Anda di halaman 1dari 29

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2021 / SEMESTER 1

TUGASAN

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 890629135584001


NO. KAD PENGENALAN : 890629135584
NO. TELEFON : 0193126131
E-MEL : cristine_89@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUCHING, SARAWAK


Soalan 1: Kemahiran Kolaboratif

Gambar 1a

Sikap/Nilai/Etika:
Berinteraksi secara berkesan dengan
individu lain - Mengetahui masa yang
sesuai untuk mendengar dan bercakap.
Gambar 1b

Sikap/Nilai/Etika:

Bekerja secara berkesan dengan kumpulan


yang pelbagai – menghormati budaya yang
berbeza dan bersedia untuk bekerja secara
berkesan dengan individu daripada latar
belakang yang berlainan.
Menurut Hesse, Care, Buder, Sassenberg dan Griffin (2015), kolaborasi adalah aktiviti
bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama. Manakala menurut Gerlach (1994),
pembelajaran kolaboratif adalah berdasarkan idea bahawa pembelajaran merupakan tindakan
sosial secara semula jadi apabila peserta berbual dengan mereka. Secara ringkasnya mereka
mendefinisikan kolaborasi adalah interaksi individu bersama individu lain untuk mencapai
sesuatu matlamat atau objektif tertentu. Smith dan MacGregor (1992), berpendapat pembelajaran
kolaboratif ini adalah proses yang aktif mengumpulkan perkara yang kita pelajari dan
menghubungkannya dengan perkara yang telah kita ketahui. Disebabkan itu pelajar akan
menghafal maklumat dan meluahkan kembali malahan mereka juga akan menyepadukan
maklumat yang mereka perolehi semasa terlibat dalam pembelajaran bersama-sama rakan
sebaya.

Menurut Johnson dan Johnson (1989) dan Panitz (1999) terdapat lebih daripada 50
manfaat pembelajaran kolaboratif ini. Kemahiran ini membolehkan kita untuk bekerjasama
untuk mencapai matlamat. Elemen ini sangat penting untuk menghasilkan kerja yang lebih
berkualiti. Setiap individu akan mecari bahan atau maklumat secara berasingan dan akan
berkumpul untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti. Selain itu setiap individu akan
berpeluang untuk mengemukakan cadangan dan pendapat sebelum mencapai matlamat yang
diinginkan. Dalam keadaan ini, mereka harus menerima dan mendengar cadangan atau pendapat
setiap individu tersebut dengan suasana yang positif. Ini akan mewujudkan jalinan perhubungan
yang lebih baik di kalangan individu yang terlibat. Sebagai contohnya dengan sikap saling
mengambil berat dan saling menyokong antara satu dengan yang lain.

Kemahiran kolaboratif ini juga membolehkan setiap individu berfikir secara kritis. Hal ini
berlaku kerana sebelum mencapai matlamat yang dikehendaki setiap individu akan mencari bukti
yang bercanggah, membuat penilaian antara risiko dan manfaat yang bakal dihadapi, memahami
prinsip asas penyelidikan yang dilakukan, mengingati semula maklumat yang diperlukan serta
memberi sebab-sebab atas pilihan yang dibuat serta memberi maklumat yang terperinci berkaitan
maklumat tersebut.

(286 patah perkataan)


Soalan 2: Kemahiran Komunikasi

Gambar 2
Kemahiran komunikasi terbahagi kepada komunikasi intrapersonal, komunikasi
interpersonal, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi awam dan komunikasi antara budaya.
Kemahiran komunikasi ini penting di dalam kehidupan keseharian kita. Jadi, untuk menjadi
komunikator yang berkesan kita perlu mengetahui fungsi komunikasi secara lisan, komunikasi
bukan lisan, serta pentingnya mendengar secara aktif.

Menurut Paynton dan Hahn (2018) fungsi komunikasi lisan adalah berdasarkan beberapa
panduan seperti membantu kita untuk mendefinisikan realiti seperti idea, perasaan, emosi, situasi
dan individu. Komunikasi lisan juga membantu kita untuk mengatur idea dan pengalaman yang
kompleks kepada kategori yang memberi makna. Di sini, komunikasi lisan digunakan untuk
mengatur peristiwa yang kita alami secara rawak kepada peristiwa yang memberikan
pengalaman yang munasabah. Selain itu komunikasi lisan juga membantu kita untuk berfikir. Ini
membolehkan memori kita untuk berkembang dengan pengunaan bahasa. Tanpa komunikasi
lisan kita tidak boleh untuk berfikir dan berfungsi sebagai manusia yang perlu menaakul dan
berkomunikasi.

Bab ini juga membolehkan kita belajar tentang komunikasi bukan lisan. Hybels dan
Weaver II (2015) berpendapat komunikasi bukan lisan ialah maklumat yang disampaikan tanpa
menggunakan perkataan. Kemahiran komunikasi juga membolehkan kita belajar tentang
kepentingan mendengar secara aktif. Menurut Eunson (2016) menjustifikasikan beberapa sebab
seperti mendengar membolehkan kita mendapat gambaran penuh, membolehkan kita belajar dan
meneruskan kehidupan, menyelesaikan masalah,membolehkan kita untuk mengatasi tekanan,
mendengar masalah orang lain memungkinkan orang lain untuk mendengar masalah kita,
mendengar juga memberikan kelebihan kepada kita daripada orang lain.

Secara keseluruhannya, kemahiran ini sangat penting didalam kehidupan kita kerana
kebanyakkan masa kita menggunakan kemahiran ini dalam kehidupan sehari-harian kita. Namun
untuk menjadi komunikator yang berkesan kita perlu mengetahui fungsi-fungsi komunikasi lisan
dan bukan lisan serta kepentingan mendengar secara aktif.

(180 patah perkataan)


Soalan 3 : Kemahiran Pemikiran Kritis dan Menaakul

99 Speedmart KK Super Mart


Tujuan Kelangsungan hidup Kelangsungan hidup
Gaji ditawarkan Rendah Tinggi
Waktu bekerja Normal Panjang
Pengangkutan Tidak perlu Perlu
Kos Untuk pengangkutan dan Tiada kerana dekat dengan
makanan rumah
Kesan Dekat dengan pusat jagaan Masa bersama keluarga
anaknya berkurang
Jadual 3
Sebelum memilih pekerjaan yang sesuai Yana perlu membuat pertimbangan yang
melibatkan semua faktor. Ini menunjukkan Yana berfikir secara kritis sebelum membuat
keputusan nya. Menurut Fisher dan Spiker (2000, seperti dirujuk dalam Halpern, 2014),
pemikiran kritis bermaksud ada pertimbangan, penaakulan/logik, refleksi, metakognitif dan
proses mental. Halpern, 2014 kemahiran umum bagi seseorang yang berfikiran secara kritis ialah
mencari bukti yang bercanggah, membuat penilaian antara risiko dan manfaat keputusan yang
dipilih oleh Yana, mengingati semula maklumat apabila diperlukan, memberikan sebab-sebab
pemilihan yang dibuat, memahami prinsip asas penyelidikan, mempersembahkan hujah yang
menyakinkan tentang topik yang menimbulkan kontroversi dan kontemporari dan menentukan
kebolehpercayaan maklumat dan menggunakannya untuk merumus dan membuat keputusan.
Jadi setelah memikirkan dan mempertimbangkan kesemua faktor, Yana telah menyenaraikannya
seperti yang terdapat di jadual 3.

Kemahiran pemikiran secara kritis ini boleh ditingkatkan melalui latihan, amalan
dan melalui pembelajaran. Kemahiran ini membolehkan kita mengawal kehidupan kita dengan
menaakul, menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta mengelakkan kita membuat
keputusan yang dperngaruhi oleh orang lain, emosi dan keadaan. Yana telah memilih untuk
menerima tawaran dari syarikat KK Super Mart. Hal ini adalah disebabkan gaji yang ditawarkan
adalah tinggi walaupun masa untuk bekerja adalah secara syif 24 jam. Yana juga akan
mempunyai waktu yang kurang untuk bersama keluarganya. Yana juga berfikir secara fokus
dengan tujuannya untuk membantu keluarga dalam kelangsungan kehidupan dalam masa
pandemik Covid 19. Yana juga tidak perlu memikirkan kos untuk pengankutannya untuk pergi
dan balik dari bekerja kerana syarikat ini hanya berdekatan dengan keluarganya. Yana juga dapat
pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat sebentar di rumah.

