Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS: MAKAN MALAM MAJLIS SUKAN POLITEKNIK (MSP) DI


RESTOREN MINT, 22 APRIL 2016 (JUMAAT)

BIL PERKARA SKRIP


1. Ketibaan ahli-ahli Majlis Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin
Sukan Politeknik dapat mengambil tempat masing- masing. Kerjasama
hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

2. Ketibaan Ketua Mengumumkan ketibaan Ketua Pengarah Jabatan


Pengarah JPP Pendidikan Politeknik Datuk Hj Mohlis bin Jaafar beserta
rombongan.

3. Ucapan Alu-aluan Sirih junjung penyeri majlis,


Malam Sua Mesra kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam MSP kita sajikan

Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan


Politeknik Datuk Hj Mohlis bin Jaafar, Yang Dihormati
Pengarah-pengarah Politeknik, Pengarah-pengarah
Bahagian, Pegawai-pegawai sukan, tuan2 dan puan2
sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke


Majlis Makan Malam MSP di Restoren Mint, Balok Kuantan.

Hadirin dan hadirat sekalian, bersyukur kita ke hadrat Illahi


kerana dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Untuk
makluman hadirin sekalian, majlis Makan Malam MSP bersama
Ketua Pengarah JPP ini bertujuan untuk menghargai segala
usaha dan penat lelah ahli-ahli majlis dalam menjalankan
amanah yang telah diberikan di samping mengeratkan lagi
silaturrahim antara ahli dan Datuk KP.
4. Bacaan Doa Makan Bagi memberkati lagi majlis ini dan sebelum kita menjamu
selera marilah kita sama-sama mengaminkan doa makan yang
akan dibacakan oleh …………………
(Bacaan doa)

*Amin Ya Rabbal A’lamin. Terima kasih diucapkan kepada


……………………………… atas bacaan doa sebentar tadi.

5. Jamuan diiringi Tanpa membuang masa saudara-saudari dijemput menikmati


persembahan Buskers juadah yang telah disediakan.
PMSZA
Bertamu rai di sandakan,
gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, hadirin akan dipersembahkan


dengan persembahan Buskers Band dari Politeknik Sultan
Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Sedikit informasi
berkenaan band ini…….

Tuan-tuan & puan-puan, sila berikan tepukan paling gemuruh


untuk……………

6. Penutup Jutaan penghargaan & ribuan terima kasih kepada Datuk Hj


Mohlis kerana sudi menghadirkan diri dalam Majlis Makan
Malam MSP ini. Tidak lupa juga kepada hadirin & hadirat
sekalian yang sudi meluangkan masa. Sesungguhnya yang
baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri
ini sendiri. Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program
memohon maaf seandainya terdapat kesilapan dan
kekurangan sepanjang majlis ini diadakan…Dengan itu.jangan
lupa temujanji kita untuk bersua sekali lagi untuk Sports
Excellence Award esok di Hotel Zenith. Assalamualaikum &
Selamat Malam..

Anda mungkin juga menyukai