Anda di halaman 1dari 17

4.

7 GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL


PERAKUAN KELAYAKAN DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

4.7.1 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai keperluan tatacara permohonan
pendaftaran jentera yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan dari JKKP.

4.7.2 PENDAFTARAN JENTERA BAHARU

4.7.2.1 Pendaftaran PMD dan PMT

(a) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah


mendapatkan maklumat daripada pihak pembekal dan memastikan maklumat
di dalam dokumen yang diberikan adalah sama dan mengikut spesifikasi
dengan jentera yang dibekalkan. Di antara maklumat yang diperlukan di dalam
dokumen tersebut adalah seperti berikut:-
i. Jenis;
ii. Model;
iii. Nombor siri;
iv. Isipadu;
v. Kuasa;
vi. Nombor rujukan Ujian Hodrostatik (HT);
vii. Negara asal pembuat;
viii. T arikh dibuat;
ix. T ekanan kerja selamat yang dibenarkan; dan
x. T arikh Ujian Hodrostatik (HT ).

(b) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah memastikan


perkara-perkara berikut terdapat pada patil nama (name plate) pada jentera:-

i. Nombor siri pembuat;


ii. Model;

42
iii. Nama dan alamat pembuat;
iv. T ekanan kerja selamat yang dibenarkan; dan
v. T ahun dibuat.

(c) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah


menyerahkan salinan dokumen yang lengkap kepada pihak KPKA bagi tujuan
permohonan pendaftaran jentera baharu di dalam system MyKKP seperti
berikut:-
i. Sijil pembuat;
ii. Surat kelulusan rekabentuk yang telah diluluskan oleh JKKP;
iii. Pelan kedudukan tempat kerja;
iv. Pelan susun atur jentera; dan
v. Sijil Ujian Hodrostatik (HT ).

(d) Pihak JKKP cawangan Melaka akan memaklumkan kepada pihak KPKA
berkaitan proses permohonan dan akan mengeluarkan surat rasmi
pemberitahuan pemeriksaan ke atas jentera yang terlibat.

(e) Semasa pemeriksaan pertama bersama pihak JKKP, pembekal dan staf yang
bertanggungjawab terhadap pembelian perlulah hadir pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

(f) Setelah pemeriksaan dan ujian dijalankan, hasil pemeriksaan dan ujian akan
dicatatkan di dalam Buku Log Jentera UT eM oleh pihak JKKP.

(g) Pihak JKKP akan mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan untuk tempoh
selama lima belas (15) bulan mulai dari tarikh pemeriksaan dijalankan
sekiranya tiada sebarang masalah terhadap jentera yang diperiksa.

(h) Sijil Perakuan Kelayakan mesti dipamerkan berhampiran jentera tersebut.

43
4.7.2.2 Pendaftaran PMA

(a) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah


mendapatkan maklumat daripada pihak pembekal dan memastikan maklumat
di dalam dokumen yang diberikan adalah sama dan mengikut spesifikasi
dengan jentera yang dibekalkan. Di antara maklumat yang diperlukan di dalam
dokumen tersebut adalah seperti berikut:-
i. Jenis;
ii. Model;
iii. Nombor siri;
iv. T arikh dibuat;
v. Kuasa;
vi. Beban kerja selamat;
vii. Surat pengesahan kekuatan struktur dari Jurutera Profesional;
viii. Kelulusan rekabentuk; dan
ix. Negara asal pembuat.

(b) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah memeriksa


perkara-perkara berikut terhadap peralatan yang berkaitan dengan jentera
bagi memastikan jentera tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan: -
i. Hook;
ii. Wire rope/chain;
iii. Safety catch;
iv. Hoist;
v. Brake;
vi. Blinking light;
vii. Chain bucket;
viii. Rail;
ix. Control panel;
x. Emergency stop;
xi. Over travel sensor (for girder);
xii. Over travel sensor (for hoist);
xiii. Over load sensor;
xiv. Anti collision sensor;

44
xv. PMA sign; dan
xvi. Safe working load.

(c) Staf yang bertanggungjawab terhadap pembelian jentera perlulah


menyerahkan salinan dokumen yang lengkap kepada pihak KPKA bagi tujuan
permohonan pendaftaran jentera baharu di dalam system MyKKP seperti
berikut:-
i. Sijil pembuat;
ii. Surat kelulusan rekabentuk yang telah diluluskan oleh JKKP;
iii. Surat pengesahan kekuatan struktur dari Jurutera Profesional;
iv. Pelan kedudukan tempat kerja; dan
v. Pelan susun atur jentera.

(d) Pihak JKKP cawangan Melaka akan memaklumkan kepada pihak KPKA
berkaitan proses permohonan dan akan mengeluarkan surat rasmi
pemberitahuan pemeriksaan ke atas jentera yang terlibat.

(e) Semasa pemeriksaan pertama bersama pihak JKKP, pembekal dan staf yang
bertanggungjawab terhadap pembelian perlulah hadir pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

(f) Setelah pemeriksaan dan ujian dijalankan, hasil pemeriksaan dan ujian akan
dicatatkan di dalam Buku Log Jentera UT eM oleh pihak JKKP.

(g) Pihak JKKP akan mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan untuk tempoh
selama lima belas (15) bulan mulai dari tarikh pemeriksaan dijalankan
sekiranya tiada sebarang masalah terhadap jentera yang diperiksa.

(h) Sijil Perakuan Kelayakan mesti dipamerkan berhampiran jentera tersebut.

45
4.7.3 PENYELENGGARAAN JENTERA

Staf yang bertanggungjawab atau penyelia yang bertanggungjawab terhadap jentera perlu
memastikan peralatan diselenggara dengan berkesan dan mengikut kesesuaian yang telah
ditetapkan. Ini bagi memastikan peralatan adalah sentiasa selamat untuk digunakan semasa
beroperasi. Selain itu, ini juga bagi memastikan tiada masalah yang timbul semasa
pembaharuan perakuan kelayakan dilaksanakan. Rekod penyelenggaraan perlu sentiasa
dikemaskini dan disimpan di tempat yang boleh diakses pada bila-bila masa yang diperlukan.

4.7.3.1 PMT

(a) Pemeriksaan berkala (mengikut kesesuaian)


i. Minyak pemampat/pelincir mesti diperiksa setiap hari sebelum
pemampat beroperasi.
ii. Pemeriksaan kebocoran minyak secara visual check pada pemampat.
iii. Kotoran dan air yang terhasil dari udara termampat di dalam tangki
penyimpanan pemampat udara perlu dibuang seberapa kerap yang
perlu.
iv. Periksa dan pastikan getaran dan bunyi yang dihasilkan pemampat
dalam keadaan normal dan jika tidak normal hentikan operasi
pemampat dengan segera.
v. Periksa kesemua laluan udara termampat supaya tidak bocor dan
prestasi pemampat sentiasa optimum.
vi. Periksa ketegangan tali sawat (belt) setiap kali sebelum penggunaan.
vii. Injap pelega keselamatan (safety relief valve) perlu diperiksa sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
viii. Pemeriksaan terperinci pada tali sawat (belt) dan pastikan tiada berlaku
kehausan melampau atau keretakan yang boleh mengakibatkan tali
sawat (belt) putus.
ix. Periksa juga semua skru dan nat yang ada pada pemampat dan jika
perlu ketatkan semula mengikut spesikasi yang ditetapkan pengeluar
kerana getaran yang terhasil semasa pemampat beroperasi mampu
untuk melonggarkan semula ikatan skru dan nat tersebut.

46
x. Semua bahagian pada pemampat harus diperiksa dengan teliti
terutamanya bahagian yang dilalui oleh minyak pemampat.
xi. Penapis udara mesti diperiksa / dibersihkan / diganti supaya aliran
udara yang disedut oleh pemampat sentiasa lancar.
xii. Sila rujuk LAMPIRAN 4.7-2.

(b) Pemeriksaan tahunan


i. Pemeriksaan dan pembersihan yang menyeluruh perlu dilakukan pada
injap masukan dan keluaran termasuk penukaran minyak pemampat.

ii. T ahap kelegaan, geseran omboh, silinder dan galas juga perlu diperiksa
supaya pemampat dapat beroperasi pada tahap optimum dan tidak
menjadi pembaziran bekalan elektrik disebabkan tahap operasi
pemampat yang tidak efisyen.

