Anda di halaman 1dari 2

Peranan media dalam bidang sukan

Sarimah Ismail (2011), menyatakan bahawa perkembangan akhbar yang

diterbitkan sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, seawall 1876 menerusi

penerbitan akhbar Jawi Peranakan menunjukkan berita-berita sukan langsung tidak

mempunyai tempat dalam akhbar tersebut. Memetik Lent (1984) Sarimah menambah

keutamaan akhbar pada ketika itu lebih kepada penerbitan berita tuntutan kemerdekaan

dan peningkatan taraf Pendidikan terutama di kalangan orang Melayu. Sarimah

menambah, ruangan yang lebih banyak diberikan kepada berita-berita sukan hanya

penunjukkan peningkatan sekitar 1970an dan ia terus berkembang sehinggakan

kebanyakan akhbar menjadikan sukan sebagai antara ruangan tetap dan ia berterusn

hingga ke hari ini. Jika kita lihat pada hari ini, sungguhpun dalam keadaan akhbar dan

media tradisional lain perlu “bersaing” dengan media baharu, ruangan sukan adalah

antara ruangan yang paling banyak dalam satu-satu edisi akhbar manakala dalam

penerbitan elektronik khususnya televisyen juga memperutukkan slot khas untuk berita

sukan. Tahun 2010 pula satu lagi sejarah dalam media sukan tercetus menerusi

kewujudan Astro Arena, satu saluran khusus untuk berita dan rancangan sukan dalam

dan luar negara yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Astro yang juga stesen

televisyen berbayar di negara ini juga memperuntukkan hampir 10 saluran keseluruhan

untuk rancangan sukan termasuklah Fox Sport yang sebelumnya dikenali sebagai

ESPN, satu saluran sukan yang sememangnya telah terkenal di peringkat

antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa sukan mempunyai peranan tersendiri dan

media adalah medium terbaik yang mampu menjadi penghubung dengan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai