Anda di halaman 1dari 16

SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

DRAF SKRIP PENGACARA MAJLIS


ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

20 DISEMBER 2014
_____________________________________________________________________

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT

1. 7.30mlm Pelajar/tetamu ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM


mengambil SEJAHTERA, SALAM MESRA, DAN
tempat SALAM 1 MALAYSIA...

(Hafiz & Leen) Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-


datin, tetamu undangan, wakil-wakil
media, wakil-wakil industri, tuan-tuan,
puan-puan serta hadirin sekalian...

Selamat datang ke Anugerah Gemilang


Kolej Komuniti 2014.

Untuk perhatian para hadirin sekalian,


majlis pada hari ini akan dimulakan
dengan perarakan masuk para tetamu
kehormat ke dalam dewan tepat pada
jam 08.00 malam.

Tetamu kehormat untuk Anugerah


Gemilang Kolej Komuniti 2014 pada
malam ini ialah
Yang Berhormat
Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukacita diingatkan, para hadirin


diminta untuk berdiri ketika perarakan
masuk tetamu kehormat dan terus
berdiri sehingga nyanyian Lagu
Negaraku dan Lagu Kolej Komuniti
selesai.

Untuk makluman para hadirin sekalian,


sekiranya berlaku kecemasan, hadirin
diminta menggunakan pintu laluan
kecemasan yang terdapat di kiri dan
kanan dewan ini.

1|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


Sebarang maklumat lanjut serta
bantuan yang diperlukan, sila
berhubung dengan petugas yang berada
di dalam dewan ini.

2. 7.45mlm Pelajar/tetamu POHON PERHATIAN


mengambil Hadirin yang dimuliakan,
tempat mohon kerjasama anda sekalian untuk
mengambil tempat duduk masing-
(Leen) masing. Majlis akan dimulakan sebentar
sahaja lagi.

Sukacita diingatkan,
Untuk tidak mengganggu perjalanan
majlis pada malam ini, dipohon
kerjasama hadirin sekalian untuk
menetapkan telefon bimbit kepada mod
senyap, dan tidak mengambil gambar
semasa majlis sedang berlangsung.
Hanya jurugambar bertugas sahaja
dibenarkan mengambil gambar di
sepanjang majlis ini.

Hadirin juga dimohon untuk terus


berada di tempat duduk masing-masing
dan mengurangkan pergerakan ketika
majlis sedang berlangsung.

Tuan-tuan dan puan-puan juga dimohon


untuk berdiri ketika perarakan masuk
tetamu kehormat dan terus berdiri
ketika nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Kolej Komuniti.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan di atas kerjasama yang
diberikan.

2|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


3. 8.00mlm Ketibaan
Tetamu ”MENGUMUMKAN, KETIBAAN....
Kehormat
YANG BERHORMAT
(Hafiz) DATUK MARY YAP KAIN CHING
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DENGAN DIIRINGI

YANG BERBAHAGIA
DATO’ AMIR BIN MD NOOR
KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI,
SERTA DIF-DIF KEHORMAT”

Para hadirin dipersilakan berdiri

4. 8.10mlm Nyanyian Hadirin sekalian dimohon terus berdiri


Lagu untuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Negaraku dan Kolej Komuniti.
Lagu Kolej
Komuniti

(Leen)

5. 8.15mlm Ucapan Hadirin sekalian dipersilakan duduk


Aluan
Pengacara Mencari timba si anak dara,
Majlis Di bawah sarang burung tempua; Hafiz
Salam sembah pembuka bicara,
(Hafiz & Leen) Selamat datang untuk semua. Leen

-muncul dari Yang Berhormat


belakang Datuk Mary Yap Kain Ching
stage Timbalan Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia
Dato’ Amir Bin Md Noor
Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia
En. Mohamad Nasir Bin Abd Ghani
Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
3|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

Yang Berusaha
Tuan Haji Wan Muhamad Nasir Bin Wan
Abdul Rahman
Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Yang Berusaha
En. M. Azmi Bin Haji Ruzali
Pengerusi Anugerah Gemilang Kolej
Komuniti 2014 merangkap
Pengarah Kolej Komuniti Hulu Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengarah-pengarah Bahagian
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Pengarah-pengarah Kolej Komuniti

Ketua-ketua jabatan

Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,


tetamu undangan, wakil-wakil media,
wakil-wakil industri, tuan-tuan, puan-
puan, para hadirin serta para pelajar
yang diraikan sekalian.

(Leen) Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera


Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia!!!

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada....

Yang Berhormat
DATUK MARY YAP KAIN CHING
Timbalan Menteri Pendidikan

....kerana dapat meluangkan masa untuk


bersama-sama kita dalam majlis makan
malam pada hari ini. Majlis juga
mengucapkan selamat datang kepada
tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Penyampaian Anugerah Gemilang Kolej
Komuniti 2014!!!

Saya Norhaslin Abu Hassan dan saya Hafiz


A Rahman, akan menemani anda di
sepanjang majlis ini berlangsung.

4|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

Untuk makluman Yang Berhormat serta


para hadirin sekalian,

Ketika perarakan masuk tetamu kehormat


sebentar tadi, kita diserikan dengan
persembahan muzik stompers yang
dipersembahkan oleh kumpulan Kolej
Komuniti RnB Stompers gabungan pelajar-
pelajar kolej komuniti wilayah Sarawak
yang menggelarkan diri mereka Borneo
Stompers.

Manakala persembahan silat sebentar tadi


telah dipersembahkan oleh Encik
Shahabudin Bin Mohd Nor, Pengarah Kolej
Komuniti Shah Alam merangkap ahli
Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.

Berikan tepukan..

5|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


6. 8.20mlm Bacaan Doa
Makan Hadirin yang dimuliakan,
Bagi mendapatkan keberkatan, majlis
(Leen) makan malam ini akan dimulakan
dengan bacaan doa makan. Untuk
menyempurnakan hasrat ini majlis
mempersilakan...

Hafiz Bin A Rahman

...untuk membacakan doa,


dipersilakan.

7. 8.35mlm Jamuan makan Amin, amin Ya Rabbal Alamin.


malam
Kalau tuan pikat cemara, Hafiz
(Hafiz) Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah semua menjamu selera, Leen
Hidangan mesra pengikat kasih.

Yang Berhormat Datuk, serta para


hadirin sekalian,

Majlis pada malam ini dimulakan


dengan majlis jamuan makan.

Dipersilakan..

8. 8.45mlm Persembahan Untuk makluman para hadirin, majlis


tarian pada malam ini bertemakan
kebudayaan 1 Tradisional 1 Malaysia. Di mana ia
menggabungkan kesemua budaya dan
(Leen) tradisi etnik serta kaum yang terdapat
di Malaysia untuk memupuk lagi
semangat perpaduan serta semangat
kekitaan antara kita semua.

Majlis jamuan makan malam pada hari


ini juga akan diserikan dengan pelbagai
persembahan menarik khas untuk
anda semua.

Sambil menjamu selera, kami


persembahkan.....

Persembahan tarian kebudayaan


daripada Semuja Dance Theatre. Sama-
sama kita saksikan...
6|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


9. 8.55mlm Persembahan Begitulah tadi persembahan tarian
Fashion Show 1 kebudayaan yang dibawakan khas
untuk anda semua.
(Hafiz)
Persembahan tarian itu tadi ditarikan
oleh Semuja Dance Theatre yang
mempersembahkan tarian Integrasi
dan juga tarian rakyat.

Penari-penari Semuja Dance Theatre


ini merupakan pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Undang Jelebu,
Negeri Sembilan dan merupakan ahli
kelab kebudayaan di sekolah tersebut
di mana kelab kebudayaan ini telah
ditubuhkan pada tahun 2002 yang
telah berusia 12 tahun. Pelbagai
anugerah telah diraih dari peringkat
daerah sehinggalah peringkat
kebangsaan dan kumpulan tari ini juga
sering dipanggil untuk melakukan
persembahan samada di dalam mahu
pun di luar negara.

Berikan tepukan kepada mereka..

Majlis diteruskan lagi dengan


persembahan peragaan fesyen. 10
buah Kolej Komuniti yang menawarkan
Program Rekaan Fesyen dari seluruh
Malaysia akan memperagakan 11
rekaan yang bertemakan
”Extravaganza”

Sama- sama kita saksikan ”Fashion


Extravaganza”!!!!!!

*(Add lips anyting about the fashion


show)

7|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


10. 9.05mlm Ucapan Aluan Demikianlah tadi persembahan
KP JPKK peragaan fesyen daripada pelajar dan
pensyarah Kolej Komuniti dari seluruh
(Leen) Malaysia. Berikan tepukan.

Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan aturcara, majlis
dengan sukacitanya menjemput
Yang Berbahagia
Dato’ Amir bin Md Noor,
Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.

Dipersilakan.

11. 9.15mlm Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima


Perasmian YB kasih kepada Yang Berbahagia Dato’
Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian
Menteri Kolej Komuniti.
Pendidikan dan
Gimik Para hadirin sekalian, seterusnya,
Perasmian majlis dengan bangganya
mempersilakan
(Hafiz) Yang Berhormat
Datuk Mary Yap Kain Ching,
Timbalan Menteri Pendidikan
Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Gemilang Kolej Komuniti
2014...

