Anda di halaman 1dari 3

Tazkirah Jumaat

Apakah Punca Rezeki Boleh Tersekat?


SETIAP makhluk ciptaan Allah SWT di mukabumi telah ada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Walaubagaimana pun manusia wajib berikhtiar dan berusaha kerana Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum
selagimana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Firman Allah SWT

‫ِإ َّن اللّهَ الَ يُغَِّيُر َما بَِق ْوٍم َحىَّت يُغَِّي ُرواْ َما بَِأْن ُف ِس ِه ْم‬
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri.” (Surah ar-Ra’d ayat 11)

Di dalam islam untuk mendapat kejayaan dan redha Allah, tiga perkara penting perlu ada adalah berusaha, berdoa dan
bertawakal.
Di manakah silapnya, apabila Allah melebihkan rezeki kepada seseorang dan mengurangkan rezeki kepada seseorang?
Apabila anda berasakan hidup terlalu sukar cuba-cubalah muhasabah diri dan jangan menyalahkan sesiapa. Perlu
diingat, apabila Allah berkuasa menambahkan rezeki kepada hamba-NYA dari jalan yang tidak disangka-sangka,
Allah juga berkuasa untuk menghalang atau menghijab rezeki seseorang dari sebab yang tidak disangka-sangka.
Adakah rezeki yang anda perolehi itu berkat atau tidak? Anda bersyukur atau tidak?
Keberkatan di sini membawa maksud, rezeki yang sedikit tetapi dirasakan banyak dan terlalu mencukupi. Sebaliknya
tanpa keberkatan, hidup dirasakan sempit walaupun rezeki yang diperolehi cukup banyak. Ini juga ada kaitan dengan
halal dan haram rezeki yang kita perolehi dan perlakuan kita terhadap Allah Maha Pemberi Rezeki.

Sama ada disedari atau tidak, kadangkala kita melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan tanpa ada
ingatan untuk memberhentikannya. Kita mengingkari perintah Allah sedangkan pada masa yang sama kita meminta
Allah memberikan rezeki kepada kita. Perhatikan diri kita apakah dosa besar dan dosa-dosa kecil yang kita lakukan
sehinggakan apa yang kita minta daripada Allah terhijab.
Terdapat beberapa sebab rezeki seseorang itu boleh tersekat atau terhalang iaitu :

1. Sifat Bakhil Tidak Mahu Bersedekah


Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‫َأع ِط مُمْ ِس ًكا َتلَ ًفا‬


ْ ‫اآلخُر اللَّ ُه َّم‬ ُ ‫ َو َي ُق‬، ‫َأع ِط ُمْن ِف ًقا َخلَ ًفا‬
ْ ‫َأح ُدمُهَا اللَّ ُه َّم‬ ِ ‫ما ِمن يوٍم يصبِح الْعِباد فِ ِيه ِإالَّ ملَ َك‬
ُ ‫ان َيْن ِزالَ ِن َفَي ُق‬
َ ‫ول‬ َ ‫ول‬ َ ُ َ ُ ْ ُ َْ ْ َ
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang
gemar berinfak (bersedekah) ” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebangkrapan bagi yang enggan
bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)
Doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT. Banyakkan bersedekah nescaya pintu rezeki akan terbuka luas
2. Tidak Mahu Bertaubat Dan Beristighfar Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan Dia akan membanyakkanmu dengan
harta dan anak-anak, dan menjadikan bagimu kebun-kebun dan menjadikan bagimu sungai-sungai.” (Surah Nuh ayat
10-12)
Sesiapa yang banyak beristighfar dia bersih daripada dosa dan doanya makbul disisi Allah

3. Makanan Dan Minuman Daripada Sumber Haram


Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. kerana terdapat sumber haram dalam dirinya
Dalam hadis yang Nabi SAW menyatakan yang diriwayat oleh Muslim

‫ فََأىَّن‬،‫ي بِاحْلََر ِام‬ ِ ‫الس‬


َّ ‫ مَيُُّد يَ َديِْه ِإىَل‬،‫ث َأ ْغَبَر‬ ِ
َ ‫ َوغُ ِّذ‬،‫ َو َم ْلبَ ُسهُ َحَر ٌام‬،‫ َو َم ْشَربُهُ َحَر ٌام‬،‫ َو َمطْ َع ُمهُ َحَر ٌام‬،‫ب‬ُّ ‫ يا َر‬..‫ب‬
ُّ ‫ماء يا َر‬ َ ‫الس َفَر َأ ْش َع‬
َّ ‫يل‬
ُ ‫الر ُج َل يُط‬
َّ
‫اب لَهُ؟‬
ُ ‫يُ ْستَ َج‬
Seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut
masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Wahai, Tuhanku!"
Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan dia
diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"

4. Memutuskan Silaturahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari
Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika
kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan
silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang
dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad ayat 22-
23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam .
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

5. Buruk Sangka Dengan Allah, Tidak Redha Dengan Qadha Dan QadarNya.
Jika dia yakin doanya akan dikabulkan dan rezekinya dimudahkan, maka Allah akan mudah mengabulkannya.
Berbeza jika keadaannya sudah putus asa dan sudah berburuk sangka pada Allah sejak awal.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala
berfirman,

‫َأنَا ِعْن َد ظَ ِّن َعْب ِدى ىِب‬


“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku” (Muttafaqun ‘alaih).

Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap raja‘ (harap) pada-
Nya.
Mengenai makna hadis di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah
Allah akan memberi ampunan jika hamba meminta ampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat.
Allah akan mengabulkan do’a jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan.
Ulama lainnya berkata maknanya adalah berharap pada Allah (raja’) dan meminta ampunannya” (Syarh Muslim, 17:
2)

6. Tidak Bertakwa Dan Bertawkkal Kepada Allah.


Sesiapa yang tidak bertakwa dan bertawakkal kepada Allah maka Allah akan sempitkan rezekinya sebaliknya sesiapa
yang bertakwa dan bertawakkal nanti Allah akan bukakan pintu rezekinya dijalan yang tidak disangka- sangka
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar . Dan memberi rezeki kepadanya
tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah
melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu .” (Surah At-Thalaq
ayat 2 -3)
Bertakwa dan bertawakkal adalah sifat orang mukmin yang mengharapkan redha dan pertolongan daripada Allah
SWT.

Anda mungkin juga menyukai