Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

Diploma Pengurusan Maklumat

(IM 110)

Islamic Thought and Civilization

(CTU 151)

N5IM1102F

TUGASAN BERKUMPULAN

Disediakan oleh:

Azalia Zahira Binti Izzuan Amir (2019403536)


Nur Ayu Amira Binti Razali (2019208792)
Nur Ayuni Nadirah Bt Amirrudin (2019402826)
Nurul Ain'alia Binti Misbahholl Munir (2019232752)
Nurul Arissa Binti Muhamad Zamri (2019236798)

Disediakan untuk:

Noraini binti Abd Muaziz

Jun 2020
TUGASAN BERKUMPULAN

Disediakan oleh:
Azalia Zahira Binti Izzuan Amir (2019403536)
Nur Ayu Amira Binti Razali (2019208792)
Nur Ayuni Nadirah Bt Amirrudin (2019402826)
Nurul Ain'alia Binti Misbahholl Munir (2019232752)
Nurul Arissa Binti Muhamad Zamri (2019236798)

Fakulti Pengurusan Maklumat


Universiti Teknologi MARA
Negeri Sembilan
MUKADIMAH

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang”

Segala pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. DariNya kita memohon pertolongan dan
keampunan, serta perlindunganNya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan
hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah
yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya. Setinggi tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah swt. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad
SAW, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya
hingga hari kiamat. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia
dariNya, kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan
terima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam mengumpul bahan-bahan dan
maklumat untuk dijadikan teras penulisan saya. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah
kami, Ustazah Noraini binti Abd Muaziz yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar
tugasan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah
dikongsikan bersama ini, dapat memberi manfaat dan dijadikan contoh teladan kepada
sekalian pembaca. Sekian.

i
ISI KANDUNGAN

Muka surat (m/s)


Mukadimah i
Isi Kandungan ii

1.0 BAHAGIAN A: PENGENALAN 1


Latar belakang penulis
Sejarah buku ditulis
2.0 BAHAGIAN B: ISI DAN HURAIAN 3
Bab 1: Menjadi Sukarelawan MERCY Malaysia
Bab 2: Perjalanan Aceh yang Mencabar
Bab 3: Base Camp MERCY di Geucu Menara
Bab 4: Kem Pengungsi Desa Weu Raya
Bab 5: Aceh Bergegar Lagi
Bab 6: Keteguhan Masjid Rahmatullah
Bab 7: Tangisan di Masjid Lhok Nga
Bab 8: Senja di Ulee Lheue
Bab 9: Kemusnahan di Bandar Aceh
Bab 10: Projek Pembangunan Rakyat Aceh
Bab 11: Anak-anak Aceh
Bab 12: Kembali Ke Malaysia
Bab 13: Visual Tragedi
3.0 BAHAGIAN C: ISU KONTEMPORARI 11
Isu Akidah Berkaitan Bencana Alam
Isu Penambakan Laut
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 15
Rujukan
Lampiran

ii
1.0 BAHAGIAN A: PENGENALAN
Tajuk buku yang telah dipilih oleh kami ialah Tsunami di Acheh: Pengalaman sebagai
sukarelawan MERCY Malaysia. Kisah di dalam buku ini adalah kisah benar yang diambil
daripada kejadian gempa bumi dan tsunami di Lautan Hindi yang membadai negara Indonesia
terutama di kawasan yang paling terjejas teruk iaitu bandar Aceh pada 26 Disember 2004.
Buku ini ditulis dan diceritakan semula oleh Azman Zainonabidin yang ketika itu bertugas
sebagai salah seorang anggota sukarelawan MERCY Malaysia di Aceh, Indonesia. Medical
Relief Society atau MERCY Malaysia ialah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan
pada 16 September 1999 oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. Tujuan penubuhan MERCY
Malaysia adalah untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan
pengurangan risiko bencana alam kepada masyarakat yang terjejas.

Kejadian sebelum ini yang tidak pernah disaksikan oleh seluruh dunia diceritakan oleh penulis
agar dapat memahami dengan lebih lanjut apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian
itu. Buku ini dterbitkan pada tahun 2008 oleh pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bukan
itu sahaja, dunia menyaksikan limpahan bantuan yang datang dari segenap pelusuk dunia
dalam sama-sama membantu negara Indonesia berdepan dengan musibah ini. Ia
memperlihatkan pelbagai kaum dan bangsa sukarelawan yang datang dan ini adalah satu
muhibah tandanya perpaduan kaum itu walaupun berbeza tutur kata, adat dan lain-lain.
Seperti yang berlaku di Aceh, MERCY Malaysia juga telah menghantar pasukannya untuk
memberikan pelbagai bantuan agar beban yang dipikul oleh masyarakat Indonesia dapat
dikurangkan.

Latar belakang penulis

Buku ini ditulis berdasarkan dari pengalaman yang telah dialami sendiri oleh Ar. Azman bin
Zainonabidin, yang pada ketika itu merupakan seorang pensyarah kanan dan Koordinator
Program Senibina di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar di Perak. Beliau
merupakan arkitek profesional berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), ahli
Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), ahli panel penilai MQA, EXCO MERCY Malaysia (2006-
2008) dan Internal Auditor MERCY Malaysia (2008-2011). Sebelum menyertai misi
sukarelawan MERCY di Aceh pada tahun 2005, beliau juga pernah berkhidmat dalam
membantu salah seorang sukarelawan MERCY Malaysia dari segi pengurusan projek di Sri
Lanka dan mengemukakan beberapa alternatif serta beberapa kaedah pembayaran.

1
Oleh itu, Azman Zainonabidin bukanlah orang asing di dalam MERCY Malaysia kerana
keaktifan beliau dalam membantu organisasi tersebut. Oleh sebab itu, beliau telah dipelawa
oleh Exco MERCY Malaysia iaitu Haji Azam dan pengerusi MERCY sendiri iaitu Tan Sri Dr.
Jemilah untuk menyertai misi sukarelawan kali ini di Aceh, Indonesia yang bermula dari 5
Februari 2005 sehingga 18 Februari 2005. Mengambil kira peluang sebegini sudah terhidang
di depan mata, Azman Zainonabidin sendiri telah bersetuju kerana beliau sememangnya ingin
menyertai misi kali ini serta ingin menolong mereka yang memerlukan.

