Anda di halaman 1dari 7

Isu Makanan Pengubahsuaian Genetik (GM) Posted: Mac 5, 2008 in Pencetus minda, think tank thought 0 Melawan lumrah

alam, menukar kejadian alam dan pertikaian dakwaan isu hak milik produk merupakan isu hangat dalam bioteknologi. Di negara-negara Barat, isu makanan yang telah melalui pengubahsuaian genetik (GM) ini dibahaskan sehangat isu halal haram di negara-negara Islam. Perdebatan menyentuh berkenaan dengan isu keselamatan makanan, kemungkinan kesan buruknya terhadap alam sekitar, perubahan ekosistem dan isu etika. Tidak dapat dinafikan, makanan GM ini telah mula dihidangkan semenjak tahun 1996 lagi. Makanan GM pertama yang dikomersialkan adalah tanaman tomato yang dipanggil FlavrSavr dihasilkan oleh Calgene (Brainyencyclopedia, 2004). Pada tahun 1992, Calgene telah menghantar tomato ini kepada U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk dijalankan ujikaji. Menerusi keputusan yang diperoleh daripada FDA, tomato FlavrSavr didapati tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan sekaligus tidak memerlukan sebarang label pemberitahuan bahawa ia adalah makanan GM. Keputusan ini juga membolehkan tomato ini dipasarkan pada tahun 1994.

Makanan GM ini dicetuskan sebagai suatu langkah bagi memenuhi permintaan penduduk dunia yang semakin berkembang selain meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan. Ia juga bagi tujuan bantuan makanan kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di dunia ketiga seperti Afrika. Dikatakan ketika ini lebih 842 juta orang atau dua per tiga penduduk dunia mengalami kebuluran dan kekurangan zat manakala 1.3 bilion orang dikategorikan dalam kategori daif dengan pendapatan per kapita kurang daripada USD$1 sehari (Ansel M. Sharp, 2005).

Kendatipun tujuan awalannya kelihatan tulus murni, makanan GM masih lagi berada di dalam kategori kelabu atau samar-samar. Sehingga ke hari ini, tiada jaminan diberikan

terhadapnya untuk pengambilan jangka panjang. Menerusi kajian para saintis, makanan GM ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Edwin Chargoff, yang dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Seperti juga dakwaan Bapa Biologi Molekul, Pertubuhan Perubatan Amerika juga telah mengeluarkan laporan yang sama terhadap kemungkinan proses GM ini berupaya mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Antara kegusaran yang dilaporkan adalah kemungkinan tanaman yang melalui proses GM dan (kejuruteraan genetik) GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain daripada kesan terhadap alam, kaedah GM ini akan berupaya mengubah alam semulajadi dengan menukar lumrah alam apabila binatang ternakan ditukar daripada kelompok herbivor kepada karnivor (Persatuan Sumber Asli United Kingdom:2005).

Menurut laporan tersebut, kebiasaannya pada musim sejuk, rumput adalah tidak subur. Oleh sebab itu, pada masa tersebut, binatang ternakan akan diberi makan kacang soya sebagai makanan gantian. Bagaimanapun, terdapat juga penternak menggunakan bangkai binatang ternakan sebagai ganti bagi mengurangkan kos dan mengakibatkan penularan penyakit lembu gila berpunca daripada tindakan penternak-penternak tersebut.

Ketidakpastian terhadap status makanan GM ini juga telah mengubah tujuan asalnya sebelum ini dengan tindakan sesetengah negara Afrika seperti Sudan dan Angola

menolak bantuan makanan yang datang daripada Bantuan Makanan Amerika Syarikat (US Food Aid). Kerajaan Sudan misalnya pada tahun 2003, telah mengeluarkan memorandum berhubung bantuan makanan ini agar menjamin bantuan makanan yang dihulurkan kepada mereka adalah bebas daripada sebarang bentuk unsur GM.