Melalui pembelajaran kemahiran pemikiran secara kritis dan menaakul ini setiap
orang seharusnya membuat pertimbangan terhadap semua faktor sebelum membuat sesuatu
keputusan dengan menitikberatkan alternatif lain sekiranya keputusannya tidak benar. Kita boleh
mengetahui kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi sebelum membuat keputusan yang
tepat. Kita juga harus menetapkan fokus dan tujuan dalam membuat keputusan itu. Contohnya,
Yana membuat keputusan dengan menerima tawaran dari syarikat KK Super Mart untuk
membantu meringankan beban keluarganya.

Kemahiran berfikir secara kritis dan menaakul amat penting dalam kehidupan
sehari-harian kita kerana kemahiran ini mampu untuk mengawal kehidupan kita memandangkan
kita akan berfikir secara menaakul, menyelsaikan masalah, membuat keputusan dan
mengelakkan kita daripada terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan emosi kita.

(360 patah perkataan)


Soalan 4 : Kreativiti dan Inovasi

Dalam dunia yang pantas ini, teknologi berubah dengan cepat, iaitu tiada siapa yang
boleh memberi jaminan kepada anda bahawa dunia akan menjadi sama, lima tahun kemudian,
apabila semuanya berubah dengan sekelip mata. Jadi, jika seseorang mahu pergi bersama dunia,
maka satu-satunya keperluan adalah untuk menjadi kreatif dan inovatif.

Kreativiti adalah ciri seseorang untuk menjana idea, alternatif, penyelesaian, dan
kemungkinan baru dengan cara yang unik dan berbeza. Kreativiti adalah kemampuan untuk
memahami sesuatu yang tidak dapat diramalkan, asli dan unik. Ia mesti ekspresif, menarik dan
imajinatif. Ia adalah cermin betapa indahnya seseorang dapat berfikir dalam keadaan apa pun. Ia
bukan genetik tetapi boleh dibangunkan jika seseorang terus belajar dan memahami perkara
dengan persepsi yang jarang dan eksklusif. Kreativiti adalah aktiviti brainstorming dan berfikiran
minda di mana seseorang perlu berfikir di luar imaginasinya untuk membawa sesuatu yang
berbaloi. Ia adalah satu aktiviti pembukaan sesuatu yang sebelum ini tersembunyi. Manakala
inovasi adalah tindakan pemakaian idea-idea baru yang mencipta beberapa nilai untuk organisasi
perniagaan, kerajaan, dan masyarakat juga. Cara yang lebih baik dan bijak untuk melakukan
sesuatu adalah inovasi. Ia boleh menjadi pengenalan kepada teknologi baru, garis atau segmen
produk baru, kaedah pengeluaran baru ataupun peningkatan produk sedia ada. Inovasi berkait
rapat dengan kreativiti iaitu meletakkan idea-idea kreatif menjadi tindakan adalah inovasi, yang
akibatnya harus positif. Ia adalah proses melakukan sesuatu yang lebih baik untuk kali pertama,
yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana entiti. Ia juga boleh disebut sebagai perubahan
yang boleh membawa kelebihan baru kepada prestasi dan produktiviti syarikat. Ia terdiri
daripada dua jenis iaitu evolusi dan revolusioner. Kreativiti dan inovasi ini mempunyai
perbezaannya seperti kualiti pemikiran idea baru dan meletakkannya menjadi realiti adalah
kreativiti. Tindakan melaksanakan idea-idea kreatif ke dalam amalan adalah inovasi, kreativiti
adalah proses imajinatif yang bertentangan dengan inovasi yang merupakan proses yang
produktif, kreativiti tidak boleh diukur, tetapi inovasi dapat diukur, kreativiti adalah berkaitan
dengan generasi idea yang baru dan unik. Sebaliknya, inovasi berkaitan dengan memperkenalkan
sesuatu yang lebih baik ke pasaran, kreativiti tidak memerlukan wang dan sebaliknya bagi
inovasi, kreativiti tidak melibatkan risiko daripada inovasi. Sebagai contohnya, penciptaan
motosikal adalah inovasi terbesar ke atas skuter. Pada abad-abad awal, orang biasa melakukan
perjalanan dengan skuter, yang mana mereka perlu membuat banyak usaha untuk memulakannya
seperti mereka perlu memukul tendangan dan lutut dari kedua belah pihak jika ia tidak bermula.
Jadi, bertahun-tahun berlalu, dan tiada siapa pun yang menyangka penemuan basikal. Penciptaan
motosikal membuat mereka menyedari bahawa mereka juga boleh menunggang basikal tanpa
usaha tambahan, mereka hanya perlu mengklik suis dan bermula secara automatik. Dalam contoh
ini, pemikiran penciptaan motosikal perjalanan baru adalah kreativiti, tetapi penciptaan
sebenarnya adalah inovasi.

