Anda di halaman 1dari 10

JURNAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 4 MEMBEZAKAN RANGSANGAN


DAN TINDAK BALAS MANUSIA MENGGUNAKAN STRATEGI
ANALOGI SEBAB DAN AKIBAT
Umi Nasyeha binti Mustapha
syehasyedz@gmail.com

Zaliha binti Musa


zytemys@yahoo.com

Rosidah binti Abdollah


rosidah.abdollah@yahoo.com
Abstrak
Berdasarkan bukti-bukti yang saya temui hasillembaran kerja murid, pemerhatian dan juga
temubual, masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah merekatidak dapat membezakan
rangsangan dan tindak balas manusia.Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk
meningkatkan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.Untuk mencapai
matlamat tersebut, saya menggunakan strategi Analogi Sebab dan Akibat yang terdiri daripada tiga
langkah iaitu Memadan, Menyanyi dan diikuti dengan Cuba Jaya.Strategi ini menekankan kepada
kefahaman konsep dan definisi rangsangan serta tindak balas melalui analogi sebab dan
akibat.Empat orang murid yang menjadi subjek kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dari
SK Permai yang memperoleh markah terendah dalam lembaran kerja.Sepanjang melaksanakan
strategi, data dikumpulkan melalui kaedah temubual, pemerhatian yang dicatatkan dalam nota
lapangan dan analisis dokumen yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca.Dapatan kajian
menunjukkan keempat-empat muridtelah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca
berbanding ujian pra.Hasil temubual dan pemerhatian juga menunjukkan peningkatan kebolehan
murid membezakan rangsangan dan tindak balas.Ini bermakna strategi analogi sebab dan akibat
telah berjaya membantu murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.

PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)opsyen Sainsyang
menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR).Praktikum fasa ketiga telah
menempatkan saya di SK Permai selama 12 minggu bermula 30 Januari sehingga 27 April 2012.Sekolah ini
dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan terletak di antara perkampungan kaum Bidayuh dan Melayu.
Berdasarkan kepada rekod statistik tahun 2012, jumlah enrolmen murid pada tahun ini mencecah hampir 300
orang dan saya telah berpeluang untuk mengajar murid Tahun 4 bagi subjek major iaitu Sains. Murid Tahun
4 berjumlah 46 orang iaitu 22 orang murid lelaki dan 24 orang murid perempuan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Sebagai seorang guru, saya berusaha untuk mempelbagaikan bahan dan kaedah pengajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik dan murid-murid seronok mempelajari sains.
Semasa saya mengajar tajukManusia Bertindak Balas terhadap Rangsangankepada murid-murid Tahun 4,
saya telah cuba menggabungkan beberapa kaedah pembelajaran. Antaranya ialah saya menggunakan kaedah
tayangan video agar murid saya dapat memahami dengan mudah konsep rangsangan dan tindak balas
manusia.Menurut Martin (2012, ms. 377), Technology enables children to spend less time and achieve
greater accuracy in data collection and mathematical manipulation, thus providing more time for processing
and interpreting experimental data. Saya juga menggunakan banyak contoh bergambar dengan harapan
murid saya dapat melihat perbezaan rangsangan dan tindak balas dengan jelas.Saya percaya, menggunakan
gambar adalah salah satu cara untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap sesuatu
perkara,A picture really is worth a thousand words. It provides another mode for learning, and it is helpful
for memory retention(Martin, 2005, ms. 72). Justeru itu, saya memilih untuk menggunakan gambar kartun
agar dapat memaksimumkan tumpuan murid terhadap aktiviti. Menurut Keogh dan Naylor (1997, ms. 12)
dalam Skamp (2012, ms. 86), Concept cartoons can be a powerful means of providing starting points for
investigations, particularly for children who have poor literacy skills, who lack confidence in science or who
are reluctant learners, as well as the more able.Ternyata dua kaedah tersebut dapat menarik perhatian dan
minat murid-murid tahun 4 semasa aktiviti P&P dijalankan.Namun begitu, saya mendapati murid-murid

87

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

belum dapat menguasai tajuk ini dengan baik kerana masih terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat
menyatakan contoh rangsangan dan tindak balas pada lembaran kerja.Andaian awal saya tentang
penggunaan gambar dalam P&P ternyata kurang berkesan kerana tidak semua individu mempunyai
kemahiran yang sama dalam menginterpretasi sesuatu gambar. Oleh itu, semasa P&P kali kedua, saya
cubamenggunakan kaedah ekspositori dengan memberi penjelasan kepada murid-murid tentang definisi
rangsangan dan tindak balas secara lisan dan demonstrasi.Malangnya, kaedah tersebut juga kurang berkesan
ke atas pembelajaran murid-murid.Tanpa saya sedari, saya telah mengabaikan teknik penyampaian dan
penjelasan saya tentang konsep rangsangan dan tindak balas. Akibatnya, murid saya hanya mengetahui
contoh rangsangan dan tindak balas berdasarkan apa yang saya sebutkan semasa P&P sahaja tetapi mereka
tidak dapat memahami konsep rangsangan dan tindak balas yang sebenarnya dengan baik.Saya mendapati
seramai empat orang murid saya tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas manusia dengan
tepat.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Selesai sahaja P&P yang kedua pada tarikh 20 Februari 2012 berkaitan tajuk Manusia bertindak balas
terhadap rangsangan, saya telah memberikan lembaran kerja 1 kepada 42 orang murid Tahun 4.Lembaran
kerja tersebut memerlukan murid untuk mengenal pasti rangsangan dan tindak balas yang wujud berdasarkan
situasi yang dinyatakan.Hasil semakan terhadap lembaran kerja berkenaan, saya mendapati 12 orang
daripada 42 orang murid telah gagal menjawab lebih daripada dua soalan dengan tepat.
Dua kesalahan yang lazim dilakukan oleh murid-murid tersebut iaitu salah untuk kedua-dua soalan
rangsangan dan tindak balas, ataupun salah hanya pada soalan tindak balassahaja (Jadual 1). Bagi murid
yang salah untuk kedua-dua soalan rangsangan dan tindak balas,ia adalah kerana mereka menulis jawapan
secara terbalik. Jawapan rangsangan dinyatakan sebagai tindak balas dan sebaliknya (Rajah 1).Manakala
kesalahan yang kedua iaitu kesalahan pada jawapan tindak balas adalah kerana jawapan yang ditulis oleh
mereka tidak terdapat pada situasi yang ditunjukkan.Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah
terkejut dan melarikan diri.
Jadual 1:
Analisis jawapan 12 orang murid yang membuat kesilapan dalam lembaran kerja 1

Bil

Murid

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Jacquelin
Matius
Christina
Joanna
Peter
Azin
Syazwani
Arvine
Fred
Fedra
Balqis
Zureen

1
R

2
TB
X

X
X

X
X

X
X

X
X

TB
X
X

X
X
X
X

X
X
X

X
X

X
X

X
X

Soalan
3
TB
X

X
X
X
X
X

X
X
X

4
R
X

X
X

X
X

X
X

5
TB
X

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

X
X

X
X

TB
X

X
X
X

X
X

Jumlah
markah
/5
0
4
3
3
0
1
0
2
2
1
0
1

Nota: R = Rangsangan TB= Tindak Balas

Antara faktor yang mempengaruhi jawapan murid iaitu murid hanya dapat mengingat contoh yang saya
nyatakan semasa P&P dan arahan saya yang kurang jelas.Perkara ini menyebabkan murid tidak dapat
menjawab soalan lembaran dengan baik. Selain itu, saya mendapati bahawa sebahagian daripada 12 orang
murid ini dapat menjawab soalan berkaitan rangsangan dan tindak balas dengan baik semasa P&P (Nota
Lapangan 20/2/12). Oleh yang demikian, saya telah mengedarkan lembaran kerja 2 kepada 12 orang murid
berkenaan. Bilangan soalan dan situasi adalah sama seperti lembaran kerja 1 tetapi struktur soalan
diubahsuai dan arahan dinyatakan dengan lebih jelas. Didapati, lapan orang murid telah lulus lembaran kerja

88

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

ini manakala empat orang selebihnya gagal (Jadual 2). Bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh empat
orang murid yang gagal tersebut, kesemuanya adalah jawapan terbalik. Mereka menyatakan contoh
rangsangan sebagai tindak balas dan sebaliknya.

Rajah 1: Contoh Jawapan Azin bagi Kesalahan Rangsangan dan Tindak Balas
Jadual 2:
Analisis jawapan 12 orang murid pada lembaran kerja 2
Bil

Murid
1

R
Jacquelin

1
Matius

2
Christina

3
Joanna

4
Peter

5
Azin

6
7
Syazwani

Arvine
8
Fred

10 Fedra
X
11 Balqis

12 Zureen
Nota: R = Rangsangan

TB
R
TB

X
X

X
X

X
X
X
X

X
X
TB = Tindak Balas

X
X

Soalan
3
4
5
TB
R
TB
R
TB

X
X

X
X
X

X
X
X
X
X

X
X

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
= Gagal
Markah lulus = 3-5

Jumlah
markah
/5
4
5
5
2
3
1
5
4
4
3
0
1

Keempat-empat murid yang gagal lembaran kerja 2 saya uji sekali lagi dengan menggunakanUjian
Diagnostik untuk memastikan bahawa isu tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas wujud
dalam kalangan murid-murid tersebut.Ujian ini mengkehendaki mereka untuk membezakan rangsangan dan
tindak balas pada ayat pernyataan yang disertakan dengan gambarajah.Murid perlu membulatkan ayat yang
menunjukkan rangsangan manakala menggariskan ayat yang menunjukkan tindak balas.Hasil ujian
mendapati keempat-empat murid tersebut ternyata tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas
(Jadual 3).Azin, Balqis dan Zureen salah untuk kedua-dua soalan A dan B manakala Joanna dapat menjawab
soalan A dengan betul tetapi salah untuk soalan B (Rajah 2).

89

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Jadual 3:
Analisis jawapan keempat-empat orang murid dalam ujian diagnostik
Jawapan murid
Bil

Nama
murid

Azin

Balqis

Zureen

Joanna

Nota:

Soalan

Rangsangan

Tindak balas

A
B
A
B
A
B
A
B

Siti menarik tangan


Ali menarik tangan
Siti menarik tangan
Ali menarik tangan
Siti menarik tangan
Ali menarik tangan
Siti tersentuh duri pokok kaktus
Ali menarik tangan

Siti tersentuh duri pokok kaktus


Ali tersentuh seterika panas
Siti tersentuh duri pokok kaktus
Ali tersentuh seterika panas
Siti tersentuh duri pokok kaktus
Ali tersentuh seterika panas
Siti menarik tangan
Ali tersentuh seterika panas

= Jawapan Betul

Rajah 2: Contoh Jawapan Zureen dalam Ujian Diagnostik


Perkara ini turut disokong oleh pemerhatian saya terhadap murid-murid semasa P&P. Joanna merupakan
antara murid yang sering menjawab soalan rangsangan dan tindak balas secara tidak konsisten.Adakala
jawapan yang diberikan Joanna tepat dan adakalanya jawapannya juga silap (Nota Lapangan, 20/02/12).
Saya juga telah menemubual empat orang murid yang telah diberikan Ujian Diagnostik tersebut.Hasil
temubual mendapati semua murid berkenaan masih tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas
dengan betul.Apabila saya meminta murid untuk menyatakan rangsangan dan tindak balas yang wujud
berdasarkan situasi, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Contoh jawapan murid adalah
seperti berikut:
Guru

: Andaikan kamu terjumpa bangkai kucing yang sangat busuk di tepi jalan, kamu terus
menutup hidung. Bolehkah kamu nyatakan apa rangsangan yang terlibat dalam situasi ini?
Joanna : Emmtutup hidung
Guru : Tindak balas pula?
Joanna : Bau bangkai
(TB1-27/02/12)
Saya mendapati, punca mereka tidak dapat membezakan contoh rangsangan dan tindak balas adalah kerana
mereka tidak tahu perbezaan rangsangan dan tindak balas.Apabila disoal tentang perbezaannya, jawapan
yang mereka berikan ialah tidak tahu.Perkara ini secara langsung menjelaskan mengapa keempat-empat
subjek kajian tidak dapat menyatakan jawapan yang betul dan konsisten untuk setiap soalan rangsangan dan
tindak balas yang saya ajukan.Contohnya hasil temubual bersama Balqis, dia tahu rangsangan dan tindak
balas adalah berbeza tetapi tidak boleh menyebut perbezaannya.

90

Guru
Balqis
Guru
Balqis
Guru
Balqis

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

: Ada tak perbezaan antara rangsangan dengan tindak balas?


: Ada
: Apakah perbezaannya?
: Emm(mengangkat bahu)
: Kamu tahu?
: (menggelengkan kepala)
(TB4-27/02/12)

Perkara ini juga disokong melalui catatan refleksi saya selepas P&P. Di awal P&P, saya cuba mencetuskan
idea murid tentang rangsangan dan tindak balas. Kebanyakan murid hanya menjawab tak tahu dan
menggelengkan kepala semasa ditanyakan soalan terutamanya tentang perbezaan rangsangan dan tindak
balas (Refleksi,16/02/12).
Fokus Kajian
Saya sedar kefahaman murid terhadap konsep rangsangan dan tindak balas adalah penting agar murid
menjadi lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan menghargai organ seperti kulit.Malah, jika murid boleh
menguasai tajuk ini, maka lebih mudah untuk murid mempelajari tajuk yang lebih kompleks contohnya
seperti tajuk gerak balas tumbuhan terhadap ransangan.Oleh yang demikian, berdasarkan data-data tinjauan
awal yang telah diperolehi, maka fokus kajian saya adalah untuk meningkatkan kebolehan murid
membezakan rangsangan dan tindak balas dengan mendedahkan kepada mereka konsep serta definisi
rangsangan dan tindak balas.Justeru, objektif kajian saya ini adalah untuk meningkatkan kebolehan muridmurid Tahun 4 membezakan rangsangan dan tindak balas melalui kaedah Analogi Sebab dan Akibat.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 SkPermai. Tiga daripada mereka ialah
murid perempuan iaitu Balqis, Joanna dan Zureen serta seorang murid lelaki iaitu Azin.Keempat-empat
subjek kajian saya adalah murid biasa di dalam kelas dan tidak mempunyai masalah pembelajaran seperti
tidak boleh membaca atau menulis.Prestasi akademik mereka dapat dikatakan pada tahap yang rendah
terutamanya bagi subjek Sains.Markah yang diperolehi mereka dalam peperiksaan akhir tahun 2011 bagi
subjek Sains adalah dalam julat 4060 peratus.
Azin memiliki saiz tubuh yang kecil berbanding rakan-rakannya yang lain.Azin merupakan seorang murid
yang aktif di dalam kelas terutamanya semasa aktiviti P&P Sains.Malah, dia seorang yang gemar
menanyakan soalan apabila dia tidak memahami sesuatu perkara yang saya ajar. Dia akan menunjukkan
reaksi muka yang keliru sebelum dia menanyakan soalan kepada saya. Joanna juga merupakan seorang
murid yang aktif di dalam kelas.Joanna seorang murid yang periang dan ramah.Tidak seperti Azin dan
Joanna, Zureen pula adalah seorang murid yang pendiam.Dia gemar duduk di bahagian belakang
kelas.Zureen mudah hilang tumpuan semasa P&P terutamanya semasa saya sedang memberi penjelasan
tentang sesuatu perkara.Namun, Zureen seorang yang aktif dalam aktiviti berkumpulan.Dia bersungguhsungguh melakukan aktiviti dan mudah memberikan kerjasama kepada ahli kumpulannya.Balqis juga
seorang yang pendiam dan agak pemalu.Suara Balqis amat kecil dan sukar didengar.Namun begitu, dia
seorang murid yang gemar memberikan senyuman.
STRATEGI TINDAKAN
Perancangan Tindakan
Masalah yang dihadapi oleh murid saya ialah mereka tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak
balas.Masalah ini berpunca kerana murid saya tidak memahami istilah rangsangan dan tindak balas.Oleh
sebab itu, saya telah merancang satu strategi yang boleh membantu subjek kajian memahami definisi
rangsangan dan tindak balas dengan lebih mudah.Saya menggunakan perkataan sebab dan akibat sebagai
analogi untuk menggantikan perkataan rangsangan dan tindak balas.Menurut Vygotsky (1962), bahasa
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan mental dan membantu pembelajaran kanak-kanak.
Justeru, saya memilih untuk menggunakan bahasa yang mudah agar ia sesuai dengan pengalaman dan
peringkat umur subjek kajian. Strategi analogi sebab dan akibat ini juga adalah satu penambahbaikan
terhadap kelemahan saya semasa memberi penerangan dalam P&P yang lalu.

91

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Saya memilih kaedah deduktif dalam melaksanakan strategi ini. Menurut Indah (2008), dalam proses
deduktif, pembelajaran bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula
kepada contoh. Oleh itu, murid saya harus mempelajari dan memahami teori atau formula terlebih dahulu
sebelum dapat menyatakan contoh-contoh rangsangan dan tindak balas. Dalam strategi ini, langkah pertama
yang saya ambil adalah membantu murid memahami apakah definisi rangsangan dan tindak balas dengan
menggunakan formula sebab dan akibat.Setelah itu, barulah saya membimbing murid untuk membina contoh
rangsangan dan tindak balas yang betul.Kamarudin Hj Husin (2003) turut menyatakan bahawa penggunaan
pemikiran berbentuk deduktif membolehkan seseorang berfikir untuk mencari dan mengenal pasti sesuatu
yang telah diketahui kepada yang tidak diketahui.
Langkah-langkah Pelaksanaan Tindakan
Saya telah menggunakan tiga langkah utama iaitu bermula dengan memadan, menyanyi dan diteruskan
dengancuba jaya.Ringkasan kepada pelaksanaan strategi adalah seperti ditunjukkan dalam model strategi
analogi sebab dan akibat dalam Rajah 3 dan Jadual 4.

STRATEGI
ANALOGI SEBAB DAN AKIBAT

MEMBEZAKAN RANGSANGAN
DAN TINDAK BALAS MANUSIA

Rajah 3: Model Kaedah Analogi Sebab dan Akibat


Jadual 4:
Pelaksanaan strategi
Langkah langkah strategi analogi sebab dan akibat
1. Memadan

Murid memadankan gambar rangsangan dan tindak balas pada jadual kad manila
Murid membaca ayat pasangan gambar yang telah dipadankan menggunakan kata hubung
"kerana"
Murid dijelaskan tentang perbezaan rangsangan dan tindak balas menggunakan analogi sebab dan
akibat: Rangsangan ialah sebab yang berlaku dahulu kemudian diikuti dengan tindak balas sebagai
akibat

92

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

2. Menyanyi

Apa
Itu
Apa
Itu

rangsangan?
sebab !
tindak balas?
akibat !

Murid diberi kad lagu Upin Ipin


Murid menyanyi mengikut rentak lagu Upin Ipin

3. Cuba Jaya

Murid disediakan dengan lima bahan maujud berbeza dan sebuah lembaran kerja.
Murid bertindak ke atas bahan tersebut untuk mengenalpasti tindak balas sahaja kerana
rangsangan diberikan (Pelaksanaan kali pertama).
Muridbertindak ke atas bahan dan mengenalpasti rangsangan dan tindak balas yang wujud
(Pelaksanaan kali kedua).
Murid menulis jawapan dalam lembaran kerja.

