Anda di halaman 1dari 3

RUBRIK HOLISTIK

Rubrik adalah alat atau instrumen bagi pengajar untuk menetapkan kriteria penilaian
untuk tugas. Rubrik holistik adalah rubrik yang bersifat menyeluruh. Rubrik holistik adalah
panduan untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi setiap kriteria.
Penggunaan rubrik holistik adalah semasa penilaian yang cepat dan kasar diperlukan. Justeru,
markah keseluruhan akan diberi oleh penilai berpandukan tahap pencapaian murid.

Kelebihan yang jelas tergambar terhadap penggunaan rubrik holistik adalah guru
dapat memberi gambaran pencapaian murid secara keseluruhan dan memberi markah dengan
segera. Selain itu, guru dapat menjimatkan masa dengan merangka rubrik yang ringkas dalam
masa yang singkat untuk membuat penilaian prestasi murid. Dalam pada masa yang sama
juga, penggunaan rubrik holistik dapat mencapai kebolehpercayaan inter-rater dalam masa
yang singkat. Oleh itu, rubrik holistik sangat sesuai untuk digunakan dalam penilaian sumatif.

Kelemahan yang dapat dikenal pasti sekiranya menggunakan rubrik holistik adalah
penilaian ringkas yang dibuat menyebabkan guru sukar untuk menilai kerana maklumat yang
diperolehi tidak terperinci. Di samping itu, markah keputusan yang diperolehi oleh pelajar
juga akan meragukan kerana maklumat yang kurang terperinci. Selain itu, kekuatan dan
kelemahan pelajar sukar untuk dinilai oleh guru. Oleh itu, rubrik holistik tidak sesuai untuk
penilaian yang berbentuk formatif.

PEMBINAAN RUBRIK HOLISTIK

Dalam reka bentuk pentaksiran yang berasaskan eksperimen dan pembentangan, murid akan
dinilai melalui pemahaman murid terhadap eksperimen sel bawang yang dijalankan menerusi
pembentangan slaid. Di akhir pembentangan tersebut, murid akan melihat dengan lebih jelas
tentang struktur sel tumbuhan serta dapat melukis dan melabelkan struktur sel tersebut.
Berikut adalah langkah- langkah pembentangan yang dijalankan oleh satu kelas murid
tingkatan satu yang mempunyai murid seramai 25 orang. Murid- murid dikehendaki membina
lima kumpulan yang mengandungi 5 orang ahli bagi setiap kumpulan.

Langkah 1

1. Guru memberi penerangan awal tentang eksperimen bawang yang bakal dijalankan
dan meminta pelajar untuk fokus dan menulis nota.
2. Guru mengajar cara penggunaan setiap bahan dan radas serta menerangkan prosedur
yang perlu dilakukan sehingga selesai eksperimen.
3. Guru mengingatkan pelajar untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan setiap
aktiviti semasa berada di dalam makmal dan memaklumkan kepada guru sekiranya
mendapat kecederaan semasa menjalankan eksperimen.
4. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan yang terdiri daripada
lima orang.
Langkah 2

1. Dalam kumpulan, murid perlu mendapatkan sehelai daun sisik daripada sebiji bawang
besar
2. Dengan menggunakan skalpel, murid perlu menanggalkan epidermis lut cahaya dari
sebelah daun sisik.
3. Murid perlu meletakkan setitis air suling pada bahagian tengah slaid dan meletakkan
epidermis bawang dalam titisan air suling tersebut.
4. Dengan bantuan jarum tenggek, tutup epidermis bawang dengan penutup slaid kaca
yang diletak pada sudut 45 darjah kepada slaid dan turunkan secara perlahan.
5. Murid perlu memastikan tiada gelembung udara terperangkap di dalam lekapan basah
slaid dan epidermis bawang tidak berlipat.
6. Kemudian murid perlu menitiskan setitis larutan iodin di satu sisi penutup slaid kaca.
7. Murid perlu meletakkan kertas turas di hujung penutup slaid kaca yang bertentangan
untuk menarik titisan lebihan larutan iodin.
8. Dengan menggunakan mikroskop cahaya, murid perlu memerhatikan slaid dengan
melaraskan kanta objektif kuasa rendah dan kanta objektif kuasa tinggi.
9. Murid perlu melukis struktur sel epidermis yang dapat diperhatikan dan labelkan
dengan lengkap.

Langkah 3

1. Setelah selesai eksperimen yang dijalankan, setiap kumpulan diarahkan untuk


membuat pembentangan hasil daripada eksperimen tersebut.
2. Guru meminta murid untuk membentangkan hasil eksperimen dalam bentuk slaid
yang lengkap.
3. Guru meminta setiap ahli kumpulan untuk melibatkan diri dalam pembentangan dan
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
4. Kandungan- kandungan yang akan dibentang mesti mempunyai isi kandungan yang
lengkap bermula dengan pendahuluan, bahan dan radas, prosedur, hasil kajian dan
kesimpulan.
5. Guru akan membuat penilaian berdasarkan rubrik holistik.

RUBRIK HOLISTIK

Gred Tahap Pencapaian Penerangan


5 Cemerlang 1. Menyediakan kesemua bahan eksperimen yg
80 – 100 markah dikehendaki dan boleh menjalankan eksperimen
secara berkumpulan serta mengikut prosedur
secara terperinci dengan tepat dan teratur.
2. Penyediaan dan pembentangan slaid yang kemas,
cantik dan merangkumi semua informasi yang
dikehendaki.
3. Menguasai kesemua disiplin ilmu yang terdapat
dalam eksperimen.
4 Kepujian 1. Menyediakan bahan eksperimen yang dikehendaki
60-79 markah dan boleh menyiapkan eksperimen dengan bantuan
guru serta mengikut prosedur dengan tepat dan
kemas.
2. Penyediaan dan pembentangan slaid yang cantik
dan merangkumi semua informasi yang
dikehendaki.
3. Menguasai kesemua disiplin ilmu yang terdapat
dalam eksperimen.
3 Baik 1. Menyediakan sebahagian bahan eksperimen yang
40 – 59 markah dikehendaki dan boleh menyiapkan eksperimen
dengan bantuan guru serta mengikut prosedur
dengan memuaskan.
2. Penyediaan dan pembentangan slaid yang biasa
dan merangkumi sebahagian informasi yang
dikehendaki.
3. Menguasai sebahagian disiplin ilmu yang terdapat
dalam eksperimen.
2 Memuaskan 1. Menyediakan bahan eksperimen yang dikehendaki
20 – 39 markah namun tidak memenuhi prosedur eksperimen yang
ditetapkan.
2. Penyediaan dan pembentangan slaid yang kurang
memuaskan dan merangkumi sebahagian informasi
yang dikehendaki.
3. Lemah dalam menguasai disiplin ilmu yang
terdapat dalam eksperimen.
1 Lemah 1. Tidak dapat menyediakan bahan eksperimen yang
0 - 19 markah dikehendaki serta tidak memenuhi prosedur
eksperimen yang ditetapkan.
2. Penyediaan dan pembentangan slaid yang lemah
dan merangkumi sedikit informasi yang
dikehendaki.
3. Tidak dapat menguasai disiplin ilmu yang terdapat
dalam eksperimen.

Anda mungkin juga menyukai