(440 patah perkataan)


Soalan 5: Celik Digital

(i) 5 Alat dan fungsi dalam myINSPIRE

Forum Papan perbincangan yang membolehkan perbualan atau


perbincangan dalam bentuk mesej yang dikirim dan boleh dijawab
oleh pelajar dan tutor.
E-buku Buku elektronik atau e-buku dalam bentuk digital, mengandungi
teks, imej yang boleh dibaca di paparan panel komputer yang rata
atau peranti elektronik seperti iPad atau tablet. Di Open Universiti
Malaysia, e-buku disediakan dalam format mudah alih (portable
document format,pdf) yang boleh dibaca di dalam talian atau
dimuat turun untuk dicetak.
Laman kursus MyInspire Untuk mengakses pengumuman kursus, kandungan dalam E-
Module, forum, kelas virtual, video-video kuliah, kuiz, dan lain-
lain.
E-Tutorial Membolehkan pelajar untuk mengakses jadual dan link kelas
online secara Google Meet.
E-Lesson Untuk menjawab soalan-soalan berkaitan mata pelajaran sebagai
persediaan pelajar menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir.
(ii) Pencemaran Air

(Gambar ii-a)

(Gambar ii-b)
(Gambar ii-c)

Kriteria Pencemaran Air

www.sinarharian.com.my
Kewibawaan Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di
Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk
pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu
negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor
dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi
Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk
Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari
seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.
Kebolehpercayaan Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua
peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Telus dan Tulus". Ia
memaparkan berita semasa , nasional selain sukan, mahkamah /
jenayah , wanita , Sinar Xtra dan global.
Objektiviti Akhbar ini mengulas mengenai pencemaran air di Selangor. Ia
memaparkan kesan dan akibat pencemaran air yang berlaku beserta
dengan Langkah-langkah menyelesaiannya.
Liputan Media ini hanya boleh diterbitkan di Semenanjung Malaysia sahaja.
Namun dengan adanya teknologi digital berita ini dapat dibaca oleh
semua individu.

(iii) Pencemaran air dalam Media Digital


Kriteria Media Digital 1 Media Digital 2

https://youtu.be/gbL0dwmfSSU www.utusan.com.my>alam>2021

Kewibawaan TV3 ditubuhkan pada 1984, yang Utusan Malaysia adalah akhbar
juga dikenali sebagai Sistem yang tertua di Malaysia. Setelah
Televisyen Malaysia Berhad mendapat menerbitan yang paling
merupakan stesen televisyen swasta besar 2004 dan menjunam pada
terestrial dan siaran percuma 2009, Utusan Malaysia telah
nasional pertama di Malaysia milik berpindah kepada penerbitan
Media Prima Berhad, konglomerat secara tabloid pada 2018.
penyiaran dan media Malaysia.
Semenjak pelancarannya, TV3 telah
mendahului stesen televisyen lain di
Malaysia dan telah dua kali
menjangkau 41% bahagian
penonton (12 Januari - 18 Januari
2003 dan 29 Jun - 5 Julai, 2003).
TV3 terus meningkatkan
perkakasnya untuk pengeluaran dan
transmisi, dan kakitangannya
menerima latihan dan pendedahan
berterusan dalam penerbitan
televisyen. Ini membolehkan TV3
untuk kekal sebagai penyiar
komersial persendirian yang
terkemuka. Dengan pemulihan
ekonomi Malaysia, telah terdapat
satu permintaan yang seiring untuk
program tempatan, termasuk berita,
hal ehwal semasa, majalah-majalah,
perbincangan, sukan, dokumentari,
drama atau filem. Dengan satu asas
yang kukuh pengeluar televisyen
telah merevolusikan pengeluaran
kandungan tempatan untuk tahap
mengkagumkan dalam industri
siaran.
Kebolehpercayaa menjadi perintis fesyen dengan Memberi tumpuan kepada topik
n menghasilkan pengeluaran yang pelbagai seperti hiburan,
rancangan tempatan berkualiti dan fesyen, muzik, kesihatan,
telah manarik perhatian dan teknologi, dan politik. Namun
kesetiaan penonton Malaysia. terdapat juga seksyen seperti
Percaya bahawa kandungan Pancawarna dan Pancaindera
tempatan adalah caranya, TV3 terus (seksyen hiburan). Namun
melabur dalam pekerja dan dikatakan akhbar ini sering
peralatan bagi menghasilkan mendapat kritikan kerana
kandungan tempatan yang seringkali menimbulkan isu
berkualiti. perkauman.
Objektiviti Dalam video ini, wartawan tv3 Akhbar ini juga mengulas tentang
menerangkan mengenai pencemaran air namun hanya
pencemaran air yang berlaku di memberikan sebab-sebab
Simpang Renggam yang telah berlakunyan pencemaran air.
mendapat perhatian daripada pihak
Ranhill Water Technologies Sdn
Bhd untuk mengatasinya.
Liputan Pencemaran air boleh diatasi sikap Akhbar kebiasaannya hanya dibaca
dari setiap individu yang oleh golongan dewasa namun tidak
bertanggungjawab untuk menjaga secara menyeluruh. Mesej yang
alam sekitar. hendak disampaikan oleh akhbar
ini juga mungkin tidak sampai
kepada individu lain.
(609 patah perkataan)

Soalan 6 : Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global dan Cabaran Alam Sekitar


Pendidikan Kewarganegeraan Global adalah merupakan ilmu yang melibatkan perlibatan
aktif pelajar dalam projek-projek berkaitan isu sosial, politik, ekonomi dan lingkungan global.
Latar belakang tentang pentingnya Pendidikan Kewarganegaraan Global ini adalah kerana
meningkatnya teknologi informasi dan komunikasi yang mana jarak bukan lagi masalah bagi
penduduk dunia berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu berjumpa secara nyata. Bagi alam
sekitarnya tidak kurang menerima impak yang sangat ketara apabila peningkatan kadar karbon
dioksida sejak 1990 sebanyak 46% akibat pemanasan global. Berdasarkan fakta-fakta dan isu
yang semakin berkembang, perlu ada satu perasaan di setiap manusia di dunia ini untuk
menyelamatkan bumi supaya tiada lagi kemusnahan yang akan terjadi. Pendidikan merupakan
jawapan yang paling tepat bagi menanggani masalah ini. Ianya bukan sekadar pengetahuan
akademik sahaja namun juga perlu melihat dan menggali potensi manusia serta dapat hidup
harmoni di dalam dunia secara harmoni. Ianya perlu meliputi aspek sikap dan perilaku, hak asasi
manusia, persamaan gender, kepelbagaian agama dan kelestarian alam sekitar. Adalah mustahil
bagi seseorang individu memperbaiki pencemaran namun perlu difikirkan tindakan yang
memberi kesan dan cara hidup kita untuk memelihara alam sekitar mahupun sebaliknya.

Untuk itu, pendidikan kewarganegaraan global atau dunia ini perlu untuk mempromosikan
dan mendukung perdamaian agar penekanan rasa memiliki dunia ini menjadi sangat tinggi.
Banyak kejadian ini berpunca daripada aktiviti yang tidak terkawal, kecuaian, sifat tamak dan
kurangnya kesedaran dikalangan manusia. Selain dari itu, pembangunan yang tidak berlandaskan
konsep pembangunan mapan, kurang undang-undang yang melibatkan perlindungan pengguna
serta penguatkuasaan yang lemah menyebabkan tiada jaminan untuk alam sekitar yang sentiasa
indah dan selesa. Sikap pengusaha perindustrian dan pemaju projek yang gelojoh, mementingkan
keuntungan dan tidak ambil peduli tentang kualiti hidup. Kesedaran sivik yang cetek di kalangan
pengguna yang melonggokkan sampah sarap di tepi jalan raya, ditaman-taman rekreasi dan di
kawasan tumpuan awam. Keadaan ini memaksa pihak bertanggungjawab untuk mengeluarkan
biaya yang besar untuk mengatasi masalah sungai yang tercemar, saluran tersumbat, banjir dan
tanah runtuh yang sepatutnya boleh disalurkan untuk meningkatkan taraf hidup seperti
pendidikan dan kesihatan. Walau bagaimanapun, keprihatinan masyarakat dalam mengawal alam
sekitar banyak bergantung kepada sikap, tanggapan dan tafsiran mereka. Penggubalan undang-
undang, kempen dan program kesedaran serta penguatkuasaan undang-undang sering dipandang
remeh. Banyak program kesedaran yang dilaksanakan hanya popular dalam jangka masa
pelaksanaan sahaja. Kita sedar bahawa mutu kehidupan manusia banyak ditentukan oleh sikap
dan sifat keperibadian yang tertanam dalam diri individu. Atas alasan ini, pendidikan menjadi
satu alternatif untuk menanamkan kesedaran tentang alam sekitar.

Menurut World Health Organization (WHO) pencemaran udara adalah bermula daripada
pelbagai faktor yang melibatkan lapisan masyarakat. Ini amat memberikan kesan terutama
kawasan bandar. Antara penyumbang terbesar adalah pengangkutan, industri, sampah sarap dan
pertanian. Konsep kognitif adalah untuk memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran
yang kritis tentang isu-isu global, serantau, kebangsaan dan tempatan yang saling berkaitan
antara pelbagai negara dan penduduk. Manakala sosio-emosi adalah untuk memiliki rasa
kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidariti dan
menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Tingkah laku adalah untuk bertindak secara
berkesan dan bertanggungjawab di peringkat tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai
dunia yang aman dan lestari. Umumnya kita mengetahui bahawa bagi menyelesaikan masalah
kelestarian alam sekitar, kita amat memerlukan bukan sahaja bantuan dari keseluruhan
masyarakat secara amnya namun amat memerlukan kerjasama yang padu dari setiap individu
Isu-isu alam sekitar seperti kehilangan biodiversiti, kemerosotan sumber asli, pemanasan global,
penipisan lapisan ozon, penebangan hutan yang berleluasa dan pelbagai masalah pencemaran
alam sekitar merupakan beberapa isu yang semakin meruncing dan meningkatkan cabaran dalam
pengurusan alam sekitar. Pendidikan dilihat sebagai cara terbaik bagi membentuk generasi yang
mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. Memandangkan
masalah alam sekitar yang semakin meningkat dan meruncing, maka keperluan untuk melahirkan
masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar turut mendesak. Implementasi
pendidikan alam sekitar diharap dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat dan
meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap alam sekitar (Kollmuss & Agyeman 2002).
Kini terdapat banyak program kesedaran alam sekitar terutamanya menerusi media elektronik
dan media cetak tetapi mesejnya seperti tidak sampai kepada sebahagian besar masyarakat. Oleh
itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media utama perlu diperluaskan dengan penyampaian
yang lebih menarik dan disesuaikan dengan setiap kelompok masyarakat (Zulkifli Yusop 2007).
Selain daripada itu, sasaran utama program kesedaran alam sekitar ini adalah kepada pelajar dan
generasi muda yang akan menjadi pelapis dan penggerak pembangunan negara pada masa
memperbaiki keupayaan masyarakat untuk menangani isu-isu alam sekitar dan dapat
meningkatkan kesedaran mereka terhadap alam sekitar. Alam sekitar dan pembangunan perlu
digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Ianya penting untuk mencapai
kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten
dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan masyarakat dalam membuat
keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah
dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosioekonomi yang dinamik,
pembangunan manusia dan juga kerohanian.