Sejarah buku ditulis

Buku ini ditulis untuk memaparkan pengalaman yang telah dialami sendiri oleh penulis kepada
pembaca tentang bagaimana keadaan bandar Aceh yang ketika itu boleh diibaratkan sebagai
padang jarak padang terkukur. Selain itu juga, bagaimana perasaan yang dialami oleh
penduduk Indonesia ketika kejadian alam ini terjadi sebelum dan sesudahnya. Ia bukan
sahaja menitipkan rasa keinsafan di dalam diri setiap pembaca, bahkan juga sebagai satu
tanda peringatan bahawa Allah itu Maha Berkuasa ke atas segalanya.

Kematian berpuluh-puluh ribu orang serta beratus-ratus mangsa yang hilang masih lagi
menghantui rakyat Indonesia sehingga ke hari ini. Selain daripada membantu, ia juga
merupakan pengalaman yang dihadapi oleh sukarelawan dari segi emosi, cabaran dan
kepayahan yang dihadapi ketika melakukan misi kemanusiaan yang memerlukan ketahanan
diri yang tinggi. Segala yang mereka lihat setiap hari, kawan-kawan serta ahli keluarga telah
dibadai dengan keganasan tsunami yang tidak berpenghujung.

Bagi mereka, kejadian ini adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka kerana ia berlaku di dalam
sekelip mata. Oleh itu, bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk
bandar Aceh, beberapa negara dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia telah
menghantar pelbagai bantuan yang dapat diguna pakai oleh penduduk Indonesia terutama
masyarakat di bandar Aceh. Bukan itu sahaja, penulis juga berkongsi beberapa cara yang
boleh diguna pakai dan dijadikan panduan oleh para sukarelawan di luar sana pada masa
akan datang seperti Kod Etika Sukarelawan, kaedah psikososial dan sesi debriefing.

2
2.0 BAHAGIAN B: ISI DAN HURAIAN

Bab 1: Menjadi Sukarelawan MERCY Malaysia


Jam 7.59 pagi waktu tempatan bersamaan 26 Disember 2004, bandar Aceh telah dilanda
gempa bumi yang sangat kuat berukuran 9.1-9.3 magnitud yang berlaku disebabkan gegaran
yang kuat di bawah laut Sumatera. Oleh sebab gegaran laut yang sangat kuat, Indonesia
bukan sahaja dilanda gempa bumi bahkan tsunami yang sangat ganas telah membadai
seluruh bandar Aceh. Setelah hampir sebulan daripada kejadian yang menakutkan itu,
MERCY Malaysia telah mempersiapkan beberapa ahli pasukannya iaitu misi 7 yang telah
dipilih untuk menjalankan misi kali ini. Pasukan ini telah diketuai oleh Dr. Ruslan dan turut
dibantu oleh Dr. Saiful.

Setiausaha ialah Dr. Julie Tang, Dr. Zulkarnain dipilih untuk menjadi doktor bagi kumpulan
misi 7, Dr. Abdul Kadir sebagai psikiatri untuk kumpulan dan bendahari iaitu Zamaliah.
Pegawai logistik iaitu Burhanuddin dan Jameyah Shariff sebagai guru tadika. Misi MERCY
Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kesihatan asas (primary health), kesihatan mental
(mental health) dan bantuan kemanusiaan (humanitarian relief). Sukarelawan MERCY
Malaysia mestilah mempunyai ketahanan diri yang tinggi kerana tempoh untuk bekerja
mencapai tahap 12 jam sehari dan ketahanan emosi kerana perlu berhadapan dengan
mangsa tsunami. Setiap ahli kumpulan telah dibekalkan dengan wang sejuta rupiah setiap
seorang sekiranya berlaku keadaan yang tidak dapat untuk dielakkan.

Bab 2: Perjalanan ke Aceh yang Mencabar

Kakitangan MERCY Malaysia bertolak ke KLIA pada 5 Februari 2005. Pasukan misi 7
membawa 15 barangan tadika untuk digunakan bagi kanak-kanak di Aceh, 38 kotak MERCY
yang terdiri daripada ubat-ubatan, computer, pakaian, Al-Quran serta lain-lain. Selain itu,
urusan check-in mengambil masa yang lama kerana barangan yang dibawa ole MERCY
Malaysia terlalu banyak berjumlah 63 kotak keseluruhannya. Pesawat MAS ke Medan telah
ditangguhkan selama sejam disebabkan perkara tersebut. Ketika sampai di Medan, barang-
barang yang dibawa telah ditempatkan sementara di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di
Medan. Dr. Abdul Kadir telah memaklumkan bahawa sesi debriefing akan dilakukan pada
setiap malam untuk mengelakkan dari tekanan emosi bagi setiap sukarelawan. Pada 6
Februari 2005, ahli kumpulan Misi 7 telah menuju ke Lapangan Udara (LANUD) di Medan
untuk berlepas ke Aceh. Mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Blang
Bintang dan disambut oleh dua orang ahli kumpulan misi 6 dan 2 orang rakyat
Indonesia. Masyarakat di Aceh pada ketika itu memerlukan keperluan barang runcit,
keperluan ibadat dan peralatan pembelajaran.

3
Bab 3: Base Camp MERCY di Geucu Menara

Mereka telah pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu di Geucu Menara pada pukul 7 malam.
Tibanya di Base Camp, iaitu merupakan tempat penginapan mereka dan semasa mereka, di
sini mereka juga telah berjumpa dengan ramai pihak yang ingin menyertai MERCY untuk
membantu di bandar Aceh. Malah, mereka amat berpuas hati dengan tempat penginapan
mereka yang besar dan selesa. Pada waktu malam, mereka dan pasukan yang lain juga
mengadakan suatu taklimat dalam pembahagian tugas mereka. Taklimat tersebut
disampaikan oleh Dr. Jemilah selaku presiden MERCY. Terdapat juga pasukan Misi 6 telah
pulang ke Malaysia setelah menyelesaikan tugas mereka. Selain itu juga, terdapat orang yang
bukan warganegara turut bersama membantu MERCY iaitu Ranjidam Govindasamy yang
berasal dari British. Pasukan dari Norway juga turut berkunjung ke Base Camp mereka untuk
beramah mesra. Mereka telah mendapat tugasan iaitu bahagian teknikal yang merangkumi
arkitek, jurutera, juru ukur bahan, juru tanah dan sebagainya. Setiap tugasan yang diberi
kepada setiap pasukan amatlah berbeza dan memerlukan peranan yang penting.

Bab 4: Kem Pengungsi Desa Weu Raya

Pada Tarikh 7 Febuari 2005, maka bermulalah misi mereka untuk membantu penduduk
Acheh. Pertama sekali, setiap pasukan harus mendengar taklimat mengenai cara
penggunaan walkie talkie yang disampaikan oleh Olivia. Penggunaan walkie talkie ini amatlah
penting bagi berkomunikasi dengan pasukan yang berada di tempat yang lain. Setelah itu,
mereka telah melawat rumah contoh yang dibina oleh International Organisation of Migration
(IOM) bagi mangsa tsunami. Pada jam 10 pagi pula, mereka telah sampai ke Kem Pengungsi
Desa Weu Raya di mana penghuni yang berada di sini merupakan penduduk yang telah
terselamat dari tsunami. Di kem ini, sebanyak 90 buah keluarga ada di sini dan MERCY telah
menyediakan tenda untuk mereka tinggal sementara. Tenda ini amat luas dan selesa bagi
mangsa tsunami tersebut dan mereka dilarang untuk memasak di dalam tenda kerana
dikhuatiri mengakibatkan kebakaran. Sekeliling tempat kem mereka dilengkapi dengan bilik
mandi, ruang untuk mencuci pakaian dan sebagainya. Para sukarelawan juga sempat berbual
dengan mangsa tsunami, ada juga yang sedih dan terkejut dengan bencana yang menimpa
mereka dan ada juga kehilangan ahli keluarga kerana meninggal dunia semasa tsunami.

Bab 5: Aceh Bergegar Lagi

Pada keesokan harinya, mereka telah pergi ke Badan Pelayanan Kesihatan Jiwa dan semasa
tiba di sana, tiada seorang pun kakitangan hospital yang kelihatan. Orang yang ada hanyalah
pekerja-pekerja yang sedang sibuk membersihkan lumpur di lantai hospital tersebut akibat
tsunami. Pasukan mereka telah menghantar komputer yang banyak untuk kegunaan hospital
tersebut. Ini disebabkan kebanyakan komputer di hospital telah rosak dan tidak boleh

4
digunakan. Kesannya, dengan adanya komputer yang mencukupi, ia telah dapat membantu
pihak hospital bagi mengendalikan program kesihatan mental dan mengakses maklumat yang
penting. Setelah selesai dalam menyumbangkan komputer, pada pukul 8:30 malam, mereka
dikejutkan dengan gempa bumi yang amat kuat sehingga menggoncangkan tempat kediaman
mereka. Gempa bumi ini telah mendatangkan ketakutan kepada penduduk Aceh yang mana
masih lagi trauma dengan kejadian tsunami sebelum ini. Syukur kepada Allah setelah
beberapa minit, gempa bumi tersebut kembali reda dan tidak menyebabkan paras air laut
meningkat. Pada masa itu, pasukan-pasukan MERCY telah merasai ketakutan yang
menyelubungi penduduk Acheh selama ini kerana gempa bumi sering berlaku di negara
mereka.

Bab 6: Keteguhan Masjid Rahmatullah

Pada awal pagi tanggal 10 Februari 2005, para sukarelawan dikehendaki untuk menghadiri
sesi taklimat berhubung dengan Kod Tatalaku, dirujuk kepada The Code of Conduct for the
International Red Cross and Red Crescent Movement and Non-Governmental Organisations
in Disaster Relief. Kod Tatalaku ini wajib diketahui dan difahami oleh kesemua sukarelawan
bagi mengelakkan sebarang masalah. Setelah selesai taklimat, setiap sukarelawan
memulakan tugas masing-masing. Pasukan perubatan ditugaskan untuk memberi bantuan
perubatan di rumah anak-anak yatim, menyusun atur ubat di gudang MERCY yang terletak di
Lambaro, melawat kem Pengungsi, membantu dalam urusan kesihatan mental dan
sebagainya. Pasukan teknikal pula ditugaskan membuat inventori barangan di gudang sama
ada keperluan makanan atau bukan makanan.

Pasukan teknikal yang selesai bertugas di gudang, bergerak ke Kem Pengungsi sebelum ke
Desa Weu Raya. Semasa berada di Desa Weu Raya, mereka meninjau kerja-kerja
pembersihan yang berlaku di sana. Seorang warga tempatan membawa mereka melihat
sekitar kawasan kejadian tsunami. Apa yang lebih menyayat hati, kawasan yang dahulunya
wujud di situ kini telah berubah umpama padang jarak padang terkukur. Kemudian, mereka
meneruskan perjalanan ke Masjid Rahmatullah, masjid yang kekal teguh dan utuh walaupun
selepas tragedi tsunami yang terletak di Lampu’uk. Masjid ini cukup besar sehingga boleh
memuatkan lebih 500 jemaah kesemuanya. Reka bentuknya yang terbuka membolehkan
hembusan angin pantai melalui ruang solat sekaligus memberikan keselesaan kepada para
jemaah. Keadaan masjid yang tetap teguh dan dikelilingi kawasan runtuhan membuatkan
mereka berasa terpegun melihatnya. Walaupun terdapat kerosakan kecil, namun, struktur
utamanya masih kukuh dan ini menunjukkan bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT.

5
Bab 7: Tangisan di Masjid Lhok Nga

Penulis yang memangku jawatan Ketua Teknikal dan Komander Kem berbincang dengan Pak
Lah berkenaan urusan di kem sebelum memperkenalkan Ir. Imran kepada Pak Lah.
Perbincangan pemasangan elektrik menjurus kepada perkakasan elektrik dan kemudahan
lampu pada kawasan luaran serta tenda kegunaan ramai menjadi mudah. Selain itu, penulis
bersama Syed Haris memeriksa pembinaan MCK yang dikendalikan oleh Pak Yusof. Dengan
adanya bahan binaan seperti 4000 ketul batu-bata, 10 beg pasir dan 2 lori simen, pembinaan
MCK dijangka dapat berjalan dengan lebih lancar. Pak Lah dan Pak Yusof diminta untuk
menyenaraikan bahan-bahan lain seperti zink, kayu dan perkakas sanitari secepat mungkin
bagi membolehkan tempahan awal dibuat. Memandangkan hari tersebut ialah hari Jumaat,
penulis dan Syed Haris bercadang menunaikan solat Jumaat di Masjid Lok Nga. Masjid ini
dikatakan baru dibuka kepada para jemaah setelah kerja pembersihan selesai dilakukan.

Sementara menunggu khutbah dibacakan, penulis membaca surah Yassin untuk ditujukan
kepada ibunya yang telah lama kembali ke Rahmatullah. Dia berasa sungguh sayu tatkala
mengenangkan Allahyarham ibundanya. Kesayuan hatinya bertambah apabila azan
berkumandang. Khutbah yang dibacakan oleh khatib juga menyentuh perasaannya sehingga
air matanya berterusan mengalir sehingga solat Jumaat ditunaikan. Semasa berada di Desa
Weu Raya, mereka dikejutkan dengan penemuan mayat di dalam sebuah perigi. Keadaan
mayat tersebut yang berulat dan berbau busuk sememangnya agak mengerikan buat mereka.
Kemudian, mereka kembali ke Kem Pengungsi. Pada waktu malam, penulis menerima
pesanan ringkas daripada kakaknya yang menyatakan bahawa ayahnya dimasukkan ke
hospital akibat serangan jantung. Dia merasakan bahawa hari itu merupakan hari yang penuh
dengan ujian kerana terdapat banyak perkara yang berlaku sepanjang hari itu.

Bab 8: Senja di Ulee Lheue

Ulee Lheue merupakan destinasi yang popular untuk para pelancong dan warga tempatan
untuk menyaksikan keindahan alam iaitu matahari terbenam. Pihak MERCY telah melawat
salah satu tempat yang paling banyak dilanda kemusnahan akibat tsunami. Kawasan yang
paling terkesan adalah merangkumi lima ke enam kilometer dari kawasan pantai. Ulee Lheue
dinamakan Ground Zero akibat hampir kesemua binaan yang terdapat di situ musnah.
Walaupun kawasan tersebut menempatkan kawasan perumahan orang-orang kaya tetapi
kekuasaan Allah itu lebih besar tanpa mengira darjat atau kekayaan. Menara rumah api
berketinggian 15 meter turut hancur dibadai tsunami kerana dijangkakan ketinggian tsunami
ketika itu adalah lebih daripada 15 meter. Walaupun kesemua binaan dan bangunan di Ulee
Lheue hancur tetapi Allah S.W.T memberi pengajaran dan menunjukkan kekuasaannya
dengan melindungi satu-satunya Masjid Baiturahim yang dilanda kerosakan amat kecil.

6
Kerosakan yang berlaku hanyalah di kawasan bumbung dan dinding masjid sahaja. Selepas
itu, mereka ke branda Aceh untuk mencari bahan-bahan pendawaian elektrik kerana bahan-
bahan telah kehabisan dan agak sukar untuk mendapatkan bahan ketika itu disebabkan oleh
bahan-bahan dibawa dari Medan. Proses pemasangan peralatan elektrik siap dijalankan
untuk kemudahan mangsa-mangsa tsunami. Apabila difikirkan semula, sayu hati ini kerana
bencana yang berlaku telah berlaku mengorbankan ribuan nyawa dan hamper keseluruhan
harta benda orang-orang Aceh. Perasaan gerun pula kerana memikirkan kebesaran dan
kekuasaan Allah S.W.T dalam menentukan setiap perkara yang berlaku.

Bab 9: Kemusnahan di Bandar Aceh

Pada 13 Februari 2005, pihak MERCY telah dikejutkan dengan beberapa gegaran gempa
bumi sebanyak dua kali tetapi gegaran ini tidak sekuat gegaran sebelumnya. Gempa bumi
yang sekejap ini mengambil masa hampir setengah jam untuk pulih dan menyukarkan
beberapa aktiviti yang dilaksanakan ketika itu. Setelah gegaran telah berhenti, mereka
bertolak ke Kem Pengungsi dan singgah di bandar Aceh untuk membuat salinan fotokopi
lakaran susun atur kem yang baru dilukis untuk perkembangan projek di kem. Pembinaan
seperti MCK berjalan dengan lancar tetapi menerima beberapa masalah di Kem Pengungsi
seperti tuan tanah yang menarik balik persetujuan akibat mahu menyewakan kepada orang
Jerman. Namun, masalah ini diselesaikan dengan cepat dengan izin Allah kerana terdapat
individu yang memiliki tanah berhampiran dengan kem. Kerja-kerja pemindahan giat
dilakukan dengan serta-merta.

Ketika hari kejadian, sebilangan penduduk yang berlindung di masjid tersebut terselamat
daripada ombak tsunami. Hasilnya, tujuh orang penduduk berketurunan Cina memeluk Islam
ketika itu. Sepanjang perjalanan, mereka menyaksikan kemusnahan yang berlaku iaitu bot-
bot besar dan kecil di daratan serta mayat-mayat yang mati. Bot-bot besar yang terkandas di
daratan tidak dapat dialihkan disebabkan peralatan yang tidak mencukupi untuk
mengalihkannya tetapi telah dijadikan sebagai tugu peringatan mengenai peristiwa tersebut.
Mereka kemudian bercadang untuk melawat Makam Syiah Kuala yang terletak di bandar
tersebut. Allayarham Syiah Kuala merupakan ulama’ besar yang telah mengembangkan Islam
ke Nanggroe Aceh Darussalam. Makam tersebut tetap teguh walaupun mengalami beberapa
kerosakan kecil. Kebanyakan tempat seperti taman-taman perumahan yang berhampiran laut
telah hancur dirobohkan oleh ombak tsunami ketika itu. Kawasan kolam yang berhampiran
sekitar dijadikan untuk menimbus sisa-sisa runtuhan bangunan yang terdapat di seluruh
bandar Aceh.

7
Bab 10: Projek Pembangunan Rakyat Aceh
USM telah mewujudkan delegasi ke Aceh untuk membina program usaha sama dalam bidang
kejururawatan dan farmasi. Semua tetamu dari USM yang datang telah dibawa melawat
seluruh kawasan kem termasuk meninjau kawasan projek yang sedang dijalankan. Satu
perbincangan telah diadakan ke arah membincangkan usaha sama mengadakan program
akademik berkembar di antara USM dengan Akademi Perawat dan Akademi Farmasi di
bandar Aceh. Pasukan teknikal MERCY memberi tumpuan ke atas projek membina semula
bilik-bilik kuliah dan blok-blok asrama yang telah musnah akibat tsunami. Dr. Jemilah berharap
agar program yang dibincangkan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa sebarang
halangan. Setiap blok yang hendak dibina telah dihubungkan dengan pusat komuniti yang
berada di tengah-tengah kelompok blok asrama tersebut.

Selain itu, DINAS Kesihatan Aceh yang juga turut serta dalam projek pembangunan rakyat
Aceh ini memohon bantuan daripada MERCY Malaysia untuk membina semula dan membaik
pulih dua buah akademi milik mereka. Mereka juga berharap MERCY Malaysia dapat
menghulurkan bantuan alat pengajaran, uji kaji, perabot dan sebagainya. Pembinaan Sumur
Bor juga telah dilakukan bertujuan untuk membekalkan sumber air bersih untuk berwudhuk
bagi jemaah masjid yang ingin solat. Kerja pembinaan Sumur Bor diakui memang sukar
dilakukan kerana ketiadaan alatan-alatan pembinaan yang canggih dan moden. Bukan itu
sahaja, kerja-kerja mereka bentuk bangunan turut dilakukan dengan setiap tingkat diletakkan
pelbagai kemudahan. Antaranya, makmal komputer dan makmal bahasa diletakkan di tingkat
dua manakala rekaan lama telah dikekalkan di blok asrama. Penekanan rekaan dilakukan
agar kelihatan lebih menarik dan mudah digunakan.

Bab 11: Anak-anak Aceh

Bab ini menceritakan tentang pembangunan kanak-kanak di Kota Aceh. Perbincangan telah
dilakukan antara Jameyah dan Ustaz Elias serta tiga orang pembantu tadika dalam
membincangkan program yang mereka ingin jalankan iaitu program pembangunan kanak-
kanak di tadika bagi mengembangkan pembangunan mental mereka. Ketika perbincangan
dilakukan bagi membangunkan perkembangan kanak kanak, gempa bumi telah pun berlaku
dan ianya merupakan pengalaman kelima Jameyah dan rakan-rakan lain menghadapi tragedi
tersebut di sana. Di dalam usaha menjalankan program ini, pengerusi MERCY Malaysia, Dr
Jemilah telah memberi ucapan di jamuan majlis perpisahan dengan kanak-kanak Kem
Pengungsi Desa Weu Raya. Di dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada ketiga-tiga
pembantunya yang ingin menjayakan misi itu dan berharap semua kanak-kanak di situ akan
gembira dengan program yang diterajui oleh beliau itu. Kanak-kanak Aceh tidak menunjukkan
wajah sedih mereka ketika berada di majlis tersebut malah mereka turut mempersembahkan

8
nyanyian dalam bahasa Aceh dengan riak wajah yang penuh gembira walaupun mereka
dilanda dugaan yang besar. Kanak-kanak di Aceh sangat bertuah ketika itu kerana mereka
memperolehi kad ucapan daripada kanak-kanak Amerika Syarikat yang banyak memberi
semangat kepada mereka. Di dalam satu perkongsian, Jemiyah berkongsi perasaan
gembiranya kerana dapat menjayakan program pembangunan kanak-kanak di kem dan
beliau berharap program ini dapat diteruskan oleh sukarelawan lain di masa akan datang.

Bab 12: Kembali ke Malaysia

Bab ini menceritakan pengakhiran perjalanan pasukan MERCY Malaysia kumpulan Misi 7 di
Aceh. Mereka saling bersalaman dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan Misi
ke-8 yang akan menggalas tugas seterusnya di Aceh. Perasaan hiba menyelubungi kawasan
tersebut kerana mereka sedih untuk meninggalkan Aceh. Sebelum bertolak balik, mereka
sempat membeli beberapa helai pakaian di Medan dan kemudiannya menjamu selera sebagai
makan tengah hari di sebuah restoran di Medan juga. Selepas makan tengah hari, mereka
membeli pula bingka di Medan sebagai buah tangan dari Indonesia dan selepas itu terus
bergerak ke Polonia dan tiba di sana jam 3 petang, lantas check-in bersama Dr. Ruslan yang
tidak sabar menunggu ketibaan mereka.

Mereka telah menaiki pesawat MAS pulang ke Malaysia dari Medan ke KLIA tepat jam 4
petang. Mereka telah menghabiskan masa 1 jam di dalam pesawat dengan tidur kerana
kepenatan sepanjang perjalanan menuju ke KLIA. Tepat jam 6.15, mereka tiba di KLIA
dengan selamat dan penuh kesyukuran. Sesi debriefing terus dilakukan di sebuah restoran
makanan segera di KLIA dan dikendalikan oleh Dr. Faizal. Setiap pasukan menyampaikan
informasi terkini tentang perlaksanaan tugas di Aceh dan laporan juga dapat disiapkan
sepenuhnya oleh setiap pasukan dengan baik. Akhirnya, ahli-ahli pasukan saling berpelukan
dan berharap agar dipanjangkan umur supaya dapat bertemu pada masa akan datang.

