Anda di halaman 1dari 4

Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 16 –17

Dengar rakan anda menyampaikan ceramah dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti
pernyataan yang diberikan sama ada “betul” atau “salah”. DSKP: SP1.1.2

Audio
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para guru dan murid-murid sekalian. Pada pagi yang mulia
ini saya ingin menyampaikan sebuah ceramah tentang “Cara-cara Menangani Masalah Kemurungan”.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut mengenai masalah kemurungan, eloklah saya menerangkan
maksud kemurungan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat kemurungan ialah keadaan apabila seseorang
mengalami rasa kecewa dan putus asa yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir, dan
rasa bersalah yang keterlaluan. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina, atau
bangsa. Kemurungan dapat berlaku dalam jangka masa yang panjang.
Antara tanda kemurungan termasuklah kesedihan, hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti yang biasanya
mendatangkan keseronokan, cepat rasa letih , mudah putus asa, rasa diri tidak berguna, gangguan tidur atau

Rujuk Panduan Guru m.s. G5


terlebih tidur, hilang selera makan, penurunan berat badan, rasa tidak tenteram dan mudah marah. Selain
itu, terdapat juga simptom-simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, gangguan penghadaman,

Praktis Digital
serta mudah cemas.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
Sebenarnya kemurungan boleh dirawat. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom kemurungan
yang saya telah sebutkan tadi, anda hanya perlu bertenang dan berfikiran positif. Amalkan gaya hidup
yang sihat dengan melakukan aktiviti riadah. Selain itu, luahkan masalah yang sedang anda hadapi kepada
ahli keluarga, rakan-rakan yang dipercayai, dan bertemu dengan doktor atau pegawai kesihatan. Akhir
sekali, elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda stres jika anda sedang menghadapi
kemurungan.
Setakat ini sahaja perkongsian ilmu saya pada kali ini. Saya mohon maaf andai ada tersilap bicara.
Izinkan saya melafazkan serangkap pantun sebelum saya mengundurkan diri.
Bunga mawar dalam jambangan,
Baunya harum sungguh mempesona;
Cegah diri daripada kemurungan,
Pasti hidup lebih bermakna.
Sekian, saya akhiri kalam saya dengan ucapan terima kasih.

Pernyataan Betul/ Salah


1 Kemurungan ialah penyakit yang boleh dihidapi oleh golongan dewasa sahaja. Salah
2 Antara tanda kemurungan termasuklah cepat rasa letih, mudah putus asa, rasa diri Betul
Rujuk Panduan Guru m.s. G5

tidak berguna, dan berasa tidak tenteram.


3 Kemurungan merupakan penyakit yang amat serius dan tidak boleh dirawat. Salah
Aktiviti PAK-21

4 Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah untuk merawat Betul
kemurungan.
5 Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda stres jika Betul
anda sedang menghadapi kemurungan.
5

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 5 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Membaca Buku Teks: m.s. 18 –19

Baca dan petikan cerpen di bawah ini dengan sebutan, intonasi yang betul, dan nada yang sesuai.
Kemudian, kenal pasti laras bahasa bagi ayat yang berhuruf tebal. DSKP: SP2.1.2

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat dua kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan ke Pusat
Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan”.
“Hmmm …”
Azfar mengeluh tatkala mendengar sidang media yang disampaikan oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham, Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia. Kes COVID-19 semakin meningkat. Hal ini membimbangkan dirinya.
Setiap hari pasti ada sahaja kes baharu. Sudah seminggu dia berkurung di dalam rumah memandangkan
kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
“Semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” doa Azfar dalam hati.
“Kenapa kamu termenung Azfar?” tiba-tiba ibunya muncul dari dapur dengan membawa dulang berisi
teh dan beberapa biji kuih karipap untuk minum petang.
“Azfar bimbang akan ayah, ibu,” luah Azfar.
“Kes COVID-19 semakin meningkat, ayah pula sudah seminggu tidak dapat pulang ke rumah kerana
bimbang akan terbawa pulang virus itu,” luah Azfar lagi.
“Jangan risau, ibu yakin pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa menjaga
keselamatan doktor serta kakitangan hospital yang lain,” jawab ibu dengan penuh tenang.
“Lagipun ayah sudah beritahu, prosedur keselamatan untuk merawat pesakit sangat ketat. Ayah perlu
memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap sekiranya merawat pesakit yang dijangkiti
COVID-19,” terang ibu lagi.
Jawapan ibu mengingatkan Azfar tentang gambar yang dihantar oleh ayahnya seminggu yang lalu.
Ayah mengenakan baju yang disarungkan dengan apron dan gaun. Selain itu, ayah perlu memakai
sarung tangan getah sebanyak dua lapis, pelitup muka N95 serta pelindung muka supaya tidak dijangkiti
penyakit COVID-19. Azfar sangat kasihan kepada ayahnya namun pada masa yang sama dia sangat
bangga akan ayahnya yang boleh dianggap sebagai hero dalam peperangan melawan penyakit
COVID-19 ini.

