiah yang ditulis adalah untuk individu yang memiliki kemampuan daya pemikiran yang bebas di mana dianggap oleh al-Ghazali sebagai syarat asasi dalam setiap kerja ilmiah.

Berikut adalah karya-karya al-Ghazali: Al- Wasit Al-Basit Al-Khulasyah Al-Wajiz Kitabul Arbain Ihya Ulum al-Din Al-Mankhul fi Usulul Fiqhi Al-Mustafa fi Usulul Fiqhi Asmaullah al-Husna Bidayatul Hidayah Tahqiqul Makhaz Al-Makhaz fi al-Khilafiat Al-Munqidh Min al-Dalal Kimiyaas-Saadah (dalam bahasa Parsi) Lubabul Muntakhal Fil Jadalah Syifaul Ghalil fi Bayani Masailit Taalil Mirajul Ulum Mahakkaun Nadhar

Al-Iqtisad fil Itiqad Bayanul Qaulain Lis Syafie Misykatul Anwar Tahafut al-Falasifah Al-Mustazdhiri fir Raddiala Batiniah Al-Maqasyidu fi Bayani Itiqadil Awail Al-Jammul Awam fi Ilmilm Kalam Al-Ghayatul Qusnwa Jawahirul Quran Bayanu Radhailulu Imamiyah Al-Mikhtasyar al-Akhir fil Masailatil Sariyah Ghaurud Dairi fil Masailatil Sariyah Kasyfi Ulumul Akhirah Ar-Risalah al-Qadimah Al-Fatawa Mizanul Amal Mawahimul Batiniyah Haqiqatul Ryh

Al-Manahilul Ala Aqidatul Misyban Akhlaqul Anwar Al-Miraj Hujjatul Haq Inbihul Ghafilin Kitab Asraru Muamalatud Din Al-Makaun fil Usul Risalatul Aqtab Musalatulmus Sakatin Al-Qanun al-Kulli Al-Qurbatul Ilallah Midatul Ilmi

Israru Ittibaus Sunnah Mufassalul Khilaf fi Usulil Qiyas Talbisul Iblis Al-Mabadiu wal Ghaayat Kitab Ajaibu Syariallah Al-Ajwibah Risalatul Rad Ala man Tagha Qaulul Jamil Fir Raddi ala Min Ghairil Injil Kitabul Ulumul Ladunniyah Kitabul Intisyar Kitabul Amali Kitab Nasyitul Muluk Kitab Madnun bihi ala Ghairi Ahliah

Penulisan dalam Bidang Falsafah


sejak bertugas sebagai tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah, Baghdad dan setelah dua tahun dia mengisi masa lapang dengan mempelajari falsafah serta berjaya menguasai sepenuhnya bidang ini. Usaha beliau dalam bidang falsafah terbukti apabila lahir karya sulungnya iaitu Maqasid alfalasifah.

Penulisan Kitab Ihya Ulum Al-Din


Buku ini ditulis antara tahun 489H dan 495H. Buku ini merupakan buku tentang falsafah tetapi mengikut rentak falsafah orang yang sezaman dengannya. Kitab Ihya Ulum al-Din merupakan karya al-Ghazali terbesar dan berpengaruh di dunia Islam. Ia ditulis berdasarkan hasil pengembaraannya di Naisabur dalam usia 50 tahun. Sehingga kini kitab tersebut menjadi bacaan dan rujukan utama sebahagian besar umat Islam dari pelbagai fahaman dan aliran.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai