Anda di halaman 1dari 11

BAB 2

METODOLOGI PROJEK

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi yang digunakan dalam kajian iaitu
rekabentuk kajian, carta aliran kerja, responden, instrumen kajian, pengumpulan data
kajian dan carta gantt kajian.

2.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan penyelidikan berkaitan kualiti senggaraan yang


berterusan. Penyelidik menggunakan kajian yang berbentuk kuantitatif iaitu kaedah
kitaran PDCA iaitu Plan-Do-Check-Action. Kaedah ini sesuai digunakan kerana ia
dapat mengawal dan menambah baik kualiti senggaraan secara berterusan. Langkah-
langkah menggunakan PDCA ialah mengenalpasti masalah, memilih masalah,
mendefinisikan masalah, menganalisis masalah, cadangan penyelesaian, pelaksanaan
cadangan, mengukur kejayaan dan mengambil tindakan susulan. Rajah 2.0 di bawah
menunjukkan kitaran PDCA.

Rajah 2.0 : Kitaran PDCA


2.3 CARTA ALIRAN PROSES KERJA

Carta aliran proses ialah rajah skematik yang menerangkan proses sesuatu kajian
dijalankan sehingga selesai dilaksanakan. Carta aliran proses ini mampu untuk
memudahkan proses serta menghasilkan produk yang berkualiti serta memenuhi tahap
operasi yang diinginkan. Carta aliran proses kerja bagi rekabentuk kajian PDCA dan
juga carta aliran kajian penyelenggaraan pemutus litar (ACB) menerangkan maklumat
seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Mendefinisikan masalah

Menganalisis masalah

Menetapkan objektif kajian

Mengumpul data kajian

Penilaian data kajian

Lihat hasil pencapaian

Cadangan penambahbaikan

Rajah 2.1 : Carta Aliran PDCA


MULA

RUJUK PERANCANGAN
SENGGARAAN BERJADUAL
(PMS)

PENYEDIAAN ALATAN DAN


ALAT GANTI

OFF SWITCHBOARD

SENGGARA DAN PEMASANGAN


ALAT GANTI

UJIAN

SENGGARAAN BERJAYA
DILAKUKAN

MENGHIDUPKAN ACB &


SWITCHBOARD

SENGGARAAN DIREKODKAN

TAMAT

Rajah 2.2 : Carta Aliran Proses Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB)

Proses aliran kerja yang dipamerkan menerangkan persediaan penyelenggaraan


pemutus litar (ACB). Selepas penyelenggaraan ACB tersebut, kesemua kerja-kerja
mestilah direkodkan di dalam General Maintainance Log (GML) dan buku teknikal
untuk digunakan sebagai rekod pada masa akan datang jika berlaku permasalahan ACB
tersebut.
Rajah 2.3 : General Maintainance Log (GML)

Rajah 2.4 : Plan Maintainace Schedule (PMS)


2.4 RESPONDEN

Seramai 6 orang anggota teknikal KD Sri Tiga telah di pilih sebagai responden
bagi kajian ini. Semua responden telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi
temubual dan soal selidik berlangsung.

2.5 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan intrumen soal selidik kerana ianya mudah dan
menjimatkan, namun ianya agak terbatas kerana sensitiviti individu dan
berkemungkinan maklumat yang diperolehi tidak dapat didedahkan. Data-data telah
diperolehi dengan menggunakan borang kaji selidik yang mana telah direka bentuk
berdasarkan rangka kerja teoritikal yang bertujuan mengukur kajian secara statistik.

2.5.1 SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan alat yang sangat penting bagi seseorang penyelidik
kerana kualitinya akan menentukan seluruh penyelidikannya. Jika penyataan dalam
soal selidik kabur, maka jawapan yang akan diperolehi tidak akan menjawab
persoalan kajian. Ini adalah kerana responden akan lebih konsisten dalam jangka
masa yang singkat dan banyak maklumat yang boleh diperolehi. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik
dengan bimbingan penyelia. Sumber rujukan dan dapatan yang telah diubahsuai
mengikut responden. Soal selidik yang di bina oleh penyelidik berdasarkan objektif
kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik. Soalan-soalan tersebut dirangka dalam
bentuk yang mudah dan ringkas bagi memastikan responden memahami soalan dan
menjimatkan masa ketika menjawab. Contoh soal selidik adalah seperti di
Lampiran 1 yang merangkumi 2 bahagian iaitu :

a. Bahagian A - Maklumat latar belakang responden


b. Bahagian B - Maklum balas Latihan teori dan praktikal
senggaraan pemutus litar udara (ACB)

Bagi Bahagian A, penyelidik menyediakan soalan aneka pilihan untuk diisi oleh
responden, manakala di Bahagian B item-item diukur berdasarkan darjah
persetujuan yang dipersetujui responden dalam 5 mata skala Likert. Penggunaan
angka tunggal seperti 1 hingga 5 memastikan anggota yang tidak membuat
keputusan sama ada setuju atau tidak setuju boleh menyatakan pandangnya yang
kurang pasti tentang penyataan yang di beri. Jadual 1 menujukkan pemberatan
Skala Likert untuk menilai tahap pengetahuan anggota.