Secara kesimpulannya, hambatan perkembangan yang semakin pesat dan drastik kini
mencetuskan implikasi negatif kepada manusia dan alam sekitarnya. Kemusnahan ekologi
pastinya tidak dapat dielakkan demi memenuhi tuntutan pembangunan dan kemajuan. Untuk
memastikan supaya apa jua perancangan, perkembangan dan pelaksanaan terhadap sesuatu
pembangunan berjalan seiring dengan keperluan penjagaan alam sekitar, maka kerjasama semua
agensi dan penyelarasan pentadbiran adalah amat diperlukan. Aspek perundangan merupakan
salah satu mekanisme penting bagi menguruskan alam sekitar dengan lebih berkesan.
Penyebaran pengetahuan dan pemupukan kesedaran ini diharapkan dapat membantu rakyat
Malaysia mengambil sikap kepenggunaandan cara hidup yang lebih mesra alam. Secara
keseluruhannya, perkembangan dalam bidang pendidikan alam sekitar menunjukkan harapan
yang positif dan peluang untuk terus maju. Pendidikan alam sekitar haruslah memastikan bahawa
bidang ini akan terus kekal relevan selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Ini penting
kerana pendidikan alam sekitar yang berkesan akan membentuk individu celik alam sekitar
yang boleh mengambil tindakan yang bersesuaian meskipun jenis masalah alam sekitar yang
dihadapinya mungkin berbeza.

(747 patah perkataan)

Rujukan

Ibrahim g. Badran 1995. Knowledge, attitude and practice the three pillars of excellence and

Wisdom: a place in the medica; profession. Eastern Mediterranean Health Journal


1(1): 8-16.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. 1997. Environmental Quality Report 1997. Kuala lumpur:

Jabatan Alam Sekitar.

Jamaluddin, M.J. 1996. Impak Pembangunan terhadap Alam Sekitar. Bangi: Penerbit universiti

Kebangsaan

Malaysia.

Zulkifli yusop. 2007. Atasi perosak alam sekitar. Utusan Malaysia, 2 Mac.

Kollmuss, A. & Agyeman, J. 2002. Mind the gap: why do people act environmentally and

what

are the barriers to prp-environmental behavior? Environmental Education Research

8(3) 239-260.
Rujukan
Ibrahim g. Badran 1995.
Knowledge, attitude and
practice the three pillars of
excellence and
wisdom: a place in the medical
profession. Eastern
Mediterranean Health Journal
1(1): 8-16.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
1997. Environmental Quality
Report 1997. Kuala lumpur:
Jabatan Alam Sekitar.
Jamaluddin, M.J. 1996. Impak
Pembangunan terhadap Alam
Sekitar. Bangi: Penerbit
universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jamaluddin, M.J. 2001.
Pengurusan Alam Sekitar di
Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan
Malaysia.
Kaplowitz, M.D. & Levine, R.
2005. How Environmental
Knowledge Measures up at A
Big
Ten university. Environmental
Education Research 11(2):143-
160.
Kollmuss, A. & Agyeman, J.
2002. Mind the gap: why do
people act environmentally and
what
are the barriers to prp-
environmental behavior?
Environmental Education
Research
8(3) 239-260.
Prof. Dr. Ir.A.R.Adji Hoesodo,
MD(H),SH,MH,MBA Ketua
Umum Josay,
Akademisi,Pengusaha, Alumni
PPSA XXI Lemhannas R;
President Global Profeneur
University, Singapore, WPF
Civil Educator Unesco; USE-
WPF Professor on Civil
Knowledge- Political
Prediction, Athenes, Greece
Pusat Perkembangan
Kurikulum. 1998. Buku
Panduan Guru Pendidikan Alam
Sekitar
Merentas Kurikulum KBSM.
Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Zulkifli yusop. 2007. Atasi
perosak alam sekitar. Utusan
Malaysia, 2 Mac.
Zurina, M. & norjan, y. 2003.
Kesedaran alam sekitar:
tinjauan awal di kalangan
pelajar
Universiti Kebangsaan
Malaysia. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pengurusan
Persekitaran 2003.

Anda mungkin juga menyukai