Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JONG,

TELUK INTAN.

KERTAS KERJA PROGRAM:


MENGHAFAL HADIS RINGKAS

ANJURAN :

PANITIA PENIDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


PENDAHULUAN :

Rabiulawwal merupakan bulan yang masyhur berkaitan dengan Rasulullah s.a.w


sepertimana yang sinonim dalam sirah. Dengan merebut kesempatan bulan
kelahiran atau Maulidul Rasul ini, pihak Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
mengadakan suatu program Menghafal Hadis yang mana menjadi pendorong
kepada murid untuk menghafal hadis Rasulullah s.a.w yang ada dipelajari dalam
kelas dan yang selainnya, sebagai satu pendedahan awal dan ransangan kepada
para murid untuk cuba menghafal hadis. Hadis merupakan ucapan, perbuatan dan
ikrar Rasululllah s.a.w. Ucapan baginda ini yang disebut sebagai hadis merupakan
ucapan dalam Bahasa Arab yang sangat baik ucapannya. Tentunya dengan peluang
dan ruang ini, murid-murid dapat suatu pengalaman iaitu menghafal hadis yang
ringkas untuk membina keyakinan diri murid terhadap seni hafalan dan keindahan
pesan yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w yang umumnya berkait lansung dengan
kehidupan seharian. Selain itu sebagai galakan kepada murid untuk menghafal
ucapan ringkas berbahasa Arab yang bermanafaat.

NAMA PROGRAM: MENGHAFAL HADIS RINGKAS


ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
TARIKH : Dua minggu pada Rabiulawwal 1444 Hijrah. (3-14 Oktober 2022)
MASA : mengikut kesesuaian murid menghafal dan memperdengarkan hafalan
kepada guru dalam sesi persekolahan.
SASARAN: semua murid Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.
SASARAN HAFALAN:
Murid Tahun 1 – sebuah Hadis, Murid Tahun 2 – Dua buah hadis, Murid Tahun 3 –
Tiga buah Hadis Murid Tahun 4 – Empat Buah Hadis, Murid Tahun 5 – Lima buah
Hadis dan Murid Tahun 6 – Enam Buah Hadis.

OBJEKTIF :
1. Menggalakkan murid menghafal hadis-hadis ringkas yang mempunyai faedah
yang baik.
2. Mendorong murid berkeyakinan dalam menghafal ayat-ayat berbahasa Arab
yang ringkas dan padat.
3. Mendekatkan murid kepada hadis Rasulullah s.a.w yang seharusnya menjadi
rujukan dan amalan murid.
4. Memupuk murid supaya menggemari nilai kebaikan dalam diri murid-murid
dan mengamalkannya dalam kehidupan melalui kefahaman terhadap hadis
Rasulullah s.a.w.
5. Mendekatkan murid-murid kepada perkataan atau ucapan yang baik
khususnya contoh teladan yang terbaik iaitu Rasulullah s.a.w.
6. Meneruskan tradisi keilmuan Islam yang menggalakkan kanak-kanak sedari
awal menghafal dan mempelajari hadis dari peringkat awal.

CARA PELAKSANAAN:
1. Pemakluman program Hafalan Hadis kepada semua murid pada pagi hari
Jumaat 30 September 2022.
2. Menyediakan contoh atau hadis ringkas yang dicadangkan untuk semua
murid-murid melalui kelas-kelas dan aplikasi Whatsup.
3. Murid-murid dikehendaki menghafal sebarang hadis yang boleh dapati sendiri
atau dicari daripada pelbagai sumber samada buku teks, buku, internet dan
sebagainya berdasarkan bilangan yang telah dimaklumkan. Setelah itu murid
perlu menemu guru untuk memperdengarkan hafalan hadis yang
dicadangkan atau disediakan atau dicari sendiri oleh murid kepada guru
dalam dua minggu diperuntukkan.
4. Tempoh hafalan iaitu 3-7 Oktober 2022 (seminggu)
5. Kemudian pada 11-14 Oktober 2022 (tempoh memperdengarkan hafalan
kepada guru).
6. Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pengerusi : En. Kamarul Izam bin Abdul Kadir
Naib Pengerusi 1 : Pn. Noor Shafini bt Shaari
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rozita bt Radin
Naib Pengerusi 3 : En. Hisham bin Ali
Setiausaha : En. Mohd Fadzil bin Yusof
Naib Setiausaha : Pn. Roslani bt Abdul Rahman
AJK :

: Ustazah Morni binti Mokhtar


: Ustazah Afiqah binti

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Perkara Jumlah

1 Hadiah pemenang seunit RM 10 seorang.

RM10 X 10 pemenang. RM 100

Sumber kewangan: wang PCG mata pelajaran Bahasa Arab.


KESIMPULAN:

Diharapkan program Menghafal Hadis Ringkas ini dapat dilaksanakan dengan baik
dan membekaskan kesan positif kepada murid-murid. Setiap amalan atau tindakan
yang baik akan meninggalkan kesan yang baik juga. Begitu juga harapan guru-guru
agar murid dapat berusaha menyemai nilai kebaikan dalam diri murid masing-
masing terutamanya nilai-nilai yang dianjurkan agama Islam dan akhlak yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w agar menjadi tauladan kepada semua murid dan
sentiasa berusaha untuk menambah ilmu berkaitan keperibadian Rasulullah s.a.w
yang sangat berjasa kepada umat Islam dan umat manusia seluruhnya.

Disediakan oleh : Disemak :

Mohd Fadzil bin Yusof. En. Kamarul Izam bin Abdul Kadir
Ketua Panitia Pendidikan Islam. Guru Besar.
LAMPIRAN :

HADIS-HADIS YANG DICADANGKAN UNTUK HAFALAN.

MARI HAFAL HADIS-HADIS RINGKAS


‫قال رسول هللا صل ّى هللا عليه وسل ّم‬:
(‫مسلم‬
ٍ ‫ل‬ ٌ ‫العلم فريض‬
ِّ ‫ة على ك‬ ِ ‫)طلب‬
ُ
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: MENUNTUT ILMU ITU WAJIB BAGI SETIAP
MUSLIM.

‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:


(‫ه‬ َ َّ‫عل‬
ُ ‫م‬ َ َ‫م ا ْل ُق ْرآن‬
َ ‫و‬ َ َّ‫عل‬
َ َ‫ن ت‬
ْ ‫م‬
َ ‫م‬
ْ ‫ك‬
ُ ‫خ ْي ُر‬
َ ) ‫رواه البخاري‬

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH YANG BELAJAR AL-


QURAN DAN MENGAJARKANNYA. (RIWAYAT BUKHARI)

‫النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬:

َ ‫م ال َ ُي ْر‬
(‫حم‬ َ ‫ن ال َ َير‬
ْ ‫ح‬ ْ ‫م‬
َ ) ‫رواه البخاري ومسلم‬

NABI S.A.W BERSABDA: SESIAPA YANG TIDAK MENGASIHI ORANG DIA TIDAK AKAN DIKASIHI.
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

:‫النبي صلى هللا عليه وسلم يقول‬

‫لم‬7777777777777‫اري ومس‬7777777777777‫حم) رواه البخ‬


ِ ‫ع َر‬
ُ ‫ط‬ َ ‫ة‬
ِ ‫ا‬++++++++++++‫ق‬ َ ‫ج َّن‬
َ ‫ل ا ْل‬
ُ ‫خ‬
ُ ‫د‬++++++++++++
ْ َ‫(ال َ ي‬

NABI S.A.W BERSABDA: SEORANG YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURAHIM


TIDAK MASUK KE SYURGA.

:‫النبي صلى هللا عليه وسلم أنه قال‬

ّ ِ ‫وال َ ُت َن‬
‫ف ُروا) رواه البخاري ومسلم‬ َ ‫ش ُروا‬
ِ ّ َ ‫وب‬ ِ ّ ‫وال َ ُتع‬
َ ،‫َس ُروا‬ َ ‫س ُروا‬
ِ ّ َ‫(ي‬
NABI S.A.W BERSABDA: PERMUDAHKAN DAN JANGAN MENYUKARKAN, AJAKLAH
DENGAN CARA YANG BAIK BUKAN MENJAUHKAN ATAU MEMALINGKAN.

:‫النبي صلى هللا عليه وسلم أنه قال‬

َ‫ان‬+‫ة إال َّ ك‬
ٌ +‫م‬
َ ‫هي‬ َ ‫ه طَي ٌر َأ ْو إن‬
ِ َ‫ْسانٌ أ ْو ب‬ ِ ‫غ ْرساً أو يزرع زرعاً فيأكل‬
ُ ‫م ْن‬ َ ‫س‬
ُ ‫م يَ ْغ ِر‬
ٍ ‫س ِل‬
ْ ‫م‬ُ ‫من‬ ِ ‫ما‬ َ (
‫قة) رواه البخاري ومسلم‬ َ ‫ص َد‬
َ ‫ه‬ ُ َ‫ل‬
ِ ِ‫ه ب‬
 

NABI S.A.W BERSABDA: MANA-MANA MUSLIM YANG MENANAM POKOK ATAU BERKEBUN,
SEDANG BURUNG ATAU MANUSIA ATAU HAIWAN MAKAN DARINYA, IANYA DIANGGAP
SATU SEDEKAH.

