Anda di halaman 1dari 55

LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 1 -)

TASK: 4.07

INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR

Unloading

 Untuk menurunkan set penjana dari pengangkutnya secara selamat dan cekap,
beberapa perkara hendaklah diberikan perhatian:

i. Peralatan mengangkat adalah bersesuaian dengan tugas yang hendak dilakukan.

ii. Tali pengikat berada dalam keadaan yang betul iaitu atau jika menggunakan fork lift ,
pengangkatnya berada dalam keadaan stabil.

iii. Permukaan tanah boleh menampung berat penjana dan peralatan mengangkat. Kayu
pelapik hendaklah digunakan jika permukaan tanah lembut.

iv. Set penjana hendaklah diturunkan berhampiran dengan tempat pemasangan atau
pengangkutnya berada dalam keadaan mudah diselia dan dikendalikan.

 Contoh peralatan:

i. Crane, tali pengangkat, spreader, lifting hook dan shackles


ii. Lift truck

Tali pengangkat

i. Padankan peralatan mengangkat pada pemegang set penjana yang telah direkabentuk
untuk operasi ini.

ii. Secara perlahan tegangkan tali pengangkat.

iii. Pastikan tali pengangkat yang digunakan cukup kuat untuk menampung berat penjana.

iv. Secara perlahan-lahan angkat set penjana.

v. Gerakan set penjana ke tempat pemasangan.

vi. Perlahan-lahan turunkan set penjana dan betulkan kedudukannya sehingga bersesuaian
dengan tapak pemasangan.

vii. Longgarkan tali pengangkat, buka dan keluarkan peralatan pemegang yang lain.

viii. Guna sekurang-kurangnya 2 orang tenaga kerja.

Lift Truck

i. Masukan pengangkat di bawah set penjana dan pastikan pengangkat akan mengangkat
struktrur utama set penjana.

ii. Angkat dan kendali set penjana secara perlahan-lahan.

iii. Letakan set penjana ditempat pemasangan.

iv. Guna sekurang-kurangnya 2 orang tenaga kerja. Termasuk pemandu lift truck.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 2 -)

Crane, tali pengangkat, spreader, lifting hook dan shackles

Lift Truck

Pengendalian Pemasangan

i. Sendal kayu penahan dihujung set penjana.

ii. Angkat sedikit set penjana dengan mengunakan 2 jacks dan masukan dua batang tube
paip logam dibawahnya.

iii. Gerakan set penjana ketempat pemasangan dengan menolaknya secara manual atau
menariknya dengan menggunakan winch yang diikat pada bingkai.

iv. Apabila sampai ke tapak pemasangan, betulkan kedudukan set penjana, sendalkan kayu
penahan dan angkat sedikit dengan menggunakan jack.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 3 -)

v. Keluarkan tube paip logam dibawah set penjana dan turunkan perlahan-lahan serta
pastikan kedudukan set penjana adalah seperti dikehendaki.

 Contoh peralatan yang digunakan:

i. 2 jacks, tiga batang paip yang sama lebar dengan set penjana dan 1 winch atau pulley
system.

 Jika kedudukan tanah tidak rata atau kedudukan tapak pemasangan masih lagi jauh,
gunaka lift truck dengan pengangkatnya lebih panjang dari lebar set penjana.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 4 -)

 Jika bilik enjin mempunyai kemudahan mengangkat seperti crane rail dan travelling
block, gunakan ia seperti rajah dibawah.

Lokasi

 Lokasi penjana bergantung kepada aplikasi penjana dan kemudahan system sokongan
penjana seperti pengudaraan, pendawaian, ekzos dan bahan api.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 5 -)

 Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Lokasi yang ideal bagi penjana ialah jauh dari suhu ambient yang tinggi dan penjana
dilindungi dari gangguan cuaca. Adalah dicadangkan supaya kedudukan penjana
hendaklah berhampiran dengan beban.

ii. Struktur penjana hendaklah kuat dan boleh menampung berat alat tambahan lain yang
dipasang bersamanya.

iii. Struktur hendaklah dibina untuk menahan kebakaran sehingga 1 jam.

iv. Tempat pemasangan hendaklah bersih, kering dan tiada punca yang membolehkan
terjadinya banjir.

v. Penjana akan panas semasa beroperasi. Tidak disyorkan memasang penjana terlalu
hampir dengan dinding. Lokasi penjana hendaklah mempunyai pengudaraan yang cukup
dan menggunakan pengudaraan duct work yang minimum.

 Lokasi juga dilengkapi dengan system ekzos yang membolehkan asap dibawa keluar
dan tidak mencemarkan alam sekitar. Perhatian hendaklah diberikan supaya asap tidak
masuk semula ke bilik penjana.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 6 -)

 Lokasi hendaklah dilengkapi dengan penyerap bunyi dan gegaran.

 Ruang kelegaan untuk penjana bagi tujuan senggaraan dan pemeriksaan ialah 3 kaki
( 0.914 meter ) dan 5 kaki dari kawasan terbuka, contohnya pintu masuk, tingkap atau
lubang udara.

 Bekalan bahan api dan cara pengisian bahan api yang mudah hendaklah
dipertimbangkan.

 Bilik penjana hendaklah dilengkapi dengan lampu dan lampu kecemasan.

 System ekzos yang salah

 bukaan pengudaraan yang salah

 Tapak set penjana yang salah.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 7 -)

 Undersized access

 Kendalian bahan api yang sukar

 Sukar untuk pemeriksaan dan senggaraan.

Tapak Penjana.

 Tapak penjana hendaklah boleh menyokong berat keseluruhan penjana. Ini termasuklah
bahan api, minyak pelincir atau apa-apa bahagian yang berkaitan dengan penjana.

 Sediakan ruang kelegaan disekeliling penjana sekurang-kurangnya 3 kaki untuk


pemeriksaan, senggaraan dan pembaikan.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 8 -)

 Ketika hendak membuat anggaran kemampuan tapak untuk menampung berat penjana,
pastikan berat bahan api, bahan penyejukan, piping, pumps, kabel dan struktur sokongan
termasuk di dalam perkiraan. Ini kerana kebanyakan penjana dijual didalam keadaan
tangki kosong.

Pemasangan di tapak. ( Mounting )

 Tapak konkrit yang lengkap dengan anchored mounting bolt adalah disyorkan. Steel
Beam juga diterima sebagai alternative. Tapak berguna ketika kerja penyenggara dan
pembaikan penjana dilakukan. Disamping itu ia dapat mengelakan penjana dari
kelembapan yang terjadi dari peresapan. Tapak penjana hendaklah diasingkan dan
berkecuali dari struktur sekelilingnya.

 Perkara berikut hendaklah diberi perhatian didalam penyediaan tapak penjana

 Tapak konkrit penjana secara single atau double boleh digunakan. Ketinggian tapak
yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya 6” dari lantai.

Tapak penjana secara single concrete mounting

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 9 -)

Tapak penjana secara double pedestal concrete mounted.

 Tapak penjana secara double pedestal concrete mounted memudahkan kerja


pembersihan di bawah penjana.

 Tapak penjana secara double pedestal concrete mounted juga memudahkan


pemeriksaan bagi mengesan kebocoran minyak atau air penjana.

 Tapak konkrit hendaklah mempunyai ruang kelegaan sekurang-kurangnya 12 inci dari


kaki penjana bagi semua penjuru.

 Semakin tinggi tapak penjana, semakin mudah kerja-kerja penyenggaraan dan


pemeriksaan dilakukan. Kebiasaannya ketinggian tapak ialah 6 inchi dari lantai.
Kadangkala ketinggian yang melebihi 6 inchi memberi kelebihan ketika penukaran
minyak pelinciran.

 Binaan tapak penjana terdiri dari beberapa campuran. Kebiasaanya nisbah untuk
campuran simen, pasir dan agregatenya ialah 1: 2: 3 dengan maksimum 4 inci ( 102
mm ) dalam dan 28 hari dibiarkan mampat pada 2500 p.s.i ( 173 kpa ).

 Kebiasaanya tapak penjana tidak dilengkapi dengan penahan kebakaran. Bagaimanapun


kawasan di bawah enjin dan bukaannya sekurang-kurangnya 12 inci ( 305mm )
hendaklah dilitupi dengan penebat kalis kebakaran dan kepingan logam antara penebat
dan penjana.

 Kebiasaanya penebat kalis api diperbuat daripada fiberglass.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 10 -)

 Kebiasaanya, setiap penjana dikilangkan lengkap dengan vibration isolator yang dapat
mengurangkan bunyi dan gegaran yang terhasil.

Pengudaraan

1. Pemasangan penjana outdoor

 Udara sejuk akan digunakan disemua sudut penjana bagi memastikan system
penyejukan adalah berkesan. Rujuk dengan manual pengilang penjana untuk
memastikan system penyejukan adalah berfungsi dengan optima. Factor seperti iklim
dan arah tiupan angin hendaklah dipertimbangkan bagi pemasangan di luar.

 Jika penjana dipasang ditempat yang bersuhu sejuk dan rendah, dapatkan nasihat dari
pengilang dimana bahan anti frost mungkin dperlukan.

 Perkara yang perlu dilakukan bagi pemasangan diluar:

i. Rancang pemasangan dengan teliti untuk mencegah dari udara penyejuk untuk
penjana dihalang oleh daun-daun, rumput dan lalang.

ii. Cuba dapat elakan dari enjin berada dalam laluan angin yang kencang.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 11 -)

2. Pemasangan penjana indoor

 Apabila penjana dipasang didalam bangunan, pengudaraan yang cukup hendaklah


diadakan bagi mengurangkan kepanasan yang terhasil dari pembakaran enjin.
Kebiasaanya pengudaraan penjana dilakukan dengan memasang air inlet, air outlet /
exhaust fan dan lain-lain bukaan untuk pengudaraan.

 Perkara berikut hendaklah dipatuhi:

i. Jangan halakan bukaan air inlet kearah tiupan angina. Ini kerana ia akan menyukarkan
air intake louver untuk membuka ketika penjana dihidupkan.

ii. Air inlet hendaklah berkebolehan memastikan pengudaraan bilik enjin adalah cukup
berdasarkan CFM ( cubic feet per minute ) penyejukan penjana yang ditetapkan oleh
pengilang. Ini bermakna saiz bukaan air inlet adalah lebih besar dari exhaust fan out let
bilik enjin.

iii. Tetapkan kedudukan bukaan air inlet, pengudaraan dan air out let supaya udara yang
dibawa keluar tidak masuk semula kedalam bilik enjin.

iv. Louvers, screening, expanded metal dan lain-lain bahan yang digunakan untuk bukaan
udara akan menyekat aliran udara. Sekatan ini hendaklah seimbang dengan membuat
bukaan udara dengan lebih besar.

Kipas Pelawas dan Air Inlet Louvers

 Terdapat juga pemasangan dalaman yang memerlukan pemasangan kipas pelawas


yang banyak bagi memastikan udara panas dialir keluar.

 Saiz kipas pelawas hendaklah sesuai supaya udara panas atau asap ekzos tidak
memasuki semula bangunan.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 12 -)

Sesalur Udara

 Kipas menyejuk enjin akan menyedut banyak udara ketika beroperasi. Udara panas akan
terhasil dan mesti dibawa keluar dari bilik supaya tidak berlaku kepanasan.

 Perkara berikut hendaklah dipatuhi bagi pengudaraan enjin penjana di luar bangunan.

i. Jika boleh jangan menggunakan duct work untuk keseluruhan system. Ianya boleh
dilakukan dengan menghalakan inlet air duct ke arah penjana dan membuang udara
panas secara horizontally ke luar.

ii. Bina air outlet duct dengan self-supported sheet metal.

iii. Jangan letakan bukaan air out let berhapiran dengan bangunan atau dinding. Ini kerana
ia akan mencetuskan bunyi bising ketika enjin beroperasi.

iv. Jika duct work perlu dipasang pada system, rekabentukan ia seberapa ringkas yang
boleh dan kurangkan jumlah bengkokan

Indoor ventilation duct


 Contoh pemasangan dalaman penjana bersaiz kecil

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 13 -)

 Contoh pemasangan dalaman penjana bersaiz besar

Louvers, Screening dan Expanded Metal

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 14 -)

 Apabila louvers, screening atau expanded metal digunakan untuk menutup bukaan udara
di bilik enjin, pertimbangan hendaklah diberikan dimana ianya tidak terlalu menyekat aliran
udara. Oleh itu saiz bukaan udara hendaklah berpadanan dan sesuai dengan jaring
penutup yang digunakan.

 Louvers : Pemasangannya pada bilik enjin adalah secara tetap atau boleh dibuka.

Louver

 Screening dan Expanded Metal: Kebiasaannya pemasangan pada bukaan udara


masuk dan keluar adalah secara tetap.

Screening dan Expanded Metal


Soundproofing

 Bilik penjana hendaklah dilengkapi dengan system penyerap bunyi.

 Cirri-ciri bilik penjana bagi tujuan ini ialah:

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 15 -)

i. Struktur binaan bangunan: cast concrete atau blok concrete dengan minimum 20cm
tebal.

ii. Anti – vibration mounts dipasang dibawah set penjana.

iii. Dinding dan siling hendaklah dipasang dengan bahan penyerap bunyi seperti rockwool.

iv. Memasang exhaust muffler yang sesuai.

v. Memasang pintu penyerap bunyi.

vi. Penyerap bunyi juga dipasang pada bukaan air inlet dan out let.

Tangki Bahan Api

 Minyak diesel diklasifikasikan sebagai bahan yang merbahaya dan mudah terbakar. Bagi
pemasangan penjana secara tetap ia mengandungi 2 tangki iaitu tangki kegunaan harian
dan tangki simpanan. Bagaimana pun jika penggunaan penjana tidak terlalu banyak, maka
satu tangki sudah memadai.

1. Tangki dengan pengisian secara manual.

 Ini ialah tangki yang biasa dan ianya diperiksa setiap kali penggunaan.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 16 -)

2. Tangki dengan pengisian automatic

 Ianya dicadangkan bagi penjana tunggu sedia yang hidup secara automatic. Tangki akan
diisi secara automatic oleh pump motor elektrik dari tangki simpanan utama.

1. Doublewall main fuel tank


2. Leakage sensor cell
3. Refili opening
4. Police fuel shut off point
5. Fire fighter fuel shut off point
6. 600 litre sedimentation tank
7. 500 litre daily service tank
8. Gauge with level contacter
9. Manual pump
10. Electric pump
11. Generating set
12. Air vent
13. Police fuel valve
14. Fire fighter fuel valve
15. Earth point
16. Electric fuel level gauge sender
17. Foot valve and screen

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 17 -)

18. Concrete base


19. Anchoring bolts
20. Excavation
21. Pipe duct
22. Inspection plate
23. Drains
24. Minimum diameter 0,7 x 0,7 metres
25. Type and capacity label

Exhaust Gas

 Rekabentuk ekzos penjana adalah penting. Beberapa perkara hendaklah diambil kira
seperti:

i. Pressure loss
ii. Insolation
iii. Suspension
iv. Noise level
v. Air pollution

 Perlu diberi perhatian bahawa jika terlalu banyak bengkokan, ia akan menyebabkan
pressure loss yang tinggi. Oleh itu paip ekzos yang berdiameter besar hendaklah
digunakan

 Set penjana selalunya didatangkan dengan built-in muffler. Ianya hendaklah disesuaikan
dengan exhaust expansion joint. Expansion joint ini atau flexible exhaust hendaklah
dipasang diatas canopy exhaust out let.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 18 -)

1 - Exhaust pipe
2 - Elbows
3 - Expansion joint
4 - Condensation drain
5 - Wall and roof seals
6 - Exhaust outlet
7 - Suspension device
8 - Support frame
9 - Pipe stand
10 - Muffler suspension system
11 - Heat insolation
12 – Muffler
Exhaust Piping

1. Paip

 Paip ekzos yang digunakan hendaklah terdiri daripada unwelded pipe.

 Setiap bengkokan tidak bersudut tepat atau disambung

2. Expansion dan flexible exhaust

i. Flexible exhaust: membenarkan berlakunya pergerakan set penjana dalam jarak yang
sangat kecil.

ii. Expansion exhaust: menyerap gegaran enjin set penjana.

PENGENDALIAN LOW VOLTAGE GENERATOR

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 19 -)

Low Voltage Generator

Pada bahagian dalam penjana boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu:

i. Bahagian Tidak Bergerak ( Stationary ) iaitu stator


ii. Bahagian Bergerak ( Rotating ) iaitu rotor.

Sesebuah stesen janakuasa mempunyai 3 bahagian utama iaitu:

i. Janakuasa / penjana
ii. Penggerak Utama
iii. Penguja.

Penjana merupakan bahagian yang menghasilkan tenaga elektrik. Prinsip penjana ialah “
Pergerakan Pengalir Memotong Urat Daya Magnet “ atau “ Urat daya menghasilkan DGE pada
alternator dan dikeluarkan.

Penggerak Utama merupakan bahagian yang menggerakan angker ( rotor ) utuk memotong
medan magnet yang dihasilkan oleh stator. Bahagian ini dinamakan turbin berputar atau dasar
punca yang datangnya dari air, stim, diesel, gas dan lain-lain.

Penguja Utama membekalkan arus penguja pada gelung medan iaitu stator.

Penguja Pilot membetulkan arus penguja pada gelung penguja utama. Terdapat dua jenis
penguja pilot iaitu

i. Berkarbon brush – arus terus


ii. Tanpa karbon brush – arus ulang alik.

Permohonan Pepasangan Janakuasa

 Mana – mana kontraktor yang berdaftar yang telah berjaya mendapat tender berkaitan
pepasangan janakuasa hendaklah membuat permohonan dengan Suruhanjaya bagi tujuan
itu.

 Langkah – langkah yang perlu diambil untuk menyedia permohonan sesebuah pepasangan
janakuasa ialah

i. Membuat permohonan kepada Suruhanjaya Tenaga.

ii. Menghantar butir – butir berikut:

a. Pelan papan suis utama serta janakuasa.


b. Sijil pemeriksaan
c. Sijil ujian papan suis utama
d. Sijil ujian A.C.B
e. Sijil ujian janakuasa

Keperluan Asas Bilik Enjin

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 20 -)

i. Chamber Bumi
ii. Papan tanda BAHAYA
iii. Pemadam Api
iv. Tikar getah alas kaki
v. Pengedaran Udara – Exhaust Fan
vi. Carta Pertolongan Cemas
vii. Lukisan skematik papan suis yang berkaitan.
viii. Surat akuan pendaftaran dari Suruhanjaya Tenaga.
ix. Lampu
x. Sealed untuk Geganti Rosak Ke Bumi.
xi. Lampu Kecemasan.

Keperluan Papan Suis Janakuasa.

i. Air Circuit Breaker ( ACB ) – Pemutus Litar


ii. Geganti Lebihan Beban ( Over load Relay )
iii. Geganti Lebihan Arus ( Over Current Relay )
iv. Geganti Kerosakan Ke Bumi ( Earth Fault Relay )
v. Geganti Kuasa Balikan ( Reverse Power Relay )
vi. Geganti Kelajuan Lampau ( Over Speed Relay )

Alat Pengukuran

i. Voltmeter
ii. Ammeter
iii. Kilowatt Meter
iv. Kilowatt Hour Meter
v. Power Factor Meter
vi. Frequency Meter

Panel kawalan ( Generator Control Panel )

Penjana berkadaran kecil biasanya boleh dikawal oleh panel kawalan yang terdapat pada
penjana. Manakala penjana yang berkadaran besar akan dikawal dari bilik khas penjana.