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Selepas Perasmian Yang Berhormat)

Majlis dengan ini menjemput Yang


Berbahagia Dato Amir Md Noor, En
Mohamad Nasir Abd Ghani dan En. M.
Azmi Hj Ruzali untuk bersama-sama
Yang Berhormat Datuk Mary Yap bagi
melaksanakan simbolik perasmian
Anugerah Gemilang Kolej Komuniti
2014...

8|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT

Simbolik perasmian menyumpit yang


dilaksanakan oleh Datuk Mary Yap itu
tadi menunjukkan kronologi Anugerah
Gemilang Kolej Komuniti bermula dari
tahun 2010 dengan dikenali sebagai
Anugerah Gemilang Pelajar sehinggalah
ke tahun 2014 dimana majlis anugerah
ini ditrasnformasikan kepada Anugerah
Gemilang Kolej Komuniti.

Pembaharuan yang dilakukan kepada


majlis Anugerah Gemilang Kolej
Komuniti pada tahun ini ialah
penambahan kepada penyampaian
anugerah dimana ia tidak tertumpu
kepada kejayaan pelajar sahaja,
sebaliknya ia juga tertumpu kepada
kejayaan tenaga pengajar dan
kakitangan Kolej Komuniti.

12. 9.28mlm Persembahan Majlis merakamkan ucapan terima


video kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Mary Yap Timbalan Menteri Pendidikan
(Leen) di atas ucapan perasmian serta
perlaksanaan simbolik perasmian itu
tadi.

Yang Berhormat Datuk serta hadirin


yang dimuliakan,

Majlis pada malam ini diteruskan


dengan tayangan video aktiviti pelajar
Kolej Komuniti di sepanjang tahun
2014. Sama-sama kita saksikan.

*Persembahan montaj (2 minit)

Untuk makluman para hadirin,

Tayangan video itu tadi disediakan oleh


Jawatankuasa Multimedia Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti. Berikan
tepukan.

9|Page
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


13. 9.33mlm Penyampaian Majlis pada malam ini diteruskan
Anugerah Sesi 1 dengan acara yang dinanti-nantikan
iaitu penyampaian Anugerah kepada
(Hafiz) pelajar Kolej Komuniti.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan

Tuan Haji Wan Muhamad Nasir Bin


Wan Abdul Rahman
Pengarah Bahagian Pembangunan
Pelajar

Untuk mengiringi...

Yang Berbahagia
Dato Amir Bin Md Noor
Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

bagi menyempurnakan penyampaian


anugerah..

Bagi penyampaian yang pertama iaitu


Anugerah Kecemerlangan Pelajar,
anugerah ini diwujudkan bagi memberi
penghargaan kepada pelajar yang telah
berjaya mengharumkan nama Kolej
Komuniti di samping mendapat
pencapaian yang terbaik dalam
akademik. Pada tahun 2014 ini,
seramai 50 orang pelajar telah dipilih
bagi menerima anugerah ini. Penerima
anugerah juga merupakan para pelajar
yang sering kali mewakili Kolej
Komuniti dari seluruh Malaysia dan
menyertai pelbagai pertandingan sama
ada dalam peringkat daerah, negeri,
kebangsaan mahupun peringkat
antarabangsa....

Anugerah Kecermalangan Pelajar


diteruskan dengan penyampaian yang
pertama.....

10 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT

(Leen) Bagi penyampaian anugerah


seterusnya, Anugerah Khas Alumni...
Anugerah ini diwujudkan bagi
menghargai bekas pelajar Kolej
Komuniti yang telah berjaya serta
masih lagi menyumbang usaha dan
tenaga kepada Kolej Komuniti.

Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

14. 9.53mlm Persembahan Majlis merakamkan ucapan terima


tarian kasih kepada Yang Berbahagia Dato’
kebudayaan 2 Amir atas penyampaian anugerah itu
tadi.
(Leen)
Yang Berhormat Tuan, Tuan-tuan dan
Puan-puan,

Sesi penyampaian anugerah akan


ditangguhkan seketika bagi memberi
laluan kepada persembahan.

Majlis diteruskan dengan persembahan


tarian kebudayaan oleh Kumpulan Sri
Gemalai dari Sekolah Sri Langat,
Selangor.

Mari sama-sama kita saksikan....

15. 10.00mlm Persembahan Begitulah tadi persembahan tarian


Fashion Show 1 kebudayaan yang ditarikan Kumpulan
Sri Gemalai yang mempersembahkan
(Hafiz) tarian samrah, tarian rakyat dan tarian
zapin.

Penari-penari Kumpulan Sri Gemalai


ini merupakan pelajar dari Sekolah Sri
Langat,
Selangor...............................................
.....

11 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT

Majlis diteruskan lagi dengan


persembahan peragaan fesyen. 10
buah Kolej Komuniti yang menawarkan
Program Rekaan Fesyen dari seluruh
Malaysia sekali lagi akan
memperagakan 11 rekaan yang
bertemakan ”Islamic”

Sama- sama kita saksikan....

*(Add lips anyting about the fashion


show)

(Leen) Untuk makluman Yang Berhormat


Datuk, serta para hadirin sekalian..

Persembahan peragaan fesyen bagi


Anugerah Gemilang Kolej Komuniti
pada malam ini dikendalikan
sepenuhnya oleh sebuah pasukan
pengurusan acara yang dikenali
dengan Kolej Komuniti Pasir Salak
Event Team... Berikan tepukan kepada
mereka...

16. 10.10mlm Penyampaian Kita teruskan majlis pada malam ini


Anugerah Sesi 2 dengan acara penyampaian Anugerah
seterusnya kepada pelajar Kolej
Komuniti.
(Leen)
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Yang Berbahagia
Dato Amir Bin Md Noor

Untuk mengiringi...

Yang Berhormat
Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan

Untuk menyempurnakan penyampaian


anugerah..

Bagi penyampaian yang pertama..


12 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


Anugerah Khas OKU
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang kedua..


Anugerah Khas Sukan
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang seterusnya..


Anugerah Khas Kemahiran
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang seterusnya..


Anugerah Khas Alumni
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang seterusnya..


Anugerah Khas Kemahiran
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang terakhir..


Anugerah Khas Ketua Pengarah
Dijemput
saudara ...............................................
........ dari Kolej
Komuniti...............................................

Bagi penyampaian yang kedua..


Anugerah Khas Kesukarelawanan
(BRISK)
Dijemput
saudara ...............................................
13 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


........ dari Kolej
Komuniti...............................................

17. 10.30mlm Penyampaian Tahniah dan syabas kepada para


Cenderamata pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti
yang telah menerima anugerah pada
(Hafiz) malam ini.

Dipohon agar Yang Berhormat , untuk


terus kekal berdiri di atas pentas bagi
acara penyampaian cenderamata.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang


Berbahagia Dato’ Amir Md Noor, untuk
menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berhormat Datuk Mary Yap di
atas kesudian merasmikan majlis dan
menyampaikan anugerah kepada para
pelajar Kolej Komuniti.

Dengan segala hormatnya


dipersilakan...

18. 10.35mlm Sesi Bergambar Majlis merakamkan ucapan terima


kasih di atas penyampaian cenderahati
(Leen) tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi


bergambar. Dijemput Yang Berhormat
Datuk Mary Yap diiringi Dato Amir Md
Noor serta tetamu-tetamu kehormat
untuk bersama-sama di atas pentas
utama bagi sesi bergambar bersama
semua penerima anugerah pada malam
ini. Dipersilakan....

16. 10.45mlm Persembahan Majlis pada malam ini akan


Artis Jemputan dihangatkan lagi dengan persembahan
penutup daripada artis jemputan..

(Hafiz) Dijemput artis yang tidak asing


lagi....................................

Berikan tepukan......

14 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


17. 11.00mlm Perarakan Begitulah tadi persembahan daripada
Keluar Tetamu artis ............................
kehormat Berikan tepukan.....

(Leen) Hadirin yang dihormati sekelian,


Majlis sekali lagi mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada
Yang Berhormat
Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
kerana sudi menyempurnakan Majlis
Anugerah Gemilang Kolej Komuniti
2014....

Sekalung ucapan terima kasih buat


tuan-tuan, puan-puan, serta para
hadirin yang turut sama memeriahkan
Majlis Anugerah kita pada malam ini.

Tidak lupa, TAHNIAH dan SYABAS


kepada penerima Anugerah Gemilang
Kolej Komuniti 2014 pada malam ini.

15 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM
SKRIP PENGACARA ANUGERAH GEMILANG KOLEJ KOMUNITI 2014

BIL MASA CUE ANNOUNCEMENT


18. 11.02mlm Majlis Tamat Hadirin yang dirahmati,
Majlis Anugerah Gemilang Kolej
Komuniti 2014 ini telah sampai ke
penghujungnya. Di kesempatan ini,
bagi pihak penganjur, kami
merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan majlis
pada malam ini.

Sebelum majlis bersurai, Yang


Berhormat serta para hadirin akan
dihiburkan dengan persembahan
daripada kumpulan muzik pelajar Kolej
Komuniti yang tidak asing lagi iaitu
Borneo Stompers....

Sekian dahulu Majlis Anugerah


Gemilang Kolej Komuniti 2014...
Jumpa kita di tahun 2015....

Wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum wbt, salam mesra
SALAM 1MALAYSIA!!!.

16 | P a g e
BY BLACK 19Dec2014 / 02.00AM

Anda mungkin juga menyukai