Anda di halaman 1dari 3

Page 1

PLAGIARISM SCAN REPORT


Report Generation Date: 05-01-23

Words: 663

Characters: 5229

Excluded URL : N/A

0% 100%
Plagiarism Unique

0 26
Plagiarized Sentences Unique Sentences

Content Checked for Plagiarism

Selain itu, terdapat juga kerisauan jikalau daging kultur ini mempunyai zat-zat yang mencukupi yang
boleh didapati di dalam daging yang haiwan-haiwan ternakan yang diperolehi secara biasa.
Berdasarkan kajian, medium sel yang digunakan untuk menghasilkan daging tersebut mestilah
mengandungi segala nutrien, dan tenaga yang diperlukan oleh tisu atau sel stem untuk terus
membiak (Zuhaib Fayaz Bhat et al., 2015)
Terdapat beberapa pihak cuba mengharamkan daging kultur kerana ia bertentangan dengan
sunnatullah (melanggar hukum alam). Terdapat juga beberapa pihak yang membuat tinjauan dan
mendapati terdapat pengguna beragama sama ada Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu yang enggan
makan daging budaya kerana menganggapkannya mempermainkan Tuhan.

1.3 Objektif
Pada era globalisasi ini, ada banyak faktor yang mendorong kepada keperluan untuk menghasilkan
daging kultur, Antaranya faktornya ialah populasi dunia yang semakin hari semakin banyak yang
akan meningkatkan permintaan daging. Selain itu, faktor pencemaran alam sekitar, mengurangkan
kos seperti kos penternakan, pemprosesan dan pengangkutan. Justeru, kajian dilakukan ke atas
daging kultur akan membantu untuk membanteras masalah-masalah ini.
Selanjutnya, kita perlulah menganalisis daging kultur ini daripada perspektif sains dan teknologi Islam
berlandaskan Maqasid Syariah. Ini agar hasil kajian yang diprolehi adalah betul-betul mengikut cara
Islam dan tidak menimbulkan rasa keraguan yang boleh membuat akal kita menjadi liar.
Berpandukan kepada maqasid syariah, penilitian yang menyeluruh dan benar terhadap dalil-dal
warak dapat dilakukan dengan terperinici (Al-Raysuni, 1999).
Dari segi hukum pengeluaran, ia boleh diklasifikasikan dalam kategori perubahan kekal yang
mempunyai tujuan yang baik. Walau bagaimanapun, hukum masih bergantung
kepada kesannya. Jika sebabnya positif, maka hukumnya harus positif. Jika sebaliknya, hukumnya
haram kerana merugikan dan memudaratkan orang. Pada masa yang sama,
Page 2
konsep penghasilan daging ini dapat dilihat dari segi mengubah ciptaan Allah SWT kerana
tabiat pengeluaran daging itu sendiri telah berubah.
Selama berabad-abad, daging telah dihasilkan dengan menternak haiwan. Walau bagaimanapun,
kaedah tradisional untuk mendapatkan daging telah berubah. Allah SWT telah menyebut dalam al-
Quran tentang perbuatan mengubah ciptaan-Nya dan melarang
perbuatan tersebut.Namun terdapat beberapa keadaan di mana ulama membenarkan
pengubahan ciptaan Allah SWT atas sebab-sebab tertentu contohnya di dalam bidang perubatan. 

Pemikiran seperti adakah sesuatu itu halal atau haram sering berkeliaran di akal kita, Lebih-lebih lagi
jika perkara itu sesuatu benda yang baru seperti daging kultur. Untuk mengetahui hukum halal haram
sesuatu perkara kita hendaklah mengkaji benda tersebut berdasarkan Qawaid Fiqh. Menurut
Mahmood Zuhdi (1999), fiqh adalah sesuatu yang dinamis berkembang dan berbeza berasaskan
darjah kecerdikan, keilmuwan dan pengalaman para fuqaha. Dalam intipati ilmu fiqh, para ulama
telah mengeluarkan dan menyusun hukum-hukum ini beserta dalil- dalilnya yang terperinci bagi
memudahkan umat Islam memahami dan melaksanakan syariah.
Persoalannya ialah sama ada pengubahan daging termasuk dalam kategori pengubahsuaian yang
dibenarkan atau tidak. Perubahan ciptaan Allah SWT boleh dilihat dalam pelbagai aspek iaitu bentuk
(kekal atau sementara), teknik (konvensional atau kontemporari), implikasi (negatif atau positif) dan
tujuan (baik atau buruk). Daging kultur adalah perubahan kekal dan menggunakan teknik
kontemporari. Kemudian analisis hukum dilakukan berdasarkan kesan dan tujuan penkulturan
daging. Jika daging yang dikultur boleh memudaratkan manusia, seperti boleh menyebabkan
penyakit seperti penyakit lembu gila, hukum penkulturan daging dan memakannya adalah haram
kerana membawa masalah kepada manusia walaupun sebabnya baik. Ini bersesuaian dengan
kaedah fiqh yang menyatakan: Setiap sesuatu yang membawa kepada mudarat, maka hukumnya
adalah haram (al-Sinhaji: 2001, al-Zarkashi, 1992).

1.4 Kepentingan Kajian


Apabila daging yang dikultur tidak mendatangkan mudarat dan memberi manfaat yang baik, seperti
dapat meningkatkan pengeluaran daging seluruh dunia, maka hukum penkulturan dan
penggunaan daging adalah satu kemestian.Sebagai tambahan ,jika daging yang dikultur amat
bergantung kepada tujuan pengeluarannya kerana ia juga boleh membahayakan orang ramai
disebabkan tujuan yang tidak baik, seperti digunakan untuk menipu pengguna dengan
mencampurkannya dengan daging biasa atau mencampurkannya dengan haiwan yang haram
dimakan, hukum penkulturan daging dan memakannya adalah haram.
Justeru, kajian ini mampu membantu negara dari pelbagai segi. Lebih-lebih lagi dari segi ekonomi
yang kini semakin hari semakin teruk. Dengan adanya pasaran baru dan unik seperti daging kultur,
jumlah untung yang akan diperolehi akan bagai hujan emas. Untuk menambahkan lagi, penambahan
bilangan daging yang dijual akan membawa ke penurunan harga daging di pasaran sekarang, Ini
akan mengurangkan beban rakyat-rakyat,

Congrats! Your Content is 100% Unique.


Page 3

Anda mungkin juga menyukai