Anda di halaman 1dari 5

Sejauhmana kod etika membentuk tatalaku Guru Bimbingan dan Kaunseling di

sekolah.

Berdasarkan pandangan Sapora & Hapsah (2013), kod etika ialah tatasusila
yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan dalam
sesuatu profesion. Oleh itu, kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling boleh
ditakrifkan sebagai tatasusila yang menentukan peraturan kawalan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) terhadap praktis yang dijalankan dalam
perkhidmatan tersebut. Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyediakan kod etika guru bimbingan dan kaunseling yang menyentuh keperluan
GBKSM untuk mematuhi undang-undang dan peraturan, menjaga tatalaku,
meningkatkan kompetensi dan keupayaan diri, melaksanakan tanggungjawab dan
penilaian tugas berserta dengan tanggungjawab GBKSM terhadap klien, rakan
profesional, masyarakat, organisasi dan majikan serta tanggungjawab pentadbir
terhadap GBKSM dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Malek Muhammad
Said, 2007).

Dalam kod etika terdapat 2 jenis prinsip etika yang menjadi sokongan sampingan
kepada keputusan yang dibuat oleh GBKSM. Kedua-dua prinsip ini adalah prinsip
autonomi dan prinsip am (prinsip aspirasional). GBKSM yang mengamalkan prinsip
autonomi lebih menekankan penghormatan terhadap diri hak klien dan keputusan yang
dibuat oleh klien. GBKSM yang berpegang prinsip ini dikatakan mempunyai
keterampilan minda dan berupaya membuat keputusan secara rasional (Sapora &
Hapsah, 2013). Manakala bagi GBKSM yang mengamalkan prinsip am pula akan
berusaha berpegang kepada janji-janji mereka dan menekankan kesaksamaan dan
keadilan hak kepada semua individu yang terlibat perkara yang sama.

Tidak dapat dinafikan bahawa kod etika telah memainkan peranan yang tidak
boleh diketepikan dalam membentuk tatalaku GBKSM di sekolah. Pertama sekali, kod
etika telah dijadikan sebagai matlamat kebajikan serta perlindungan terhadap klien.
Dalam kalangan aspek-aspek yang dibicarakan dalam kod etika, bahagian kod tatalaku
A. 1. hingga 16. telah mengutamakan kebajikan klien dan perlindungan terhadap klien.
Dengan itu, kod etika dapat membentuk tatalaku GBKSM yang mengutamakan
kebajikan dan perlindungan terhadap klien. Sebagai contoh, dalam perkara A.4. semasa
menjalankan sesi kaunseling, GBKSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan

1
psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan GBKSM seperti aspek
kewangan, seksual, emosi dan lain-lain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Justeru, kod etika berperanan sebagai salah satu alat bantuan dalam usaha
membuat kata putus ataupun keputusan apabila berlakunya konflik dalaman GBKSM
yang mungkin menjadi dilema kepada GBKSM. Sebagai contoh, memang setiap
GBKSM akan menghadapi keadaan apabila pihak ketiga ingin mendapat tahu tentang
masalah yang dihadapi oleh klien GBKSM, GBKSM akan menghadapi keadaan yang
sukar untuk membuat keputusan terutamanya pihak ketiga merupakan pihak yang
sangat penting kepada klien kerana GBKSM tertakluk kepada etika kerahsiaan. Dengan
wujudnya kod etika, maka GBKSM dapat merujuk kepada kod etika ini dan membuat
keputusan yang tepat dan bermanfaat kepada klien dan juga GBKSM. Menurut Mizan &
Halimatun (2006) kerahsiaan akan dikompromi sekiranya untuk keperluan menyediakan
rekod, keperluan GBKSM diselia, keperluan untuk membela diri klien atau orang lain,
bekerja dengan profesional yang lain, kes-kes undang-undang yang memerlukan
maklumat yang diberikan serta penglibatan dalam latihan, seminar dan bengkel. Oleh
itu, ini telah membuktikan bahawa kod etika dapat membentuk tatalaku GBKSM.

