Anda di halaman 1dari 5

Teks pengacara majlis penutupan & penyampaian hadiah Bulan

Bahasa 2015

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Yang Berbahagia Puan Zamrud bt Ridzuan, Tuan Pengetua SMA Dato’ Haji Mustafa,
En.Mohd Zaki bin Zainudin, GPK Akademik,
Encik Abd Hamid bin Harun, GPK Hal Ehwal Murid,
Encik Rosli bin Malek, GPK Kokurikulum,
Barisan guru kanan matapelajaran, 
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian.

BACAAN DOA

Majlis kita mulai dengan bacaan doa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Saudara
Amir Khairi bin Abd Jalil untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar
majlis kita diberkati. Dipersilakan. 

Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi diberkati Allah s.w.t
hendaknya.  Terima kasih diucapkan kepada Saudara Amir Khairi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hadirin sekalian,

Bulan Bahasa dan Literasi Pusat Sumber yang dianjurkan oleh bidang bahasa dan pusat sumber
bermatlamat untuk meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budayadi sebalik kewujudan
bahasa . Selain itu, murid-murid juga berpeluang menunjukkan bakat yang terpendam dan
kebolehan dalam mata pelajaran yang disukai. Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang
bulan tersebut, antaranya ialah Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Bercerita, Pertandingan
Deklamasi Sajak, Pertandingan kad kreatif, dan banyak lagi. Semua pertandingan ini telah
dijalankan mengikut panitia masing-masing.
.
Hadirin yang dimuliakan ,

Petang yang penuh gilang-gemilang ini kita ceriakan lagi dengan nyanyian lagu Bahasa Jiwa
Bangsa. Diharap semua guru dan pelajar supaya berdiri dan menyanyikan lagu ini dengan penuh
bersemangat.

***nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

UCAPAN KETUA BIDANG BAHASA

Terima kasih kepada semua atas nyanyian yang bersemangat itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Yusmawati bt Mohd Yunus, Ketua Bidang
Bahasa, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnye dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Yusmawati atas ucapan itu tadi.

 UCAPAN PERASMIAN MAJLIS

 Hadirin sekalian,

Majlis kita terus beranjak maju. Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah
hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung. Untuk itu, marilah kita sama-
sama menyingkap apa yang ada dalam pendakian dan penghargaan dalam majlis ini, melalui
ucapan perasmian penutupan bulan bahasa dan literasi pusat sumber oleh Yang Berbahagia Puan
Zamrud bt Ridzuan, Bonda Pengetua SMA Dato’ haji Mustafa. Dipersilakan.

Terima kasih Bonda Pengetua atas ucapan perasmian itu tadi.

PERSEMBAHAN 1

Hadirin yang dimuliakan,

Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan pelajar.

Untuk itu, dijemput


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
untuk membuat persembahan bahasa inggeris. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.


PERSEMBAHAN 2

Seterusnya, majlis menjemput wakil pelajar tingkatan 5 untuk membuat persembahan Bahasa
Arab. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

PERSEMBAHAN 3

Seterusnya, majlis menjemput Mohd Al-Haziq bin Zarudi dan Nur Nisrina Mohd Razib untuk
membuat persembahan Bahasa Melayu. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA INGGERIS

Hadirin yang dimuliakan,

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakan


_______________________________________, diiringi oleh
____________________________________________ untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan bagi pertandingan anjuran Panitia Bahasa Inggeris.


Bagi pertandingan ______________________________( rujuk lampiran pemenang)

Seterusnya diumumkan persatuan terbaik sepanjang minggu bahasa inggeris.


Tempat ke-3:
Tempat ke-2:
Tempat pertama:

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ dan


______________________________ atas penyampaian hadiah itu tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA ARAB

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang telah
dilaksanakan sepanjang minggu Bahasa Arab. Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis
menjemput dan mempersilakan _______________________________________, diiringi oleh
____________________________________________ untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Bagi pertandingan ______________________________( rujuk lampiran pemenang)

Seterusnya diumumkan persatuan terbaik sepanjang minggu Bahasa Arab.


Tempat ke-3:
Tempat ke-2:
Tempat pertama:

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ dan


______________________________ atas penyampaian hadiah itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA MELAYU DAN LITERASI PUSAT


SUMBER

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang telah
dilaksanakan sepanjang minggu Bahasa Melayu dan Literasi Pusat Sumber. Bagi
menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakan
_______________________________________, diiringi oleh
____________________________________________ untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Bagi pertandingan ______________________________( rujuk lampiran pemenang)

Seterusnya diumumkan persatuan terbaik sepanjang minggu Bahasa Melayu.


Tempat ke-3:
Tempat ke-2:
Tempat pertama:

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ dan


______________________________ atas penyampaian hadiah itu tadi.
UCAPAN PENUTUP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan
kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat atas sokongan anda semua bagi menjayakan Bulan
Bahasa yang telah diadakan.

Pihak majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada Yang Berbahagia Bonda Pengetua yang sudi memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan Literasi Pusat
Sumber ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Akhir kata daripada kami,


Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Lautan mana tidak berombak,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.

Salam hormat daripada kami. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai