Anda di halaman 1dari 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Juice LAF Empire merupakan sebuah perniagaan yang mengeluarkan jus minuman kesihatan
dengan berstatus pemilikan jenis perkongsian. Perniagaan kami mengeluarkan jus kesihatan yang
bersesuaian untuk kegunaan semua golongan umur iaitu jus limau nipis dan madu. Kami juga
mempunyai rakan strategik yang membantu kami dalam memajukan dan mengembangkan
perniagaan Juice LAF Empire.

Berikut adalah penetapan VISI, MISI, OBJEKTIF(VMO) bagi Juice LAF Empire

Visi Menjadikan Juice LAF Empire sebagai sebuah perniagaan jus


berkhasiat yang terkenal dan terkemuka di Malaysia
Misi Mengeluaran produk yang berkualiti dan bermutu tinggi dapat
meningkatkan keuntungan kepada perniagaan melalui perancangan
objektif dan strategi perniagaan yang cekap dan berkesan
Objektif -Meluaskan perniagaan Juice LAF Empire ke seluruh Malaysia
-Meningkatkan promosi dengan Juice LAF Empire secara aggresif
dengan mengadakan promosi di media utama iaitu radio dan medie
sosial
-Memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan supaya dapat
meningkatkan perniagaan
-Menyediakan kumpulan sokongan dan pengurusan yang komited dan
cekap

Perniagaan Juice LAF Empire mempunyai,struktur pentadbiran yang diketuai oleh saya sendiri
selaku pengurus besar serta dibantu oleh penolong pengurus dan pengurus kewangan, pengurus
pentadbiran dan pemasaran, pengurus operasi dan 3 orang pekerja bagi memastikan perniagaan
ini dapat berjalan dengan lancar.

Aktiviti pemasaran dilaksanakan mengikut campuran pemasaran di mana harga yang yang
ditawarkan adalah lebih murah dan berpatutan. Selain itu, produk yang ditawarkan juga
berkualiti dan bermutu tinggi. Produk yang ditawarkan juga dapat memenuhi citarasa pelanggan
pada masa ini. Tempat yang dipilih juga strategik dan mempunyai syer pasaran yang menjamin

i
perniagaan ini dapat mencatat peningkatan dalam jualan serta dapat mengaut keuntungan dari
masa ke masa.

Promosi juga diberikan dengan banyak seperti potongan harga pada hari perayaan kepada
pelanggan untuk memastikan kesetian pelanggan membeli produk keluaran kami.

Juice LAF Empire juga memastikan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Waktu
operasi perniagaaan kami ialah pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 petang setiap isnin hingga
khamis, manakala 8.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari sabtu dan ahad.Pada hari jumaat dan
cuti umum pula kami tidak beroperasi. Pembelian bahan mentah sangat dititik beratkan supaya
tidak berlaku sebarang kekurangan bahan mentah kerana ini akan menggangu operasi perniagaan
untuk menegluarkan produk dengan lancar. Kami juga menggunakan beberapa buah mesin untuk
memudahkan dan menjimatkan proses pembuatan jus limau nipis ini.

Kami mensasarkan jualan akan meningkat sebanyak 5% manakala keuntungan berdasarkan


jualan adalah sebanyak 5% setiap bulan.

Modal permulaan bagi perniagaan kami adalah sebanyak RM 140000 yang diperoleh daripada
rakan kongsi 1, rakan kongsi 2, rakan kongsi 3 dan MARA. Rancangan perniagaan ini
disediakan untuk mendapat pinjaman daripada skim pembiayaan peningkatan perniagaan iaitu
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jumlah pinjaman yang diperoleh adalah sebanyak RM 40 000.
Tujuannya pinjaman adalah untuk membiayai kos ubah suai premis, membeli peralatan seperti
mesin dan membayar wang pendahuluan kenderaan perniagaan bagi memenuhi sasaran jualan
yang telah ditetapkan.

Juice LAF Empire ingin membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan di serata
Malaysia serta ke negara jiran dan memperluaskan jenama produk kami ke peringkat
Antarabangsa. Selain itu, kami berharap agar perniagaan ini dapat berkembang maju dan mampu
bertahan lama serta mampu bersaing dengan perniagaan lain. Kami juga bercadang untuk
membeli lebih banyak mesin dan kelengkapan untuk menjimatkan masa dan kos serta
menjimatkan tenaga para pekerja agar perniagaan kami menjadi jenama pengeluran minuman
berkhasiat yang terkemuka.

ii

Anda mungkin juga menyukai