Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Tuan: MCM/CSY-Hiab/111a/2020

Ruj. Kami: JKKP IS 127/453/3-2020217985(4)

Tarikh: 07-Okt-2020

Pengurus,
Multico (M) Sdn Bhd,
No.2, Jalan P/9B, Section 13,
Kawasan Perindustrian Bangi,,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tuan,

Permohonan Kelulusan Rekabentuk HIAB JET GRABBER JG7001


Model : HIAB JET GRABBER JG7001
Pembuat : CARGOTEC KOREA LTD
Pemilik : Multico (M) Sdn Bhd
Kedudukan : No.2, Jalan P/9B, Section 13,Kawasan Perindustrian Bangi,, Bandar Baru
Bangi, Selangor.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada surat tuan bertarikh 9/15/2020 berkenaan
perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah menyemak dokumen yang telah dikemukakan dan
didapati bahawa HIAB JET GRABBER JG7001 tersebut ditakrifkan sebagai “Material Handling
Equipment” di bawah Akta Kilang dan Jentera (Pindaan) 2006 sekiranya ia dipasang dengan
Grabber. Dengan adanya Grabber, jentera ini tidak memerlukan kelulusan reka bentuk dan Sijil
Perakuan Kelayakan yang sah dari Jabatan ini. Walau bagaimanapun jentera ini mestilah didaftarkan
sebagai pepasangan.

3. Pemilik atau pengguna hendaklah memastikan supaya:

i. Jentera ini menjalani ujian beban dinamik sebanyak 120 % dan statik sebanyak 140 %
daripada beban kerja selamat yang ditetapkan oleh pembuat sebelum ia pertama kali
digunapakai atau setelah berpindah milik;
ii. Jentera ini diuji dengan beban kerja selamat pada setiap pemeriksaan berkala yang
ditetapkan oleh pembuat;
iii. Jentera ini sentiasa beroperasi pada beban kerja selamat yang ditetapkan oleh
pembuat dan selamat untuk digunakan tanpa mendatangkan apa-apa bahaya apabila
digunakan dengan sepatutnya;
iv. Semua rekod ujian dan pemeriksaan disimpan dengan kemas dan dikemaskini bagi
tujuan semakan oleh pegawai daripada jabatan ini.
v. Semua dokumen berkaitan permohonan ini diserahkan kepada pemilik baru apabila
jentera ini berpindah milik; dan
vi. Semua kehendak Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan di bawahnya di patuhi.
4. Pihak tuan hendaklah berhubung terus dengan Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Selangor untuk tujuan kebenaran memasang dan pemeriksaan. dokumen yang berkaitan
mestilah disertakan sebelum atau pada tarikh pemeriksaan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(IR HAMILI BIN OMAR)


b.p Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia.

s.k: Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Selangor

j.j/2020217985

Anda mungkin juga menyukai