Anda di halaman 1dari 9

KATEKESE@RUMAH 2022 #29

“KESELAMATAN TELAH DATANG KE RUMAH INI”


(Minggu Biasa Ke 31)

Disediakan oleh Pusat Katekatikal


Keuskupan Agung Kuala Lumpur

PENGENALAN
Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul
dan meluangkan masa bagi berbincang berkaitan Bacaan Injil untuk Minggu
Biasa Ke 31.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI


Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga
boleh menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja),
secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga.
Ibubapa disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga
dapat bersama-sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama.

BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI


Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Minggu Biasa Ke 31.

DOA PEMBUKAAN
Allah Bapa di Syurga, kami mengucapkan
terima kasih atas pemberian setiap orang yang
berkumpul di sini hari ini. Terima kasih, Tuhan
Yesus, kerana memberikan kami anugerah
kehidupan dan iman. Roh Kudus, Roh Damai,
pimpin kami, dalam perhimpunan keluarga
kami. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.
RENUNGAN SABDA

Jemput seseorang untuk membaca Bacaan dari Lukas 19: 1-10. Kemudian, sebagai satu
keluarga, buat refleksi ke atas pertanyaan pertanyaan yang telah disediakan, dan
kongsikan pendapat anda Bersama ahli keluarga. Sekiranya perlu, ibubapa boleh
mengubah-suai soalan- soalan tersebut berdasarkan tahap permahaman anak-anak.

Masa untuk Renungan dan Perbincangan:

Yesus sedang melalui kota Yerikho ketika seorang lelaki bernama Zakheus, seorang
pemungut cukai yang kaya, ingin berjumpa dengannya. Dia ingin melihat Yesus, tetapi dia
terlalu pendek dan tidak dapat melihat Yesus kerana orang ramai. Jadi dia berlari ke
hadapan dan memanjat sebatang pokok supaya dia dapat melihat Yesus apabila Yesus
berjalan melalui jalan itu.

Siapa Zakheus dan mengapa dia mahu melihat Yesus?


Kadang-kadang, seperti Zakheus, kita tidak dapat melihat Yesus walaupun kita mahu.
Apakah yang boleh anda lakukan untuk melihat Yesus dalam hidup anda hari ini?

Apabila Yesus tiba di tempat itu, Dia mendongak dan berseru, “Zakheus, turunlah. Cepat,
kerana saya mesti tinggal di rumah awak hari ini.” Dia bergegas turun dan menyambut
Yesus ke rumahnya. WApabila orang ramai mengadu bahawa Yesus akan tinggal di rumah
orang berdosa, Zakheus berpaling kepadanya dan berkata, “Saya akan memberikan
separuh harta saya kepada orang miskin dan membayar mereka yang saya telah menipu
empat kali ganda daripada jumlah.” Yesus berkata, “Hari ini telah datang keselamatan
kepada rumah ini, orang ini juga adalah anak Abraham, saya datang untuk mencari dan
menyelamatkannya.”

Mengapa Yesus memanggil Zakheus?


Orang ramai mengeluh apabila melihat apa yang berlaku. Mengapa anda fikir mereka tidak
berpuas hati?
Apakah yang dijanjikan Zakheus kepada Yesus? Mengapa anda fikir Zakheus membuat
janji itu?

Dalam bacaan Injil hari ini, Yesus menunjukkan kepada kita bahawa Yesus datang khusus
untuk memanggil mereka yang jauh daripada Tuhan. Orang ramai tidak menyukai
Zakheus, kerana dia telah melakukan banyak perkara jahat. Walaupun Yesus tahu apa
yang telah dilakukan Zakheus, Yesus tidak mengelak daripadanya, tetapi memanggilnya
secara khusus. Yesus memberitahu kita bahawa keselamatan Tuhan adalah untuk semua
orang. Oleh itu, marilah kita meminta Roh Kudus untuk memberikan kita rahmat untuk
menjadi pengasih dan menyambut semua orang, sama seperti Yesus.

Katakan bersama-sama sebagai sebuah keluarga:

“Tuhan Yesus, Engkau telah turun dari syurga supaya kami beroleh hidup dalam nama-
Mu. Anda meminta kami untuk percaya dan menaruh harapan kami kepada-Mu. Kami tahu
bahawa anda mengasihi kami dan mengawasi kami sentiasa. Semoga kami terus
bertumbuh dalam iman kami dan mengikut-Mu, terutama dalam masa kesusahan.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------
AKTIVITI-AKTIVITI BERKAITAN
Di bawah terdapat beberapa aktiviti untuk kanak-kanak, yang berkisarkan tentang Bacaan
Injil pada minggu ini. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda ingin lakukan bersama anak-
anak anda, tetapi jika boleh, buatlah semua aktiviti yang ada!
Aktiviti #1: Cari perkataan.
Aktiviti #2: Selesaikan Silang Kata.
Aktiviti #3: Menyelesaikan Kod.

ZAKHEUS BERTEMU YESUS


Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus,
“Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.” Zakheus turun
dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan. Luke 19:5-6(NIV)

Setiap nombor mewakili satu huruf. Gantikan huruf yang betul bagi nombor untuk
mendedahkan perkataan yang dikod.

9-13-2- 13-21

24-13-9-21

14-1-15-26-1-16

2-1-15-26-13-16-21

14-23-16-23-16

14-1-15-26-23-8-13

22-21-10-13-15-6

8-1-10-13-2-13-12

RAMAI POKOK CARI SELAMAT


MENDAKI HILANG PENDEK PENDOSA
Aktiviti #4: Merungkai Mesej.
Unscramble the
Buka kata-kata di words in theLengkapkan
dalam kotak. boxes. Complete the sentence
ayat di bawah below
menggunakan using
huruf the
dalam kotak
bernombor
letters untuk
in the mengetahui
numbered boxesapato
yang Yesus
find outberkata tentang
what Jesus Zakheus.
about Zacchaeus.

MENGADU ORANGRAMAI PENDOSA

PENDEK SYCAMORE ZAKHEUS JEMPUT


Aktiviti #5: Benar atau Salah?

CERITA ZAKHEUS
Benar atau Salah
Lukis muka gembira di dalam kotak di sebelah kiri bagi setiap ayat yang benar dan
muka sedih bagi ayat yang salah.

Zakheus seorang paderi.

Zakheus hendak berjumpa dengan Yesus apabila dia sampai di pekan.

Zakheus seorang yang tinggi.

Tiada sesiapapun antara orang ramai membenarkan Zakheus untuk


melihat Yesus.

Zakheus memanjat tiang agar dapat melihat Yesus.

Yesus melihat atas ke arah Zakheus dan menyuruhnya turun ke bawah.

Yesus menginap di sebuah hotel ketika berada di pekan.

Zakheus seorang yang baik, jujur dan semua orang menyukainya.

Dia memberi setengah daripada harta bendanya kepada orang miskin


dan membayar balik sebanyak empat kali apa yang dicuri.

Zakheus ingin membuat perkara baik kerana Yesus telah mengubahnya!


Activiti #6: Bantulah Zakheus bawa Yesus ke rumahnya.
Activity #7: Laman Mewarna

Yesus menjadi tetamu di rumah Zakheus, yang teramat gembira. Beliau


berjanji akan menggunakan harta dan kekayaannya untuk membayar balik
hutangnya dan membantu orang yang kurang bernasib baik.

Anda mungkin juga menyukai