Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PROGRAM LAWATAN PERSATUAN PENCINTA

ALAM
NORHIDAYAH BINTI ADNAN
840122065454
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan izin serta rahmat dariNya,
selesai sudah program Persatuan Pencinta Alam bagi semua guru pelatih PISMP
Bahasa Melayu Semester 6 yang menyertai Lawatan Ilmiah dengan jayanya. Program
Lawatan Ilmiah kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Cameron Highland.
Program kali ini agak istimewa berbanding program-program yang lepas kerana kami
hanya berprogram untuk kelas kami sahaja iaitu seramai 8 orang. Tujuan lawatan ini
adalah untuk memenuhi profroma WAJ3131 iaitu Kokurikulum Persatuan Pencinta
Alam. Kami telah memilih Cameron Highland kerana destinasi ini sesuai dengan aktiviti
yang akan kami jalankan.
Sebelum tiba program lawatan ini, perjumpaan peserta telah untuk
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti lawatan. Perjumpaan
ini adalah untuk mesyuarat pertama yang diadakan di Unit Gerko bertujuan untuk
melantik AJK tertinggi dan AJK kecil. Dalam perjumpaan ini, semua pelajar yang terlibat
dikehendaki berkumpul untuk perbincangan dan memastikan semua ahli jawatankuasa
melaksanakan tugas masing-masing yang diberi. Dalam perjumpaan ini juga taklimat
penuh telah diberikan oleh penyelaras Program Persatuan iaitu Encik Mohd Arif bin
Abdul Rani.
Pada hari rabu bersamaan 6 April 2016 kami telah bersedia pada jam 8.00 pagi
di dataran bestari untuk memulakan perjalanan. Program lawatan ini disertai oleh 10
orang termasuk dua orang pensyarah pembimbing iaitu en Mohd Arif dan En Nik Zaidi.
Kami pergi ke Cameron Highland dengan menaiki kenderaan pensyarah pengiring
memandangkan jumlah kami hanya seramai 8 orang sahaja. Kami pergi ke Cameron
Highland melalui jalan Sungai Koyan. Sepanjang perjalanan kami dapat menikmati
keindahan

pemandangan kerana

perjalanan

perkampungan melayu dan kawasan hutan.


1

kami

perlu

menempuh

kawasan

Tepat jam 5 petang kami telah sampai ke destinasi namun kami sempat singga di
Tanah Rata Cameron Highland untuk membeli sayur-sayuran sebagai keperluan untuk
makan malam. Kami telah tiba di tempat penginapan kami iaitu White Rose pada jam
5.30 petang dan membuat aktiviti pengurusan diri. Pada sebelah malamnya kami telah
memasak bersama-sama untuk juadah makan malam. Selesai aktiviti LDK 1 pda jam
11.00 malam kami semua berehat untuk program keesokkanya.
Tepat jam 9.00 pagi kami telah sampai ke destinasi lawatan pertama iaitu Agro
Technology Park Mardi. Sepanjang lawatan ini kami berpeluang melihat pelbagai jenis
tanaman termasuk tanaman herba yang belum pernah kami lihat seperti senduduk
putih. Sebelum ini kami hanya biasa melihat senduduk merah. Banyak khasiat tanaman
ini dalam perubatan tradisional. Banyak lagi ilmu yang kami perolehi antaranya
mengenai cara penjagaan tanaman herba, penanaman sayur dan sebagainya. Saya
sempat membeli pokok herba untuk dibawa pulang.
Kami berasa bertuah kerana berpeluang melawat MARDI kerana dapat melihat
pelbagai jenis sayur-sayuran seperti tomato, kubis hijau, bunga kubis dan sebagainya.
Antara kekuatan yang boleh dilihat dalam program kali ini ialah kerjasama yang jitu
antara kami untuk menjayakan program ini. Bukan itu sahaja, kami sentiasa tolongmenolong sekiranya ada antara kami yang memerlukan pertolongan. Dari segi
kelemahan sepanjang program ini ialah kesuntukan masa untuk melawat banyak
tempat dalam masa sehari. Kami merancang untuk melawat ladang ternakan lebah dan
ladang tanaman strawberry. Walau bagaimanapun, kami tetap meneruskan program
lawatan walaupun hanya dapat melawat sekejap sahaja.
Selepas melawat MARDI kami meneruskan perjalanan ke ladang ternakan lebah
di Brinchang. Sebelum ke ladang ternakan lebah kami telah berhenti rehat dan
menjamu makanan tengahari di sebah restoran milik adik En Mohd Arif. Selepas
menjamu selera, kami terus ke ladang ternakan lebah untuk melihat cara penghasilan
madu. Pada awalnya kami agak takut disengat lebah namun kami difahamkan oleh
pihak pengurusan ladang lebah tidak menggigit sekiranya tidak diancam. Kami
berpeluang melihat sarang lebah dan lebah berkeliaran menyedut madu pada bunga
segar di kawasan itu. Daripada lawatan ini kami dapat maklumat mengenai khasiat
2

madu pada kesihatan manusia. Madu mengandungi pelbagai vitamin yang berupaya
membantu sistem badan manusia.
Selepas selesai lawatan kami terus bergerak pulang ke tempat penginapan.
Selepas pengurusan diri pada jam 8.30 malam kami perlu membuat LDK untuk
membentangkan hasil dapatan kami sepanjang program. Pelbagai ilmu dapat kami
kongsikan bersama-sama. Pada jam 11.00 malam kami semua bersuarai dan berehat.
Pada keesokkanya kami telah bersedia untuk pulang ke IPG, sebelum pulang kami
telah melawat ladang teh dan singgah di Brinchang untuk membeli sayur-sayuran. Kami
telah pergi dari satu kedai ke satu kedai dan melihat bermacam jenis sayuran.
Seterusnya pada jam 10.30 pagi kami bertolak pulang dan sampai di IPG pada jam
12.30 petang. Semua peserta berasa seronok dan berpuas hati.
Secara keseluruhannya saya berasa amat teruja dan berbangga kerana peserta
persatuan pencinta alam berjaya menyempurnakan program lawatan ke Cameron
Highland dengan jayanya. Kerjasama dan toleransi dapat dilihat apabila kami bersamasama melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna. Semua peserta telah
bertindak mengikut tugasan masing-masing dan saling membantu ahli kumpulan lain
untuk melengkapkan tugasan mereka.

Anda mungkin juga menyukai