Anda di halaman 1dari 3

Dermatitis Sentuh

2
Definasi

Dermatitis sentuh adalah sejenis ekzema yang disebabkan oleh faktor luaran. Ia boleh dibahagikan kepada dermatitis
sentuh alergik dan irritant contact dermatitis.  Reaksi kulit dikesan sebagai ekzema atau dermatitis yang mengakibatkan
kulit menjadi gatal, merah, bengkak dan merekah atau luka.
Dermatitis sentuh alergik terjadi apabila kulit bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan
(alergen/napten). Irritant contact dermatitis  juga berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan-bahan perengsa
(irritant).

Gambar 1: Dermatitis sentuh disebabkan oleh nickel dalam jam tangan


Apakah bahan-bahan alergen yang biasa menyebabkan dermatitis?

 Bahan kimia atau bahan getah campuran dalam sarung tangan, alat pemegang bergetah pada peralatan, peralatan
senaman atau basikal / motosikal.
 Minyak wangi dalam cecair wangian, deodoran, syampu, sabun atau losyen dan kosmetik.
 Pelbagai jenis ubat sapu tradisional
 Barang-barang yang mengandungi nickel seperti barang perhiasan contoh: keronsang atau rantai leher, jam tangan,
butang seluar jean, kepala tali pinggang dan cermin mata.
 Pelbagai jenis bahan kimia dari industri di tempat kerja.

Apakah faktor-faktor perengsa (irritant) yang biasa menyebabkan dermatitis?

 Detergen dalam sabun basuh, cecair pencuci pinggan mangkuk atau lantai
 Pelarut
 Faktor-faktor fizikal seperti haba, geseran, tekanan yang berulang kali humiditi yang rendah atau tinggi contoh:
pekerjaan yang sentiasa basah.
Apakah gejala-gejala dermatitis yang biasa dilihat?

 Kawasan yang terlibat bergantung pada kawasan yang mengenai bahan.Kebiasaannya melibatkan tangan, lengan,
muka dan kaki.
 Pada peringkat awal (akut), kebiasaannya gatal, timbul ruam-ruam merah atau gelembung-gelembung cecair.
Gelembung-gelembung cecair akan pecah dan menyebabkan kulit berair atau berkeruping.
 Pada peringkat selanjutnya (kronik), kebiasaannya gatal, warna kulit menjadi lebih gelap samada coklat tua atau
kehitaman, kulit menebal dan bersisik sedikit.

Rawatan

 Rawatan utama adalah untuk elakkan dari terdedah kepada alergen atau faktor yang menyebabkan iritasi. Patch
test  boleh dijalankan untuk mengenalpasti alergen.
 Peringkat awal:
1. Kerap kali rendam atau cecah kulit dengan potassium permanganate untuk kulit yang berair atau lembab.
Kebiasaanya dilakukan 2 hingga 3 hari.
2. Sapu ubat steroid sekali atau dua kali sehari mengikut preskripsi. Ini dapat mengurangkan inflamasi kulit.
3. Antihistamin boleh menolong mengurangkan rasa gatal pada sesetengah pesakit
 Peringkat selanjutnya:
1. Sapu ubat steroid sekali atau dua kali sehari mengikut nasihat doktor.
2. Sapu pelembap dalam bentuk krim atau salap berminyak untuk mengurangkan kulit kering atau bersisik
3. Antihistamin boleh menolong mengurangkan rasa gatal pada sesetengah pesakit
 Antibiotik hanya diberikan jika disyaki terdapat jangkitan kuman bakteria. 
Langkah-langkah pencegahan

 Adalah penting untuk mengelakkan dari terdedah semula kepada alergen atau faktor-faktor yang menyebabkan iritasi
untuk mengelakkan masalah berulang.
 Guna peralatan pelindungan diri yang bersesuaian seperti yang diarahkan oleh penyelia anda
 Penjagaan tangan:
1. Jangan rendam tangan terlalu lama atau sentiasa basah
2. Guna sarung tangan bila perlu mengendalikan bahan kimia atau pencuci
3. Guna pelembab dan sapu kerap kali

Sekian, terima kasih

Penceramah : Dresser Mariam


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/dermatitis-kontak/

Anda mungkin juga menyukai