Selain itu, kod etika juga dijadikan satu sokongan yang positif bagi membentuk
tatalaku GBKSM di sekolah. Berlandaskan pandangan Mohd. Janib Johari (2001),
apabila GBKSM membuat suatu keputusan yang beretika maka GBKSM tersebut akan
mempunyai satu sandaran (backup) bagi menangani isu-isu yang melibatkan etika.
Sebagai contoh, GBKSM akan berkata: “Saya membuat keputusan begini terkandung
dalam kod etika profesion saya yang mengatakan bahawa...oleh itu saya patut teruskan
dengan keputusan saya ini.” Sokongan ini merupakan satu pengaruh yang amat penting
kepada GBKSM kerana dengan adanya sokongan positif ini GBKSM dapat menjalankan
perkhidmatan dengan hati yang tenang dan berkeyakinan.

Pada masa yang sama, GBKSM tidak akan rasa keseorangan apabila
berhadapan dengan isu-isu etika. Wheeler & Bertram (2016) dalam Counseling Today
menasihati kaunselor tidak perlu berdepan dengan isu-isu etika secara berseorangan
dan perlu merujuk kepada persatuan-persatuan yang dapat memberi bantuan dan
nasihat. Namun, untuk mendapatkan perlindungan dan sokongan persatuan-persatuan
berkenaan maka perlulah seseorang GBKSM perlu berdaftar dengan persatuan
berkenaan. Contoh persatuan adalah Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

2
Sebagai seorang ahli pula dikehendaki mematuhi kod etika yang disarankan dan ini pula
secara tidak langsung akan membentuk tatalaku.

Tambahan pula, kod etika juga berperanan sebagai sumbangan kepada imej
profesion dan mempertahankan status dan identiti seorang GBKSM yang profesional
kerana dalam buku panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
bahagian kod tatalaku nombor 1, GBKSM perlulah menjaga tatalakunya demi
memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM seiras dengan nilai serta
integriti profesion perguruan di Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009) secara
tidak langsung ini bererti kod etika dapat membentuk tatalaku GBKSM. Berdasarkan
pandangan Mohd. Janib Johari (2001), kod etika telah menetapkan peraturan etika yang
menentukan perlakuan beretika walaupun secara minima dan menyelesaikan
percanggahan antara profesion serta menampilkan imej yang positif. Dengan wujudnya
kod etika maka tatalaku GBKSM dapat dijamin apabila GBKSM tersebut sentiasa
merujuk kod etika sebelum membuat keputusan ataupun berlakunya situasi tatalaku
GBKSM disyaki telah melanggar etika yang sepatutnya diamalkan.

Seterusnya, kesan-kesan positif kod etika membentuk tatalaku GBKSM di


sekolah memang dapat dikesan bagi menjayakan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling (B&K) di sekolah. Antaranya kesan yang sangat ketara adalah kod etika
membentuk tatalaku GBKSM akan menjamin kepentingan dan hak klien. Seorang
GBKSM yang bertatalaku mengikut kod etika memang akan menjamin kepentingan dan
hak klien. Dalam kod etika perkhidmatan bahagian A yang membincangkan
tanggungjawab GBKSM terhadap klien, perkara 1 mengutamakan kepentingan klien dan
2 menghormati privasi klien.

Menurut Mizan & Halimatun (2006), klien mesti diberikan perlindungan


kerahsiaan dan privasi supaya klien berasa selesa dan yakin dalam perkongsian isu
mereka dengan kaunselor secara mendalam. Oleh itu, memang jelas kesan yang
dibincangkan iaitu kepentingan dan hak klien dapat dijamin akan tercapai melalui
pengamalan kod etika. Sebagai contoh, GBKSM berpegang teguh kepada kod etika
dengan menghormati privasi klien akan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh
tanpa membocorkan rahsia klien kecuali maklumat yang akan membahayakan klien
atau orang lain.

3
Kesan yang kedua ialah tahap profesionalisme seseorang GBKSM dapat
dipertingkatkan. Melalui kod etika yang berkesan dalam membentuk tatalaku GBKSM,
GBKSM akan bertindak dan membuat keputusan dengan lebih cermat dan tepat.
Seorang GBKSM yang profesional akan menerima klien tanpa syarat, dalam kod etika
bahagian A perkara 7 GBKSM tidak boleh mendiskriminasikan klien berasaskan ras,
jantina, agama, status, kecacatan dan sebagainya kerana ini juga merupakan
tanggungjawab GBKSM terhadap klien. Berlandaskan pandangan Sapora & Hapsah
(2013), klien perlu diterima tanpa syarat dan dilayan sebagai individu yang bermaruah
dan unik. Oleh itu, tahap profesionalisme seseorang GBKSM memang akan mudah
dikesan oleh orang ramai sekiranya GBKSM tersebut menerima klien dengan syarat.
Dengan ini, kod etika telah secara tidak langsung membentuk tatalaku GBKSM supaya
menerima klien tanpa syarat.

Dalam kod etika A. 8. juga membincangkan berkenaan dengan persetujuan


termaklum iaitu GBKSM hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan,
proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling kepada klien. Berdasarkan pandangan
Rafidah & Lau (2013), proses persetujuan termaklum menyediakan peluang kepada
klien untuk mengemukakan soalan serta meneroka harapan mereka dalam proses
kaunseling dan ini merupakan suatu usaha yang berterusan. Oleh itu, ini bukan sahaja
telah menunjukkan profesionalisme seseorang GBKSM tetapi juga telah menyumbang
kepada klien akan mempunyai satu gambaran awal tentang keseluruhan sesi dan juga
perkhidmatan, klien tidak akan rasa keliru dengan perkhidmatan yang diterima dan lebih
yakin kepada GBKSM dan juga diri sendiri supaya isu yang dibincangkan dapat
diselesaikan.

Kesan yang seterusnya adalah kod etika membentuk tatalaku GBKSM akan
melicinkan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan keberkesanan
perkhidmatan tersebut. Dalam kod etika perkhidmatan kaunseling bahagian D. 6.
GBKSM disarankan mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan
penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur
kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.
Sekiranya GBKSM berpegang kepada kod etika ini maka pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dapat berjalan dengan lebih lancar kerana melalui hubungan
interpersonal yang baik dan sihat GBKSM akan mendapat sokongan dan bantuan rakan
sekerja bagi meringankan beban kerja. Pada masa yang sama dilema GBKSM juga

4
akan kurang berlaku apabila penyelia atau staf-staf telah memahami tentang unsur
kerahsiaan kerana mereka telah memahami tentang keperluan GBKSM menyimpan
kerahsiaan klien maka mereka tidak akan bertanya atau cuba mengetahui.

Kesan kod etika membentuk tatalaku GBKSM di sekolah yang terakhir adalah
menjadikan GBKSM teladan kepada semua guru sekolah yang lain. Seperti mana yang
terkandung dalam buku panduan pelaksanaan perkhidmatan bahagian D. 4. GBKSM
tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Oleh itu, tatalaku
menyalahgunakan kemudahan dan sumber memang tidak patut dilakukan oleh GBKSM
dan ini memang sesuai dijadikan teladan kepada guru-guru yang lain kerana memang
sering berlaku isu-isu berkaitan dengan guru-guru sekolah menyalahgunakan
kemudahan dan sumber di sekolah. Menurut Bharath Kumar (2014), guru-guru zaman
sekarang didapati menyalahgunakan kemudahan Internet di sekolah untuk kegunaan
peribadi. Contohnya, melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Facebook, Twitter dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, GBKSM menjadi teladan kepada semua supaya semua guru
dapat menghindari daripada berlakunya kes-kes begini.

Kesimpulannya, kod etika tidak dapat dinafikan berperanan bagi membentuk


tatalaku GBKSM di sekolah dan ini telah mendatangkan kesan-kesan yang baik.
Namun, kesemua ini hanya merupakan kata kosong sekiranya tidak direalisasikan oleh
GBKSM. GBKSM yang profesional memang memerlukan kod etika sebagai panduan
atau hala tuju dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Namun
menurut Lee & Ee & Suppiah & Taquddin (2012), kod etika tidak seharusnya digunakan
sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan GBKSM dalam
mengamalkan khidmat kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai