Anda di halaman 1dari 5

Kerajaan Alam Melayu

Konsep Alam Meyayu


 Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (Ahli Arkeologi)
→ Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea,
Australia, New Zealand. Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan

 Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr) Ismail Hussein (Ahli Bahasa Dan Kebudayaan)
→ Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra,
Malaysia, Indnoesia, Brunei dan Filipina

 Alfred Russel Wallaces (Sarjana Barat)


→ Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan kepulauan Nicobar,
Filipina dan kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea

 Profesor Dr. Ding Choo Ming


→ Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei,
Singapura, selatan Thailand dan Filipina

 Abdul hadi haji hassan (Ahli Akademik)


→ Alam melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu
hingga selatan Thailand

Bahasa
 Profesor Emeritus Dato’ Dr.Asmah Haji Omar (Tokoh Bahasa)
→ Bahasa serumpun mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi
→ Persamaan boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu

 Sultan Takdi Alisjahbana (Tokoh Bahasa)


→ Bahasa melayu telah digunakan di Alam Melayu
→ Dikembangkan oleh orang melayu yang gemar belayar
→ Bahasa yang sederhana dan mudah dipelajari

 Budaya – Budaya Serumpun


→ Struktur sosial
→ Kepercayaan adat
→ Kesenian
→ Persuratan
→ Bahasa dan tulisan

Kewujudan Kerajaan Di Alam Melayu


 Kerajaan Gangga Negara (Abad ke-6)
→ Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu
Pusat kerajaan – Pangkalan

 Kerajaan Majapahit (Abad ke-13)


→ Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur
Pusat kerajaan – Kota Trowulan

Bab 1 Page 1
Kerajaan Alam Melayu

 Kerajaan Srivijaya (Abad ke-7)


→ Lembah Sungai Musi, Sumatera
Pusat Kerajaan – Palembang

 Kerajaan Angkor (Abad ke-9)


→ Lembah sungai Mekong
Pusat kerajaan – Hariharalaya

 Kerajaan Funan (Abad ke-1)


→ Lembah Sungai Mekong
Pusat kerajaan – Vyadhapura

 Kerajaan Champa (Abad ke-2)


→ Selatan dan Tengah Vietnam
Pusat Kerajaan – Indrapura

Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur


 Kerajaan Funan
→ Berupusat di Vyadhapura diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundhinya. Beliau
berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di sungai Mekong dan membentuk kerajaan
Funan
→ Masyhur ketika pemerintahan Fan Shih-man.
→ Meluaskan empayar Funan ke sungai Mekong hingga Telok camranh di sebelah timur.
Kemudian ke Selatan Myanmar dan Segenting Kra
→ Menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat
→ Abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
→ Raja Funan terakhir ialah Rudravarman

 Kerajaan Champa
→ Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu – Lien pada tahun 192 M
→ Berpusat di Indrapura dan sering berhadapan dengan serangan dari Dai Viet. Chu -Lien
berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China
→ Masyhur ketika pemerintahan Che Bong Nga. Meluaskan emapayar Champa ke wilayah Dai
Viet hingga Lembah Sungai Merah
→ Berjaya membunuh pemerintah Dai Viet bernama Raja Tran Due Tong dan mendapat
pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369

 Kerajaan Srivijaya
→ Kerajaan Srivijaya Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683M di
Palembang
→ Mengukuhkan Kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan sekitarnya
→ Masyhur ketika pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad ke-8
→ Berjaya menakluk Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra
→ Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa , iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. – –
Seterusnya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam melayu dan pusat pengajian agama
Buddha

Bab 1 Page 2
Kerajaan Alam Melayu

 Kerajaan Angkor
→ Kerajaan Angkor berpusat di Hariharalaya
→ Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
→ Masyhur dibawah pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan
→ Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar
→ Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai viet
→ Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar
→ Diteruskan oleh Jayavarman VII dengan meluaskan Angkor hingga sempadan Annam
→ Membina Angkot Thom dan mendirikan 102 buah hospital

 Kerajaan Majapahit
→ Kerajaan Majapahit diasaskan oleh raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam
perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294
→ Berpusat di Kota Trowulan
→ Kemasyuhran bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana
Menteri(Majapahit) oleh pemerintahan Tribuana Tunggadewi
→ Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit
→ Meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa ,pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan
dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
→ Pada abad ke-14 Majapahit sebagai pusat perdagangan

 Kerajaan Kedah Tua


→ Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas
→ Berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
→ Dikukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab Parsi
→ Kemasyuhran kerajaan kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di
Lembah Bujang
→ Menjadi pusat keagamaan agama Buddha
→ Kemasyuhran Kerajaan Kedah Tua ini menyebabkanKerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua
→ Kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada abad ke-7 ketika munculnya
pengasasan kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu

 Kerajaan Gangga Nagara


→ Kerajaan Gangga Nagara muncul abad ke-6
→ Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5
→ Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna
→ Berpusat di Pangkalan
→ Masyhur pada abad ke-9
→ Mempunyai kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah
→ Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Srivijaya pada tahun 850M
→ Kerajaan Gangga Nagara lemah diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025
→ Memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara

Bab 1 Page 3
Kerajaan Alam Melayu

Kerajaan Alam Melayu Dan Kerajaan Luar Yang Sezaman


 Hubungan Perdagangan
→ Kedudukan Alam Melayu yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta
kekayaan hasil bumi

 Hubungan Keagamaan
→ Hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama
i) Pentadbiran
ii) Perundangan
iii) Ekonomi
iv) Sosiobudaya

 Hindu
→ Beberapa cara penyebaran agama Hindu melalui:
*peranan pedagang
*tentera
*golongan Brahmin

 Buddha
→ Peranan Asoka, pemerintah empayar Maurya, menghantar sami -sami Buddha ke Alam
Melayu untuk menyebarkan agama Buddha

 Islam
→ Beberapa cara penyebaran agama Islam di Alam Melayu iaitu melalui: –
*Peranan
*Pedagang
*Pemerintah
*Pendakwah

 Hubungan Diplomatik
→ Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan di China ddan India
bagi mengukuhkan kedudukannya dan membuka jalan kepada perkembangan perdagangan

Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan China


 Funan
→ Utusan dihantar pada abad ketiga.
Tujuan : Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet

 Champa
→ Utusan dihantar pada abad ketiga.
Tujuan : memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet

 Majapahit
→ Utusan dihantar pada abad ke-14.
Tujuan : Menjalinkan hubungan persahabatan

 Srivijaya
→ Utusan dihantar pada abad ke-7.
Tujuan : Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan

Bab 1 Page 4
Kerajaan Alam Melayu

 Angkor
Utusan dihantar pada abad ke-7.
Tujuan : Mengukuhkan hubungan perdagangan

 Angkor
Utusan dihantar pada abad ke-12.
Tujuan : Mengukuhkan persahabatan dan perdagangan

Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan India


• Funan
→ Utusan dihantar pada abad ke-3
Tujuan : Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India

• Srivijaya
→ Utusan dihantar pada abad ke-9
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan

• Majapahit
→ Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan

• Angkor
→ Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan

Bab 1 Page 5

Anda mungkin juga menyukai