Anda di halaman 1dari 2

KERJA PROJEK KSSM ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3

(KPKAT3)

SOALAN 1
TEMA : GAYA HIDUP SIHAT
PENYATA MASALAH :

Masalah obesiti di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari disebabkan oleh gaya
pemakanan yang tidak sihat. Obesiti merupakan keadaan perubatan yang mana lemak badan
berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan
seseorang. Individu itu biasanya dianggap sebagai obes berdasarkan Indeks Jisim Badannya
(BMI).

SOALAN
Anda dikehendaki mendapatkan maklumat dalam pengiraan BMI 10 orang pelajar
perempuan Tingkatan 4 di SMK Seri Permaisuri. Bina satu atur cara untuk mengira BMI
dan memaparkan salah satu dari tiga kategori BMI iaitu kurang berat, normal dan obesiti.
Anda juga dikehendaki memaparkan nasihat bagi setiap kategori yang dinyatakan.
Pendokumentasi hendaklah menggunakan pemikiran komputasional untuk menyelesaikan
masalah dalam kelima-lima fasa pembangunan atur cara.
Bahan pembentangan boleh disediakan dalam bentuk pembentangan ‘power point’, video
atau lain-lain yang difikirkan sesuai.

BODY MASS INDEX (BMI)


STATUS KATEGORI BMI
KURANG BERAT < 18.5
NORMAL 18.5-24.9
OBESITI >25

Disediakan oleh , Disahkan,

------------------------------------ -----------------------------------
ANYRAI ITHNIN ROSNAH BTABU HASSAN
GURU ASAS SAINS KOMPUTER GKMP Teknik & Vokasional
SMK SERI PERMAISURI SMK SERI PERMAISURI

[SULIT]
Laporan Kerja Projek KPAT3 merangkumi:

a) Kulit hadapan
i. Nama mata pelajaran
ii. Tajuk kajian
iii. Nama sekolah
iv. Nama murid
v. Nombor kad pengenalan murid
vi. Angka giliran peperiksaan
vii. Nama penilai
viii. Tarikh dihantar

b) Kandungan
i. Pendahuluan
ii. Carta Gantt
iii. Fasa pembangunan atur cara:
a. Analisis masalah
b. Reka bentuk atur cara
c. Pengekodan
d. Pengujian dan penyahpepijatan
e. Dokumentasi
iv. Pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa
pembangunan atur cara
v. Penghasilan produk
vi. Cadangan penambahbaikan
vii. Penutup
viii. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai