Anda di halaman 1dari 4

PERKHEMAHAN KRS & TKRS PERINGKAT BAHAGIAN SERIAN

TAHUN 2022

MODUL PERTANDINGAN ANTARA KONTINJEN

MODUL : AKTIVITI IKHTIAR HIDUP ( MASAKAN RIMBA ) – KRS & TKRS

MASA : 2 Jam - diperuntukkan masa untuk menyediakan bahan, memasak dan


menghidangkan menu.

MATLAMAT : Membentuk pelajar yang berpengetahuan dalam pelbagai kemahiran


asas penghidupan, berdaya saing dan mampu menangani sebarang
tekanan di luar amalan kehidupan biasa.

OBJEKTIF : a. Mengenalpasti pelbagai jenis bahan untuk dijadikan masakan yang boleh
di praktikkan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
b. Dapat mengeksploit kegunaan flora dan fauna dalam aspek kehidupan.
c. Memupuk nilai sentiasa bersyukur dan menghargai alam sekitar.
d. Melatih peserta membuat keputusan untuk penyelesaian masalah
dalam pelbagai situasi dan berfikir secara kritis dan kreatif.

SASARAN : Setiap kontinjen perlu menyediakan satu kumpulan peserta


mengikut kategori iaitu

Pasukan KRS = Putera & Puteri


Pasukan TKRS = Putera & Puteri

 Tugasan Peserta;
1. Memproses dan menyiapkan bahan makanan asas utama
untuk dimasak.
2. Memproses dan menyiapkan bahan makanan mentah
* ( dibekalkan oleh Urusetia ) untuk dimasak.
Catatan : * ( bahan mentah yang belum diproses )

1
TEMA : Masakan yang hendak dimasak haruslah bertemakan ’survival’ atau ikhtiar hidup
yang menggunakan batang BULUH sebagai bahan peralatan asas utama serta
daun dan kayu kering sebagai bahan bakar.

PERALATAN / : a. Bahan mentah atau bahan masakan disediakan oleh kontigen


masing-masing.
BAHAN
b. Peralatan memasak yang dibawa oleh kontinjen dan bahan yang
disediakan oleh urusetia akan di gabung jalin untuk kegunaan
peserta masing-masing di tempat pertandingan;

Peralatan yang disediakan oleh kontinjen:


 Parang, Gergaji Kecil, sudu, garpu, senduk, bekas makanan,
bekas untuk hidangan makanan, alas , baldi kecil.
 Pisau pemotong-menghiris dan papan pemotong.
 Lain-lain yang difikirkan perlu.
 Bahan seperti buluh dan kayu api boleh diperoleh daripada
kawasan sekitar tempat pertandingan.

PENGURUSAN AKTIVITI :

a. Sebelum Aktiviti;
- Meninjau kawasan untuk dijalankan aktiviti
- Menyediakan peralatan untuk aktiviti
- Mengagihkan peralatan dan bahan kepada setiap kontinjen
- Taklimat kepada jurulatih / hakim pertandingan

b. Semasa Aktiviti;
- Jurulatih / hakim memberi taklimat keselamatan kepada para
peserta
- Tindakan prosedur pertandingan;
i. Penerangan teori dan kaedah pertandingan
ii. Peserta akan dibekalkan bahan mentah
iii. Peserta menjalankan aktiviti masing-masing
- Para hakim akan menilai proses kerja dan hasil kerja setiap
kumpulan

c. Selepas Aktiviti;
- Jurulatih membuat rumusan pertandingan
- Para hakim membuat penilaian dan rumusan pemarkahan sebelum
diserahkan kepada Urusetia.
- Peserta mengemas dan membersihkan tempat aktiviti pertandingan.
2
PROSEDUR PELAKSANAAN:

 PENYEDIAAN MASAKAN;

a. Teori dan kaedah menyalakan api


- Penerangan tentang bahan yang sesuai untuk menyalakan api
- Penerangan kaedah menyalakan api dan penyediaan set makanan ala
rimba / ikhtiar hidup

b. Kaedah penyediaan makanan


- Pengagihan peserta mengikut kontinjen masing-masing.
- Penerangan aktiviti pertandingan dijalankan.
- Pengagihan bahan kepada peserta pertandingan
- Peserta memulakan aktiviti menggunakan bahan / peralatan yang
disediakan oleh urusetia.
- Peserta juga boleh menggunakan peralatan yang dibenarkan sahaja untuk
aktiviti ikhtiar hidup ( dibawa oleh kontinjen masing-masing )

c. Penilaian hasil pertandingan


-Peserta perlu menyediakan hasil pertandingan mengikut kontinjen masing-
masing untuk dinilai oleh Hakim Pertandingan.

d. Kriteria Pemarkahan:
 Peserta perlu menyediakan hasil masakan dan akan dinilai oleh Hakim.
 Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
 Kriteria penilaian seperti berikut;
i. Persembahan hasil pertandingan : (20% MARKAH)
Dinilai dari aspek penyampaian / laporan lisan tentang cara
penyediaan, tatarias hidangan, kekemasan dan unsur-unsur berkaitan
rimba / ikhtiar hidup.

ii. Kebersihan dan kekemasan: (15% MARKAH)


Aspek ini sangat diberi penekanan sebelum, semasa dan selepas
pertandingan akan diambil kira oleh Hakim Pertandingan.

iii. Hasil masakan : (25 % MARKAH)

3
Aspek ini dinilai dari aspek masak/mentah, rasa sesuatu makanan yang
telah dimasak.

iv. Kerjasama : (10% MARKAH)


Kerjasama sesama peserta semasa aktiviti dijalankan.

v. Penggunaan Bahan : (10% MARKAH)


Juga dinilai penggunaan bahan secara optimum dan tiada pembaziran
oleh peserta.

vi. Kreativiti : (20% MARKAH)


Penilaian terhadap kreativiti peserta menyediakan peralatan daripada
bahan disediakan dan kebolehgunaan peralatan tersebut serta cara
memproses bahan-bahan mentah dibekalkan.

PEMARKAHAN/PENILAIAN

i. Pemarkahan akan dijalankan oleh Hakim Pertandingan yang dilantik


daripada setiap kontinjen pada borang yang disediakan.

ii. Keputusan para hakim adalah muktamad

Anda mungkin juga menyukai