Jadual 2.0 : Pemberatan Skala Likert.

BIL PEMBERAT SKOR


1. Sangat Tidak Setuju 1
2. Tidak Setuju 2
3. Tidak Pasti 3
4. Setuju 4
5. Sangat Setuju 5

2.6 PENGUMPULAN DATA

Dalam menyiapkan projek ini, pengumpulan data telah dibuat untuk memastikan
proses kerja di setiap peringkat berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.
Pengumpulan data awal telah dijalankan bagi memastikan kajian dapat disiapkan
mengikut jadual dan masa yang ditetapkan. Pengumpulan data dalam menyelenggara
pemutus litar udara (ACB) ini adalah merangkumi perkara-perkara dan aspek-aspek
yang penting seperti berikut:

2.6.1 Senarai peralatan senggaraan


2.6.2 Pemilihan alat ganti
2.6.3 Kos penyelenggaraan
2.6.4 Carta perbatuan

2.6.1 SENARAI PERALATAN SENGGARAAN

Untuk melakukan senggaraan terhadap pemutus litar udara (ACB) beberapa


peralatan perlu disediakan untuk melancarkan lagi proses kerja-kerja senggaraan
yang hendak dilakukan. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti berikut:
Rajah 2.5 : Tool Kits Rajah 2.6 : Minyak gris

Rajah 2.7 : Kain pengelap Rajah 2.8 : Blower


Rajah 2.9 : Multimeter Rajah 2.10 :

Rajah 2.11 : Berus lembut Rajah 2.12 : Contact cleaner


2.6.2 PEMILIHAN ALAT
GANTI

Alat ganti juga perlu disediakan


bagi menggantikan peralatan yang
mungkin rosak dan yang perlu ditukar
selepas melakukan senggaraan. Ini
kerana peralatan yang lama dan usang
mungkin tidak boleh digunakan lagi. Pemilihan alat ganti juga penting kerana ianya
bukan sahaja melancarkan lagi kerja-kerja senggaraan, malah baik kepada pemutus litar
udara (ACB) yang diselenggara. Antara alat ganti yang perlu ada adalah seperti berikut:

Rajah 2.10 : Sesentuh utama atau arka serta busbar

2.6.3 KOS PENYELENGGARAAN


Jadual 2.1 : Kos Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB) oleh Firma
Luar termasuk penggantian alatan
BIL SENGGARAAN HARGA (RM)
1 Sesentuh utama atau arka 8000.00
2 Palang bus bar 3000.00
3 Minyak gris 300.00
4 Breaker (pemutus litar) 6000.00
5 Upah 1700.00
JUMLAH (RM) 19 000.00

Jadual 2.2 : Kos Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB) oleh


Teknikal KD Sri Tiga

BIL SENGGARAAN HARGA (RM)


1 Sesentuh utama atau arka 3000.00
2 Palang bus bar 1500.00
3 Minyak gris 100.00
4 Breaker (pemutus litar) 3000.00
JUMLAH 7600.00

2.6.4 CARTA PERBATUAN

Jadual 2.3 : Carta Perbatuan Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara


(ACB) oleh Firma Luar
JANUARI 2020
Bil Aktiviti Petunjuk
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
1. Menghantar laporan kerosakan Dirancang
Sebenar
2. Firma Luar memeriksa kerosakan Dirancang
Sebenar
3. Menunggu kelulusan senggaraan Dirancang
Sebenar
4. Membawa keluar peralatan Dirancang
Sebenar
5. Menyelenggara kerosakan Dirancang
Sebenar
6. Pengujian Current Injection Test Dirancang
Sebenar
7. Memeriksa semula Dirancang
penyelenggaraan Sebenar
8. Mengemaskini buku-buku yang Dirancang
berkaitan Sebenar

Jadual 2.4 : Carta Perbatuan Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara


(ACB) oleh anggota teknikal KD SRI TIGA

JANUARI 2020
Bil Aktiviti Petunjuk
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
1. Tenaga kerja Dirancang
Sebenar
2. Perancangan senggaraan Dirancang
Sebenar
3. Menyediakan peralatan senggaraan Dirancang
Sebenar
4. Penyediaan alat ganti Dirancang
Sebenar
5. Menyelenggara kerosakan Dirancang
Sebenar
6. Pengujian Current Injection Test Dirancang
oleh charge man / pihak yang Sebenar
kompeten
7. Memeriksa semula Dirancang
penyelenggaraan Sebenar
8. Mengemaskini buku-buku yang Dirancang
berkaitan Sebenar

Anda mungkin juga menyukai