Bab 13: Visual Tragedi

Di akhir bab ini, terdapat pelbagai visual telah direkodkan oleh pasukan MERCY Malaysia.
Visual tersebut merupakan kesan-kesan tragedi yang telah mengakibatkan kerosakan.
Terdapat gambar dari satelit yang menunjukkan Kecamatan Lhok Nga Aceh Besar sebelum
dan selepas. Gambar selepas menunjukkan kesan teruk ombak besar tsunami yang telah
memusnahkan hampir semua perkampungan di sekitar Aceh. Terdapat juga gambar dari
sukarelawan yang menunjukkan mayat-mayat mangsa tsunami yang bergelimpangan di
sekitar perkarangan hospital dan kawasan lapang yang dijadikan kawasan pengumpulan
mayat mangsa-mangsa korban.

9
Di samping itu, terselit juga visual anggota-anggota tentera Malaysia membantu mencari dan
menguruskan mayat-mayat korban tsunami di Aceh. Selepas itu, visual kubur besar yang
dibina untuk mengebumikan mayat-mayat terkorban juga turut dirakamkan. Bukan itu sahaja,
pelbagai visual telah dirakamkan tentang kemusnahan-kemusnahan di Aceh termasuk
kawasan pelancongan. Hampir kesemua bangunan yang dibina berdekatan dengan laut telah
ranap dibadai ombak. Di balik pelbagai visual kemusnahan ini, terdapat satu visual yang
membuktikan kekuasaan Allah SWT iaitu Masjid Baiturrahim yang masih teguh berdiri dan
tidak musnah walaupun dibadai ombak besar. Visual kapal-kapal besar milik syarikat-syarikat
ternama yang terdampar di daratan juga turut direkodkan.

Para sukarelawan tidak ketinggalan dalam mengambil gambar tempat tinggal tenda yang
menjadi tempat perlindungan para mangsa tsunami diikuti dengan visual anak-anak Aceh
yang masih tersenyum walaupun dilanda musibah. Beberapa gambar pemberian bantuan
juga telah direkodkan sebagai kenangan manis sukarelawan MERCY Malaysia di sana dalam
memberi bantuan. Aktiviti-aktiviti menarik seperti menjahit dan memasak juga dijadikan potret
dan kenangan di dalam buku ini untuk dikongsikan kepada para pembaca yang ingin
mengetahui keadaan selepas berlakunya tsunami. Para sukarelawan juga tidak terlepas
peluang dalam mengambil kenangan bergambar di tempat-tempat istimewa.

10
3.0 BAHAGIAN C: ISU KONTEMPORARI

Isu Akidah Berkaitan Bencana Alam

Secara umumnya, fenomena bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, gempa bumi, tanah
runtuh dan sebagainya mengakibatkan kemusnahan kediaman dan harta benda termasuklah
nyawa manusia dengan hanya sekelip mata. Kejadian yang sebenarnya telah wujud sejak
zaman dahulu dan kini berulang kembali sememangnya meninggalkan kesan atau kenangan
yang pahit, ngeri dan sedih sehingga sukar untuk ditelan terutamanya kepada mangsa yang
pernah mengalami peristiwa sebegini. Sesetengah mangsa bukan sahaja kehilangan harta
benda mereka, malah juga ahli keluarga yang tercinta. Setelah mendalami dan menyelami,
kesan kejadian bencana alam terhadap mangsa, terdapat beberapa isu akidah yang dapat
dikaitkan di mana isu ini seringkali diuar-uarkan atau dalam erti kata lain, hangat dibincangkan
sama ada melalui media cetak mahupun media elekronik seperti kaca televisyen dan radio.

Antaranya, isu penerimaan fenomena tsunami atau banjir besar oleh mangsa melibatkan nilai
dan kepercayaan terutamanya bagi umat Islam. Kebanyakan mangsa tsunami bersikap reda,
tawakkal dan beranggapan bahawa peristiwa tsunami yang berlaku adalah sesuatu yang
mampu mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahawa pegangan
aqidah mereka masih mantap dan utuh. Konsep beriman kepada qada’ dan qadar Allah SWT,
rukun iman yang keenam dapat dikaitkan dengan situasi bencana alam di mana rukun
tersebut menuntut seorang mukmin supaya sentiasa bersabar dalam menghadapi segala
perkara yang telah ditentukan ke atasnya. Tuhan yang bersifat khaliq atau Pencipta sudah
pasti lebih mengetahui dan lebih berkuasa dalam menentukan perjalanan alam dan manusia
ciptaanNya. Segala musibah yang menimpa dalam apa jua cara sekalipun, sudah pasti ada
hikmah di sebaliknya. Justeru, apabila seseorang mengetahui bahawa semua yang terjadi
adalah kehendak Allah SWT, dia perlu reda, berserah diri dan sentiasa sabar.

Selain itu, ada isu lain yang dibangkitkan seperti persoalan berkaitan sifat af’al Allah SWT.
Persoalannya, “adakah musibah seperti tsunami ini merupakan bala dari Allah disebabkan
dosa manusia?”. Persoalan ini jelas menimbulkan tanda tanya oleh sebilangan mangsa
bencana alam dan situasi ini dikhuatiri berisiko kerana berkemungkinan menimbulkan
kekeliruan yang lebih besar dalam isu aqidah. Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa
fenomena banjir besar atau tsunami merupakan sebahagian daripada takdir Allah SWT yang
melanda pelbagai tempat. Fenomena ini jelas dianggap ujian di mana ia merupakan kepastian
yang berlaku di bumi ini seperti dinyatakan di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, Allah
juga menyatakan di dalam Al-Quran bahawa sifat manusia yang rakus, tamak dan lalai
sehingga banyak melakukan kerosakan di bumi ini, akhirnya menyusahkan mereka sendiri.

11
Maka, dapat disimpulkan bahawa musibah tsunami yang diturunkan kepada manusia
merupakan ujian daripada Allah SWT bertujuan menguji keimanan dan memberikan
pengajaran kepada umat Islam supaya mengingati kebesaran Allah dan kembali semula ke
jalan yang benar, wallahualam.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar.

Surah al-Baqarah (155)

Allah SWT juga berfirman:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

(Surah al-Rum: 41)

12
Isu Penambakan Laut
Penambakan laut merupakan aktiviti penambahan tanah di laut untuk tujuan pembangunan
atau penempatan. Terdapat dua jenis penambakan laut iaitu jenis pulau dan jenis
semenanjung. Jenis pulau adalah dalam bentuk pulau buatan yang terasing dari persisiran
pantai sedia ada sementara yang jenis semenanjung adalah bersambung dengan persisiran
pantai tanah besar. Projek ni bukan sahaja memakan jutaan ringgit malahan memberi impak
yang sangat negatif kepada penduduk persekitaran dan juga kepada kehidupan didasar
lautan. Jika dikaji semula, terdapat beberapa kesan yang akan diterima oleh kehidupan dasar
laut seperti pemusnahan zon penampan iaitu berfungsi sebagai penampan semulajadi.
Penampan semulajadi ini berperanan penting sebagai perlindungan daripada ombak ke atas
kawasan pantai dan melindungi kawasan persisiran pantai daripada limpahan banjir dan
hakisan akibat ombak. Sekiranya penampan semulajadi ini telah tiada, arus-arus ombak yang
kuat akan menyebabkan pelbagai kejadian alam semulajadi yang lebih dahsyat seperti
tsunami kerana benteng pertahanan telah musnah disebabkan oleh ketamakan manusia.

Di samping itu, pemusnahanan ekosistem seperti terumbu karang, dataran rumput laut dan
dataran lumpur akan membawa kepada kemerosotan bersih biomas fauna dan kepadatan
atau perubahan kepada komposisi spesies. Jika ditelusuri, pemusnahan ekosistem akan
menyebabkan masa yang amat panjang untuk ekosistem ini pulih semula. Seterusnya,
kehidupan haiwan benthic. Haiwan benthic ataupun didefinasikan sebagai organisma yang
paling terkecil di lautan yang berperanan penting sebagai sumber makanan kehidupan di
dasar laut. Kerja-kerja pengorekan dan penebus gunaan akan melemaskan hidupan di dasar
laut dan menyebabkan kelangsungan habitat benthos ini terhenti. Pengekstaran sedimen
marin yang digunakan di dalam projek ini menyebabkan gangguan dan penyingkiran fauna
dan epifauna benthik.

Selain itu, peningkatan pemendakan dan kekeruhan. Aktiviti pengorekan dan pengekstrakan
adalah salah satu bentuk gangguan yang membawa kepada peningkatan butiran terampai
dalam air. Hasil bahan dari pengorekan menyebabkan pepejal terampai terhasil. Bahan-
bahan penting ekosistem seperti partikel batu aggregat mengeruhkan air laut serta
mengurangkan pembiakan batu karang lautan. Gangguan-gangguan yang dilakukan oleh
manusia secara impulsif menyebabkan laut berubah secara 360 darjah dan akan
menyebabkan bencana alam seperti tsunami. Tsunami tidak akan terjadi sekiranya tiada
gangguan yang dilakukan pada dasar laut. Apabila perubahan dasar laut secara tiba-tiba atau
dasar laut secara tiba-tiba terangkat seperti gempa bumi akan menjurus kepada tsunami yang
amat besar.

13
Gempa bumi tidak akan berlaku sekiranya manusia tidak membuat tarahan bukit dengan
kadar yang tidak terkawal. Bukit-bukit ini berperanan penting di dalam kehidupan manusia
kerana bukit juga boleh dijadikan sebagai tempat perlindungan utnuk manusia sekiranya
berlakunya gempa bumi ataupun banjir kerana bukit berpotensi sebagai tempat yang tinggi
daripada kawasan bawah. Justeru itu, perubahan fizikal yang boleh dilihat adalah kemasukan
air masin dan perubahan sistem air bawah tanah. Kesan yang akan berlaku adalah pH tanah
akan berubah dan spesies yang sensitif turut terjejas. Situasi yang lebih teruk akan berlaku
sekiranya kawasan penambakan baru menghalang penyaliran semulajadi dari kawasan
pertanian kepada kenaikan aras air bumi. Ini kerana bumi ditutupi ais seluas 15 juta kilometer
di kawasan bumi. Sekiranya paras air meningkat, ia bukan sahaja akan membawa bencana
banjir besar malahan merosakkan harta benda manusia. Ini adalah faktor-faktor mengapa
tsunami boleh melanda di Aceh pada ketika itu. Tsunami yang digelar sebagai “gempa
monster” dan berketinggian 15 meter pada waktu itu telah mengorbankan ribuan manusia
ketika itu. Ini adalah peristiwa yang tidak dapat dilupakan masyarakat Aceh sehingga masa
kini.

14
4.0 KESIMPULAN

Di penghujung penganalisaan buku bertajuk “TSUNAMI di ACEH” setebal 152 muka surat ini
ternyata banyak menceritakan pengalaman pahit manis sukarelawan MERCY Malaysia di
Aceh dalam membantu kota serambi Mekah itu menangani ujian besar daripada Allah SWT.
Sebanyak 13 bab di dalam karya ini telah menggambarkan kehidupan hamba-hamba Allah di
Aceh selepas mereka dilanda tsunami. Helai demi helai telah dibaca dengan penuh teliti
ternyata lebih membuatkan kita semakin insaf dengan kehidupan yang fana di dunia ini kerana
bencana dan musibah yang melanda adalah amaran daripada Allah kepada umatnya yang
melakukan perkara yang dilarang olehNya.

Selain itu, kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini banyak menceritakan tentang sikap
keprihatinan dan saling membantu oleh sukarelawan MERCY Malaysia di Aceh. Persatuan
yang telah diasaskan oleh Dr. Jemilah Mahmood ini telah banyak memberi bantuan
terutamanya dari segi perubatan kepada penduduk penduduk yang mengalami masalah
kesihatan akibat daripada tsunami. Daripada jalan penceritaan buku ini, jelas sekali kita dapat
lihat bahawa sesuatu ujian itu dapat ditempuhi dengan izin dan pertolongan yang dikirimkan
oleh Allah. Kisah keprihatinan sukarelawan MERCY yang diceritakan ini dapat memberi
inspirasi kepada umat manusia untuk saling membantu sesama manusia apabila seseorang
itu di dalam kesusahan.