Laras Bahasa Cerpen Contoh

1 Dialog Kes COVID-19 semakin meningkat.

“Jangan risau, ibu yakin pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan


2 Laras bahasa
sentiasa menjaga keselamatan doktor serta kakitangan hospital yang
media
lain,” jawab ibu dengan penuh tenang.
Rujuk Panduan Guru m.s. G6
Aktiviti PAK-21

“Semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” doa Azfar


3 Ayat majmuk
dalam hati.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat dua kematian akibat COVID-


4 Ayat tunggal 19 yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis
(CPRC) Kebangsaan”.

Azfar sangat kasihan kepada ayahnya namun pada masa yang sama dia
5 Monolog sangat bangga akan ayahnya yang boleh dianggap sebagai hero dalam
peperangan melawan penyakit COVID-19 ini.
6

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 6 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Menulis Buku Teks: m.s. 24 – 25

Fahami poster di bawah ini. Lengkapkan maklumat dalam petikan dengan betulnya dan

Pautan Digital
tepatnya. DSKP: SP3.3.1

Norma Baharu di Sekolah t


COVID–19 #kitateguhkitamenang

Saringan Tiada aktiviti


1 5
kesihatan di yang melibatkan
pintu masuk perhimpunan

2 Kerap mencuci tangan


6

Rujuk Panduan Guru m.s. G7


dengan air dan sabun atau Lakukan pembersihan
pembersr ihan
gunakan pensanitasi tangan pada permukaan yang
kerap disentuh
3

Praktis Digital
PPe matuhan penjarakan
Pematuhan penja
n rakan
fizikal sepert
r i di:
seperti
- kelas 7 Buka tingkap
- bilik mesyuarat dan pintu kelas bagi
- kantin pengudaraan yang baik
- pondok menunggu bas
PPastikan
Pa stikan
4 Amalkan etika 8 tandas sekolah
batuk dan bers
r in
bersin sentiasa bers
r ih
bersih
yang betul

Sebagai murid yang bertanggungjawab pelbagai perkara yang perlu kita lakukan untuk mematuhi norma
baharu di sekolah. Norma baharu ini amat penting untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Antaranya
termasuklah murid-murid hendaklah melakukan saringan kesihatan sebaik sahaja mereka berada di pintu
masuk sekolah. Selain itu, (1) murid-murid mestilah kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun
atau gunakan pensanitasi tangan . Di samping itu, murid-murid (2) diminta untuk mematuhi
penjarakan fizikal sebanyak satu meter di mana-mana sahaja mereka berada . Sentiasalah
(3) amalkan etika batuk dan bersin yang betul . Aktiviti yang melibatkan
(4) perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali . Murid-murid diminta untuk memberikan
kerjasama yang baik (5) semasa pihak pengurusan sekolah melakukan kerja-kerja pembersihan pada
permukaan yang kerap disentuh seperti kerusi, meja, tombol pintu, dan papan kekunci komputer .
Seterusnya, bukalah (6) tingkap dan pintu kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
bagi mendapatkan pengudaraan yang baik . Akhir sekali, pihak sekolah mestilah memastikan tandas
sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
7

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 7 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa

DSKP Seni Bahasa Buku Teks: m.s. 24 – 25

Baca dan fahami gurindam yang diberikan di bawah ini. Kemukakan pengajaran yang
terdapat dalam gurindam tersebut. DSKP: SP4.1.2 KBAT Menganalisis; Menilai
Audio

GURINDAM JAGA DIRI


Jagalah matamu daripada buta,
Melihat kepayahan insan yang derita.
Jagalah hatimu daripada menjadi keras,
Kelak kaumampu berfikiran waras.
Jagalah bibirmu daripada berkata dusta,
Agar percakapanmu tidak mengundang nista.
Jagalah tingkah lakumu daripada berbuat noda,
Yang bakal mengundang sebak di dada.
Jagalah nafsumu daripada terus bermaharajalela,
Agar dirimu terhindar daripada bala.
Jagalah langkahmu sebaik yang mungkin,
Agar engkau menjadi makhluk yang yakin.

6 Kita hendaklah melangkah 1 Kita hendaklah sentiasa


dengan sebaik mungkin agar membantu orang yang berada
dapat hidup dengan baiknya. dalam kesusahan.

5 Kita perlulah menjaga nafsu 2 Kita mestilah sentiasa bertindak


supaya dapat mengelakkan diri Pengajaran
Gurindam secara rasional dalam setiap
daripada terus mendapat dosa. Jaga Diri perbuatan.
Rujuk Panduan Guru m.s. G8
Aktiviti PAK-21

4 Kita disarankan supaya


menjaga kelakuan agar tidak
membuat keburukan yang akan
3 Kita hendaklah menjaga
menyebabkan kita berasa
percakapan agar tidak
menyesal. menghina orang lain.
8

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 8 11/17/20 9:53 AM

Anda mungkin juga menyukai