Anda di halaman 1dari 1

2) Proses pemuliharaan dan pemeliharaan penting kepada bahan warisan kerana ianya

melindungi dan menjaga bahan warisan tersebut daripada kerosakan. Jika proses
pemuliharaan dan pemeliharaan tidak dilakukan sudah pasti bahan warisan tersebut
akan terus mengalami kerosakan serta pupus dengan begitu sahaja. Hal ini dapat
dilihat melalui penjagaan koleksi di muzium yang memberikan dan mengamalkan
proses pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap bahan warisan dengan menggunakan
cara dan kaedah yang betul seperti menggunakan prosedur teknikal makmal,
melakukan perawatan dan membaik pulih. Secara tidak langsung, bahan warisan
tersebut dapat dilindungi dan dapat dipamerkan kepada pengunjung supaya ianya
tidak pupus dan dapat disambungkan kepada generasi yang akan datang.

3) Antara tujuan akhir kepada proses pemuliharaan dan pemeliharaan bahan warisan ini
adalah bagi memastikan bahan warisan tersebut dipelihara secara terancang agar dapat
dijadikan sebagai rujukan kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, tujuan proses
pemuliharaan dan pemeliharaan ini juga adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan
penglibatan semua pihak tentang perkara yang berkaitan dengan warisan. Disamping itu,
proses ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran dalam bidang pemeliharaan
dan penyenggaraan melalui latihan seminar dan kursus. Seterusnya, tujuan proses
pemuliharaan dan pemeliharaan ini juga adalah untuk menumpukan jalinan kerjasama dan
persefahaman berkaitan harta bahan warisan serantau. Akhir sekali, proses pemuliharaan dan
pemeliharaan ini juga bertujuan untuk menjalankan pemeliharaan yang terancang, sistematik
dan berterusan dengan mengikut piawaian yang diiktiraf.

Anda mungkin juga menyukai