Anda di halaman 1dari 4

Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 1: Suluh Masa Depan Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 2 – 3

Dengar dan fahami bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, cipta sebuah sajak
menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah, dan ungkapan yang berhuruf tebal dengan
betulnya. DSKP: SP1.1.1 KBAT Mencipta

Audio
KEMBALI KE SEKOLAH Cikgu Hanim: Erina, awak nampak sangat
bersemangat hari ini.
Riang gembira hatiku ini
Erina: Ya, cikgu. Hari inikan hari pertama
memulakan alam persekolahan
saya kembali ke sekolah setelah
tahun baharu azam baharu
bercuti panjang.
membawa harapan ibu bapaku
Cikgu Hanim: Apakah azam kamu tahun ini, Erina?
Matahari memancar Erina: Tahun ini saya mahu belajar dengan
bahangnya membara sungguh-sungguhnya, cikgu. Saya
sepertinya azamku ini mahu mendapatkan keputusan yang
kuingin menggapai cita-cita yang tinggi cemerlang dalam PT3 nanti. Saya
menuju wawasan yang lebih bererti berasa kesal kerana banyak masa saya
Mari kawanku habiskan dengan perkara yang kurang
marilah bersama berfaedah. Sudah sampai masanya
menuntut ilmu saya memberikan fokus terhadap
hingga berjaya pelajaran saya.
jangan pernah putus asa dan kecewa Cikgu Hanim: Baguslah begitu, saya harap kamu
demi masa depan yang bahagia. akan berusaha dengan gigihnya untuk
merealisasikan azam kamu itu. Bak
Irama lagu: Gemuruh nyanyian Faizal Tahir kata pepatah kalau tidak dipecahkan
Lirik: Leyna ruyung, manakan dapat sagunya.


Tajuk: Menggapai Impian

Kaki ini kembali melangkah ke sekolah lagi


menggandar harapan ibu bapa di bahu
yang mahu melihat diri ini mencapai cita-cita
menuntut ilmu sehingga berjaya
demi masa depan yang bahagia.

Kugenggam azam dan tekad


untuk mencapai kecemerlangan


mengerahkan segala usaha


kerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.
1

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 1 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 1: Suluh Masa Depan Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Membaca Buku Teks: m.s. 10 – 11

Baca maklumat yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, tandakan (✓) pada maksud
Pautan Digital

yang betul bagi istilah yang berhuruf tebal. DSKP: SP2.2.1

SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH (SBJK)

• Merupakan sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap keperluan untuk memberikan
akses pendidikan kepada golongan kanak-kanak yang berkenaan, iaitu kanak-kanak jalanan, kanak-kanak
terpinggir, kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri, dan kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah
pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar.
• Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dengan
kes jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar-kacir, tidak mempunyai tempat tinggal tetap, dan golongan
miskin tegar.
• Antara objektif penubuhan SBJK:

Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak
1
jalanan dan kanak-kanak terpinggir.

2 Mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk di Malaysia.

3 Memberikan peluang membentuk laluan kerjaya kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir.

4 Membina insan yang berilmu, berkemahiran, dan boleh berdikari.

1 inisiatif daya usaha ✓ daya tarikan

2 objektif kejayaan matlamat ✓

3 kondusif sesuai ✓ tenang

4 keciciran kekurangan ketinggalan ✓

5 peluang kelebihan kesempatan ✓

tidak mengharapkan orang sentiasa bersemangat untuk


6 berdikari ✓
lain untuk menolongnya memajukan diri
2

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 2 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 1: Suluh Masa Depan Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Menulis Buku Teks: m.s. 6 – 7

Fahami maklumat di bawah ini. Kemudian, tulis makna bagi kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan
yang berhuruf tebal. DSKP: SP3.1.1

Matlamat:
Hala tuju selepas Pendidikan Vokasional Menyediakan modal insan berkemahiran
PT3 Menengah Atas (PVMA) dan sedia melanjutkan pembelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi.

Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) merupakan salah satu cabang hala tuju bagi murid tingkatan
tiga yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Program ini merupakan alternatif
bagi murid-murid yang ingin mengikuti subjek vokasional di sekolah harian biasa. Antara objektif PVMA
termasuklah menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain aliran perdana yang sedia ada.
Selain itu, program ini juga sesuai untuk murid yang tercicir dan tidak berminat untuk mengikuti subjek
akademik yang lain. Program ini juga dapat memberikan kemahiran asas dan kemahiran spesifik yang
diperlukan dalam sektor perindustrian pada masa ini. Program PVMA menawarkan silibus yang lebih mudah
berbanding subjek akademik aliran perdana. Murid PVMA hanya ditawarkan tiga subjek akademik, iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah serta dua subjek aliran kemahiran iaitu, Matematik dan Pendidikan Islam
atau Pendidikan Moral. Murid akan melengkapkan modul kemahiran yang dipilih untuk melayakkan mereka
mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2. Terdapat pelbagai subjek vokasional yang
boleh dipilih antaranya termasuklah Automotif, Jahitan Pakaian, Penyediaan Makanan, Pembuatan Perabot,
Dekorasi Dalaman, Pembaikan Motosikal, dan lain-lain lagi. Selepas tamat tingkatan lima, murid boleh bekerja
atau menyambung pengajian SKM Tahap 3 dan Tahap 4 di institusi latihan kemahiran awam (ILKA), kolej
komuniti, atau politeknik dengan kelayakan yang diperoleh dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih, murid tingkatan tiga hendaklah memiliki hala tuju yang jelas untuk
memperoleh kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Rujuk Panduan Guru m.s. G3


Pendidikan Sivik
Kata/Rangkai Kata/Istilah/
Maksud
Ungkapan

1 hala tuju sesuatu yang ingin dicapai dan dilaksanakan oleh seseorang, negara,
organisasi, dan sebagainya secara khusus

2 alternatif pilihan yang merupakan kemestian

3 kemahiran spesifik kecekapan tertentu

4 pelbagai subjek vokasional beberapa jenis mata pelajaran berkenaan kursus pendidikan amali

5 menyambung pengajian meneruskan pelajaran

6 Hendak seribu daya, tak jika ada kemahuan, maka ada jalan untuk melakukannya. Sebaliknya,
hendak seribu dalih jika hati tidak mahu, maka ada sahaja alasan untuk tidak melakukan
sesuatu
3

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 3 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 1: Suluh Masa Depan

DSKP Tatabahasa Buku Teks: m.s. 8 – 9

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, bina ayat daripada kata nama dan kata
pinjaman yang berhuruf tebal. DSKP: SP5.1.1

Terkebil-kebil mata Hadi apabila melihat Cikgu Asma menyusun bahan-bahan masakan di atas meja guru. Ada
antara bahan tersebut yang dikenalinya. Selebihnya dia hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
“Baiklah, murid-murid, hari ini cikgu ingin memperkenalkan kamu dengan beberapa bahan masakan
yang biasa digunakan oleh ibu atau bapa kamu untuk memasak di dapur.”
Semua murid khusyuk melihat bahan-bahan yang dipamerkan oleh Cikgu Asma di hadapan kelas.
Cikgu Asma mula menarik perhatian murid-muridnya untuk mengikuti pembelajaran Sejarah dengan
bertanyakan soalan kepada mereka.
“Syamil, kenalkah kamu akan bahan ini?” Cikgu Asma menunjukkan sehelai daun yang mengeluarkan
Rujuk Panduan Guru m.s. 4
Praktis Digital

bau yang agak kuat.


“Ini daun kari cikgu,” jawab Syamil dengan penuh yakin.
“Betul!”
“Baiklah, ini pula apa?” tanya Cikgu Asma kepada Adira sambil menunjukkan tiga bahan yang digelar
rempah tiga sekawan. Adira membelek-belek dan mencium bahan masakan tersebut.
Adira hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan.
“Ini bunga lawang, bunga cengkih, dan kulit kayu manis,” terang Cikgu Asma dengan lemah lembut.
Cikgu Asma menunjukkan beberapa lagi rempah ratus seperti buah pelaga, halba, jintan manis, jintan
putih, serta lada hitam.
“Pada zaman dahulu, negeri Melaka amat terkenal sebagai pelabuhan utama untuk para pedagang
kerana faktor kedudukannya yang strategik. Pedagang dari Benggala yang terdiri daripada pedagang Arab
dan Parsi, Turki, dan Absinia, membentuk satu syarikat yang besar untuk datang ke Melaka. Antara barang
yang dibawa oleh mereka termasuklah beras, gula, daging kering, kain, dan sayur-sayuran kering. Barangan
tersebut kemudiannya ditukar ke Melaka untuk membeli lada, jagung, bunga cengkih, sutera dari China,
tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa, dan pelbagai barangan lain,” terang Cikgu Asma.
Murid-murid Tingkatan 3 Ibnu Batutta tekun mendengar penerangan Cikgu Asma mengenai perdagangan
pada zaman kegemilangan Melaka dahulu. Cikgu Asma sentiasa mencari idea baharu yang kreatif untuk
menarik perhatian murid-muridnya mempelajari subjek Sejarah.

1 meja Zara dan rakan-rakannya menyusun meja di dalam kelas itu dengan kemasnya.

2 khusyuk Hadif khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru kaunseling itu.

Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Hanim untuk mencari maklumat tentang khasiat
3 halba
halba untuk kesihatan.

Firaz bercita-cita untuk memajukan lagi syarikat milik ayahnya itu pada masa akan
4 syarikat
datang.

Cikgu Asri menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajarkan subjek Sains di


5 subjek
sekolahnya.
4

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 4 11/17/20 9:53 AM

Anda mungkin juga menyukai