DAPATAN KAJIAN
Sepanjang strategi dilaksanakan, data telah dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu melalui temubual,
pemerhatian yang dicatatkan ke dalam nota lapangan serta analisis dokumen yang terdiri daripada ujian pra
dan ujian pasca.Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca, saya mendapati berlaku peningkatan
kebolehan murid dalam membezakan rangsangan dan tindak balas setelah strategi dilaksanakan (Jadual 5 &
Jadual 6).Kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas dilihat berdasarkan kebolehan murid
dalam;
1) Mengkategorikan contoh-contoh rangsangan dan tindak balas (soalan bahagian A)
2) Mengenalpasti rangsangan dan tindak balas daripada situasi yang diberikan (soalan bahagian B)
Jadual 5:
Perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca (Bahagian A)
SUBJEK
KAJIAN
Azin
Balqis
Joanna
Zureen

BAHAGIAN A
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
4
10
8
9
10
10
0
10

PENINGKATAN
MARKAH
6
1
0
10

Berdasarkan keputusan markah yang diperolehi oleh subjek kajian (Jadual 5), tiga daripada mereka iaitu
Azin, Zureen dan Balqis menunjukkan peningkatan pada skor markah yang diperolehi dalam soalan-soalan
bahagian A. Azin dan Zureen menunjukkan peningkatan yang amat ketara apabila memperolehi skor markah

93

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

yang tinggi dalam ujian pasca. Kedua-dua mereka memperoleh markah penuh iaitu 10 markah dalam ujian
pasca.Balqis pula hanya menunjukkan peningkatan sebanyak satu markah dengan memperoleh sembilan
markah dalam ujian pasca.Peningkatan yang ditunjukkan oleh Azin, Zureen, dan Balqis menunjukkan
bahawa mereka telah mula memahami perbezaan rangsangan dan tindak balas. Perkara ini dibuktikan
melalui peningkatan kebolehan mereka mengkategorikan pilihan jawapan ke dalam jadual rangsangan dan
tindak balas dengan betul pada ujian pasca, kecuali Joanna yang kekal memperolehi markah yang sama
untuk kedua-dua ujian pra dan pasca.
Jadual 6 pula menunjukkan perbandingan skor markah yang diperolehi oleh subjek kajian dalam ujian pra
dan ujian pasca untuk bahagian B. Pada bahagian B, subjek kajian diuji dengan soalan-soalan yang mencabar
berbanding soalan dalam bahagian A. Murid-murid harus mengenalpasti rangsangan dan tindak balas
berdasarkan situasi yang diberikan. Situasi yang diberikan adalah contoh situasi yang tidak pernah saya
gunakan semasa P&P dan semasa melaksanakan strategi tindakan.
Jadual 6:
Perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca (bahagian B)
SUBJEK
KAJIAN
Azin
Balqis
Joanna
Zureen

BAHAGIAN B
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
6
10
4
10
6
8
0
10

PENINGKATAN
MARKAH
4
6
2
10

Hasil dapatan menunjukkan bahawa Azin, Balqis dan Zureen berjaya memperolehi markah penuh iaitu
sebanyak 10 markah dalam ujian pasca.Peningkatan markah berlaku pada ketiga-tiga subjek kajian
ini.Peningkatan yang amat ketara ditunjukkan oleh Zureen yang memperolehi markah sifar semasa ujian pra
tetapi memperolehi 10 markah dalam ujian pasca.Manakala Joanna memperolehi enam markah dalam ujian
pra tetapi meningkat kepada lapan markah dalam ujian pasca.Walaupun tidak banyak perubahan markah
yang diperolehi olehnya.Pada soalan bahagian B, kebolehan Joanna benar-benar teruji jika dibandingkan
dengan hasil keputusan markah yang diperolehinya pada bahagian A (Rajah 4).

Rajah 4: Jawapan Joanna dalam Ujian Pra Soalan Bahagian B


Peningkatan markah yang diperolehi oleh keempat-empat subjek kajian untuk bahagianA dan B dalam ujian
pasca menunjukkan bahawa subjek kajian dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan baik.
Perkara ini turut disokong oleh pemerhatian saya semasa melaksanakan strategi untuk kali kedua.Muridmurid memperlihatkan peningkatan kebolehan membezakan rangsangan dan tindak balas melalui aktivti
hands-on dalam langkah Cuba Jaya.Hasil semakan yang telah saya lakukan terhadap lembaran kerja murid,

94

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

kesemua subjek kajian mendapat markah penuh berbanding markah pada lembaran kerja yang pertama.Saya
mendapati bahawa berlaku peningkatan markah dan jawapan yang diberikan oleh dua orang subjek kajian
iaitu Zureen dan Balqis. Azin dan Joanna pula dapat mengekalkan prestasi markah dengan memperolehi
markah penuh dalam lembaran kerja kali kedua.(Nota Lapangan, 12/07/12)
Selepas melaksanakan strategi sebanyak dua kali, saya turut menggunakan temubual berstruktur ke atas
keempat-empat subjek kajian.Hasilnyamenunjukkan berlaku peningkatan dari segi kefahaman murid
terhadap konsep rangsangan dan tindak balas.Bukti kefahaman murid tentang perkaitan rangsangan dan
akibat dikukuhkan lagi apabila saya mengajukan soalan lanjutan tentang perbezaan rangsangan dan tindak
balas kepada subjek kajian.Azin, Zureen dan Joannamemberitahu rangsangan ialah sebab yang berlaku
dahulu, kemudian diikuti dengan tindak balas.Berikut ialah perbualan saya bersama Joanna.
Guru
Joanna
Guru
Joanna

: Berbeza ke tidak rangsangan dan tindak balas tu?


: Berbeza
: Apakah perbezaannya?
: Macamsebab dan akibat, sebab dulu, baru akibat.
(TB1-16/07/12)

Balqis pula hanya dapat memberikan definisi iaitu dia menyatakan rangsangan ialah sebab dan tindak balas
ialah akibat.
Selain boleh menyatakan definisi rangsangan dan tindak balas dengan betul, mereka juga boleh menyatakan
perkaitan rangsangan dengan sebab dan tindak balas dengan akibat.Perkara ini juga dibuktikan daripada hasil
pemerhatian saya semasa melaksanakan strategi pada kali kedua iaitu semasa sesi soal jawab.Subjek kajian
telah dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan betul.Ada yang menyebutkan tentang analogi
sebab dan akibat yang telah saya jelaskan.Misalnya, Zureen menyatakan rangsangan ialah penyebab yang
terlebih dahulu berlaku, manakala tindak balas ialah akibat daripada penyebab tersebut (Nota Lapangan,
12/07/12).
Bukan itu sahaja, keempat-empat subjek kajian berjaya memberikan jawapan yang betul apabila saya
mengajukan soalan tentang rangsangan dan tindak balas yang wujud daripada situasi yang
dinyatakan.Mereka telah dapat mengenalpasti rangsangan dan tindak balas yang wujud daripada situasi
tersebut. Kebolehan subjek kajian mengenalpasti rangsangan dan tindak balas berdasarkan apa yang mereka
tahu dan situasi yang diberi dibuktikan lagi oleh pemerhatian saya semasa strategi dijalankan. Subjek kajian
telah dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan baik.Kesemua subjek kajian berjaya
memadankan rangsangan dan tindak balas pada jadual dengan betul tanpa ada yang terbalik(Nota lapangan,
12/07/12).
REFLEKSI
Kajian tindakan ini telah memberikan satu semangat baru kepada sayauntuk terus mengkaji amalan P&P
saya sendiri terutamanya apabila bergelar seorang guru kelak. Kajian tindakan ini mengajar saya bagaimana
cara untuk memahami murid-murid dengan lebih baik. Setiap murid mempunyai kelebihan dan kekurangan
yang tersendiri.Sebagai guru, saya tidak boleh membuat kesimpulan terhadap sesuatu masalah murid dengan
hanya membuat andaian tanpa bukti yang kukuh. Bertitik tolak daripada itu, saya mula menyedari akan
pentingnya pemikiran kritis dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang guru, saya tidak boleh
mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan yang terbaik kepada murid-murid. Di sini timbul kesedaran
dalam diri saya sendiri dan kefahaman akan pentingnya saya menyediakan satu persekitaran pembelajaran
yang seronok dan sesuai dengan tahap kebolehan murid. Melalui refleksi amalan P&P yang telah saya
lakukan dalam kajian ini, ternyata amalan saya kurang berkesan sehingga menimbulkan masalah kepada
pemahaman murid tentang tajuk yang saya ajar.Setelah melaksanakan strategi baharu, barulah murid saya
dapat memahami dengan lebih jelas tentang tajuk berkenaan iaitu rangsangan dan tindak balas manusia.

95

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Bermula daripada proses mengumpulkan data sehinggalah ke peringkat menganalisis masalah, saya
mendapati pelbagai kelemahan yang memungkinkan hasil dapatan saya kurang memuaskan dan berkualiti.
Walaupun saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data selepas strategi dilaksanakan, namun saya
merasakan bahawa kaedah-kaedah tersebut belum mencukupi untuk menyokong hasil dapatan saya.Dalam
kajian tindakan ini, saya hanya menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah
lain seperti senarai semak tidak dilakukan. Menggunakan senarai semak akanlebih memudahkan saya untuk
memerhatikan setiap aspek pada setiap subjek kajian dengan lebih tersusun. Perkara ini perlu diambil kira
kerana bahan-bahan tersebut juga dapat membantu menyokong hasil dapatan kajian saya.Selain itu, soalan
yang dimuatkan di dalam ujian pra dan ujian pasca adalah terhad. Saya merasakan bahawa hasil dapatan
daripada kedua-dua ujian ini adalah penting kerana ia dapat membuktikan sesuatu objektif kajian tercapai.
Oleh itu, soalan yang dikemukakan perlu lebih terperinci.Contohnya dengan menanyakan lebih banyak
soalan yang membuktikan murid dapat membezakan rangsangan dan tindak balas.Untuk kajian tindakan
seterusnya, mungkin saya perlu menambah bilangan soalan yang terdapat dalam ujian pra dan pasca supaya
data yang diperolehi lebih bermakna dan sah untuk diambil tindakan.
Strategi memainkan peranan yang penting untuk mencapai sesebuah objektif kajian.Strategi yang telah saya
gunakan untuk mencapai objektif kajian saya adalah analogi sebab dan akibat.Saya hanya melaksanakan
strategi tersebut sebanyak dua kali ke atas subjek kajian. Saya mendapati, walaupun strategi ini berjaya
meningkatkan kebolehan murid dalam membezakan rangsangan dan tindak balas, tetapi ia boleh
ditingkatkan untuk mencapai suatu hasil yang lebih cemerlang. Sekiranya strategi ini dilaksanakan lebih
daripada dua kali, dapatan yang lebih baik boleh diperolehi.
RUJUKAN
Indah (2008).Education Is My Priority: Pendekatan Deduktif. Diakses pada 5 Julai 2012:
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html
Kamarudin Hj Husin (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Martin, D.J. (2012). Elementary Science Methods; A Constructivist Approach (6th ed.). United States:
Wadsworth Cengage Learning.
Martin, R., Sexton, C., Franklin, T., & Gerlovich, J. (2005).Teaching Science for All Children; An Inquiry
Approach (4thed.).United States of America: Pearson Education, Inc.
Skamp, K. (2012). Teaching Primary Science Constructively (4thed.).Australia: Cengage Learning.
Vygotsky, L. (1962). Thought and Language.(E. Hanfmann & G. Vakar, Eds. and Trans.) Cambridge, MA:
MIT Press.

96

Anda mungkin juga menyukai