(c) Pemakluman dan rekod


i. Setiap kerosakan yang berlaku perlu direkodkan dengan baik.
ii. T anda amaran / pesanan perlu diletakkan dengan jelas dan terang pada
jentera yang sedang mengalami kerosakan atau sedang diselenggara.
iii. T arikh kerosakan perlu dinyatakan dengan jelas untuk tujuan rekod.
iv. Rekod penyelenggaraan perlu sentiasa dikemaskini dan disimpan di
tempat yang boleh diakses pada bila-bila masa yang diperlukan.

4.7.3.2 PMD

(a) Pemeriksaan Berkala (mengikut kesesuaian)


i. Autoklaf (Autoclave) perlulah diselenggara secara berkala.
ii. Setiap Autoklaf perlu mempunyai Buku Log Penyelenggaraan Jentera
yang dikemaskini dan disimpan dengan baik oleh PTj/Fakulti.
iii. Maklumat berkaitan pemasangan, pengujian, penyelenggaraan dan
pembaikan perlu direkod di dalam Buku Log Penyelenggaraan Jentera.
iv. Setiap Autoklaf juga perlu mempunyai Buku Log Pemeriksaan Jentera
yang dikemaskini dan disimpan dengan baik oleh KPKA.
v. Maklumat berkaitan pemeriksaan jentera oleh Pegawai JKKP perlulah

47
direkodkan di dalam Buku Log Pemeriksaan Jentera.
vi. Sila rujuk LAMPIRAN 4.7-3.

4.7.3.3 PMA

(a) Pemeriksaan dan Penyelenggaraan bagi Lif


i. Lif Elekrik Penumpang perlulah diselenggara setiap bulan oleh Orang
Yang Bertanggungjawab (OYB).
ii. Setiap Lif Elektrik Penumpang perlulah mempunyai Buku Log
Penyelenggaraan Jentera yang dikemaskini dan disimpan dengan baik
oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) UT eM.
iii. Maklumat berkaitan pemasangan, pengujian, penyelenggaraan dan
pembaikan Lif Elektrik Penumpang perlu direkod di dalam Buku Log
Peyelenggaraan Jentera.
iv. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh OYB setiap bulan
perlulah dipantau oleh PPF UT eM dan disahkan oleh Orang Yang
Kompeten (OYK).
v. Setiap Lif Elektrik Penumpang juga perlulah mempunyai Buku Log
Pemeriksaan Jentera yang dikemaskini dan disimpan dengan baik oleh
KPKA.
vi. Maklumat berkaitan pemeriksaan jentera oleh OYK dan Pegawai JKKP
perlulah direkodkan di dalam Buku Log Pemeriksaan Jentera.
vii. OYK bertanggungjawab melakukan pemeriksaan penuh ke atas Lif
Elektrik Penumpang setiap 3 bulan sekali (LAMPIRAN 4.7-4) dan
direkodkan di dalam Buku Log Pemeriksaan Jentera.
viii. OYK berhak mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan bagi mana-
mana Lif Elektrik Penumpang yang tidak mematuhi keperluan
pengoperasian yang telah ditetapkan.

(b) Pemeriksaan dan Penyelenggaraan bagi Hoist, Gondola, Overhead Crane, 2


Post Lift dan 4 Post Lift
i. Hoist, Gondola, Overhead Crane, 2 Post Lift dan 4 Post Lift perlulah
diselenggara setiap bulan.

48
ii. Setiap Hoist perlulah mempunyai Buku Log Penyelenggaraan Jentera
yang dikemaskini dan disimpan dengan baik oleh PPF UT eM.
iii. Maklumat berkaitan pemasangan, pengujian, penyelenggaraan dan
pembaikan Hoist perlu direkod di dalam Buku Log Penyelenggaraan
Jentera.
iv. Kerja-kerja Penyelenggaraan yang dilakukan oleh OYB setiap bulan
perlulah dipantau oleh PPF dan disahkan OYK.
v. Setiap Hoist, Gondola, Overhead Crane, 2 Post Lift dan 4 Post Lift juga
perlulah mempunyai Buku Log Pemeriksaan Jentera yang dikemaskini
dan disimpan dengan baik oleh KPKA.
vi. Maklumat berkaitan pemeriksaan jentera oleh Pegawai JKKP perlulah
direkodkan di dalam Buku Log Pemeriksaan Jentera.
vii. Kontraktor yang dilantik oleh PPF UT eM bertanggungjawab melakukan
pemeriksaan penuh ke atas setiap Hoist, Gondola, Overhead Crane, 2
Post Lift dan 4 Post Lift dan direkodkan di dalam Buku Log Pemeriksaan
Jentera.
viii. Sila rujuk LAMPIRAN 4.7-5.

4.7.4 PEMERIKSAAN ULANGAN JENTERA

(a) Pihak KPKA akan membuat semakan dan pengenalpastian perakuan kelayakan bagi
jentera yang akan tamat tempoh di dalam sistem MyKKP.

(b) Pihak KPKA akan memohon pemeriksaan ulangan jentera di MyKKP tiga (3) bulan
sebelum tamat tempoh Sijil Perakuan Kelayakan jentera.

(c) Pihak JKKP c awangan M elaka akan memaklumkan pihak UTeM berkenaan proses
permohonan tersebut dan akan mengeluarkan surat rasmi pemberitahuan pemeriksaan
ulangan jentera.

(d) Pihak KPKA akan memaklumkan kepada Ketua PT j serta orang yang
bertanggungjawab terhadap jentera tersebut berkaitan pemeriksaan ulangan jentera.

(e) Semasa pemeriksaan, staf yang bertanggungjawab mestilah hadir semasa

49
pemeriksaan bersama pegawai JKKP untuk pemeriksaan pertama jentera berserta
dokumen-dokumen berkaitan.

(f) Bagi pemeriksaan ulangan jentera (lif), OYK mestilah hadir bersama pegawai JKKP
untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian.

(g) Setelah pemeriksaan dan ujian dijalankan, hasil pemeriksaan dan ujian akan dicatatkan
di dalam Buku Log Jentera UT eM oleh pihak JKKP.

(h) Pihak JKKP akan mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan untuk tempoh selama lima
belas (15) bulan mulai dari tarikh pemeriksaan dijalankan sekiranya tiada sebarang
masalah terhadap jentera yang diperiksa.

(i) Sijil Perakuan Kelayakan perlulah dipamerkan berhampiran jentera tersebut dan
nombor jentera perlulah dicatatkan pada jentera.

4.7.5 BAJET

Bajet / kos pemeriksaan ulangan adalah di bawah tanggungjawab pihak KPKA manakala kos
penyelenggaraan jentera dan kos-kos lain yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab PTj
yang berkenaan.

50
LAMPIRAN 4.7-1
CARTA ALIR UNTUK PERMOHONAN PENDAFTARAN JENTERA BERPERAKUAN KELAYAKAN
DARI JKKP

Mula

Berbincang dengan pembekal berkenaan jentera berserta spesifikasi dan


keperluan lain untuk proses pendaftaran.

Buat permohonan menggunakan Borang JKJ 105 (diperolehi di Jabatan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) bersama dokumen yang diperlukan.

Memaklumkan permohonan tersebut ke Pejabat Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan UTeM.

Pihak JKKP akan mengeluarkan surat rasmi kepada UTeM untuk


menjalankan pemeriksaan ke atas jentera terbabit.

Buat temujanji dengan kontraktor semasa pemeriksaan dijalankan oleh pihak


JKKP.

Pemeriksaan selesai dengan/tanpa komen dan segala arahan akan dicatat


oleh pegawai JKKP dalam buku log pemeriksaan.

Sijil perakuan kelayakan akan dikeluarkan oleh JKKP (sah dalam tempoh
masa 15 bulan sahaja)

Simpan sijil p e r a k ua n kelayakan dengan baik dan buat satu salinan


untuk di pamerkan berhampiran jentera.

