Anda di halaman 1dari 1

Isu-isu penulisan sukan

Sungguhpun kewartawanan sukan telah bertapak sekian lama di negara ini dan terus

berkembang seiring dengan perkembangan negara namun penulis-penulis sukan tidak

terkecuali berdepan dengan isu-isu yang membabitkan penulisan. Kebiasaannya, “isu”

yang dimaksudkan lebih kepada penggunaan istilah yang khusus dalam sukan.

Sebelum itu, kita lihat dahulu apakah takrifan “sukan”. Menurut Mohd Salleh Aman

(2004), “sukan” atau sport berasal daripada kata Latin desporto yang bermaksud “untuk

memikul sesuatu” dan “melari-indahkan fikiran”. Bagaimanapun, Mohd Salleh membuat

kesimpulan “sukan” ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara koperatif, atau

kompetitif dalam bentuk permainan. Bagi Mohd Salleh, takrifan tersebut mempunyai

tiga frasa utama iaitu “main”, “koperatif/kompetitif” dan “dalam bentuk permainan”.

“Main” menyatakan dugaan dan harapan seseorang melalui tindakannya semasa

bersukan dan biasanya disatukan dengan sukan dalam frasa-frasa seperti “main bola”,

“main badminton” atau “bermain golf”. Aktiviti yang dimainkan secara koperatif atau

kompetitif merujuk cara atau gaya tindakan dalam sukan. Koperatif (saling kerjasama)

dan kompetitif (bersifat pertandingan) merupakan tingkah laku asas manusia yang

timbul semasa mereka berinteraksi. “Dalam bentuk permainan” pula merujuk kepada

reka bentuk, struktur dan format sesuatu aktiviti sukan. Komponen-komponen ini

meliputi peraturan, strategi, kemudahan dan peralatan permainan. Terdahulu Mohd

Salleh menyatakan bahawa penggunaan dan kefahaman terhadap “istilah sukan” masih

belum selaras dan lengkap. Langkah menyenaraikan sukan seperti bolasepak,

badminton dan tenis agak mudah tetapi mengklasifikasikannya kepada kategori sukan

Anda mungkin juga menyukai