Anda di halaman 1dari 19

3.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI

Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) adalah merupakan sebuah program yang wajib
disertai oleh setiap pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Fokus utama
program ini adalah bagi memberi peluang kepada para guru pelatih untuk memahami serta
menghayati tugas sebenar sebagai guru yang merangkumi sistem pengurusan sekolah,
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Bukan itu sahaja, PBS ini juga akan
mengasah kemahiran guru pelatih dalam mengumpul maklumat serta kemahiran
berkomunikasi di antara komuniti sekolah. Di samping itu, tugasan PBS iaitu portfolio yang
bertujuan untuk mendokumentasikan keseluruhan pengalaman guru pelatih sepanjang PBS
hendakla disiapkan.

3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1, saya telah dimaklumkan


lebih awal untuk menetapkan penempatan masing-masing pada 28 Januari 2022. Sekolah
yang menjadi pilihan saya ialah SK Inanam Dua, sebagai tempat perlaksanaan PBS atas
sebab faktor jarak perjalanan dari rumah ke sekolah yang dekat iaitu lebih kurang 5
kilometer sahaja. Pada 10 Mac 2022, hari Khamis bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30
pagi, kami telah menerima satu Taklimat Pelaksanaan dan Pengurusan PBS Fasa 1 secara
atas talian melalui perisian Google Meet oleh Encik Gelbert David selaku Ketua Unit Amalan
Profesionalisme. Berikutan pandemik COVDI-19, taklimat ini tidak dapat diadakan secara
bersemuka. Kemudian, fokus taklimat ini adalah untuk memberi pencerahan dengan lebih
jelas mengenai pelaksanaan PBS di sekolah. Dokumen-dokumen penting juga telah
diedarkan kepada seluruh pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 IPGKG sebaik sahaja tamat
taklimat tersebut dengan menggunakan perisian Google Drive. Tempoh perlaksanaan PBS
Fasa 1 ini adalah selama seminggu iaitu bermula dari 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022. Di
samping itu, saya telah memilih beberapa instrumen.

1
3.2 PERNYATAAN SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS dalam tempoh seminggu, saya telah melaksanakan beberapa
aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah
disediakan. Melalui PBS, saya telah belajar mengenai pengurusan dan persekitaran
sekolah dalam masa yang sama berinteraksi dengan komuniti sekolah sepanjang PBS ini
berlangsung. Berikut adalah tindakan yang telah saya jalankan sepanjang tempoh PBS di
SK Inanam Dua:-

Bil Tarikh Tindakan


1. 21 Mac 2021 (Isnin)  Menyertai Program Guru Penyayang bersama pelajar
yang telah diadakan semasa perhimpunan pagi.
 Bertemu Puan Junaidah Yassin selaku Guru Besar
SK Inanam Dua untuk melapor diri bagi mengagihkan
surat penempatan serta borang-borang yang
berkaitan.
 Perjumpaan bersama Puan Anita Nurulizah selaku
Penolong Kanan Pentadbiran bagi hal-hal
pengurusan sepanjang PBS serta mengumpul data
tentang maklumat umum sekolah.
2. 22 Mac 2022  Majlis Pelancaran Mini Karnival Akademik SKID 2022
(Selasa) diadakan di tapak perhimpunan.
 Membuat pemerhatian terhadap pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan
Islam kelas 6 Intan yang dikendalikan oleh Ustazah
Erza Rozanah Jaim.
 Kelas ganti 5 Berlian dari jam 9.30 pagi hingga 10.30
pagi bagi matapelajaran Sains.
 Sesi temubual bersama Unit Bimbingan dan
Kaunseling berkenaan Program Guru Penyayang.
3. 23 Mac 2022 (Rabu)  Meninjau prasarna-prasarna yang disediakan di
sekolah.
 Sesi temubual bersama Puan Asmah berkenaan
Program Integrasi Pendidikan Khas SKID.
 Memantau perlaksanaan P&P Bahasa Melayu kelas
5 Mutiara yang dikendalikan oleh Cikgu Zaharah
Mokti.

2
4. 24 Mac 2022  Membuat pemerhatian terhadap pelaksanaan P&P
(Khamis) Pendidikan Islam kelas 6 Intan
 Menemubual dua orang pelajar kelas 6 Intan secara
rawak
 Mengemaskini laporan PBS
5. 25 Mac 2022  Turut serta aktiviti bacaan Yaasin pada awal pagi di
(Jumaat) kelas masing-masing.
 Mengurus program Mini Karnival Kokurikulum dengan
memantau kelas 5 Zamrud bagi pertandingan melukis
dan mewarna.
 Menemubual guru matapelajaran Pendidikan Islam,
Ustazah Erza Rozanah Jaim
 Mendapatkan tandatangan untuk pengesahan
kehadiran sepanjang PBS
 Memberikan sedikit cenderahati kepada guru-guru
sebagai tanda penghargaan.
Catatan: Pada 26 Mac 2022 hari Sabtu, saya dijemput bersama rakan saya untuk turut
serta membantu dalam menjayakan Program Kem Bestari Solat Peringkat 1 Tahap 2
bersama guru-guru serta murid- murid Tahun 5 dan Tahun 6.

3
LAMPIRAN 1-6
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

Bil Perkara Catatan / data

SK Inanam Dua, PPM321 Menggatal, 88450, Kota


1 Nama dan Alamat Sekolah
Kinabalu, Sabah

2 No. Telefon Sekolah 088-427958


Alamat e-mel / Web
3 xba4097@moe.edu.my
Sekolah
Lokasi (Bandar / Luar
4 Luar bandar
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah Junaidah Yassin
6 Nama PK Pentadbiran Anita Nurulizah Binti Abdullah
7 Nama PK HEM Frederict Salim
8 Nama PK Kokurikulum Zhamzamiee Bin Ghulam Rasul
9 Nama Penyelia Petang Siti Rosnah binti Abd Hamid
10 Gred/Band Sekolah A
11 Bilangan Guru Lelaki: 14
Perempuan: 67

Bilangan Guru Mengikut Siswazah: 84


12
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah: 3
13 Bilangan Kelas 41 kelas
14 Purata Saiz Kelas ___40___orang
Lain-
15 Jumlah Murid Melayu Cina India
lain

1370 Lelaki 457 1 0 261

Perempuan 405 3 0 243


16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
SK Inanam Dua adalah merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat sama
dalam menjalankan Program Pendidikan Khas Integarasi. Program ini dibina
bertujuan untuk memastikan murid berkeperluan khas mendapat pendidikan
dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE).

3.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS

4
Sebaik sahaja tamat tempoh seminggu PBS, saya menyambung kembali tugasan
dengan mengemaskini segala hasil dapatan yang diperoleh untuk didokumentasikan
pengalaman yang dilalui di dalam portfolio ini. Saya didedahkan dengan alam
pekerjaan sebagai pendidik lantas telah mencorak keyakinan yang tinggi kepada
saya untuk menempuh dunia pendidikan pada masa akan datang. Kerjasama dari
pelbagai pihak tidak kira sama ada dari pihak pengurusan sekolah, warga pendidik,
kakitangan sekolah mahupun pelajar amatlah saya hargai. Dengan adanya
kerjasama ini, segala maklumat-maklumat yang diperlukan dapat saya kumpulkan
dengan cekap dan pantas. Kemudian, kondisi persekitaran sekolah dan pengurusan
bilik darjah yang bagus adalah aspek yang signifikan dalam membentuk
perkembangan murid. Berdasarkan pemerhatian saya, persekitaran sekolah adalah
pada tahap cemerlang dengan adanya kemudahan yang telah dinaiktaraf namun,
kemudahan dalam bilik darjah adalah pada tahap baik sahaja atas sebab kondisi
meja dan kerusi yang kurang kondusif. Disebalik kekurangan tersebut, semangat
murid untuk belajar tetap gagah. Selain daripada itu, antara pesanan-pesanan yang
diberikan kepada saya sepanjang PBS ini adalah berkenaan gaya pembelajaran
yang efektif. Puan Erza Rozanah Jaim selaku guru mata pelajaran Pendidikan Islam
pernah berpesan agar sentiasa peka dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) pada masa kini. Hal ini demikian disebabkan oleh wabak pandemik, secara
tidak langsung telah mengubah gaya pembelajaran secara total. Antara platform
yang direkomendasikan adalah Wordwall, Quizziz, Kahoot dan banyak lagi. Bukan
itu sahaja, Encik Bakri selaku Ketua Panitia Mata pelajaran Sejarah juga berpesan
untuk menjadikan elemen-elemen profesionalisme keguruan sebagai panduan agar
dapat meningkatkan diri dalam aspek kemahiran, keilmuan, kepakaran dan teknik
untuk menjamin keberkesanan PdP dan PdPr serta kemenjadian murid.

4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

5
Instrumen pengumpulan data yang telah digunakan oleh saya bagi melengkapkan maklumat
sepanjang tempoh seminggu program PBS ini adalah pemerhatian, senarai semak, temu
bual serta borang soal selidik. Kepelbagaian penggunaan instrumen dalam pengumpulan
data ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi perkembangan diri serta
kemahiran saya sebagai seorang guru pelatih. Berdasarkan interaksi dan kolaborasi yang
dilakukan bersama pihak sekolah, data-data yang telah dikumpul dapat dilihat sama di ruang
lampiran tugasan ini.

4.1 PEMERHATIAN

Saya telah menggunakan instrumen pemerhatian bagi meninjau prasarna-prasarna yang


disediakan di sekolah serta bagaimana budaya sekolah yang diamalkan. Berdasarkan
pemerhatian saya, prasarna yang disediakan oleh sekolah adalah pada tahap memuaskan.
Hal ini demikian kerana keadaan meja dan kerusi yang agak teruk dan usang telah menjadi
asbab ketidakselesaan murid-murid di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, kemudahan
bangunan di sekolah ini juga adalah sebanyak 3 bangunan sahaja yang menempatkan 41
buah kelas Perdana berserta 6 kelas Pendidikan Khas, blok akademik, pusat sumber surau,
makmal komputer, makmal sains dan banyak lagi. Maka dengan ini, murid terpaksa
dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, ini kerana bilangan kelas yang
agak terhad di samping kuantiti pelajar yang agak ramai iaitu seramai 1370 orang murid.
Selain daripada itu, kesemua prasarna termasuk tandas Orang Kurang Upaya (OKU) adalah
dalam keadaan baik. Selain daripada prasarna, dedikasi guru-guru dalam mendidik para
anak didikannya juga adalah memberangsangkan. Guru-guru menggunakan bahan dan
sumber dan PdP yang pelbagai bagi menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Sebab
utama penghantaran ibu bapa ke sekolah ini adalah disebabkan faktor lokasi sekolah yang
strategik iaitu dikelilingi oleh kawasan perumahan yang terdiri daripada Kampung
Kalansanan, Taman Inanam Laut, Taman Bakti Ikhlas, Taman Puri Warisan dan Kampung
Warisan. Berdasarkan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kesemua murid
tahun 1,2 dan 6 hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa manakala tahun 3,4 dan 5 pula
dikehendaki untuk menghadiri kelas mengikut jadual penggiliran yang telah ditetapkan.

4.2 SENARAI SEMAK

BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN

6
1. Pengurusan dan organisasi sekolah
Pelan fizikal sekolah /
Carta organisasi sekolah /
Takwim sekolah /
2. Prasarana sekolah
Dewan terbuka/ tertutup /
Masjid/ surau /
Kantin /
Tandas /
Bilik Gerakan /
Padang /
Makmal Sains /
Makmal Komputer /
Stor Sukan /
Klinik Kesihatan /
Mural Sekolah /
Kata-kata hikmah /
Rukun Negara /
Falsafah Pendidikan Kebangsaan /
Visi dan Misi /
3. Bilik Darjah
Papan kenyataan:-
 Jadual waktu mata pelajaran /
 Jadual bertugas /

 Peraturan /

 SOP /

Kerusi dan meja pelajar /


Kerusi dan meja guru /
Tong sampah /
Lampu dan kipas /
Jam dinding /
Papan putih /
Sudut mata pelajaran /
4. Bilik-bilik khas sekolah
Pejabat Am /
Pejabat Guru Besar /
Bilik Guru /

