Anda di halaman 1dari 2

Pada cuti persekolahan yang lalu,saya dan rakan-rakan pergi

melancong ke Pulau Pinang.Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi


dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta
sewa.Dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi, kami
melihat permandangan yang sangat cantik seperti padi yang
kekuningan dan mendengar burung sedang berkicauan.
Sebaik sampai di Pulau Pinang, kami telah mendaftar masuk
ke sebuah chalet yang cantik dan unik yang terletak di
Georgetown.Kami mengambil peluang untuk berehat
sebentar.Pada sebelah petang, saya mengajak rakan-rakan pergi
ke tempat makan yang terkenal dengan sup daging iaitu Sup
Hameed yang terletak di tengah bandar.

Keesokan harinya, kami keluar dari chalet untuk mencari


sarapan di sekitar Georgetown.Selesai sahaja sarapan pagi,kami
berpecah kepada dua kumpulan yang merangkumi 3 orang dan
seorang pemandu pelancong yang akan membawa kami ke
tempat menarik di sekitar Pulau Pinang.Tempat pertama yang
menarik akan kami bertiga pergi lawati adalah Entopia.Kami
melihat pelbagai jenis rama-rama dan serangga.Salah seorang
dari rakan kami iaitu Dani tiba-tiba muntah dengan sengaja di
singki kerana tidak dapat menahan bau yang sangat busuk itu.

Lepas sahaja keluar dari tempat itu, kami dibawa ke pantai


Batu Feringghi untuk mengambil bau udara laut dan melihat
matahari terbenam yang sangat cantik.Sebelum menunggu
matahari terbenam,Dani dan Wong mahu bermain parasailing
manakala saya pula menaiki bot pisang.Saya terlihat gayat
apabila pandang ke atas ketika melihat mereka berdua
beterbangan di awan.Setelah selesai membuat aktiviti air, kami
berendam seketika di pinggir pantai dan kaki Wong terkena
sengat obor-obor.Wong cuba menahan kesakitan itu tetapi tidak
boleh.Kami berdua bergegas membawa Wong ke hospital untuk
mendapat rawatan secepatnya.
Sementara kami menunggu keputusan daripada doktor,
saya cuba menghubungi seorang rakan kami yang lain tetapi
tidak berjaya.Kami merayu dan berdoa kepada tuhan agar kami
semua selamat daripada timbul masalah yang lain.Setelah
mendapat keputusan, doktor mengatakan bahawa Wong tidak
dapat berjalan dalam masa terdekat selepas dikenakan sengat
pada kakinya itu.Kami terpaksa memanjangkan lagi percutian di
sana.Selepas tibanya saya dan Dani di chalet itu, kami berdua
melihat tangisan air mata dingilap oleh rakan kami kerana
seorang daipada rakan kami tiada di dalam bilik iaitu
Sharweeta.Kami cuba mencari Sharweeta di sekitar kawasan itu
tetapi tidak jumpa.Tetiba saya di suatu tempat, saya mendapat
panggilan daripada orang yang tidak dikenali dan menjawab.

Selepas kami mendapat panggilan itu, kami terus bergegas


ke tempat yang ditujukan oleh pemanggil untuk melihat
seseorang yang sedang menangis.Kami semua melihat
Sharweeta sedang menangis teresak-esak sehingga tertidur.Kami
membangunkan dia dan pulang ke chalet dengan keadaan
mengantuk.Selepas seminggu,kami pergi ke Pasar Chowrasta
untuk membeli cenderahati dan makanan ringan seperti jeruk
untuk dibawa pulang.Setelah itu, kami pulang ke Kuala Lumpur
dengan perasaan gembira dan hampa.Itulah serba sedikit
daripada cerita pengalaman kami sewaktu bercuti.

Terima kasih kerana menghayati cerita ini.


Idea asal:Naufal Aqashah dan Siti Nur Farzanah
Penulis asal:Naufal Aqashah

Anda mungkin juga menyukai