Anda di halaman 1dari 2

Tutorial Bab 12&13&14

1. Kajian mencadangkan bahawa saksi yang mengingati butir-butir terperinci tentang


persekitaran jenayah _____________.
Ans: mempunyai daya ingatan yang lemah terhadap wajah penjenayah

2. Manakah antara cadangan oleh ahli psikologi sosial di bawah yang boleh membantu
pihak mahkamah dalam menggunakan bukti saksi dengan lebih baik?
Ans: Mengajar hakim dan juri supaya mereka mampu membuat penilaian terhadap
saksi dengan lebih baik.

3. Menurut Rhodes dan Anastasi (2012), kesemua kanak-kanak, belia dan warga tua
mengalami kesukaran untuk mengenal pasti orang yang bukan daripada _______
mereka tersendiri.
Ans: kumpulan umur

4. Selepas seorang wanita Jepun-Amerika mendapati suaminya menjalinkan hubungan


sulit, dia cuba melemaskan dirinya dan anak-anaknya. Dalam pembelaannya, dia
mendakwa dia ingin menyelamatkan anak-anaknya daripada perasaan malu terhadap
keluarga atas perbuatan suaminya, sesuatu yang dia lihat sebagai adat orang Jepun.
Dia dan peguamnya menggunakan ____ pertahanan.
Ans: budaya

5. Apa yang berkemungkinan besar membawa kepada tersalah padan antara gaya
peribadi pemimpin dan tuntutan keadaan?
Ans: peningkatan tekanan kerja dan penyakit yang berkaitan dengan stres

6. Berbanding dengan temu bual berstruktur, soalan dan jawapan yang khusus adalah
ciri-ciri utama dalam _______________.
Ans: temu duga directive

7. Dwight adalah seorang jurujual di syarikat kertas. Penilaiannya ditentukan dengan


menilai berapa kotak kertas yang dia jual setiap bulan, yang bermaksud dia dinilai
dari segi ______________ kriteria.
Ans: objektif dan prestasi yang dapat diukur

8. Jalil, seorang CEO yang berjaya, disoal di dalam satu temubual untuk menjelaskan
kejayaan beliau. Beliau menjawab, “Untuk memimpin, anda mesti memberi
inspirasi.” Merujuk kepada responnya, beliau boleh digambarkan sebagai _________
pemimpin.
Ans: transformasi
9. Tujuan asal pengurus di kilang Hawthorne adalah untuk melihat jika mereka mampu
membuat pekerja di kilang mereka lebih produktif dengan menukar tahap
pencahayaan di dalam kilang. Bagi melakukan perkara tersebut, mereka
meningkatkan pencahayaan untuk satu kumpulan pekerja di bilik ujian khas dan
mengekalkan lampu yang sama di dalam bilik kawalan. Mereka mendapati bahawa
______________.
Ans: kedua-dua kumpulan pekerja menunjukkan peningkatan dalam produktiviti

10. Amir seorang peguam yang berjaya. Pembelian manakah antara berikut yang paling
mungkin meningkatkan kebahagiaan beliau?
Ans: Tiket konsert

11. Bagaimanakah kebahagiaan dapat ditingkatkan?


Ans: Membantu seseorang dalam kesusahan

12. Mala mengkaji kaitan antara stres dan kesihatan fizikal. Kemungkinan besar Mala
adalah seorang __________.
Ans: ahli psikologi kesihatan

13. Setelah enam bulan bekerja dalam keadaan stres, Mahmoud berharap keadaan
menjadi lebih baik. Namun, dengan pelancaran satu projek baru, kerja Mahmoud
bertambah dan begitu juga tahap stres yang dialaminya. Mahmoud mungkin telah
memasuki tahap ________.
Ans: kelesuan

14. Usaha kognitif dan tingkah laku untuk mengubah keadaan tertekan disebut daya
tindak __________.
Ans: berfokus pada masalah

Anda mungkin juga menyukai