Anda di halaman 1dari 3

AIRASIA LAKSANA TEKNOLOGI INOVATIF

UNTUK MENJADIKAN PENGALAMAN


PERJALANAN LEBIH LANCAR DAN SELAMAT

https://newsroom.airasia.com/news/airasia-laksana-teknologi-inovatif-scan2fly

SEPANG, 20 November 2020 - AirAsia terus merevolusikan perjalanan udara dengan


inovasi baharu untuk memberi para tetamu pengalaman perjalanan yang lebih baik. Ini
bukan sahaja menjadikan penerbangan lebih selamat dan berpatutan, malah lebih
lancar dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

AirAsia telah bekerjasama dengan syarikat transformasi digital GrayMatter untuk


melancarkan Scan2Fly, teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para
tetamu untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuklah
pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Dengan Scan2Fly, tetamu AirAsia kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil
perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian. Dokumen tersebut akan
diproses untuk mengesahkan sama ada tetamu tersebut diluluskan untuk terbang oleh
pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah.

Sistem ini telah berjaya dilaksanakan oleh GrayMatter dan kini tersedia untuk
beberapa buah penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur 2 (KLIA2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya, serta bakal dilancarkan
untuk penerbangan ke/dari Jakarta tidak lama lagi. Dihoskan oleh teknologi
pengkomputeran awan (cloud), sistem ini telah diintegrasikan dan disesuaikan dengan
aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan maklumat
yang kukuh. Sistem ini juga akan diperkenalkan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana
dokumen perjalanan yang sah diperlukan sebelum membuat perjalanan.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia di mana ia mampu


mengurangkan interaksi antara kakitangannya dan para tetamu di lapangan terbang
kerana mereka boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik beserta status
kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Pada masa yang sama, AirAsia mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan


pada baru-baru ini dengan rakan strategik Vision-Box, termasuklah perkhidmatan
daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih, dan teknologi
pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) -
sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan. Syarikat penerbangan ini juga terus
bekerjasama dengan Vision-Box untuk mengembangkan sistem tanpa sentuhan yang
lain seperti pengurusan identiti digital di seluruh ekosistem perjalanan dan
kewangannya. 

Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia berkata, “Inovasi telah
menjadi sebahagian daripada DNA kami dan transformasi digital ini akan meneruskan
momentum usaha untuk menjadikan perjalanan di dalam norma baharu ini lebih
selamat dan lancar tanpa sentuhan. Peningkatan keupayaan digital kami bukan sahaja
dapat mengurangkan kos, malah meningkatkan lagi pengalaman perjalanan para
tetamu. Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi
selari dengan transformasi kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup
sehenti.”

***

Mengenai GrayMatter

GrayMatter is a Big Data, Analytics, Data Science, Artificial Intelligence & IoT Data
Integration specialist company with over 200+ successful BI implementations across
USA, EMEA & APAC across multiple industries, with focus on airports. 

From its inception till now GrayMatter has enhanced its deep domain and technical
expertise and has developed industry specific products including Airport Analytics
(AA+), Store Sense, Sky Edge and Car Park Revenue Management (CPRM) for Airports.
GrayMatter has been acknowledged and featured in Airports International, Passenger
Terminal, Airport Focus, Airline & Airport Suppliers, Bloor International, NASSCOM,
SAP, Silicon India, Helsinki Hub, CIO Review, and many others.

Mengenai Vision-Box 

Vision-Box is a multinational company with a presence on 5 continents and over 6,000


digital  identity solutions used by more than 700 million citizens. The company is a
world leader in  biometrics seamless travel, automated border management and
electronic identity management  solutions. Vision-Box's technology is present in more
than 80 airports worldwide. Responsible for  the most relevant advances in the use of
biometrics, Vision-Box solutions streamline the  passenger experience throughout
their journey and improve the efficiency of public services to  ensure safety, security
and performance. Based in Portugal, the company has 12 offices around the world in
countries that include the  United Arab Emirates, United Kingdom, Australia, Japan,
USA and India. 

Anda mungkin juga menyukai