Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


2017

Tajuk :
TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

NAMA : NG MIN ZONG


NO. KAD MATRIK : B0612/0683
ANGKA GILIRAN : 2014181340018
NOMBOR KAD PENGENALAN : 941121-02-5525
KUMPULAN : PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEMESTER : SATU / TAHUN EMPAT
AMBILAN : JAN 2014
NAMA KURSUS : PENILAIAN PROGRAM BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
KOD KURSUS : PBKK3243
NAMA PENSYARAH : PUAN LAILA KASMA BINTI HAJI HUSSAIN
TARIKH SERAHAN : 23 MAC 2017

1
BIODATA DIRI

NAMA : NG MIN ZONG


NO. KAD PENGENALAN : 941121-02-5525
NO. KAD MATRIKS : B0612/0683
KURSUS : PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
ALAMAT RUMAH : 13,LRG 11,TMN PETANI JAYA 08000 SUNGAI
PETANI, KEDAH.
NO TEL. : 016-4345646
E-MAIL : gnoznimipda@gmail.com
TARIKH LAHIR : 21 NOVEMBER 1994
TEMPAT LAHIR : SUNGAI PETANI

2
Senarai Kandungan
1.0 Pengenalan................................................................................................................. 1

2.0 Keberkesanan Penggunaan Model..............................................................................1

3.0 Kesesuaian Penggunaan Model..................................................................................3

4.0 Kekuatan Penggunaan Instrumen Penilaian Program.................................................5

5.0 Kelemahan Penggunaan Instrumen Penilaian Program..............................................7

6.0 Penutup....................................................................................................................... 9

7.0 Rujukan..................................................................................................................... 10

i
1.0 Pengenalan

Model Penilaian CIPP telah diperkenalkan oleh Strufflebeam dengan tujuan memberi
fokus terhadap proses membuat keputusan, terutamanya keputusan yang perlu diambil dan
maklumat yang diperlukan oleh penganjur program bagi membuat keputusan (Stufflebeam
dan Shinkfield, 2007). Dalam model ini, CIPP membawa maksud Context, Input, Process
dan Product, model ini selalunya digunakan bagi mengutip maklumat berkenaan kekuatan
dan kelemahan semua keputusan alternatif supaya keputusan penilaian program adalah adil
dan berkesan.

Dalam tugasan ini, model penilaian CIPP diaplikasikan bagi menilai keberkesanan
program kemahiran mencatat nota yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah yang
terletak di daerah Kubang Pasu. Hal ini kerana kemahiran mencatat nota dapat membantu
pelajar mengimbas kembali apa-apa yang telah dipelajari atau dibaca dan nota merupakan
satu rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa sahaja (Abu Bakar Hashim, 2002).
Bagi mengukuhkan pembelajaran pelajar, kemahiran ini amat diperlukan melalui kemahiran
yang lebih terperinci seperti mencatat kata kunci, cara mendengar, membaca laju, menulis
secara ringkas dan padat. Program ini telah dijalankan terhadap 62 orang pelajar dari kelas
Tahun 5.

2.0 Keberkesanan Penggunaan Model

Keberkesanan penggunaan model ini dapat dilihat melalui empat aspek yang
terkandung dalam model CIPP ini, iaitu konteks, input, proses dan produk. Keempat-empat
aspek ini merupakan kandungan yang penting bagi meningkatkan keberkesanan dan
kelancaran sesebuah program. Model ini sangat sesuai diaplikasikan bagi program ini
kerana ia menekankan tiga tahap dalam penilaian sesebuah program iaitu sebelum, semasa
dan selepas. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa model ini merupakan satu model penilaian
yang sangat holistik dan efektif.

Pertama sekali, keberkesanan dapat dilihat melalui penggunaan model CIPP


tersebut yang dapat membantu dalam perancangan program yang sesuai dengan keperluan
pelajar di sekolah. Dalam kes kali ini, program kemahiran mencatat nota ini telah dianjurkan
atas aduan dan informasi daripada guru sekolah bahawa kebanyakan pelajar adalah lemah
dalam mencatat nota dan ini telah menyebabkan pelajar tidak dapat membuat ulang kaji
dengan berkesan semasa di rumah. Dalam model CIPP, penilaian konteks dapat
meningkatkan keberkesanan dalam membuat keputusan perancangan dari aspek mengenal
pasti masalah, keperluan dan peluang yang sedia ada (Ting, Ahmad Sabry dan Ting, 2013).

1
Melalui proses pengumpulan data awal ini, saya telah mengenal pasti keperluan dan
membuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan program kemahiran mencatat
nota ini.

Justeru, dalam penilaian konteks ini juga membincangkan penentuan objektif yang
tepat dan bersesuaian dengan program yang dirancang supaya dapat dijadikan sebagai
satu panduan dan hala tuju semasa merancang dan menjalankan program tersebut.
Berdasarkan pandangan Stufflebeam (2000), penilaian konteks berupaya menentukan hala
tuju dalam sesebuah program berdasarkan masalah dan keperluan tertentu. Oleh itu,
objektif program yang telah ditentukan dalam kertas cadangan adalah untuk meningkatkan
kemampuan pelajar mencatat nota. Penetapan objektif yang eksplisit dan jelas ini dapat
menyumbang kepada membantu proses perancangan kaedah dan sumber yang sesuai
kepada pelajar tahun lima.

Dari segi penilaian input pula dapat menunjukkan keberkesanan model CIPP ini
melalui penekanan penggunaan sumber yang dapat membantu pencapaian objektif dan
matlamat program. Menurut pandangan Zhang (2011), penilaian input bertujuan untuk
membuat penyusunan keputusan dan menjadi panduan dalam pemilihan strategi program
serta perubahan-perubahan yang hendak dilaksanakan. Dengan ini, persediaan yang
secukupnya dapat dirancang dan menyumbang dalam penilaian sama ada wajar ataupun
tidak bagi mencapai objektif. Dalam program ini, kaedah yang digunakan bagi mengukuhkan
kemahiran mencatat nota ialah melalui penggunaan video klip dan juga perisian Power
Point semasa penyampaian maklumat kepada para peserta program. Kaedah ini
bermatlamat untuk menarik perhatian para peserta program semasa penyampaian
maklumat dan memastikan maklumat yang disampaikan adalah berkesan supaya para
peserta program dapat mempelajari ilmu mencatat nota tersebut.

Lebih-lebih lagi, keberkesanan penggunaan model CIPP ini adalah penilaian proses
pelaksanaan di mana ia melibatkan proses pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang
pelaksanaan program. Penilaian proses ini juga membawa maksud menjalankan keputusan
tindakan yang sesuai apabila diperlukan semasa pemantauan program sedang berlangsung.
Penilaian proses ini dapat membantu dalam penyelesaian masalah yang timbul sepanjang
proses pelaksanaan program yang mengganggu kelancaran program. Contohnya, sekiranya
terdapat alatan yang tiba-tiba tidak berfungsi, tindakan mesti diambil dengan kadar segera
bagi mengurangkan semaksimumnya gangguan yang akan menjejas kelancaran program.
Perkara ini disokong oleh pandangan Stufflebeam (2007), penilaian proses perlu
dilaksanakan dengan teliti dan terperinci agar objektif dan matlamat program dapat dicapai.

2
Keberkesanan penggunaan model CIPP ini juga dapat dikesan melalui aspek
penilaian produknya. Penilaian produk yang dibincangkan ini berkemampuan untuk
mendapatkan maklum balas berkaitan dengan keberkesanan program yang dilaksanakan.
Keberkesanan ini pula bergantung kepada keberkesanan program ini mencapai matlamat
dan objektif yang telah ditentukan sebelum ini. Penilaian ini berkemampuan untuk
mengesan kekuatan dan kelemahan program bagi tujuan mengenal pasti penambahbaikan
yang boleh dilaksanakan untuk pelaksanaan yang seterusnya. Penambahbaikan ini dapat
diperbaiki melalui kemudahan, peralatan, sumber dan kaedah yang digunakan dalam
program berasaskan maklum balas daripada responden. Bagi mendapatkan maklum balas
daripada responden untuk penilaian produk, banyak instrumen yang boleh digunakan.
Antaranya merangkumi soal selidik, temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian (Seng,
2005).