7
Frog Classroom /
Bilik Pendidikan Agama/ Islam /
Bilik SPBT /
Bilik Bahasa Melayu /
Bilik Sejarah /
Bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) /
Bilik Bimbingan dan Kaunseling /
Bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) /
Bilik Muzik /
Bilik Mesyuarat /
Bilik Dokumen /
Bilik BBM /
Bilik APD /

4.2 TEMUBUAL

Saya juga telah menggunakan instrument temu bual dalam melaksanakan tugas ini. Tujuan
temu bual ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang releven berdasarkan tugasan yang
diberi daripada beberapa orang responden. Antara responden-responden telah ditemu bual
oleh saya ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Unit
Bimbingan dan Kaunseling, Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan seorang murid. Saya
telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka dan dijawab dengan sangat baik
sekaligus menunjukkan kerjasama yang jitu daripada pihak sekolah. Sehubungan dengan
itu, secara tidak langsung komuniti sekolah iaitu guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-
murid yang lain juga membantu saya dalam melengkapkan data-data yang diperlukan dalam
tugasan ini.

5.0 REKOD KOLABORATIF/ INTERAKSI/ PERBINCANGAN

Kolaborasi di antara beberapa pihak melalui perbincangan telah dijalankan bagi


mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Usahasama ini secara tidak langsung
akan menjana idea-idea yang mampu memberi manfaat pada masa akan datang. Setiap
perbincangan telah saya catatkan dalam rekod kolaborasi di bahagian lampiran 1-3.
Selanjutnya, saya telah catatkan isu perbincangan berserta cadangan tindakan yang
bersesuaian hasil daripada kolaborasi tersebut. Antara lampiran perbincangan tersebut
adalah seperti berikut:-

5.1.1 Perbincangan bersama Penolong Kanan Pentadbiran

8
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 21 Mac 2022 Masa : 7.00 pagi hingga 8.00 pagi

Isu Perbincangan : Hal-hal pengurusan sepanjang PBS serta maklumat umum sekolah

Isu Perbincangan Cadangan Tindakan

 Makluman tentang PBS  Berikutan tempoh PBS yang berlangsung selama


seminggu, PK Pentadbiran telah memberi kebenaran
untuk menggunakan meja-meja kosong di bilik Ketua
Panitia serta menetapkan guru pembimbing masing-
masing.
 Maklumat umum sekolah  Mendapatkan perolehan maklumat tentang latar
belakang sekolah
- Sejarah
- Carta organisasi
- Bilangan pelajar
- Lain-lain
 Pengurusan sekolah dikala  Bagi tahun 1,2, dan 6, kesemua murid hendaklah
norma baharu. hadir ke sekolah seperti biasa. Namun bagi tahun 3,
4 dan 5, murid dikehendaki untuk menghadiri ke
kelas mengikut jadual penggiliran yang telah
ditetapkan.
 SOP pergerakan murid di sekolah juga diperkasakan
dengan penuh tertib.

Tandatangan :
Nama : Puan Anita Nurlizah binti Abdullah
Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran

5.1.2 Perbincangan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas

9
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 22 Mac 2022 Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Isu Perbincangan : Program Guru Penyayang

Isu Perbincangan Cadangan Tindakan

 Perihal Program Guru  Program Guru Penyayang adalah dibawah Unit Bimbingan
Penyayang. dan Kaunseling. Fokus utama program ini adalah bagi
membudayakan sikap kasih sayang sesama guru dan
pelajar di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
program Mentor-Mentee, program Ziarah Cakna, aktiviti
menyambut kedatangan pelajar di sekolah dan banyak lagi.
 Program ini mampu memberi motivasi yang lebih kepada
pelajar untuk hadir ke sekolah malah memupuk perasaan
 Impak program ke menghargai dan menghormati. Kemudian, ia juga dapat
atas pelajar mewujudkan suasana dan penerapan nilai murni kepada
pelajar.
 Kekurangan yang utama adalah dari segi kemudahan
 Kekangan yang prasarna dimana dewan utama SKID tidak mampu
dihadapi sepanjang menampung kuota seluruh pelajar. Kekurangan yang
pelaksanaan program kedua pula adalah dari segi bajet program.
serta  Penambahbaikkan program ini adalah dengan pembinaan
penambahbaikkannya. dewan tertutup dengan keluasan yang lebih besar dan
peruntukkan program yang mencukupi.

Tandatangan :
Nama : Puan Saridah binti Alam
Jawatan : Guru Bimbingan dan Kaunseling

5.1.3 Perbincangan bersama guru Bimbingan dan Kaunseling.

10
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 23 Mac 2022 Masa : 10.20 pagi hingga 11.00 pagi

Isu Perbincangan : Program Pendidikan Khas Integrasi

Isu Perbincangan Cadangan Tindakan


 Latar belakang  PPKI wujud pada tahun 2008 tetapi beroperasi penuh pada
mengenai Program tahun 2009. Objektif: Menyediakan peluang pendidikan dan
Pendidikan Khas kemudahan kepada murid berkeperluan khas (MBK). Kini,
Integrasi (PPKI) bilangan murid telah mencecah 40 orang serta 11 orang guru.
 Proses kemasukan  Memerlukan pengesahan dari pakar perubatan – Memohon
murid ke PPKI kemasukan di PPD – mendaftar kad OKU.
 Kategori murid  Autisme, Pelipsi, Pertuturan, Develpment Delay, ADHD, Cacat
Anggota, Down Syndrome, Intellectual Disability, Learning.
Majoriti murid adalah dari kalangan murid lelaki berbanding
murid perempuan.
 Kurikulum  Kurikulum yang digunakan adalah KSSRPK dimana ia lebih
memfokuskan pengurusan diri murid, penguasaan motor kasar
dan motor halus, penyesuaian murid terhadap persekitaran.
 Sebelum ini, keadaan kelas adalah kurang kondusif serta
 Kekangan yang ketiadaan tandas mesra OKU namun ia telah dinaiktaraf oleh
dihadapi sepanjang kerajaan pada tahun 2021.
program diadakan.  Hendaklah cekap mengurus tingkah laku murid, merancang
 Cabaran sebagai guru aktiviti yang bersesuaian dengan murid, penyesuaian karakter
Pendidikan Khas guru.
 Kesemua MBK berpeluang menerima elaun murid khas dan
 Maklumat tambahan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), penilaian yang
tentang PPKI digunakan adalah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Tandatangan :
Nama : Puan Asmah binti Jamat
Jawatan : Penolong Kanan Pendidikan Khas

5.1.4 Perbincangan bersama guru matapelajaran Pendidikan Islam.

11
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Mac 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi

Isu Perbincangan : Hubungan Perbezaan Individu Dan Kaedah Pembelajaran

Isu Perbincangan Cadangan Tindakan

 Kaedah untuk mengenal  Bagi kelas secara dalam talian, guru akan melihat
pasti perbezaan individu murid dari segi penglibatan ketika soal jawab sama
secara dalam talian dan ada aktif atau tidak. Bagi kelas secara bersemuka
bersemuka. pula, guru akan menilai murid semasa sesi soal jawab
serta kuiz secara lisan dalam kelas.
 Kekangan dan cabaran  Antara kekangan dan cabarannya adalah murid tidak
yang dihadapi oleh guru dapat melaksanakan tugasan yang diberi kerana tidak
sepanjang PdPr dijalankan. ada talian internet, berkongsi telefon dengan ibu bapa
yang bekerja serta adik beradik yang ramai.
 Jalan penyelesaian bagi  Pihak sekolah akan menjalankan program Ziarah
pelajar yang bermasalah Cakna dengan berjumpa ibu bapa atau penjaga murid
untuk membincangkan hal tersebut.
 Cara guru mengenal pasti  Memandangkan murid adalah berbeza-beza , maka
kaedah pembelajaran yang guru akan membuat ujian diagnostik kepada murid
bersesuaian dengan murid. kemudian data mentah yang diperleh berdasarkan
ujian tersebut akan diguna untuk menentukan kaedah
yang bersesuaian.
 Strategi pembelajaran yang  Pemusatan aktiviti dan tugasan kerana murid boleh
menarik perhatian murid menunjukkan ptensi mereka yang pelbagai.

Tandatangan :
Nama : Puan Erza Rozanah Jaim
Jawatan : Guru matapelajaran Pendidikan Islam

5.1.5 Interaksi bersama murid-murid

12
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Mac 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi

Isu Perbincangan : Gaya pembelajaran murid

Isu Perbincangan Cadangan Tindakan

 Gaya pembelajaran yang  Sheerazim merupakan pelajar yang pendiam di dalam


digemari oleh pelajar kelas. Apabila berjalannya PdP, Sheerazim
menggunakan kecerdasan audio dimana dia gemar
untuk mendengar syarahan guru berbanding
mencatat nota. Hal ini bertujuan agar dia dapat
memahami setiap satu ilmu yang disampaikan oleh
guru.

 Belajar secara berkumpulan juga adalah salah satu


strategi yang digunakan olehnya untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana
dia gemar membuat perbincangan dengan
berinteraksi sesama rakan-rakannya yang lain.
 PdP atau PdPr
 PdP kerana dapat bertemu rakan-rakan lain.

Tandatangan :
Nama : Sheerazim Khan
Jawatan : Murid kelas 6 Intan

13
6.0 REFLEKSI
LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

ISU/PERKARA YANG DIFOKUSKAN

1. Prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah


2. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah di dalam bilik darjah mahupun
luar bilik darjah.

KEKUATAN

1. Kemudahan prasarna yang lama telah dinaik taraf oleh pihak sekolah menjadikan
suasana sekolah kondusif dan bersih lantas secara tidak langsung mencerminkan
imej yang positif terhadap sekolah.

2. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti Mini Karnival
Akademik, Program Guru Penyayang, Kem Bestari Solat serta pertandingan
mewarna dan melukis khususnya telah menarik perhatian pelajar untuk sentiasa
bergiat aktif dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum.

KELEMAHAN

1. Kedudukan meja yang berjarak-jarak di bilik darjah telah menjejaskan kemahiran


intrapersonal di antara murid disamping menjadikan aktiviti pembelajaran yang
terhad.

2. Kepelbagaian aktiviti seusai pembukaan sekolah telah menyebabkan saya


mengalami sedikit kesukaran untuk menemubual para guru kerana sibuk
mengurus aktiviti disamping merancang Rancangan Pengajaran Seharian (RPH)

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

1. Pihak sekolah hendaklah menetapkan had aktiviti seperti menetapkan 2 atau 3


aktiviti sahaja dalam masa seminggu agar guru dapat menjalankan aktiviti dengan
lancar tanpa berasa tertekan atau terkejar-kerja dengan masa.

14
7.0 LAPORAN AKHIR

Tuntasnya, keseluruhan tugasan PBS ini telah membuka mata kepada saya tentang alam
perguruan yang bakal dihadapi kelak. Pada 21 Mac 2022 iaitu bersamaan dengan hari Isnin,
saya telah menjalankan PBS Fasa 1 secara bersemuka di SK Inanam Dua (SKID) yang
bertempatkan di Inanam, Sabah. Program ini diadakan selama seminggu iaitu bermula pada
21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022. Sebagai bekas pelajar SKID, saya berasa teruja untuk
bertemu kembali bersama guru-guru yang pernah mengajar saya. Lantaran itu, pihak
sekolah juga menyambut kehadiran saya dengan hati yang terbuka disamping memberikan
kerjasama yang total dalam membantu saya memperoleh data-data yang diperlukan.
Sepanjang saya menjalankan program ini, saya dapat melihat dengan jelas aktiviti-aktivti
yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak kira di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Antara aktiviti yang dianjurkan dalam sekolah adalah Kem Bestari Solat,
Pertandingan Mewarna dan Melukis, Mini Karnival Akademik & Kokurikulum, Program Guru
Penyayang dan banyak lagi. Selain aktiviti dalam bilik darjah, terdapat juga pelajar-pelajar
yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti Kokurikulum di luar bilik darjah, antaranya ialah
Problem-Based Learning (PBL), Pertandingan NILAM, Pertandingan Bakat Kategori
Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah (Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah
Rendah) dan banyak lagi. Hal ini telah jelas memaparkan SKID adalah merupakan sekolah
yang aktif dalam bidang baik kurikulum mahupun kokurikulum. Dalam memperolehi segala
jenis maklumat ini dengan cepat dan berkesan, saya telah menggunakan beberapa
instrumen pengumpulan data iaitu melalui pemerhatian, senarai semak serta temu bual.
Selepas menjalankan PBS, saya mendapati program ini telah memberi impak positif kepada
diri saya, iaitu saya berpeluang untuk mendepani hari sebagai seorang guru selama
seminggu yang bukan sahaja mempunyai tugas untuk mengajar malah tugas sebagai
pengaturcara bilik darjah, aktiviti sekolah dan banyak lagi. Cabaran sebagai seorang guru ini
telah saya ambil sebagai pembakar semangat dalam merealisasikan idea murid pemikiran
kelas pertama yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial sebagaimana aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Konsep Kurikulum
Bersepadu.