:‫رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬

)‫هللا عَنه‬
ُ ‫هى‬ َ َ‫ا ن‬++‫م‬
َ ‫ج َر‬َ ‫ه‬َ ‫ن‬ ْ ‫م‬َ ‫ج ُر‬ِ ‫مها‬ ُ ‫وا ْل‬
َ ‫د ِه‬
ِ َ ‫وي‬
َ ‫ه‬
ِ ِ ‫س ان‬
َ ِ‫من ل‬ ِ ‫ون‬ ُ ‫سلِم‬ ْ ‫م‬ ُ ‫م ا ْل‬
َ ِ‫سل‬
َ ‫ن‬ ْ ‫م‬َ ‫م‬ ُ ِ‫سل‬ ُ ‫( ا ْل‬
ْ ‫م‬
‫اري‬77777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777‫رواه البخ‬

RASULULLAH BERSABDA: SEORANG MUSLIM ITU MENJAGA SAUDARA MUSLIMNYA


DARI TUTUR KATA DAN TANGAN. DAN SEORANG YANG BERHIJRAH ITU, YANG
MENINGGALKAN APA YANG DILARANG ALLAH.

‫ن‬
ِ ‫م‬ ُ ‫ن لِ ْل‬
ِ ‫ْؤ‬++‫م‬ ُ ‫ (ا ْل‬:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن أبي موسى رضي هللا عنه قال‬
ِ ‫ْؤ‬++‫م‬
ُ ‫م‬
‫ه بَ ْعضًا) رواه البخاري ومسلم‬ ُ ‫ض‬ ُّ ‫ش‬
ُ ‫د بَ ْع‬ ُ َ‫ ي‬+‫كَا ْل ُب ْنيَان‬

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: SEORANG MUKMIN KEPADA MUKMIN LAINNYA,


UMPAMA BANGUNAN YANG SALING KUKUH MENGUKUHKAN.

،‫ع‬ٌ ‫ا‬++‫م َت‬ ُّ +‫ (ال‬:‫ال‬77‫عن عبدهللا بن عمرو رضي هللا عنهما أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ق‬
َ ‫د ْنيَا‬
‫حة) رواه مسلم‬ َّ ‫م ْرَأ ُة ال‬
َ ِ‫صال‬ ُّ ‫م َتاعٍ ال‬
َ ‫دنيا ا ْل‬ َ ‫خ ْي ُر‬
َ ‫و‬
َ
 
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DUNIA INI PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN
DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH (BAIK).

‫م‬
ُ ‫ك‬ َ ‫ل َأ‬
ُ ‫ح ُد‬ َ ‫خ‬
َ ‫د‬ َ ‫ (ِإ‬:‫ال‬77‫لم ق‬77‫ه وس‬77‫لى هللا علي‬77‫ول هللا ص‬77‫ه أن رس‬77‫ي هللا عن‬77‫ادة رض‬77‫عن أبي قت‬
َ ‫ذا‬
‫لم‬7777777777‫اري ومس‬7777777777‫س) رواه البخ‬ ْ َ‫ل َأنْ ي‬
َ ِ‫جل‬ َ ‫ن‬
َ +++++++++‫ق ْب‬ ِ ‫ع َت ْي‬ َ ‫ج َد‬
َ ‫عْ َر ْك‬+++++++++َ‫ف ْليَ ْرك‬ ِ +++++++++‫س‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫م‬

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: SIAPA DI ANTARA KAMU MASUK KE MASJID, MAKA


SOLATLAH DUA RAKAAT SEBELUM DUDUK.
‫عن أبي هري‪77‬رة رض‪77‬ي هللا عن‪77‬ه أن رس‪77‬ول هللا ص‪77‬لى هللا علي‪77‬ه وس‪77‬لم ق‪77‬ال‪( :‬ليس الش‪++‬ديد‬
‫بالصرعة‪ ،‬إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب) رواه البخاري ومسلم‬
‫‪ ‬‬

‫عن أنس بن مالك رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‪( :‬سووا صفوفكم‪ ،‬فإن‬
‫تسوية الصفوف من إقامة الصالة) رواه البخاري ومسلم‬
‫‪RASULULLAH S.A.W BERSABDA: SAMAKAN BARISAN-BARISAN KAMU,‬‬
‫‪SESUNGGUHNYA KESAMAAN BARISAN SOLAT ITU SALAH SATU KESEMPURNAAN‬‬
‫‪SOLAT.‬‬

‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه قال‪ :‬قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‪( :‬بدأ اإلسالم غريبا‪،‬‬
‫وسيعود كما بدأ غريبا‪ ،‬فطوبى للغرباء) رواه مسلم‬

‫‪RASULULLAH S.A.W BERSABDA: ISLAM BERMULA DALAM KEADAAN ASING DAN IA AKAN‬‬
‫‪KEMBALI ASING SEPERTI IA BERMULA. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING‬‬
‫‪ITU.‬‬

Anda mungkin juga menyukai