Perkara apakah lagi yang tidak menakutkan selain mengetahui makanan yang kita ambil jika tidak semua, sedikit adalah terdiri daripada gen manusia seperti yang dilakukan oleh para saintis Jepun yang telah menghasilkan sejenis padi yang tahan dengan bahan kimia dengan menggunakan gen yang diambil daripada hati manusia dan tomato yang diubahsuai dengan gen ikan? Adakah tindakan yang diambil kerajaan Sudan ini ibarat tidak sedar dek untung? Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, (Al-Maidah: 88). Daripada ayat ini, Allah s.w.t menyuruh kepada hamba-hamba-Nya memakan makanan yang halal dan baik serta meninggalkan yang haram dan yang tidak baik.

Islam mengajar penganutnya berbuat baik kepada alam dan senantiasa bertanggungjawab menjaga alam ini bertepatan dengan peranannya sebagai khalifah di bumi. Islam tidak pernah menyulitkan. Malahan, Islam menganjurkan proses GM ini bagi mencapai kemaslahatan sejagat. Di dalam hadis, Rasullullah s.a.w pernah menegah orang Arab yang sedang mengkacukkan pohon kurma dengan menyuruh mereka membiarkan pohon itu berbuah secara semulajadi. Walaubagaimanapun, pohon yang dibiarkan berbuah secara semulajadi itu tidak berhasil. Seraya itu, Rasullullah s.a.w berkata, Kamu lebih mengetahui tentang urusan kamu.

Syariah Islam tidak meletakkan batasan yang terlalu tegas di dalam hal ehwal duniawi yang terbukti bermanfaat kepada manusia jagat dan begitu juga sebaliknya. Merujuk

kepada hadis tadi, Rasulullah s.a.w lebih menerima keadaan alam secara lumrahnya tanpa campurtangan manusia. Walaubagaimanapun, jika diperlukan sebarang perubahan dan campurtangan demi kemaslahatan manusia, baginda Rasulullah s.a.w memperkenankan tindakan tersebut.

Islam melihat segala tindak tanduk dan perilaku penganutnya adalah berdasarkan ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. seperti yang dicatatkan di dalam al-Quran dan sunah. Semua Muslim adalah bersaudara dan segala apa yang terdapat di atas bumi dan alam ini adalah milik abadi-Nya. Muhammad Uthman El-Muhammady menerusi tulisannya bertajuk Perspektif Islam Terhadap Sempadan Bioteknologi telah menggariskan beberapa yang mana antara perkara yang turut ditekankan ialah keperluan kepada pengguna bioteknologi secara bertanggungjawab sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi (laman sesawang rasmi JAIS).

Isu berkenaan makanan dan proses GM ini masih lagi baru dalam negara ini. Seperti juga negara-negara yang awal mengenalinya, Malaysia tidak terkecuali dalam membahaskannya dari pelbagai sudut. Sebagai sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, dan sebagai negara yang memandang tinggi potensi makanan halalan toyibah, kerajaan perlu menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) intensif daripada pelbagai sudut tanpa mengenepikan sumber syariah Islam itu sendiri iaitu alQuran, sunah, ijmak dan qias. http://bobex.wordpress.com/2008/03/05/isu-makanan-pengubahsuaian-genetik-gm/

Kemajuan sains dan teknologi merupakan satu anjakan dalam kemodenan dunia hari ini. Penggunaan bioteknologi sebagai alat pemacu kemajuan dapat membangunkan negara. Dengan adanya kemajuan dalam bidang bioteknologi, sektor pertanian negara