15
8.0 LAMPIRAN

16
8.2 Murid dan Alam Belajar

a) Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut
kaedah PdP semasa.

Susulan penularan wabak COVID-19, kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi


Standard (SOP) susun atur dalam bilik darjah bagi mencegah penularan tersebut. Susun
atur meja bagi setiap bilik darjah hendaklah berada dalam jarak satu meter di antara satu
sama lain. Jikalau bilangan murid melebih kuota yang disediakan, maka lebihan murid perlu
ditempatkan di kelas lain. Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, susun atur bilik darjah
ini adalah bersesuaian dengan kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru dimana guru
sebagai pusat rujukan murid. Bukan itu sahaja, susunan ini juga akan membuatkan murid
tetap fokus dengan syarahan guru tanpa sebarang gangguan.

b) Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid.  

Bahan Media : 1) Buku teks digital


2) Pautan Youtube
3) Nota secara anyflip
4) Kuiz dalam talian (Wordwall,Quizziz, Kahoot, Blooket)

Bahan Bercetak : 1) Buku teks


2) Kamus
3) Majalah

17
4) Ensiklopedia

c) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan


TMK ?

Ya, murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK.
Kaedah pembelajaran ini adalah signifikan kepada para pelajar sebagai persiapan ke
sekolah menengah kelak selain mempunyai kemahiran mengoperasi komputer dan aplikasi
data dan maklumat secara kreatif dan inovatif. Hal ini juga dapat dilihat secara jelas dengan
adanya kemudahan makmal komputer yang dibuka kepada semua pelajar. Kemudahan
komputer ini adalah lengkap yang merangkumi komputer, papan kekunci, tetikus,
kemudahan WiFi malah penghawa dingin juga disediakan. Selain daripada kemudahan
makmal komputer, sekolah juga menggunakan Frog VLE sebagai salah satu sumber
pembelajaran TMK sehinggakan wujudnya Frog Classroom. Frog Classroom ini diadakan
adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta memberi kemudahan peralatan mengajar dan akses kepada internet
berkelajuan tinggi.

d) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Semua murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Antara aktiviti yang dapat memupuk penglibatan aktif pelajar adalah dengan mengadakan
aktiviti kuiz, sumbang saran dan aktiviti secara berkumpulan seperti gallery walk dan Think-
pair-share. Bukan itu sahaja, aktiviti pembelajaran ini juga akan disertai oleh guru namun
hanyalah sebagai fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja lantas mengamalkan
pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini secara langsung akan memberi peluang kepada
murid untuk berinteraksi dengan bahan pengajaran. Lantaran itu, ia akan mengembangkan
lagi pengetahuan murid serta meningkatkan kefahaman murid dalam sebuah topik tersebut.
Sekiranya wujud murid yang pasif , mereka akan diminta untuk menjawab soalan secara
lisan ataupun sumbang saran dan idea daripada mereka

18
19

Anda mungkin juga menyukai