Anda di halaman 1dari 14

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN


(PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS

BSMH 2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

SEMESTER
OKTOBER SESI 2022/2023 (JA222)

TUGASAN INDIVIDU

TOPIK : PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


ISU : KEPAKARAN KEPIMPINAN

DISEDIAKAN UNTUK

DR NOOR HAFIZA ZAKARIYA

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD FASHWAN BIN FATHULLAH SUHAIMI (283264)


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG.......................................................................1

2.0 PENJELASAN DAN HURAIAN TOPIK.............................................................................1

3.0 CADANGAN PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN.....................................................3

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN....................................................................................7

5.0 KESIMPULAN......................................................................................................................10

RUJUKAN....................................................................................................................................11
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Perkembangan yang pesat dan mencabar dalam ekonomi dunia kini memperlihatkan
betapa pentingnya peranan pengurusan sumber manusia. Sesebuah organisasi tidak boleh wujud
tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Secara mudahnya, pengurusan
sumber manusia melibatkan bahagian pengurusan pentadbiran yang bertanggungjawab berkaitan
urusan pekerja. Ini termasuklah antaranya urusan pengambilan, latihan, kenaikan pangkat dan
penamatan pekerja. Dalam keadaan praktis sebenar, skopnya merangkumi aspek yang luas dan
penting.

Pengurusan sumber manusia ialah pendekatan strategik dan berhubungan ke arah


pengurusan yang berkesan serta cekap dalam pengurusan pekerja syarikat atau organisasi bagi
membantu kelebihan persaingan dalam pasaran. Ia dirangkakan untuk memaksimumkan
keupayaan pekerja yang berkhidmat bagi mencapai strategi objektif majikannya. Fokus adalah ke
arah fungsi pekerja dalam bidang yang diceburi bagi memastikan amalan kerja terbaik di tempat
kerja setiap masa. Tuntasnya, ia berperanan untuk membuat perubahan memajukan dan
menguatkan organisasi melalui tenaga pekerja dan sumber-sumber yang terhad bagi mencapai
objektif dan tujuannya sesuatu organisasi itu.

2.0 PENJELASAN DAN HURAIAN TOPIK

Sehingga kini, banyak penulis menggunakan terma “Human Resource Development”


bagi menunjukkan latihan dan pembangunan, pembangunan kerjaya serta pembangunan
organisasi sebagai pelaburan organisasi dalam pembelajaran pekerjanya sebagai satu pendekatan
“Human Resource Development” (Bratton & Gold,1999)

“Human Resource Development” bersandarkan kepada kepercayaan bahawa organisasi


adalah entiti yang dibentuk oleh manusia. Ia bergantung kepada kepakaran manusia untuk

1
membentuk dan mencapai segala tujuan. Para profesional “Human Resource Development”
adalah pemudahcara bagi individu dan kumpulan, proses kerja dan integriti sesuatu organisasi
(Hassan,2007).

Dengan demikian, “Human Resource Development” adalah proses untuk mengoptimakan


pengeluaran dan menggunakan sebaik mungkin tenaga kerja yang sedia ada. Sumber tenaga
kerja atau input pengeluaran yang terhad memerlukan kepakaran pengurusan untuk
menggunakan sepenuhnya individu atau tenaga kerja yang ada bagi mencapai objektif sesuatu
organisasi. “Human Resource Development” juga sebagai proses membentuk dan mengeluarkan
kepakaran manusia melalui pembangunan organisasi serta latihan personel dan pembangunan
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan (Swanson & Holton,2001)

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pengurusan sumber manusia melibatkan pihak
pengurusan setiap peringkat bagi membantu mencapai objektif sesuatu organisasi. Fungsi utama
pengurusan sumber manusia dapat dibahagikan kepada enam bidang utama iaitu tenaga pekerja,
pembangunan sumber manusia, keupayaan pengurusan, ganjaran atau pampasan, keselamatan
dan kesihatan, pekerja dan perhubungan buruh. Jelas sekali, fungsi-fungsi ini adalah berkait rapat
satu dengan lain sehinggakan setiap satu fungsi itu turut memberi kesan terhadap yang lain.

Ia bukan sesuatu yang mudah dalam keadaan persaingan yang ekonomi sekarang yang
luas dan terbuka serta pihak pengurusan perlu peka dan bersedia menghadapi pertandingan atau
persaingan pelbagai bentuk.

2
3.0 CADANGAN PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN

Dalam penulisan kertas ini, saya memilih isu kepakaran kepimpinan sebagai satu isu
dalam pembangunan sumber manusia.

Menguruskan tenaga manusia merupakan sesuatu yang sukar dan menyulitkan kerana ia
melibatkan kepelbagaian faktor. Ia juga bermakna mengenalpasti dan mengatasi cabaran-cabaran
dalam pengurusan sumber manusia yang melibatkan kewangan, masa dan kesungguhan usaha
yang dilakukan. Ini adalah kerana antara aset yang penting dalam menjayakan sesuatu organisasi
atau syarikat adalah tenaga pekerjanya. Tenaga pekerjanya penting dalam menentukan jatuh
bangun sesuatu organisasi.

Sejarah telah memaparkan kejayaan firma-firma gergasi antarabangsa seperti Toyota,


Apple, Microsoft, Bmw, Mercedes dan lain-lain mempunyai barisan pekerja yang setia, hebat dan
meletakkan kepentingan organisasi syarikat melebihi segala-galanya. Golongan pekerja ini tidak
syak lagi membantu kejayaan syarikat atau organisasi menjadi firma antarabangsa, multinasional
yang menguasai pasaran ekonomi dunia kini.

Sesuatu yang menarik di sini ialah pembangunan dan pengurusan sumber manusia dalam
organisasi tersebut berperanan penting untuk meneruskan kelangsungannya. Ia perlu diurus
dengan bijak oleh para eksekutif tinggi atau kepimpinan yang akan menentukan kelangsungan
sesuatu organisasi. Mereka dilihat sebagai kapten atau nakhoda kapal yang berperanan
mengemudi bahtera dalam lautan ganas yang sentiasa bergelora.

Organisasi yang terkenal didunia serta legasi yang menjadi ikutan, kebiasaannya
memiliki barisan kepimpinan yang mantap dan cemerlang. Mereka mengetuai sesuatu organisasi
itu dengan bebanan yang berat – mengarahkan halatuju kakitangan yang akan membawa
pertumbuhan, kestabilan dan keuntungan. Walaubagaimanapun, kepakaran kepimpinan bukan

3
sesuatu yang mudah. Tidak mungkin ia dapat dibina dalam sehari. Untuk menjadi pemimpin
yang berkesan memerlukan kesungguhan untuk mempelajari dan meneroka etika, strategi
komunikasi, teknik pengurusan dan struktur organisasi. Dengan penumpuan konsep-konsep
kepimpinan ini, individu-individu dapat meningkatkan peluang untuk menjadi tenaga penggerak
kepada inovasi dan kemajuan dalam organisasi berkenaan.

Dalam lain perkataan, kepakaran kepimpinan menjadi penentu kejayaan sesebuah


organisasi. Ia menjadi satu isu dalam konteks pembangunan sumber manusia. Kepakaran
kepimpinan yang dinamik dan proaktif kepada pasaran merupakan input yang dikhendaki dalam
pembangunan dan kelangsungan sesebuah organisasi.

Saya berpandangan untuk mendapatkan kepakaran kepimpinan merupakan suatu yang


penting-pasaran kerja yang luas mempunyai ramai yang berkelayakan tetapi untuk mendapatkan
yang terbaik dan untuk mengekalkannya dalam kedudukan tersebut mengambil masa serta
memerlukan tugas yang banyak. Ia merupakan sesuatu yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana
organisasi dewasa ini. Untuk mendapatkan calon yang terbaik, keperluan tugas dan
tanggungjawab organisasi adalah antara faktor yang perlu dititikberatkan. Ia berkait rapat dengan
pembangunan sumber manusia untuk meningkatkan keupayaan individu dan memperbaiki
produktiviti dan keberkesanan sesuatu organisasi (Tabibi,2011)

Tugas dan peranan jawatan serta jangkaan pasaran yang sentiasa berubah kini
membuatkan ia semakin sukar dengan perubahan budaya organisasi. Betapa tidaknya dengan
pengaruh globalisasi ia memberi kesan kepada setiap organisasi diseluruh pelosok dunia. Pasaran
pelanggan begitu luas, begitu juga untuk mendapatkan kepakaran kepimpinan melewati
sempadan antarabangsa negara. Malaysia juga tidak terkecuali-mendapatkan kepakaran tokoh-
tokoh luar untuk membantu pemulihan bagi sesuatu organisasi yang bermasalah atau untuk
meningkatkan keupayaan sesuatu organisasi.

4
Beberapa kaedah boleh dicadangkan untuk mendapatkan kepakaran kepimpinan-
bagaimana dan dimana kekosongan dipasarkan. Menggunakan medium atau platform yang
menjadi tumpuan kepakaran bergantung kepada kebolehan kepakaran dan juga tahap pekerjaan
yang dilakukan. Mendapatkan calon-calon yang sesuai ini bermakna akan mengurangkan
bebanan kerja semasa proses tapisan calon dilakukan. Semasa proses tapisan calon-calon
dilakukan, tumpuan hendaklah diberi kepada calon yang sesuai kepada sesuatu organisasi.
Beberapa faktor boleh diambil kira seperti calon gemar belajar, bersedia untuk menghadapi
cabaran dan berasa selesa untuk sebarang perubahan. Faktor lain seperti keupayaan menguasai
teknologi kini dan bagaimana mereka menghadapi maklumbalas pasaran.

Faktor perubahan masa turut memberi kesan kepada kepimpinan. Pekerja atau
kepimpinan yang berpengalaman pasti menginjak usia atau menuju masa persaraan. Sudah
semestilah kepimpinan ini diganti dengan yang baru. Ini bermakna, pembangunan sumber
manusia yang sedia ada perlu menyusun strategi dan penggantian pemimpin masa depan yang
setanding atau lebih lagi dalam memajukan sesuatu organisasi.

Terdapat juga keadaan pekerja yang berhenti atau bertukar kerja ke tempat lain akibat
daripada kepimpinan yang lemah. Pekerja menginginkan para pemimpin yang berperanan aktif
menjaga kebajikan serta membuat keputusan terbaik dalam pekerjaan mereka. Kedapatan
sesetengah organisasi tidak jelas menjaga kepentingan pekerjanya dan lebih mementingkan
perkara lain misalnya mementingkan keuntungan semata-mata dengan mengetepikan faktor
kebajikan pekerja. Di sinilah peranan kepakaran kepimpinan diperlukan dalam memaksimumkan
output sesuatu organisasi.

Ciri-ciri kepimpinan berhubung kait dengan kemahiran yang ada pada pemimpin yang
mahir dalam segi kepimpinan (Wan Azmi Ramli,2001). Ciri-ciri tersebut ialah pertama,
kemampuan untuk menggunakan kuasa secara berkesan dengan cara yang bertanggungjawab.
Kedua, kemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang
berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan. Ketiga, kemampuan

5
untuk memberi inspirasi. Keempat, kemampuan untuk bertindak mengikut cara yang akan
mencipta ilham yang dapat memberi gerak balas dan merangsang motivasi atau pendorongan.

Tuntasnya, kepimpinan berperanan mendorong orang bawahan bagi mencapai matlamat


organisasi yang ditetapkan. Pemimpin juga perlu mudah disukai oleh orang bawahannya. Ini
adalah penting kerana seseorang pemimpin ini hanya dapat mempengaruhi mereka yang
dipimpinnya supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkahlakunya apabila mereka menyukai
pemimpin. Seorang pemimpin yang mahu memiliki daya pengaruh yang tinggi perlu mempunyai
ciri-ciri yang disukai oleh orang bawahnya. Antaranya, bersikap baik hati, sabar mendengar,
menggunakan bahasa positif, bersikap positif dan afirmatif, beri kerjasama tanpa diminta, murah
dengan penghargaan berminat pada orang lain dan juga mudah bersetuju.

Pemimpin yang efektif melibatkan diri dengan pasukan sepanjang masa dan tidak
melarikan diri misalnya ketika menghadapi masalah atau krisis. Mereka perlu ada untuk
memberi sokongan yang diperlukan. Dalam lain perkataan, kepimpinan perlu bersifat proaktif
dalam mengenalpasti apa yang diperlukan oleh kakitangan untuk menjalankan tugas dengan
lebih baik. Melarikan diri dari masalah akan memburukkan keadaaan dan lebih sukar untuk
ditangani kelak.

Sifat-sifat yang positif ini sangat dihargai oleh pekerja bawahan dan ia menjadi sesuatu
yang sukar diperolehi kesemuanya dan dimiliki oleh pihak kepimpinan. Tidak syak lagi,
kepimpinan yang memiliki sifat-sifat positif yang dinyatakan di atas pasti akan dapat membentuk
satu organisasi yang mantap,berdaya maju serta mampu bersaing dalam pasaran yang kompetitif.

6
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Daripada perbincangan dan huraian di atas, jelas menunjukkan betapa pentingnya


peranan kepimpinan dalam pembangunan sumber manusia membantu dan mengekalkan atau
meningkatkan kecemerlangan sesuatu organisasi sesuai dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Kualiti-kualiti kepimpinan banyak diperkatakan oleh penulis-penulis. Ia sesuatu yang


dinamik dan berkait rapat antara satu dengan lain. Di antara kualiti-kualiti yang perlu ada dan
dimiliki oleh pemimpin-pemimpin atau kepimpinan boleh digariskan kepada tujuh (Norwich
University,2017)

Yang pertama merupakan komunikasi perhubungan yang jelas. Komunikasi bukan sahaja
satu komponen penting keberkesanan kepimpinan, tetapi ia adalah di antara komponen
terpenting bagi kejayaan sesuatu organisasi. Pemimpin yang hebat perlu berusaha ke arah ini dan
sentiasa meletakkan kepentingan untuk berkongsi pendapat demi kemajuan pembangunan
kakitangan sesuatu organisasi. Pemimpin bukan sahaja mendengar, malah berupaya untuk
menyampaikan mesej dengan jelas. Dengan itu, kebolehan untuk berpidato atau menyampaikan
pengucapan awam juga penting dalam imej kepimpinan.

Kedua, etika dan moral yang hebat. Kepimpinan yang hebat perlu memiliki nilai etika
dan moral yang tinggi dalam tugasan setiap hari. Pemimpin sebegeni mempunyai agenda yang
jelas, meletakkan tahap yang khusus, bertanggungjawab serta menjadi contoh tingkah laku yang
diharapkan dalam budaya sesuatu organisasi. Dengan kedudukan kepimpinan pada peringkat
tinggi memiliki nilai moral yang hebat, secara tidak langsung dapat memberi kesan positif
kepada sikap dan tingkah laku pekerja-pekerja di setiap peringkat sesuatu organisasi.

7
Ketiga merupakan pengurusan organisasi. Kebolehan atau kepakaran pengurus membantu
seseorang pemimpin memberi tumpuan kepada aktiviti yang menguntungkan. Ia akan dapat
melihat gambaran yang lebih luas kepada sesuatu organisasi- sumber-sumber manusia diagihkan
sepatutnya pada semua peringkat bagi penghasilan kerja yang optimum. Keupayaan mengurus
amat penting untuk berjaya sebagai seorang pemimpin dalam memenuhi tuntutan perkembangan
sesuatu organisasi.

Keempat ialah keupayaan melahirkan jangkaan. Kepimpinan yang tegas banyak


bergantung kepada keupayaan menyatakan jangkaan mereka dan juga dari pekerja. Apabila
seseorang pekerja memahami apa yang dijangkakan, mereka akan lebih berupaya melaksanakan
sesuatu tugas dengan penuh yakin dan sempurna. Dengan menyatakan jangkaan secara jelas,
kepimpinan yang hebat akan menekankan jangkaan kebolehan serta hasil yang diharapkan.
Apabila tugasan dan mutu kualiti kerja telah digariskan, pihak kepimpinan boleh membantu
pekerjanya mencapai hasil pengeluaran yang tertinggi.

Kelima ialah menggalakkan perkembangan atau pertumbuhan. Para pekerja juga


kebiasaannya berusaha untuk meningkatkan kerjaya mereka dari satu kedudukan ke peringkat
yang lebih tinggi. Seorang pemimpin yang hebat akan membantu pekerjanya secara profesional-
ia juga memberi gambaran kepimpinan itu mengambil tahu dan prihatin terhadap ahli-ahli di
bawahnya. Bagi mengalakkan perkembangan dan kemajuan ahli kumpulannya, para pemimpin
perlu memperuntukkan masa untuk pembelajaran di samping membantu segala usaha mereka.
Perhubungan rapat dengan mereka juga dapat memupuk pekerja yang berkesan serta melahirkan
kepimpinan yang dapat mengenal dan menyelesaikan masalah secara tersendiri.

Faktor keenam ialah fleksibiliti dan kesediaan untuk perubahan adalah penting dalam
kualiti kepimpinan. Ia membezakan antara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain.
Seseorang pemimpin yang berkesan mengambil langkah-langkah teratur yang telah diperkirakan
menuju tumpuan yang lebih besar. Organisasi itu akan dapat mengenalpasti keperluan untuk
perubahan dan bergerak menuju ke arah pencapaian jangka Panjang. Satu pemikiran yang

8
fleksibel adalah aset penting kepada kepimpinan, kerana pemimpin yang fleksibel dapat
mengenalpasti kelebihan sesuatu idea yang pada peringkat awalnya begitu sukar untuk diterima
penerimaannya. Keupayaan bergerak dan menyesuaikan kepada persekitaran dengan pantas
memberi kelebihan kepada sesuatu organisasi.

Faktor ketujuh ialah mewujudkan perasaan kekitaan. Para pekerja dilihat memberi
perkhidmatan yang terbaik apabila usaha-usaha mereka dihargai dan dinilai oleh kepimpinan.
Kempimpinan perlu bertanggungjawab mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan
pekerja akan bertindak balas melaksanakan tugas dengan berkesan. Membina suasana kekitaan
dalam organisasi kadang-kadang agak sukar kerana kedapatan pekerja yang tidak selesa dengan
ikatan seperti ini. Para pemimpin perlu sabar dengan mengadakan “team building”, sukaneka
dan sebagainya antara langkah yang boleh diambil. Begitu juga dengan mengadakan sukan
antara organisasi dapat memupuk ikatan kukuh pasukan.

Para pemimpin yang memiliki kualiti-kualiti kepimpinan seperti yang dinyatakan sangat
diperlukan dan dihargai dalam sesuatu organisasi. Mereka diibaratkan barisan hadapan
membantu mengemudi organisasi ke arah kejayaan. Jika negara memerlukan seorang Perdana
Menteri yang cekap dam efisyen untuk mentadbir negara melalui barisan kabinetnya, maka
organisasi pula turut memerlukan kepimpinan yang terbaik daripada barisan kepimpinan yang
ada dalam pengurusan sumber manusia untuk organisasi bagi mencapai output maksima dalam
saingan yang kompetitif sekarang ini.

9
5.0 KESIMPULAN

Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan


sumber manusia. Ia merupakan kunci atau factor kejayaan sesuatu organisasi itu. Pekerja pula
adalah harta atau aset penting dalam sesuatu organisasi berbeza dengan peralatan modal seperti
jentera yang tidak bernyawa. Sesuatu organisasi tidak mungkin boleh wujud tanpa sumber
manusia yang membantu atau mengendalikannya. Dalam hal ini, kepimpinan pengurusan
melibatkan proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi mencapai objektif
sesebuah organisasi.

Dalam persekitaran dunia yang mencabar, globalisasi dan rangkaian maklumat tanpa
sempadan yang pantas bergerak, organisasi akan ketinggalan jika tidak memunyai pengurusan
dan pembangunan sumber manusia yang cekap. Organisasi yang cemerlang pasti dapat di bentuk
melalui pengurusan sumber manusia yang efektif. Di sinilah terletaknya permintaan yang tinggi
kepada pakar-pakar kepimpinan sumber manusia untuk membantu organisasi membentuk dan
melaksanakan polisi bagi pembangunan organisasi secara keseluruhannya. Tidak syak lagi,
kepimpinan dalam pengurusan sumber manusia yang cekap akan menentukan kejayaan sesuatu
organisasi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

10
RUJUKAN

(1) Bratton John, Gold Jeffrey (1999).Human Resource Management.New York:Macmillan.

(2) Hassan Arif (2007). “Human Resource Development And Organizational Values”.Dicapai
pada 26 Mac 2007, daripada
https://www.researchgate.net/profile/Arif-Hassan/publication/235308464_Human_resource_dev
elopment_practices_as_determinant_of_HRD_climate_and_quality_orientation/links/
60c0274b92851cecf1659b49/Human-resource-development-practices-as-determinant-of-HRD-
climate-and-quality-orientation.pdf

(3) Swanson,R.A. and Holton,E.F. (2001).Foundations of human resource development.San


Francisco:Berrett-Koehler.

(4) Wan Azmi Ramli (2001). Pengurusan Terkini.Kuala Lumpur:Golden Books Centre Sdn Bhd.

(5) “7 Essential Qualities Of A Leader”. Dicapai pada 3 Julai 2017, daripada


https://online.norwich.edu/academic-programs/resources/7-essential-qualities-leader

11
12

Anda mungkin juga menyukai