Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Kesimpulannya, di era globalisasi ini, permainan tradisional mulai dilupakan. Hal


ini terjadi karena pengaruh permainan moden seperti permainan video telefon dan
komputer serta konsol yang banyak beredar di pasaran. Kemajuan teknologi telah
menyebabkan hilangnya warisan yang dulunya pernah kita banggakan. Namun,
haruslah kita sedar bahwa yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi
sejak dari dulu masa lagi lalu semakin lama hari semakin dilupakan dan hilang seiring
dengan peredaran zaman. Lebih menyedihkan apabila ada dikalangan anak muda
sekarang tidak ini masih belum mengenal permainan-permainan tradisional. Ini
bukanlah perkara yang harus kita biarkan kerana permainan tradisional merupakan
salah satu warisan bangsa yang sangat bernilai yang tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit.

Permainan tradisional boleh memberi banyak faedah, seperti mengeratkan


silaturahim antara manusia, membantu menyihatkan tubuh badan, dan memelihara
warisan budaya. Walau bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia tidak memikirkan
perkara ini, dan mereka hanya mahu terhibur dengan perubahan teknologi terkini.
Bukanlah masyarakat langsung tidak boleh terhibur dengan teknologi terkini,
masyarakat boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi, tapi pada masa
yang sama haruslah memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang supaya
generasi yang akan datang tidak akan terus melupakan warisan ini.

Anda mungkin juga menyukai