Secara kesimpulannya, Model Penilaian CIPP ini memang dibuktikan sangat


berkesan dalam penilaian sesebuah program dari awal persediaan sehingga saat-saat
terakhir malah persediaan dan penambahbaikan untuk pelaksanaan program buat kali yang
seterusnya.

3.0 Kesesuaian Penggunaan Model

Dari segi kesesuaian Model Penilaian CIPP juga dapat dikesan melalui empat aspek
dalam model tersebut, iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan
penilaian produk. Sebenarnya model ini memang sesuai digunakan dalam penilaian
program kerana penilaian merupakan suatu aspek yang teramat penting. Noraini Idris
(2008), menyatakan bahawa, tanpa penilaian, individu tidak dapat membuat pengadilan
yang tepat dan mengetahui sejauh manakah objektif yang telah dirancang tercapai.

Model Penilaian CIPP ini sesuai digunakan dalam program kemahiran mencatat nota
yang telah dilaksanakan kerana model ini telah menyesuaikan dengan proses pelaksanaan
program sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Dengan ini, program yang
telah dilaksanakan ini dapat dipastikan keberkesanan dan kualiti. Sebelum pelaksanaan
program, aspek penilaian konteks dapat memastikan objektif program yang ditentukan
selaras dengan keperluan semasa sekolah. Dari segi penilaian input pula, persediaan
maklumat dan kaedah penyampaian yang sesuai dan tepat dengan objektif program juga
menjadi kesesuaian model tersebut. Penilaian proses yang membincangkan tindakan
segera terhadap isu yang timbul semasa program dijalankan dan penilaian produk yang
menilai sama ada objektif program tercapai serta mengesan kekuatan, kelemahan dan

3
penambahbaikan juga menjadi kesesuaian kepada penilaian sesebuah program kerana ini
akan memperbaiki pelaksanaan program pada masa akan datang.

Model penilaian CIPP mementingkan pengurusan awal dalam penyediaan yang


sesuai dari segi kecekapan, masa, kemudahan untuk meningkatkan kualiti dan
keberkesanan program (Mat Rasid Ishak, 2014). Secara tidak langsung, model ini telah
mengingatkan saya terhadap betapa pentingnya bagi saya membuat perancangan awal dari
segi persiapan tempat dan peralatan teknikal. Dengan ini, saya telah membuat tempahan
awal untuk menggunakan dewan yang berhawa dingin dan menyediakan peralatan seperti
kemudahan penggunaan sistem pembesar suara dan projektor. Persediaan ini adalah untuk
memastikan peserta-peserta program dapat menerima input di dalam suasana yang
kondusif dan menyenangkan dan mengurangkan kesilapan teknikal dengan seberapa
banyak yang mungkin seperti mengelakkan daripada berlakunya penyampaian terganggu
akibat tiada sistem pembesar suara sehingga para peserta tidak mendengar apa yang ingin
disampaikan semasa program dilaksanakan.

Selain daripada persediaan dari segi infrastruktur dan kemudahan, persetujuan


daripada guru besar juga diperlukan sebelum segala persediaan dilaksanakan. Oleh itu,
penggunaan model CIPP ini juga sesuai bagi meyakinkan pihak pentadbir dalam meluluskan
program. Pandangan ini disokong oleh Stufflebeam (1971), menyatakan bahawa dalam
pendekatan penilaian, model CIPP dapat memantau dan mendokumenkan aktiviti program
kerana maklumat mengenai proses program boleh diperoleh melalui pelbagai jenis alat
instrumen. Dalam program kemahiran mencatat nota ini, saya telah menggunakan
instrumen temu bual, analisis dokumen serta soal selidik bagi mendapatkan maklum balas
sebagai dokumen untuk mengenal pasti penambahbaikan pelaksanaan dan melaporkan
program saya kepada pihak pentadbir supaya bukti yang nyata ini dapat meyakinkan pihak
pentadbir akan memberi kerjasama dan kelulusan kepada program saya pada masa akan
datang kerana saya telah mempunyai laporan yang baik sebelum ini.

Tambahan pula, Model Penilaian CIPP yang berorientasikan pengurusan ini juga
sesuai dalam program kemahiran mencatat nota kerana model ini berupaya membantu
penganjur membuat keputusan berkenaan sesuatu program. Sepanjang pelaksanaan
program ini, saya sebagai pihak penganjur telah menghadapi beberapa isu yang timbul.
Namun, dengan pengetahuan dan konsep penilaian proses yang terkandung dalam model
CIPP ini, saya telah mempunyai persiapan awal bagi menghadapi isu-isu yang muncul ini.
Sebagai contoh, semasa perjalanan aktiviti kumpulan, penceramah menghadapi masalah
kekurangan kertas putih A4 untuk peserta kajian, disebabkan saya mempunyai pengetahuan
terhadap penilaian proses dalam CIPP ini, saya telah menyediakan satu rim kertas putih A4

4
terlebih dahulu sebelum aktiviti bermula. Oleh itu, isu tersebut ini dapat diselesaikan serta
merta tanpa mengganggu kelancaran program.

Lebih-lebih lagi, model CIPP ini juga sesuai kerana model ini membantu penganjur
menentukan sama ada program berkenaan perlu lagi dilaksanakan ataupun
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa yang akan datang. Ini dapat dikesan
melalui penilaian produk dalam model CIPP ini kerana maklum balas yang dikumpulkan
melalui instrumen-instrumen yang pelbagai dapat dijadikan sebagai rujukan untuk
menganalisis dan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pelaksanaan program untuk kali
ini. Dengan keputusan dan laporan tentang kelemahan, penambahbaikan pula akan
dicadangkan untuk pelaksanaan program yang seterusnya supaya tidak diulangi dan
mengekalkan kelebihan supaya pelaksanaan program untuk kali yang seterusnya dapat
dilaksanakan dengan lebih holistik dan sempurna.

4.0 Kekuatan Penggunaan Instrumen Penilaian Program

Instrumen penilaian program merupakan satu kaedah yang digunakan bagi


mengumpul maklumat untuk penilaian. Data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan dijadikan
sebagai bukti dalam laporan yang disediakan nanti. Terdapat banyak jenis instrumen yang
berbagai-bagai dalam penilaian program. Namun, setiap instrumen mempunyai kelebihan
dan kekuatan masing-masing. Dalam kali ini, instrumen-instrumen yang akan dibincangkan
adalah soal selidik, temu bual dan analisis dokumen.

Pertama sekali, instrumen soal selidik ini mempunyai kekuatan kerana ia dapat
melihat dengan jelas terhadap perkara yang hendak diukur. Ini bermaksud penganjur dapat
berfokus terhadap maklumat yang dinginkan supaya responden tidak berlari dari segi
penyampaian idea dalam maklum balas. Berdasarkan pandangan Chua (2011), pemilihan
soal selidik jawapan dipilih sebagai alat instrumen harus bersesuaian dengan kehendak
soalan kajian. Dalam program ini, instrumen penilaian soal selidik jawapan dipilih telah
menyediakan skop yang spesifik dalam menilai apa yang hendak dinilai jika dibandingkan
dengan soal selidik jawapan dipilih di mana responden diberi kebebasan untuk menyatakan
pendapat mereka dan jawapan yang dikumpulkan adalah lebih sukar untuk dianalisis.
Dengan ini, penggunaan soal selidik jawapan dipilih dapat memperoleh jawapan yang
spesifik. Misalnya, saya ingin menilai keberkesanan dari segi sumber dan cara
penyampaian. Oleh itu, saya hanya perlu menjumlahkan respons yang diberi oleh murid
untuk melihat peratusan dalam keberkesanan item tersebut.

5
Tambahan pula, soal selidik jawapan dipilih dapat memudahkan pentadbiran dan
analisis. Jenis soal selidik yang telah dibina dalam program kemahiran mencatat nota kali
ini. merupakan soal selidik jawapan dipilih jenis dikotomus di mana soal selidik ini
melibatkan skala jawapan antara ‘Ya’ dengan ‘Tidak’. Penggunaan soal selidik jawapan
dipilih mudah kerana tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak dalam mentadbirkan
soal selidik jawapan dipilih. Sebagai contoh, saya seorang telah mentadbirkan soal selidik
jawapan dipilih kepada 62 murid. Selain itu, soal selidik jawapan dipilih juga memudahkan
maklumat diproses kerana jawapan yang dibina jelas dan teratur seperti yang dinyatakan
oleh Allyson dan Downs (2004), soal selidik jawapan dipilih adalah lebih objektif dan
pandangan ini disokong oleh pendapat Malek (2007), penggunaan soal selidik boleh
memperoleh maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai. Secara langsung, ini telah
menjimatkan masa saya dalam menganalisis hasil penilaian murid.

Instrumen yang seterusnya adalah analisis dokumen yang mempunyai kekuatan


dapat menunjukkan bukti yang nyata terhadap penilaian program. Hal ini kerana, dokumen
yang digunakan untuk proses analisis adalah bahan yang konkrit iaitu lembaran kerja.
Berdasarkan pandangan Ting, Ahmad Sabry dan Ting (2013), analisis dokumen dapat
memudahkan penyimpanan dan rujukan semula apabila diperlukan dalam proses
penganalisis data. Penyataan ini membawa maksud, analisis dokumen yang berbentuk
konkrit ini memudahkan saya mendokumenkan alat instrumen tersebut bersama laporan
penilaian program dalam fail supaya ia boleh dijadikan sebagai bukti dan sumber rujukan
bagi penambahbaikan kelemahan kepada program yang akan datang.

Setelah itu, alat instrumen analisis dokumen juga dapat menjimatkan tenaga dan
masa dalam menilai keberkesanan program kerana analisis dokumen lebih mudah dan
cepat untuk ditadbirkan (Chow dan Jaizah, 2011). Sebagai contoh, dalam program
kemahiran mencatat nota ini, antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah mengukur sama
ada peserta program menguasai tips-tips kemahiran mencatat nota. Oleh itu, semua peserta
telah diminta menghasilkan nota berdasarkan penyampaian penceramah terhadap satu
petikan yang disediakan. Lembaran kerja ini seterusnya dikumpulkan bagi proses
menganalisis sama ada peserta program berjaya menguasai atau tidak berkenaan dengan
kemahiran mencatat nota. Perkara ini jelas dilihat bahawa, kelebihan alat instrumen
tersebut boleh ditadbir kepada murid yang ramai walaupun kekurangan sumber tenaga.

Instrumen penilaian yang terakhir adalah instrumen temu bual, instrumen ini sangat
berkesan bagi meninjau persepsi seseorang dan persepsi ini merangkumi aspek pemikiran,
sikap, nilai dan pendapat (Othman, 2011). Dengan ini, data-data yang dikumpulkan melalui
instrumen tersebut dapat mencerminkan pendapat dan persepsi sebenar dengan

6
mengurangkan unsur penipuan secara maksimum kerana sekiranya pelajar menipu semasa
temu bual, saya akan lebih mudah mengesan berbanding dengan penggunaan soal selidik.
Dalam program ini, temu bual yang digunakan adalah temu bual berstruktur di mana soalan
temu bual telah disediakan sebelum sesi temu bual dijalankan dan maklum balas pelajar
adalah dirakam dan dicatat atas persetujuan terlebih dahulu. Oleh itu, instrumen tersebut
memang sangat sesuai dan berkesan dalam mendapatkan maklum balas dengan tepat,
lengkap dan mendalam.

5.0 Kelemahan Penggunaan Instrumen Penilaian Program

Seperti mana yang dibincangkan di atas, terdapat banyak kekuatan dalam


penggunaan instrumen penilaian program. Terdapat kekuatan bermaksud memang juga
terdapat kekurangan dalam penggunaan instrumen kerana tidak ada satu-satu instrumen
yang memang sempurna. Kesemua instrumen memang mempunyai kelemahan masing-
masing dan pengguna hanya sekadar mengaplikasikan dalam situasi yang sesuai bagi
mengurangkan berlakunya kelemahan.