Panel kawalan penjana adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah dibawah

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 21 -)

Panel kawalan penjana mengandungi perkara - perkara berikut;

Peralatan Fungsi
Frequency meter Untuk menunjukan frequency penjana
Voltmeter Untuk menunjukan voltan penjana
Selecttor switch Untuk memeriksa pilihan fasa untuk arus atau
voltan bekalan
Transfer Switch Untuk membuka atau menutup pemutus litar
Indication Light Untuk menunjukan kewujudan bekalan atau
status penggera dan keadaan peralatan
penjana.
Start/ stop Button Switch Untuk menghidupkan dan mematikan enjin
penjana.
Ammeter Untuk menunjukan arus setiap fasa yang
dihasilkan penjana
Speed Switch Untuk melaras kelajuan enjin bagi
membetulkan kedudukan frequensi penjana.

Gambarajah litar panel kawalan adalah seperti dibawah:

Two Generator Operation

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 22 -)

Generic control panel facilities.

Short Form Details


A Ammeter
ADJ Adjustment
BKR Breaker
DISC Disconnect Device
EXC Exciter Generator
F Frequency Meter
Gov Governor
L Sync. Lamp ( Light )
PF Power Factor Regulator
REG Regulator
SW Switch
SYN Synchroscope
ENG Engine
V Voltmeter
W Wattmeter

Panel Synchronising.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 23 -)

Bagi panel kawalan yang mengawal dua penjana, perkara-perkara ini adalah perlu seperti yang
ditunjukan rajah dibawah.

Synchroscope ialah alat yang menunjukan status pusingan fasa dan kelajuan enjin penjana.
Ianya berguna ketika proses pensegerakan atau dikenali sebagai Synchronising Proses.

Synchroscope Dan Synchronous Lamp

Synchroscope

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 24 -)

Synchroscope adalah alat penting ketika proses snychronising atau penyegerakan.

Penyegerakan bermaksud: Mencantumkan 2 penjana atau lebih secara selari bagi meningkatkan
lebih kuasa ( Kw ) bagi permintaan beban.

Jika frequency dari penjana masukan ( generator 2 ) lebih tinggi dari frequency busbar, penunjuk
( jarum ) synchroscope akan bergerak ke arah Fast ( ikut pusingan jam ). Manakala jika penunjuk
( jarum ) synchroscope akan bergerak ke arah Slow ( lawan pusingan jam ), bermakna
frequency penjana lebih rendah dari frequency busbar ( generator 1 ).

Ketika jarum penunjuk berputar mengikut arah jam serta berada pada kedudukan pukul 12 atau 0
darjah, pemutus litar ( Disconnect Switch ) hendaklah di On dalam keadaan secepat yang boleh.
Jadi untuk mengelakan proses ini gagal kita hendaklah menjangkakan putaran jarum berada
antara 1 dan 2 darjah dan menghidupkan suis dengan pantas.

Apabila proses ini Berjaya, jarum penunjuk tidak lagi berputar tetapi kekal pada kedudukan pukul
12 atau 0 darjah.

Synchronous Light

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 25 -)

Sychronising Lamps dipasang berhampiran dengan synchroscope. Ia memberi panduan


tambahan kepada synchroscope dan boleh dijadikan pilihan kedua dalam anggaran segera bagi
menentukan kesejajaran frequency dan voltan jika synchroscope tidak berfungsi.

Jika frequency dari penjana berbeza dengan frequency busbar, lampu akan menjadi terang
malap. Bagaimanapun jika lampu keadaan malap, ini bermakna jarum syncroscope berada pada
kedudukan 0 darjah.

Geganti Perlindungan

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 26 -)

Geganti perlindungan untuk penjana adalah seperti jadual dibawah.

GEGANTI FUNGSI
Over Current Relay Untuk melindungi penjana dari berlaku lebihan
arus. Ianya berpunca dari litar pintas atau
lebihan beban.
Under Voltage Relay Geganti yang memutuskan litar jika voltan
bekalan jatuh dari paras sebenar.
Over Voltage Relay Geganti yang memutuskan bekalan jika voltan
keluaran tinggi dari paras sebenar.
Under Frequency Relay Geganti yang mengesan kejatuhan frequency
penjana dan busbar.
Over Frequency Relay Geganti yang mengesan kenaikan frequency
penjana dan busbar.
Reverse Power Relay Geganti mematikan penjana jika penjana yang
memberi bekalan mendapat bekalan dari
penjana lain atau beroperasi seperti motor.
Earth Fault Relay Untuk melindungi penguna dan penjana dari
arus rosak ke bumi.

Pemutus Litar

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 27 -)

Pemutus litar digunakan untuk memutuskan bekalan jika berlaku Arus Rosak ke Bumi, Beban
Lebih atau Litar pintas. Ianya akan digunakan bersama geganti-geganti perlindungan papan suis.
Rajah di bawah menunjukan Pemutus Litar Udara dan symbol lukisan untuk pemutus litar.

Geganti Perlindungan Dan Motor Control Centre.

Ada juga panel kawalan penjana yang dipasang bersama dengan MCC ( Motor Control Centre).
Rajah dibawah menunjukan susunan yang betul bagi panel, geganti dan MCC.

Motor Control Center diadakan bagi membekalkan bekalan ke pelbaga beban besar bermotor di
dalam loji secara berpusat. MCC hendaklah dilengkapi dengan Fius, Litar Kawalan, Pengasing,
Contactor, Lampu penunjuk atau Ammeter

Contoh Geganti Perlindungan

i. Geganti Arus Lebih ( Over Current Relay )

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 28 -)

 Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam kilo Ampere (kA) – fault level
current) dan sebabnya ialah terdapat kerosakan litar pintas diantara fasa ke fasa
atau ke neutral atau bumi.

 Arus lebih tidak boleh ditanggung oleh pemasangan walaupun seketika kerana
nilai arusnya tersangat tinggi dan pemutus litar mestilah bertindak dengan
segera iaitu kurang dari satu saat. Jika tidak, ia akan merosakan pemasangan
akibat arus yang tinggi.

ii. Geganti Rosak Ke Bumi ( Earth Fault Relay )

 Rosak ke bumi bermaksud telah berlaku sentuhan terus antara pengalir hidup dengan
pengalir bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan. Ini disebabkan sentuhan
pengalir hidup dengan bahagian-bahagian yang dibumikan iaitu bahagian-bahagian yang
boleh mengalirkan elektrik terutamanya logam.

iii. Geganti Kuasa Balikan ( Reverse Power Relay )

 Apabila dua atau lebih janakuasa diselarikan, jika perkara seperti voltan atau kelajuan
tidak sama, akan terjadilah salah satu janakuasa akan rendah kuasanya. Ini
menyebabkan satu janakuasa yang tinggi akan bertindak keatas janakuasa yang kecil.
Keadaan ini samalah seperti motor menerima bekalan. Kemungkinan sebab yang lain
ialah apabila janakuasa yang berlainan penggerak seperti satu enjin diesel dan satu lagi
turbin, jika berlaku sesuatu kerosakan pada janakuasa penggerak disel. Ketika itu kuasa
yang dijana oleh janakuasa penggerak turbin akan terbalik masuk ke janakuasa diesel.
Dengan secara tidak lansung janakuasa diesel akan menjadi motor. Akibatnya janakuasa
akan mengalami kerosakan pada gegelungnya. Keadaan yang berlaku ini juga dikenali
sebagai Kuasa Balikan. Untuk mengelakan ini dari berlaku geganti kuasa balikan akan
dipasang diantara janakuasa dan busbar. Apabila perkara ini berlaku, geganti kuasa
balikan ini akan terpelantik serta membuka sesentuh litar utama, seterusnya
mengasingkan janakuasa dengan busbar.

iv. Geganti Kelajuan Lampau ( Over Speed Relay )

 Terdapat sesuatu keadaan dimana enjin diesel dan janakuasa mempunyai kelajuan yang
tinggi. Ini disebabkan oleh isipadu minyak dan udara yang masuk melebihi permintaan
beban. Jika ini berlaku, geganti kelajuan lampau akan terpelantik dan mengasingkan
janakuasa dari busbar. Tahap setting geganti kelajuan lampau ialah 10% dari kelajuan
penuh.

Langkah Operasi.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 29 -)

Langkah – langkah untuk menghidupkan penjana tunggu-sedia secara manual.

i. Pastikan pemutus litar ( MCCB ) ke beban dalam keadaan Off.

ii. On Disconnect Link ( Isolator ) ke busbar.

iii. Laras Voltage Regulator ke Automatic

iv. Hidupkan enjin dan pastikan kelajuan enjin adalah betul seperti spesifikasi.

v. Jika perlu, guna Governor Control Switch untuk melaras kelajuan bagi memastikan
frequensi adalah berkadaran betul ( 50Hz ).

vi. Jika perlu laraskan Voltage Regulator untuk mendapatkan kadaran voltan yang
betul.

vii. On pemutus litar ( MCCB ) ke beban bermula dari beban terkecil hingga ke beban
terbesar.

viii. Pastikan tiada perubahan pada voltan keluaran dan frequency ketika beban
dihidupkan.
Langkah – Langkah Keselamatan

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 30 -)

Sebelum menghidupkan enjin ( penggerak utama ), pastikan pemutus litar ke beban berada
dalam keadaan Off ( buka ).

Diagram Skematik Penjana Tunggu – Sedia.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 31 -)

Lukisan skematik adalah perkara penting yang diperlukan ketika melakukan pemeriksaan berkala
atau penyenggaraan. Tanpa lukisan tersebut, ia boleh melambatkan kerja dan menyukarkan jika
hendak melakukan pembaikan segera apabila berlaku kecemasan. Ini kerana dengan melihat
secara visual larian kabel tidak berkesan jika kedudukan kabel dan busbar terlindung.

Dalam lukisan skematik penjana terdapat 3 perkara utama yang mesti ditunjukan iaitu:

i. Penjana

ii. Pemutus Litar

iii. Geganti Perlindungan

Lukisan skematik hendaklah dilabel dengan rapi bagi memudahkan kita membaca litar tersebut.
Ianya adalah seperti rajah dibawah.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 32 -)

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 33 -)

Dari lukisan di atas kita dapati perkara-perkara seperti berikut:

I. Alat Pengukuran

a. Voltan keluaran penjana diukur dengan Voltmeter yang disambung bekalan ke fius
sebelum Pemutus Litar.

b. Untuk Frequency Meter dan Hour Run meter, ia disambung secara selari dari Voltmeter.

c. Tiga lampu penunjuk untuk menunjuk status bekalan juga disambung dari fius yang
sama yang digunakan oleh Voltmeter, Frequency Meter dan Hour Meter.

II. Geganti Perlindungan

a. Terdapat 4 CT ( Current Transformer ) yang dipasang pada busbar dan disambungkan


ke Over Current Relay.

b. Ketika berlaku arus lebih, gegelung arus CC akan berfungsi. Sesentuh Normally Close
akan bertukar menjadi Normally Open. Ini menyebabkan UVT ( Under Voltage Trip ) tidak
mendapat bekalan dan terus melepaskan pluger yang menolak mekanikal memutuskan
bekalan.

III. Penjana

a. Penjana mengeluarkan 415V a.c , 50Hz disambung ke MCCB yang berkadaran 500A.
MCCB ( Moulded Case Circuit Breaker ) ialah peranti perlindungan yang membuka ( Off )
atau menutup ( On ) litar.. 500A TP bermaksud MCCB itu mempunyai tiga kutub.

b. Selepas MCCB, bekalan tadi terus melalui basbar yang dilengkapi dengan Alatubah Arus
( CT ) seperti yang ditunjukan pada A. Ratio CT adalah 500/5A. 500 disini ialah bahagian
primary dan 5A ialah bahagian secondary CT. Arus secondary ini akan menjana peranti
perlindungan seperti Over Curent Relay dan Earth Fault Relay.

c. Tiga bilangan CT seperti yang ditunjukan pada B ialah untuk digunakan pada Ammeter.
Arus sehingga 500A akan diubah ke 5A bagi membolehkan ianya sesuai dengan
keupayaan arus Ammeter. CT itu sebenarnya membuat arus replica bagi paparan arus
setiap fasa.

d. Kilowatt Hour Meter ( KWHM ) juga mengambil bekalan dari CT yang ditunjukan pada B.
Untuk voltan bekalan ia disambung melalui 3 unit fuse dan neutral yang disambung terus
dari busbar. KWHM digunakan untuk merekodkan kuasa yang digunakan berdasarkan
bilangan jam.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 34 -)

Lukisan Skematik Papan AMF

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 35 -)

Litar kawalan

Manual Synchronising Switchboard

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 36 -)

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 37 -)

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 38 -)

General Arrangement For Main Switchboard

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 39 -)

MENGENDALI ENJIN PENJANA.

Langkah – Langkah Keselamatan

I. Pencegahan kebakaran

a. Jangan mengisi bahan bakar ketika enjin sedang beroperasi.

b. Lap bahagian percikan minyak dengan menggunakan kain yang bersih.

c. Jauhkan bahan mudah meletup dan terbakar seperti gasoline, kerosene, mancis
dari berada berhampiran dengan enjin. Ini kerana suhu ekzos adalah tinggi
semasa ia beroperasi.

d. Untuk memberi ruang pengudaraan yang baik dan mengelakan suhu


persekitaran enjin menjadi tinggi, pasang penjana sekurang-kurangnya 3’ ( 1
mtr ) dari dinding bilik penjana.

II. Pencegahan Asap Beracun

a. Gas ekzos mengandungi gas beracun seperti carbon monoxide.

b. Jangan hidupkan enjin di tempat yang tiada ruang pengudaraan yang cukup
seperti di dalam bilik tertutup atau terowong. Adakan system pengudaraan jika
pemasangan ditempat begini tidak dapat dielakan.

III. Ketika Mengecas Bateri

a. Electrolyte bateri mengandungi sulphuric acid. Pakai alat pelindung mata ketika
mengawal bahan berkenaan. Jika terkena percikanya, basuh dengan air secepat
mungkin dan dapatkan bantuan pakar perubat terutamanya apabila melibatkan
mata.

b. Bateri menghasilkan gas hydrogen yang mana boleh mengakibatkan letupan.


Tidak dibenarkan merokok atau membuat percikan api berhampiran bateri
terutamanya ketika mengecas bateri.

c. Charge bateri ditempat yang mempunyai ruang pengudaraan yang baik.

IV. Lain – Lain

a. Berpengetahuan untuk mematikan enjin dengan kadar segera dan memahami


operasi kawalan penjana. Jangan biarkan orang yang tidak berkemahiran
mengendali enjin penjana.

b. Selalu memakai pakaian yang sesuai ketika mengendali enjin.

c. Dilarang mengendali enjin ketika berada dibawah pengaruh alcohol.

d. Jauhkan kanak – kanak atau haiwan peliharaan ketika enjin sedang beroperasi.

e. Jauhkan diri dari bahagian yang berputar ketika enjin sedang beroperasi.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 40 -)

f. Jika enjin digandingkan dengan mesin yang lain, pastikan bahagian yang
berputar ditutup dengan penghadang .

g. Lakukan kerja berdasarkan peraturan dan undang – undang . Jika kerja ini
dilakukan secara berkumpulan, pastikan hubungan adalah baik sesama ahli.

h. Gunakan peralatan kerja yang betu

Bahagian Enjin Penjana

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 41 -)

Spesifikasi Enjin

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 42 -)

Peraturan Asas Mengendali Enjin

Patuhi peraturan dibawah untuk menjadikan jangka hayat enjin lebih lama.

No Perkara Untuk Dipatuhi Keterangan


1 Sentiasa mengawasi operasi enjin Mengaplikasikan enjin terus pada beban yang berat
ketika enjin masih baru. boleh memendekkan hayat enjin terutamanya bagi
enjin yang baru.
2 Melakukan Warm-Up untuk enjin. Warm-up enjin pada kelajuan biasa untuk tempoh
sekurang-kurangnya 5 minit. Ia adalah untuk
memastikan setiap bahagian dalaman enjin yang
bergerak dilincirkan dengan sempurna. Jika tidak
bahagian dalaman yang bergerak tidak mendapat
pelinciran sempurna ketika enjin mula beroperasi.
3 Gunakan bahan bakar yang sesuai Kualiti bahan bakar yang rendah boleh menyebabkan
enjin susah dihidupkan dan enjin mengeluarkan asap
ekzos yang kotor.
4 Mengosongkan tangki bahan bakar Sebelum mengoperasikan enjin untuk kali pertama,
untuk enjin yang baru tiba. kosongkan tangki dengan membuka drain cock dan
diisi dengan bahan bakar yang baru.
5 Gunakan minyak pelincir bermutu Minyak pelincir yang tidak bermutu boleh menggangu
tinggi. pergerakan omboh dan bahagian lain yang bergerak.
Keupayaan enjin akan jatuh dari tahap yang sebenar.
6 Selalu menukar minyak pelincir dan Penukaran Minyak Pelincir:
element/penapis minyak pelincir 1st kali………………………selepas 50 jam.
untuk senggaraan asas 2nd kali dan seterusnya…...setiap 200 jam.

Penukaran Element Pelincir:


1st kali…………………..…..selepas 50 jam.
2nd kali dan seterusnya….selepas 400 jam.

Perhatian:
 Menggunakan pelinciran yang lama boleh
menjadikan enjin cepat rosak.

 Tekanan pelinciran rendah jika element


sudah lama atau diselaputi kotoran. Ini boleh
menyebabkan alas bebola utama dimasuki
habuk dan cepat rosak.

7 Gunakan air bersih untuk Air yang tidak bersih boleh mengurangkan kecekapan
penyejukan enjin penyejukan enjin dan menyebabkan air untuk system
menjadi panas.
8 Mecampur bahan anti-rust ke dalam Karat yang berada dalam system penyejukan bukan
air system penyejukan enjin . sahaja menyebabkan hakisan pada system. Ianya
juga memendekkan hayat enjin kerana tidak
menjadikan system penyejukan yang cekap.
9 Gunakan anti-freeze jika berada di Anti-freeze mencegah daripada air dalam penyejuk
kawasan sejuk. menjadi beku dan merosakan enjin.
Ianya membabitkan kerosakan kepada blok silinder,
radiator atau pam air. Bagaimanapun, jika anti-freeze
tidak digunakan, sila pastikan bahawa air penyejuk
boleh mengalir dengan sempurna.
10 Sebelum menghidupkan enjin, buat Jika air penyejuk kurang dari paras sebenar, ianya
pemeriksaan paras air penyejuk di akan cepat panas dan mengurangkan hayat enjin.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 43 -)

tangki simpanan. Disamping itu


juga, lakukan pemeriksaan paras
air di dalam radiator sekurang-
kurangnya seminggu sekali.
11 Menukar ganti air penyejuk setiap Air yang tercemar menyebabkan kecekapan system
tahun. penyejukan enjin menjadi kurang. Enjin akan menjadi
panas dan cepat rosak.
12 Periksa dan laraskan ketegangan Tali sawat yang longgar akan mengganggu operasi
tali sawat alternator / kipas. alternator. Ianya juga boleh menyebabkan
kegelinciran tali sawat dan merosakannya.
13 Jangan mengunakan penghidup Penggunaan berterusan menyebabkan motor
motor berterusan selama lebih 15 penghidup cepat rosak.
saat.
14 Selalu patuhi tanda amaran yang dibuat oleh pengeluar enjin.

