Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU

BAHARU 2.0 – FASA ORIENTASI


NAMA : AINAA FARHANAH BINTI MOHD RAZALI
SEKOLAH : KOLEJ VOKASIONAL ARAU

BIL PERKARA KETERANGAN


1 TARIKH 02/09/2022 sehingga 16/09/2022
2 FASA Fasa Orientasi
3 KEBERHASILAN Keberhasilan 2
4 FOKUS 1) Budaya Organisasi dan Persekitaran Sekolah
5 PERINCIAN Guru baharu hendaklah membiasakan diri dengan hal-ehwal
KANDUNGAN berkaitan perkara-perkara berikut:

 Visi, misi dan aspirasi atau hala tuju organisasi


 Latar belakang dan pencapaian murid
 Organisasi institusi
 Taraf institusi
 Persekitaran institusi
 Guru dan budaya kerja sekolah
 Budaya komuniti tempatan:
 Majlis keagamaan dan kebudayaan
 Adat resam
 Kepercayaan
 Pantang larang
 Bahasa / loghat / dialek
 Nilai
 Makanan dan pakaian
 Adat istiadat hal ehwal anak negeri
6 DILAKSANAKAN
Guru baharu dan guru mentor
OLEH
7 ULASAN Guru baharu memahami dan bersedia untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran dan amalan kerja serta menghormati
budaya dan adat resam komuniti setempat
8 DELIMA Google Form Keberhasilan 2 (Fasa Orientasi) telah
direkodkan di pelantar Delima

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………
………………………………………..
(Ainaa Farhanah binti Mohd Razali) (Ahmad Fitri bin Mohd Yusri)
Guru Baharu Guru Mentor
RINGKASAN DARIPADA HASIL DAPATAN KEBERHASILAN 2

1. VISI, MISI DAN ASPIRASI ATAU HALA TUJU KOLEJ VOKASIONAL ARAU
Melalui keberhasilan ini, guru baharu dapat mengetahui dan memahami dengan
lebih jelas lagi tentang visi dan misi Kolej Vokasional Arau. Selain itu, hala tuju Kolej
Vokasional Arau juga dapat dilihat untuk masa akan datang. Visi dan misi ini boleh
dilihat di dalam Fail PPGB 2.0.

2. LATAR BELAKANG DAN PENCAPAIAN MURID


Latar belakang ibu bapa murid dari segi Pendidikan, pekerjaan dan pendapatan
serba sedikit akan memberi pengaruh terhadap pencapaian murid. Sokongan ibu
bapa menunjukkan nilai signifikan yang positif kerana mempunyai pembangunan diri
yang positif dalam peningkatan prestasi akademik pelajar. Dengan bimbingan dan
galakan yang beterusan daripada ibubapa dan mereka yang di sekeliling dapat
membantu pelajar mencapai kejayaan. Teori berpendapat bahawa semakin kuat
dorongan dan sokongan ibu bapa, semakin meningkat prestasi akademik pelajar dan
sebaliknya (Noor Su’adah & Zalinah, 2013).

3. ORGANISASI KOLEJ VOKASIONAL ARAU


(Boleh dilihat di dalam Fail PPGB 2.0)

4. TARAF KOLEJ VOKASIONAL ARAU


Sekolah Menengah Vokasional Arau merupakan sebuah Sekolah Menengah Teknik
yang terletak di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis. Ianya ditubuhkan pada 1988/1989
dan kemudian dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Arau pada tahun
1996. Pada tahun 2010, ianya bertukar semula kepada Sekolah Menengah
Vokasional Arau sebelum bertukar kepada Kolej Vokasional Arau sejak tahun 2012
sehingga kini.

5. PERSEKITARAN KOLEJ VOKASIONAL ARAU


Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal,
sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah
merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat
yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk
mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari
segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta
memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FBK). Persekitaran fizikal di sekolah pula merujuk kepada keadaan yang mana
terdapat reka bentuk bilik darjah seperti susunan meja, kerusi, lampu, papan putih,
tandas, pusat sumber dan sebagainya. Jadi, ia berfungsi sebagai sokongan iaitu
memberikan keselesaan dan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pelajaran di sekolah. Persekitaran psikososial yang sihat adalah tentang keadaan di
mana tempat pembelajaran pelajar tersebut selesa dan aman serta bebas daripada
segala gangguan yang menjadi ancaman pelajar tersebut. Selain itu, hubungan
interaksi antara pelajar dan pelajar, guru dan pelajar, guru dan masyarakat telah
menjadikan emosi seseorang pelajar itu dapat merangsang pembelajaran dan
meningkatkan pelajaran yang berkesan. Akhir sekali, faktor yang memberikan kesan
persekitaran psikologi ini ialah kaedah pengajaran yang dirancang oleh guru,
kepimpinan dan komunikasi yang mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar dan sempurna.

6. GURU DAN BUDAYA KERJA SEKOLAH

1. Memahami dan menghayati.


2. Memelihara dan
mempertingkatkan imej
sekolah, Jabatan dan
Kementerian Pendidikan
Malaysia setiap masa.
3. Mementingkan mutu
perkhidmatan pendidikan.
4. Melaksanakan arahan
dengan semangat
kesegeraan.
5. Menentukan objektif setiap
masa.
6. Mengamalkan kerja secara
mesyuarat dan berpasukan.
7. Sentiasa bekerja dengan
bersih, cekap dan amanah.
8. Mengamalkan sikap jujur,
ikhlas, adil dan berintegriti.
9. Mengamalkan perkhidmatan
penyayang.
10. Memimpin melalui teladan.
11. Sentiasa muhasabah diri.
12. Berusaha
mempertingkatkan ilmu dan
kemahiran.
13. Menghayati kerja sebagai
ibadah.
14. Persekitaran sekolah yang
selamat
15. BUDAYA KOMUNITI TEMPATAN
Isu mengenai perpaduan dan integrasi penduduk selalu mendapat perhatian di
negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum terutamanya bagi negara-negara
yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada imigran dari negara lain seperti
Britain, Kanada, Australia, Jerman, Belanda, Malaysia dan sebagainya (Soroka et.al
2007). Imigran-imigran ini membawa agama, kepercayaan, bahasa, budaya dan cara
hidup yang berbeza dengan penduduk tempatan (Abdul Razaq et al 2010).
Penduduk Malaysia terdiri tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-
kaum minoriti yang lain. Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini kesan
daripada penjajahan British ke atas Tanah Melayu sekitar yang telah membawa
masuk secara
besar-besaran orang-orang Cina dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan
ladangladang. Dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan wujudnya pemisahan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan antara
orang Melayu, Cina dan India. Ini memberi implikasi besar bukan sahaja kepada
polarisasi dan hubungan kaum malah kepada sistem pendidikan di negara hingga ke
hari ini (Abdul Halim Ramli 2009).

Anda mungkin juga menyukai