Dalam alat instrumen soal selidik jawapan dipilih, kelemahan yang paling ketara
dalam soal selidik jawapan dipilih adalah maklum balas yang diperoleh sangat terhad.
Responden yang menjawab soal selidik jawapan dipilih dengan skala dikotomus ini tidak
dapat mengemukakan fikiran mereka dan tidak memberi bebas memberi jawapan. Hujah ini
disokong dengan pandangan Chua, (2011), pengkaji tidak boleh mengetahui maklumat atau
komen murid selain daripada pilihan-pilihan yang disenaraikan. Dengan ini, pihak penganjur
juga dapat menilai kelemahan yang wujud sepajang program. Perkara ini sangat
bertentangan dengan konsep asas model penilaian CIPP yang berorientasikan pengurusan
dalam menilai kelebihan dan kelemahan dalam setiap proses.

Selain itu, soal selidik jawapan dipilih yang ditadbirkan perlu mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Soal selidik yang dibina oleh saya tidak mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana item-item yang terdapat dalam soalan
dibina mengikuti pemahaman saya. Alat instrumen yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi merujuk kepada setiap item yang terdapat dalam soalan
dapat menepati apa yang ingin diukur olehnya. Menurut Othman Lebar (2011), item-item
yang dibina perlu disemak dan dimurnikan oleh pakar dalam bidang berkenaan supaya apa
yang ingin diukur dapat menyesuaikan dengan objektif program. Selain itu, penyediaan
sebuah soal selidik jawapan dipilih mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan
item yang baik dan berkaitan dengan objektif penilaian program. Oleh itu, sebelum membuat
pemilihan soal selidik jawapan dipilih, saya sepatutnya mematuhi beberapa prinsip, agar

7
soal selidik jawapan dipilih berkenaan menjadi sesuatu yang boleh dipercayai, sah dan
akhirnya mendapati apa yang dihajati.

Seterunya, instrumen temu bual berstruktur yang dilaksanakan juga mempunyai


kelemahan kerana instrumen tersebut memakan masa yang panjang. Dalam program
tersebut, saya telah bertemu bual dengan 8 orang pelajar bagi mendapatkan maklum balas
mereka terhadap program kemahiran mencatat nota ini. Namun, dalam proses ini telah
memakan masa yang panjang kerana proses bertanya dan mendengar jawapan ini bukan
sahaja lambat tetapi juga perlu mengaplikasikan kemahiran menyemak persepsi bagi
mengenal pasti apa yang disampaikan oleh pelajar adalah tepat dan betul dengan apa yang
difikirkan. Berdasarkan pendapat Chua (2011), hasil perbincangan perlu dicatatkan ataupun
direkodkan sebaik sahaja seseorang individu memberi maklum balas. Walaupun saya telah
berjaya mencatat dan merekodkan perbualan semasa sesi temu bual tetapi proses
menganalisis ini telah memakan masa yang banyak kerana saya perlu mendengar semula
sekali demi sekali sehingga data yang dikumpulkan adalah tepat dan betul.

Tambahan pula, instrumen temu bual ini bukannya sesuai dengan semua pelajar
kerana terdapat pelajar yang berkebolehan untuk menyampaikan idea mereka melalui
percakapan atau perbualan tetapi terdapat juga pelajar yang lebih selesa menyampaikan
idea melalui penulisan mereka. Dalam kes ini, saya telah bertemu dengan dua orang pelajar
yang menjadi responden temu bual untuk program ini di mana mereka hanya mendiamkan
diri ataupun menjawab dengan jawapan yang pendek seperti ‘Ya’ apabila ditanya lagi soalan
yang terbuka mereka akan mendiamkan diri ataupun senyum sahaja. Oleh itu memang
instrument temu bual ini tidak sesuai kepada individu yang pasif dalam percakapan. Ini
disokong juga oleh pendapat Rosinah (2011), temu bual yang melibatkan banyak
perkongsian maklumat secara bersemuka bukan sesuai untuk semua individu terutamanya
individu yang pasif atau malu.

Akhir sekali, instrumen analisis dokumen pula mempunyai satu kelemahan yang
sangat ketara iaitu memakan masa yang panjang dalam proses menganalisis. Walaupun
instrumen tersebut menjimatkan masa dan tenaga semasa mentadbir dan mengumpul data
tetapi ia menggunakan masa yang tenaga dalam proses menganalisis data-data dalam
dokumen. Dalam program ini, lembaran kerja diberikan kepada para peserta dan dijadikan
sebagai dokumen untuk menganalisis. Namun, dokumen yang dikumpulkan ini adalah
dalam jumlah yang besar di mana memerlukan tenaga yang besar dalam proses
menganalisis dokumen-dokumen tersebut. Maklum balas yang terkandung dalam lembaran
kerja ini juga tidak menjamin kesahan kerana peserta kajian mungkin menyalin jawapan

8
rakan yang lain dan hantar kerana tidak mempunyai kawalan yang ketat seperti
peperiksaan.

6.0 Penutup

Secara keseluruhannya, Model Penilaian CIPP memang mempunyai kelebihan dan


keberkesanan tersendiri dalam penilaian sesebuah program. Model ini memang sesuai
digunakan kerana empat aspek yang terkandung dalam model CIPP ini melihat dan menilai
program secara holistik dan menyeluruh. Sekiranya dapat disesuaikan dengan penggunaan
instrumen-instrumen yang sesuai dan tepat maka penilaian program akan menjadi lebih
berkesan dan berketepatan dengan tujuan penilaian program. Dengan ini, penambahbaikan
dapat dilaksanakan untuk program yang seterusnya dan memanfaatkan peserta program
dan penganjur program.

9
7.0 Rujukan

Abu Bakar Bin Hashim. (2002). Kemahiran Belajar. Retrieved March 04, 2017, from
https://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=14&ved=0ahUKEwiJ28uVsO_SAhVDGJQK
He7qDLEQFghsMA0&url=http%3A%2F%2Fweb.usm.my%2Feducation
%2Fkaunseling%2Ftips%2Fkemahiran
%2520belajar.doc&usg=AFQjCNFbYuK7Usm304CKxuPFlpNAkv-
EiA&sig2=rnwBVVX1wP5rHt6JXWES-w
Allyson, D. A & Down, C. W. (2004). Assessing organizational communication: Stratefic
Communication Audits. London: The Guilford Press.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: konsep &amalan dalam
pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia sdn.Bhd.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mcgraw-hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah.
Selangor: PTS Publications & Distributors.
Mat Rasid Ishak. (2014). Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains
(PEKA): Satu Penilaian di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014):
83-93.
Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50
tahun merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan (kedua). Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Seng, T. W. (2005). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah
Pengamalan Reflektif Dan Penambahbaikan Sekolah. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 1–8. Retrieved from
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/1 toh.pdf
Stufflebeam, D. L. (2000). The CIPP MODEL FOR EVALUATION. Evaluation Models:
Viewpoint on Educational and Human Services Evaluation, 279–317.
https://doi.org/10.1007/0-306-47559-6_16
Stufflebeam, D. L. (2007). CIPP Evaluation model checklist: A tool for applying the CIPP
Model to assess long-term enterprises. Evaluation Checklists Project.
Stufflebeam, D. L. (1971). The Relevance of the CIPP Evaluation Model for Educational
Accountability. Ohio State Univ., Columbus. Evaluation Center.
Stufflebeam D, L. & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Models, and Applications.
United States: John Wiley & Sons.
Ting, L. S, Ahmad Sabry dan Ting, H. Y. (2013). Penyelidikan tindakan dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Zhang, G et. al. (2011). Using the Context, Input, Process, and Product Evaluation Model
(CIPP) as a Comprehensive Framework to Guide the Planning, Implementation, and
Assessment of Service-learning Programs. Journal of Higher Education Outreach
and Engagement, Volume 15.

10

Anda mungkin juga menyukai