Bahan Api, Minyak Pelincir Dan Air Penyejukan.

Pengendalian Bahan Api

A. Gunakan bahan api yang sesuai dengan enjin. Gunakan diesel yang bagi enjin diesel dan
petrol untuk enjin petrol.

B. Mengendali Bahan Api.

i. Air dan habuk yang masuk kedalam bahan bakar boleh menyebabkan enjin tidak
berfungsi.

ii. Bagi bahan bakar yang berada di dalam drum, cuba dirikan drum selama
beberapa hari bagi mengasingkan air dan habuk. Air dan habuk akan berada di
paras bawah drum dan gunakan bahan bakar yang berada di paras atas.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 44 -)

Pengendalian Minyak Enjin

 Penukaran minyak enjin yang kerap tidak akan mengganggu prestasi dan ketahanan enjin.
Walau bagaimanapun, minyak enjin yang kurang atau tidak menukarnya seperti yang
ditetapkan boleh menyebabkan risiko cepat rosak pada piston, gelang piston akan tersekat
dan silindernya pula akan bergesel dan bergaris. Jangka hayat enjin akan menjadi kurang.
Gunakan minyak pelincir kelas CC atau CD ( API Engine Service Classification ).

A. Prosedur Menukar Minyak Enjin.

i. Kosongkan minyak enjin dengan membuka drain cock yang berada dibawah enjin.

ii. Buka penutup ( berwarna kuning) tempat mengisi minyak enjin.

iii. Isi minyak enjin ke dalam enjin dengan berhati-hati.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 45 -)

iv. Tarik keluar batang celup dipstick dan bersihkan dengan menggunakan kain
bersih. Masukan semula batang celup dipstick ke tempatnya tadi dan tarik keluar
semula. Buat pemeriksaan paras minyak enjin sama ada berada di paras Lower
Limit atau Upper Limit.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 46 -)

Perhatian:

a. Mungkin mengambil masa untuk membolehkan minyak pelincir sampai ke semua


bahagian enjin. Tunggu kira-kira 3 minit dan periksa paras minyak enjin.

b. Pastikan kedudukan enjin adalah tegak dan tidak condong ketika paras minyak enjin
diperiksa.

c. Minyak enjin sepatutnya susut paras jika ianya pertama kali diisi. Ini kerana ia akan
memasuki bahagian-bahagian penyejuk dan saluran minyak enjin. Tunggu kira-kira 3
minit dan periksa paras minyak enjin.

d. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin tanpa minyak enjin. Seringkali memeriksanya


menggunakan batang celup dipstick.

Air Penyejuk

A. Mengendali Air Penyejuk.

i. Pastikan air yang digunakan adalah bersih. Air dari perigi atau laut boleh
mengakibatkan karat kepada system penyejuk. Ia akan mengurangkan kecekapan
system penyejukan enjin.

ii. Gunakan anti-freeze jika paras suhu air penyejuk jatuh ke suhu sangat rendah.
Penggunaannya menyebabkan air tidak beku di dalam system.

iii. Apabila enjin tidak beroperasi dimusim sejuk, kosongkan air penyejuk dalam
system ( jika tidak menggunakan anti-freeze). Jika ianya dibiarkan berada di
dalam system, ia boleh merosakan radiator, pam air dan selinder.

B. Mengisi Dan Memeriksa Air Penyejuk

a. Mengisi air ke dalam radiator.

i. Buka penutup radiator. Penutup itu akan terbuka jika ianya diputar pada 120 darjah
lawan jam.

ii. Isi air ke dalam radiator.

iii. Tutup penutup radiator dengan mengetatkanya mengikut arah putaran jam.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 47 -)

C. Pemeriksaan Terhadap Tangki Air Simpanan ( Enjin Dengan Tangki Simpanan)

i. Periksa paras air samada berada di paras Full atau Low. Jika kurang, buka penutup
tangki dan isi air sehingga ke paras Full.

D. Mengosongkan Air Penyejuk.

i. Proses ini dilakukan untuk enjin yang beroperasi dikawasan beku, air penyejuk enjin
yang tidak beroperasi hendaklah dibuang. Begitu juga jika enjin hendak disimpan
untuk jangka masa yang lama.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 48 -)

ii. Sebelum air dibuang, buka penutup pressure cap pada radiator. Jika penutup tidak
dibuka, aliran air mungkin tersekat-sekat atau pembuanganya tidak sempurna.

iii. Ketika membuka pressure cap, enjin hendaklah berada dalam keadaan sejuk.
Berhati-hati ketika membuka penutup pressure cap. Jauhkan muka dan tubuh anda
bagi mengelakan pancutan air panas. Pegang penutup dengan beralaskan kain.
Buka penutup perlahan-lahan untuk mengurangkan tekanan air didalam radiator.

iv. Cara yang betul untuk membuka pressure cap adalah seperti rajah dibawah.

v. Setelah pressure cap dibuka, longgarkan ikatan drain plug yang berada pada badan
silinder. Buang air sehingga kering.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 49 -)

Bahan Api

 Bahan api hendaklah diisi. Untuk enjin penjana yang besar, kebanyakannya
menggunakan diesel. Untuk mengelakan bahan api melimpah keluar, penuhkan tangki
sehingga 80 – 90% sahaja.

 Di dalam pengendalian enjin penjana, perkara-perkara ini harus dilakukan iaitu:

A. Pemeriksaan bahan api.

i. Bahan api yang diterima mungkin terdapat sedikit kandungan kotoran dan air.
Ianya hendaklah dibuang sebelum ianya memasuki bahagian dalaman enjin.

ii. Pastikan perangkap kotoran dan draining cock dipasang pada tangki anda. Jika
terdapat kotoran, buang kotoran tersebut sebelum enjin dihidupkan.

B. Pemeriksaan Fuel Filter

i. Fuel filter berfungsi untuk menapis bahan api sebelum memasuki enjin. Sebelum
enjin dihidupkan, periksa juga fuel filter. Bekas plastik fuel filter selalunya dibuat
secara transparent untuk memudahkan pemeriksaan.

ii. Kotoran yang terdapat pada fuel filter hendaklah dibersihkan.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 50 -)

C. Pembuangan Gelembung Udara.

 Jika terdapat udara dalam saluran bahan api, ia akan menjejaskan system. Pam
penyuntik bahan api selalunya tidak berfungsi jika terdapat gelembung udara.

 Cara pembuangan gelembung adalah seperti dibawah.

i. Periksa jumlah bahan api dalam tangki. Tambah bahan api jika jumlahnya kurang.

ii. Buka cocks untuk pengasing air / minyak dan fuel filter.

iii. Longgarkan ikatan air leeding bolt yang terdapat pada pengasing air / minyak.
Ikatan tidak boleh terlalu longgar. 2 – 3 pusingan pemutar skru sudah memadai.

iv. Apabila ikatan itu dilonggarkan, sedikit bahan api akan mengalir keluar bersama-
sama gelembung udara. Ketatkan ikatan air bleeding bolt semula. Ianya adalah
seperti rajah dibawah.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 51 -)

Meratakan Pelinciran Enjin

 Apabila enjin tidak dihidupkan untuk tempoh yang lama ( lebih dari sebulan ), kita
dikehendaki meratakan pelinciran enjin sebelum ianya digunakan semula.

 Prosedurnya adalah seperti di bawah:

i. Disconnect mesin ( Matikan clutch enjin )

ii. Pilih speed control lever ke posisi Stop.

iii. Set kunci penghidup pada Start dan jalankan motor penghidup selama 15 saat.

iv. Tunggu sehingga 15 – 20 saat dan jalankan semula selama 15 saat.

v. Ulang prosedur ini untuk 2 hingga 3 kali.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 52 -)

Pemeriksaan Pilot Lamp

 Periksa pilot lamp pada control panel dan apabila enjin dihidupkan keadaan lampu
adalah seperti di bawah:

Operasi Enjin

 Bersihkan kawasan sekeliling enjin. Alihkan apa-apa peralatan atau bendasing dari
bahagian atas enjin dan bahagian yang bergerak dan berputar.

A. Menghidup Enjin

i. Disconnect mesin

ii. Pusing fuel cock ke OPEN

iii. Untuk model yang mempunyai perangkap air, pusing cock tersebut ke OPEN.

iv. Pusing Speed Control Lever ke START / RUN

v. Pusing kunci di suis penghidup ke START dan enjin dihidupkan.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 53 -)

vi. Lepaskan kunci dan ia akan berada di kedudukan ON. Pada kedudukan ON
penunjuk di panel kawalan akan menunjukan status penjana ketika itu.

Perhatian:

a. Perlindungan Bateri

 Jangan jalankan starter motor lebih dari 15 saat untuk satu-satu masa. Jika enjin
tidak hidup, tunggu sekurang-kurangnya 30 saat sebelum dihidupkan semula.

b. Menghidup Semula Enjin.

 Pastikan kedudukan flywheel berada dikedudukan asalnya sebelum penghidup


dihidup semula.

 Ini kerana stater motor atau flywheel akan rosak jika penghidup dihidupkan
ketika ia sedang beroperasi

B. Ketika Enjin Beroperasi.

i. Panaskan enjin lebih dari 5 minit.

ii. Biarkan enjin bersahaja selama 5 minit pada kelajuan rendah membolehkan pelinciran
memasuki setiap bahagian yang bergerak dengan sempurna.

iii. Tingkatkan kelajuan enjin ke 800rpm atau lebih. Perhatikan Pilot Lamp untuk Low Oil
Pressure dan Charge akan terpadam. Jika kelajuan sudah melebihi 1000rpm tetapi lampu
masih menyala, ini menunjukan bahawa terdapat masalah terhadap enjin. Matikan enjin
dan hubungi pengedar enjin yang terdekat.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 54 -)

iv. Semasa enjin beroperasi, perhatikan perkara berikut dalam satu atau dua kali sehari:

a. Warna Asap

 Asap hitam menunjukan bahawa enjin menghadapi masalah. Meneruskan operasi


boleh mengurangkan hayat enjin. Matikan enjin jika asap hitam keluar dari ekzos.

b. Kebocoran Air Dan Minyak

 Periksa pada enjin bahawa tiada kebocoran atau ikatan skru dan bolt yang longgar,
bunyi yang kurang menyenangkan, lampau panas dan gegaran yang melampau.
Jika didapati ada perkara tesebut, sila matikan enjin dengan segera.
c. Alarm Lamp

i. Low Oil Pressure Alarm Lamp


 Jika lampu ini menyala, ini bermakna tekanan minyak pelincir adalah rendah.
Oleh itu periksa paras minyak pelincir. Jika paras minyak adalah normal, ini
bermakna terdapat gangguan didalam pengaliran minyak pelincir.
Bagaimanapun, untuk memeriksa paras minyak pelincir, enjin hendaklah
dimatikan terlebih dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya 3 minit.

ii. Charge Alarm Lamp


 Jika lampu ini menyala, ini bermakna terdapat masalah pada litar pengecas atau
tali sawat alternator telah rosak.

iii. Cooling Water Temperature Alarm Lamp


 Jika lampu ini yang menyala, ini menunjukan enjin berkeadaan terlampau panas.
Matikan enjin, periksa ketegangan kipas dan paras air penyejuk. Jika hendak
memeriksa paras air di radiator, pastikan enjin telah sejuk. Membuka radiator
ketika enjin masih panas mendedahkan kita kepada bahaya pancutan air panas.
Langkah awasan hendaklah diambil semasa mengendalikanya.

d. Bunyi Tidak Normal


 Jika terdapat bunyi yang tidak normal, ini menunjukan terdapat geseran atau
getaran pada enjin. Matikan enjin, cuba kesan dimana bunyi itu terjadi.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC


LOW VOLTAGE GENERATOR KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 55 -)

C. Memberhentikan Enjin

i. Sebelum enjin dimatikan, biarkan enjin dalam keadaan bersahaja ( tanpa beban ) selama
5 minit dalam kelajuan rendah.

ii. Alihkan Speed Control Lever kembali ke posisi Continuous Use. Disini enjin akan
ditingkatkan kelajuan seketika bertujuan untuk membuang ( discharge ) sedikit karbon
dari silinder.

iii. Kurangkan lagi kelajuan enjin dan potong bekalan bahan bakar untuk mematikan enjin.

D. Selepas Enjin Dimatikan.

i. Selepas enjin dimatikan tutup fuel cock dan water trap cock.

ii. Lap habuk atau kotoran dan bersihkan enjin.

iii. Offkan suis bateri ( jika ada ).

iv. Cabut kunci dari penghidup.

E. Emergency Stop

i. Terdapat kes dimana enjin tidak dapat dimatikan. Oleh itu kita boleh mencuba dengan
cara di bawah:

ii. Sekat bekalan udara ke enjin

iii. Offkan Fuel Cock

iv. Longgarkan salah satu iaitu ikatan nut pada pam suntikan bahan api atau nut pada
muncung suntikan bahan api. Ini akan menghentikan enjin.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

Anda mungkin juga menyukai