Disebalik penceritaan pertolongan pasukan Mercy Malaysia di Aceh, terselit juga penceritaan
tentang kepayahan dan kesedihan kehidupan penduduk Kota Aceh dalam menjalani
kehidupan. Majoriti penceritaan di dalam buku ini adalah tentang kesedihan mereka selepas
dilanda tsunami kerana segala hak milik mereka telah pun musnah dibadai ombak tsunami
yang deras dan kuat. Penduduk Aceh tentu saja kehilangan tempat tinggal di mana ia adalah
tempat berlindung dan mereka ketika itu tidak lagi merasai tempat tidur mereka yang nyaman.
Kesedihan lebih besar yang diceritkan di dalam buku ini ialah mereka kehilangan separuh dari
nyawa mereka iaitu ahli keluarga mereka.

Pasukan MERCY Malaysia banyak menemui penduduk yang tidak mempunyai ahli keluarga
yang cukup bahkan ada yang tinggal keseorangan. Membaca buku ini sahaja sudah jelas
menceritakan tentang dugaan dan rintangan mereka dalam mengharungi dugaan ini. Ini juga
disebut oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud “tidaklah sesuatu ujian itu ditimpakan
ke atas kamu melebihi apa yang kamu mampu”. Pengajaran dan iktibar yang dapat dicoretkan
di dalam diri selepas membaca buku ini ialah tidak semua apa yang kita miliki di dunia ini
adalah milik kita selamanya, jika Allah mengehendaki sesuatu itu bukan milik kita, maka Allah
akan mengangkatnya daripada hidup kita supaya kita sentiasa mengingatinya dan menyedari
kehidupan adalah sementara.

15
Setiap cebis kisah yang diceritakan di dalam buku ini memberikan banyak makna terutama
kepada kehidupan. Buku yang penuh dengan pengajaran dan tauladan ini juga menyedarkan
manusia agar selalu bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan dan tidak mengeluh. Kisah
pasukan MERCY Malaysia yang gigih dan telus dalam memberi bantuan telah memberi
inspirasi kepada manusia untuk sentiasa menolong insan lain yang berada di dalam
kesusahan. Di samping kejayaan mereka tiba di Aceh, buku ini juga mengisahkan perjalanan
mereka yang penuh dengan cabaran seperti kekurangan ahli dan pesawat terpaksa berpatah
balik. Namun, ia tidak mematahkan semangat mereka sebaliknya menjadi pendorong kepada
mereka untuk selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi pelbagai kisah merangkumi kesedihan,


kepayahan, kegigihan, kekuatan dan kegembiraan yang memberi inspirasi kepada manusia
dalam menghadapi ujian serta kehidupan yang berwarna-warni ini. Setiap penceritaan
perjalanan pasukan MERCY Malaysia memberi makna yang positif kepada manusia untuk
tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira ia sukar atau mudah.

13 bab telah menceritakan perjalanan mereka di samping kisah-kisah sedih penduduk Aceh
menggambarkan bahawa kepayahan mereka dalam membantu semua mangsa yang terjejas
tanpa ada sedikit pun keinginan berputus asa. Yakinlah, jika niat seseorang itu baik di dalam
melakukan sesuatu perkara, maka Allah akan menghadirkan hasil yang baik. Di akhir buku ini
telah menceritakan perjalanan kembali pasukan MERCY Malaysia ke Malaysia dengan penuh
keterujaan kerana tidak sabar untuk berjumpa ahli keluarga mereka.

16
CADANGAN

Setelah meneliti setiap helai buku, membaca setiap bab, ternyata ada juga cadangan yang
boleh dikongsi bagi memantapkan lagi pembacaan buku ini di masa akan datang. Buku yang
menarik seperti ini tentu sahaja dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang
membaca dan membelinya. Jadi, bagi memgembangkan lagi ideaologi di dalam buku ini,
terdapat beberapa cadangan telah direkodkan untuk buku ini supaya kelihatan lebih menarik
dan lebih berinspirasi.

Antara cadangan yang utama ialah menulis edisi kedua khas buku ini dengan tajuk yang sama
tetapi isi yang berlainan. Terdapat pelbagai isi baharu yang boleh dikupaskan di dalam edisi
kedua buku ini seperti kehidupan terkini penduduk Aceh, keadaan terkini Aceh yang kelihatan
semakin maju dan penduduknya yang semakin bertambah baik serta merekodkan
pengalaman kanak-kanak yang dahulunya pernah terjejas kerana tsunami dan kini mereka
sudah pun melonjak dewasa. Apabila buku ini sudah ditulis dan diperkenalkan, mungkin ramai
yang ingin membaca kerana ingin tahu bagaimana penduduk Aceh berjuang dalam
memanjangkan hayat mereka dengan didampingi pelbagai dugaan hidup.

Cadangan seterusnya adalah supaya setiap buku yang mengandungi pelbagai bab
direkodkan dan dibahagikan kepada dua buku supaya buku tersebut lebih mudah dibaca dan
tidak mendatangkan kebosanan kepada para pembaca yang ingin membaca buku tersebut
kerana tebal dan dikhuatiri mereka tidak dapat menghabiskan pembacaan buku tersebut.
Selain itu, dengan adanya pembahagian buku ini, lebih mudah untuk mereka membaca.
Maka, pembaca dapat membawa buku tersebut ke mana-mana sahaja mereka bergerak
kerana tidak terlalu tebal dan berat.

17
RUJUKAN

Azman Zainonabidin. (2008). Tsunami d Aceh: Pengalaman sebagai sukarelawan MERCY


Malaysia. Petaling Jaya: Maxporia Sdn.Bhd.
Azrul Faizal Mohamed. (2020, June 1). Sahabat Alam Malaysia. Retrieved from
https://www.foe-malaysia.org/kesan_kesan_penambakan_laut_di_malaysia

Irwan Mohd Subri., Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali., Walid Mohd Said., …… Bilal
Jailani. (2016). Isu-isu aqidah di pusat pemindahan mangsa banjir: Kajian perintis di
daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 8,
27-36.

Laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan. (2018). Retrieved from
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3230-al-kafi-1170-fenomena-panas
melampau-dosa-atau-ujian-allah-swt
Mahayudin Haji Yahaya. (2012). Alam semesta dan bencana alam dari perspektif agama
dan sains. Journal of Human Development and Communication, 1, 71-85.
LAMPIRAN

Muka depan Muka belakang

Anda mungkin juga menyukai