Selesai

89
LAMPIRAN 4.7-2
[ JADUAL SERVIS PEMERIKSAAN PEMAMPAT ]

No. PMT :
Jenis Pemampat
Jenama :
Model / No. Serial :
Penempatan Jentera :

Item 1: Pemampat Udara


Kekerapan (bulan) Catatan
No. Perkara
1 3 6 12
1 Membersih luaran mesin dan motor
2 Memeriksa paras minyak pemampat
3 Memeriksa kebocoran paip sekiranya ada
Membuka dan membersihkan penapis kemasukan
4
udara
5 Memeriksa paras minyak oil separator
6 Mengeluarkan air dari tangki
7 Mengetatkan semua bolt dan memeriksa ketegangan
belt
8 Memeriksa peranti keselamatan
9 Mengecat bahagian peralatan yang berkarat
10 M enukar penapis udara
11 M enukar Oil Filter
12 M enukar Oil Separator
13 M engganti Compressor Oil
14 M engganti V-belt

Item 2 : Motor Elektrik


Kekerapan (bulan)
No. Perkara Catatan
1 3 6 12
1 Memeriksa dan melicinkan bearing
2 Memeriksa jajaran dan penyambungan wayar
3 Memeriksa terminal Motor
4 Memeriksa dan membersihkan Carbon Brushes

90
5 Memeriksa Oil seal dan 'O' ring pada aci
6 Memeriksa Brush tension

Item 3: Electrical Switchgear


Kekerapan (bulan)
No. Perkara Catatan
1 3 6 12
1 Memeriksa keadaan stater coil
2 Memeriksa Contant Finger
3 Memeriksa dan melaras semula contacts
4 Memeriksa ketegangan sambungan pemula
5 Memeriksa thermal overload relays
6 Memeriksa fius pemutus
Memeriksa kesemua penebat dan membaiki serta
7
mengganti baru apabila perlu

Item 4: Air Dryer


Kekerapan (bulan)
No. Perkara Catatan
1 3 6 12
Membersihkan debu dari condenser fin dan motor
1
fan (kipas motor?)
2 Memeriksa penapis udara
3 Menukar penapis udara
Membersihkan habuk dan kotoran pada gegelung
4
condenser
5 Memeriksa semua bolt

6 Menambah gas penyejuk jika perlu


7 Memeriksa dan membersihkan auto drain

Disediakan: Disahkan:
Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

91
LAMPIRAN 4.7-3
[ BORANG LAPORAN PENYELENGGARAAN AUTOCLAVE ]

1.0 MAKLUMAT JENTERA


1.1 Maklumat Umum

Nama Jentera :
No. PMD :
Model :
No. Serial :
Pengilang :
Penempatan Makmal / Bengkel :
Jentera
Alamat :

1.2 Spesifikasi Jentera

Pemukaan memanas : meter persegi


Tekanan selamat : kilo pascal

2.0 MAKLUMAT PENYELENGGARAAN


2.1 Pihak Yang M embuat Penyelenggaraan

Nama :
No. Staf :
Makmal/Fakulti :
No. Tel. (O) : No. Fax (O) :
Tarikh Penyelenggaraan :

2.2 Senarai Semak Penyelenggaraan Jentera


Pertunjuk :
Telah Telah Diselenggara / Telah diperbaiki / Tidak
C diperiksa S Dibersihkan R diganti baru N Berkaitan

92
BIL. PERKARA C S R N
a. Fuse 2A Transfomer
b. Fuse 2A PC Board
c. Fuse 10A Main Supply
d. Transfomer
e. Printed Circuit Board
f. Door Gasket
g. Silicone Washer
h. O Ring
i. Chamber Condition
j. Chamber Guard Seal
k. Infill Valve
l. Water Level Sensor
m. Heater Element
n. Solid State Relay
o. Thermostat
p. Air Valve
q. Safety Valve
r. Pressure Door Lock
s. Discharge Valve
t. Door Micro Switch
u. Water Reservoir
v. Filter Assembly
w. Pressure Gauge
x. E

2.3 Senarai Pemeriksaan / Pengujian Pada Jentera

BIL. PERKARA LULUS GAGAL


a. Pemeriksaan voltan masuk (_________ Volts)
b. Semakan penggunaan arus elektrik (____________ A)
c. Pemeriksaan pada thermostat (cut off at ____________)
Pengujian Pada Injab Keselamatan (Safety valve)
d.
(Valve blow at ___________ Bar)
e. Paparan suhu pada 121 C (_____________ C)
f. Paparan suhu pada 134 C (_____________ C)

93
LAMPIRAN 4.7-4
[ SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN LIF ]

94
95

Anda mungkin juga menyukai