mampu memberikan natijah yang baik dengan meningkatkan pengeluaran hasil dan mutu makanan. Bidang pertanian dijangka menjadi enjin penjana ekonomi di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan yang menjadi teras penting dalam meneroka pembangunan bioteknologi di Malaysia. Menerusi teknologi seperti kejuruteraan genetik, negara akan memperolehi hasil tanaman yang tinggi dan nilai pemakanan yang baik. Ruang lingkup bioteknologi yang luas ini menyaksikan wujudnya perkembangan terkini termasuklah makanan ubahsuai genetik (GMF). Pengasingan gen daripada satu organisma dan memindahkannya kepada organisma lain akan menghasilkan makanan ubahsuai genetik (GMF) yang menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian atau makanan ditingkatkan. Namun yang menjadi kebimbangan ramai pihak sekarang adalah berkenaan isu halal dan keselamatan GMF tersebut. Adakah ia mempunyai kesan sampingan sama ada kepada kesihatan, alam sekitar, keselamatan dan agama? Oleh itu, kita perlu menimbal balik hal ini dari pandangan Islam yang menjadi pegangan kita. Kajian mengenai GMF ini terus berjalan dan kesinambungannya akan menampakkan hasil kepada kita sama ada baik atau buruk. Islam telah menggariskan kepada kita dua ciri utama yang perlu kita nilai dalam memilih makanan iaitu halal dan baik (halalan tayyiban) sepertimana yang telah disebut oleh alQuran dalam Surah Al Baqarah ayat 168. Umat Islam perlu peka dalam konsep halalan tayyiban dalam memilih makanan. Ini kerana makanan, merupakan unsur yang penting dalam mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan diri manusia. Hakikatnya, agama Islam amat mengambil berat tentang kebersihan dan kesucian terutama perkaraperkara yang berhubung dengan pembentukan jasmani dan rohani. Intipati daripada konsep halalan tayyiban tersebut adalah untuk menjamin kebaikan makanan yang diambil di samping memelihara kesihatan manusia. Dalam ertikata lain, umat Islam perlu memastikan makanan yang diambil adalah halal. Setelah dipastikan ia halal, maka hendaklah dipastikan pula makanan tersebut baik dan selamat. Bertepatan dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam at- Tabarani, "Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya". Oleh kerana itu, perkara halal dan keselamatan sesuatu makanan menjadi keutamaan masyarakat kita pada hari ini. Makanan yang halal adalah selamat untuk dimakan tetapi makanan yang selamat tidak semestinya halal. Oleh itu, dalam rangka GMF, selagimana punca atau sumber yang menghasilkan sesuatu makanan itu halal, ia adalah selamat untuk dimakan. Pandangan Islam mengenai GMF ini perlu dilandaskan dengan beberapa perkara di mana Islam menekankan soal halal dan haram sesuatu jenis makanan adalah secara jelas dan turut menekankan soal "tayyib" iaitu kebaikan makanan yang dimakan.

Dalam kita membahaskan berkenaan dengan GMF ini, sekalipun makanan tersebut adalah daripada sumber gen haiwan yang halal dimakan dalam Islam, tetapi jika ia diketahui mempunyai kesan sampingan, mengundang kemudaratan kepada kesihatan manusia, maka ia perlu dielakkan. Ia merupakan pendekatan maqasid syariah yang menekankan perlindungan terhadap agama, nyawa, akal, zuriat dan harta benda. Jika GMF itu ternyata membawa bahaya kepada perkara- perkara tersebut, maka sudah pasti ia tidak wajar dimakan. Dekan Universiti Filipina, Institut Pengajian Islam, Dr Carmen Abu Bakar menyatakan bioteknologi ataupun makanan ubahsuai genetik adalah harus bagi setiap orang Islam selagi pemprosesan setiap barang keluaran dilabelkan sebagai "bebas daripada elemen bahaya". Di sini telah nampak satu keperluan bagi umat Islam tentang pelabelan sesuatu GMF sama ada ia mengandungi unsur yang mudarat atau sebaliknya. Keperluan pelabelan GMF ini penting sepertimana keperluan dilabelkan halal seperti yang telah diamalkan di negara kita sekarang. Ia mempamerkan suatu perubahan dalam kehidupan kita sebagai pengguna kerana selain kita mementingkan dari sudut halal, kepentingan dari segi kebaikan dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak diabaikan. Persidangan Islam yang diadakan di Rabat, Morocco di mana Islamic Academy of Science menyatakan selagi GMF ini adalah bermutu baik, tiada risiko kepada manusia dan alam sekitar, umat Islam boleh menggunakannya. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu peka dan selagi kita berpegang kepada konsep halalan tayyiban, kita dapat menilai dan memilih sendiri apakah sesuatu makanan itu halal dan selamat untuk dimakan. Yang menjadi persoalan sekarang, masih belum ada lagi pelabelan makanan yang menyatakan sesuatu makanan itu mengandungi unsur pengubahsuaian genetik ataupun tidak. Dalam isu perbincangan makanan ubahsuai genetik ini, satu perkara yang kita tidak boleh pandang enteng ialah persoalan mengenai wujud atau tidak keperluan untuk mengubahsuai genetik semua benda dalam keadaan hidup kita sekarang. Adakah perlu kita mengubah semua benda dengan sewenang- wenangnya tanpa ada suatu kepentingan? Allah telah mengingatkan kepada manusia supaya tidak membuat kerosakan di muka bumi. Jika diketahui bahawa kaedah mengubahsuai genetik ini membawa kerosakan kepada alam sekitar, maka sudah pastilah Islam tidak mengharuskan kaedah ini digunakan. Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan semasa. Hanya di dalam keadaan tertentu sahaja kita boleh gunakan kaedah tersebut iaitu apabila timbul keadaan yang memerlukan contohnya kes di negara yang rakyatnya kekurangan sesuatu vitamin. Oleh itu, apabila adanya GMF, makanan tersebut diperkaya dengan vitamin tersebut dan ini boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara tersebut. Umar Anggara Jenie (2006) dalam kertas kerjanya yang bertajuk "Agrobiotechnological in The Context of Bioethics- Islamic Perspective" menyatakan

penggunaan teknologi untuk tujuan bermanfaat seperti makanan, perubatan, kesihatan dan pertanian dan lain- lain dibolehkan di dalam Islam. Oleh itu, dalam ruang lingkup GMF, selagi ia dibenarkan menurut konsep syariah dan masih berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam ajaran Islam serta tidak mendatangkan apa-apa keburukan dan kemudaratan, kita boleh menggunakan makanan tersebut. Kesedaran tentang GMF di negara kita masih lagi di takuk tidak memberangsangkan. Oleh itu, perlu diambil beberapa langkah bagi meningkat kesedaran orang ramai tentang GMF ini. Ini termasuklah memaklumkan kepada orang ramai tentang GMF dan kesan- kesannya kepada kesihatan. Kerjasama yang sepadu daripada pelbagai agensi kerajaan diperlukan agar fakta yang tepat dan menyeluruh dapat disampaikan kepada masyarakat awam agar kekeliruan dapat dielakkan. Penyelidikan yang berterusan dari institusi penyelidikan amatlah dialu- alukan agar kajian boleh dilakukan untuk memantau kesan sampingan yang wujud disebabkan oleh GMF ini. Dan yang paling penting perlu ada pemuafakatan antara ulama dan saintis mengenai GMF ini agar dapat memperhalusi sama ada teknologi ubahsuai genetik ini diharuskan dalam Islam atau sebaliknya dengan mengambil kira pandangan pakar- pakar sains dari segi prosedur, teknikal, perubatan dan kesihatan berkenaan isu tersebut. Hakikatnya, umat Islam perlu peka dalam hal ini dan perlu mendepani dalam meneroka bidang ilmu yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi agar kita mampu bersedia menghadapi cabaran dan dapat mempertahankan diri daripada seranganserangan berbentuk baru kerana bioteknologi boleh dijadikan senjata oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu sendiri. Oleh itu, menjadi kewajipan kita mengikuti perkembangan ilmu terkini agar diri kita menjadi kian mantap dan menguasai pelbagai cabang ilmu.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1169&lg=1&opt=com_a rticle&sec=

Makanan Ubahsuai Genetik: Kefahaman Dari Pandangan Islam


Norkumala Awang Pegawai Penyelidik 29/12/2006 | Artikel Bahasa Malaysia

Anda mungkin juga menyukai