Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU,

BEG BERKUNCI NO.4,


89009 KENINGAU, SABAH

MENERANGKAN KEPENTINGAN MENDAULATKAN PERLEMBAGAAN NEGARA

KOD & NAMA KURSUS :


SEMESTER & TAHUN : SEMESTER 3 / 2022
PROGRAM : KOSMETOLOGI

NAMA BRYENDA FRED


NO. ANGKAH GILIRAN K751KHKM005
NO. KAD PENGENALAN 050915120402

NAMA PENSYARAH : PN. SYARIFAH RAZHANA HJ AKARAB


TARIKH HANTAR : 22 / 8 / 2022
Secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah
institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung
dengan pentadbiran dan politik. Mendaulatkan perlembagaan merupakan aset yang penting
dalam sesebuah negara untuk menjaga kemakmuran dan keselamatan negara. Hal ini
berlaku bagi mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran serta menetapkan hak-hak
asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia. Contohnya menjadi kuasa terpenting dalam
penggubalan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia,
dengan menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa
persekutuan.

Terdapat banyak kepantingan- kepentingan mendaulatkan perlembagaan negara antaranya


ialah menjamin pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara yang memberi manfaaat
kepada rakyatnya. Menurut persetujuan yang dicapai dalam Perlembagaan Malaysia,
terdapat peruntukan dari segi hak sebagai warganegara dalam peluang pendidikan dan
pekerjaan. Perkara ini menunjukkan bahawa undang-undang itu berperanan dalam menganal
pasti hak sosial yang wajar diperoleh. Selaras dengan Perlembagaan Malaysia, polisi dan
dasar-dasar kerajaan yang digubal seharusnya menguntungkan rakyat dan kesejahteraan
hidup dapat dicapai. Situasi ini memeberikan imej yang baik dimiliki oleh negara di mana ia
bakal menarik minat pelabur asing untuk melabur di dalam negara. Secara langsung, peluang
pekerjaan dicipta untuk masyarakat tempatan dan pertumbuhan ekonomi domestik akan
bercambah. Intihannya, berlandaskan undang-undang yang baik, kita mampu merencana
kemajuan dalam diri, organisasi mahupun negara dan mendapat manfaat terbaik di atas hasil
usaha yang dijalankan.

Seterusnya , menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan


hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta.
Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. Dengan wujudnya
Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin. Sebagai contoh,
warganegara Malaysia berhak mendapat perlindungan yang sama rata daripada pihak
berkuasa seperti polis dan tentera supaya keselamatan diri dan negara terjamin. Selain itu,
setiap warganegara berhak untuk menganuti agama masing-masing dan tiada diskriminasi
yang akan timbul sehingga menyentuh sentimen perkauman yang akan menggugat
keamanan negara.

Kepentingan lain mendaulatkan perlembagaan Malaysia adalah memastikan pentadbiran


dan pemerintahan yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Malaysia menerusi Kerajaan
Persekutuan yang dibentuk adalah berlandaskan kepada demokrasi berparlimen. Seterusnya,
parti yang mempunyai majoriti kerusi di parlimen akan membentuk kerajaan persekutuan dan
menjalankan tugas-tugas eksekutif negara. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, kita juga
mempunyai sistem Raja Berperlembagaan di mana Yang Di Pertuan Agong akan dipilih oleh
Majlis Raja-Raja untuk menjadi ketua negara dan mempunyai bidang kuasa seperti yang
dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia. Sistem yang mempunyai tempoh masa iaitu
sepanjang lima tahun sepenggal adalah adil dalam memberi peluang dan ruang kepada
mereka yang berkuasa untuk memerintah dan mentadbir negara ke arah kemajuan yang lebih
baik daripada sebelum ini. Kesannya, pertindihan atau pemusatan kuasa dalam pemerintahan
dan pentadbiran negara dapat dielakkan serta rakyat boleh menentukan hala tuju politik
negara.

Kesimpulannya, mendaulatkan perlembagaan Malaysia adalah undang-undang bertulis


yang memberikan pelbagai kepentingan kepada kita sebagai rakyat dan juga pemerintah
serta pentadbiran negara. Setiap rakyat yang bergelar warganegara Malaysia hendaklah
memahami dan menguasai sejarah pembentukan negara kita serta mengambil iktibar
daripadanya. Pada pendapat saya, kesepakatan dan perpaduan antara semua akan
membawa kita ke arah yang lebih baik berbanding daripada bergerak secara berpecah-belah.
Dengan itu, walau di mana kita berpihak, kita seharusnya sedar bahawa tanah yang kita pijak
dan langit yang dijunjung adalah pinjaman daripada Tuhan buat sementara sahaja. Tiada apa
yang kekal selamanya tetapi mencapai kemajuan sejagat adalah perkara yang mampu dan
wajib menjadi agenda utama masyarakat yang inteligensia.

Anda mungkin juga menyukai