Anda di halaman 1dari 4

Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 5: Dirgahayu Negaraku Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 54 – 55

Lakonkan bicarawara di bawah ini dengan seorang rakan anda. Kemudian, berikan respons
yang sesuai berdasarkan bicarawara tersebut. DSKP: SP1.4.2

Audio
Penyampai radio: Salam sejahtera buat semua pendengar radio. Saya ingin memperkenalkan
tetamu yang bersama-sama dengan saya di konti pada hari ini ialah Cik Nordina
Nordin. Beliau merupakan golongan kurang upaya yang mampu menyumbang
kemahiran beliau dengan menjahit pakaian perlindungan diri untuk disumbangkan
kepada pihak hospital. Pakaian tersebut digunakan oleh para petugas kesihatan untuk
merawat pesakit COVID-19. Selamat datang, Cik Nordina. Apa khabar?
Cik Nordina : Syukur, saya sihat. Terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai tetamu
jemputan pada hari ini.
Penyampai radio: Untuk pengetahuan para pendengar, Cik Nordina tidak mempunyai sepasang tangan
dan hanya menjahit menggunakan kaki. Keupayaan beliau sangat mengagumkan.
Bolehkah Cik Nordina terangkan, bagaimanakah cara Cik Nordina menjahit pakaian
tersebut tanpa menggunakan tangan?
Cik Nordina: Sebenarnya, tidak susah menggunakan kaki untuk menjahit. Saya menjahit dan
menggunting kain sama seperti tukang jahit lain. Namun begitu, saya melakukannya
menggunakan kaki. Mungkin pada pandangan orang lain, pekerjaan tersebut agak
susah. Namun begitu, saya boleh melakukannya dengan mudah kerana saya sudah
biasa menggunakan kaki untuk menguruskan diri dan melakukan segala pekerjaan.
Buat pengetahuan para pendengar, sebenarnya saya sudah lama terlibat dalam bidang
jahitan dan inilah kelebihan yang diberikan Tuhan kepada saya.
Penyampai radio: Saya dimaklumkan, Cik Nordina ada melibatkan diri dalam program sukarelawan
komuniti. Boleh Cik Nordina terangkan tentang program tersebut?
Cik Nordina: Saya sudah terlibat dengan aktiviti sukarelawan komuniti selama lima tahun.
Pihak kami akan membantu pihak kerajaan dalam memberikan pelbagai bantuan
untuk golongan yang memerlukan. Kini, pihak kami masih terus menjahit pakaian
perlindungan diri untuk hospital-hospital yang memerlukan.
Penyampai radio: Wah, hebat betul Cik Nordina! Saya sangat kagum dan bangga atas sumbangan yang
Cik Nordina berikan kepada negara.

1 Berdasarkan bicarawara tersebut, siapakah Cik Nordina?


Cik Nordina merupakan golongan kurang upaya, iaitu tidak mempunyai sepasang tangan tetapi mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam bidang jahitan.
Rujuk Panduan Guru m.s. G17

2 Apakah sumbangan Cik Nordina kepada negara?


Sumbangan Cik Nordina kepada negara menjahit pakaian perlindungan diri untuk para petugas kesihatan.
Aktiviti PAK-21

Selain itu, beliau menjadi sukarelawan komuniti selama lima tahun bagi membantu pihak kerajaan dalam
memberikan pelbagai bantuan untuk golongan yang memerlukan. Kini, beliau masih meneruskan lagi
khidmat menjahit pakaian perlindungan diri untuk hospital-hospital yang memerlukan bagi merawat

17 pesakit COVID-19.

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 17 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 5: Dirgahayu Negaraku Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Membaca Buku Teks: m.s. 56 – 57

Baca dan fahami bahan grafik di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan maklumat
Pautan Digital

yang terdapat dalam bahan grafik tersebut, kemukakan ulasan anda. DSKP: SP2.2.3
KBAT Menganalisis, Mencipta

RUKUN Ř Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970

NEGARA
Ř Diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969
Ř Dibentuk dengan tujuan utama untuk
membentuk perpaduan yang kukuh
Rujuk Panduan Guru m.s. G18
Praktis Digital

OBJEKTIF PRINSIP
Mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan masyarakat Kepercayaan kepada Tuhan

Memelihara satu cara


hidup demokrasi
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Mencipta satu masyarakat yang adil


supaya kemakmuran negara dapat dinikmati Keluhuran Perlembagaan
bersama secara adil dan saksama

Membentuk satu sikap yang liberal


terhadap kepelbagaian tradisi dan budaya Kedaulatan Undang-undang
Rujuk Panduan Guru m.s. G18
Pendidikan Sivik

Membina sebuah masyarakat progresif yang


akan menggunakan sains dan teknologi moden Kesopanan dan Kesusilaan

Bahan grafik di atas menunjukkan maklumat tentang Rukun Negara. Rukun Negara telah diisytiharkan di
negara kita pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan nilai
perpaduan antara kaum di Malaysia. Objektif utama pembentukan Rukun Negara adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh antara kaum. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan
kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Terdapat lima
prinsip Rukun Negara yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia. Pertama, kepercayaan kepada Tuhan.
Kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Ketiga, keluhuran perlembagaan. Keempat, kedaulatan undang
undang dan kelima, kesopanan dan kesusilaan. Amalan prinsip Rukun Negara mempunyai peranan yang
besar dalam membentuk negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Rukun Negara mampu mencapai
perpaduan yang erat antara kaum sekali gus memelihara satu hidup yang demokratik. Setiap rakyat Malaysia
harus berpegang kepada prinsip Rukun Negara agar dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang
perselisihan mengenai hak dan kesamarataan.

18

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 18 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 5: Dirgahayu Negaraku Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Membaca Buku Teks: m.s. 62 – 63

Berdasarkan kedua-dua bahan yang diberikan. Berikan ulasan anda tentang kedua-dua bahan
tersebut. DSKP: SP2.3.1 KBAT Menganalisis; Mencipta

Bahan 1 Bahan 2

Sajak: Demi Cinta Tanah Ini


Pak Salleh mengerut dahi sambil menekan-nekan
butang kalkulator. Bulan ini sahaja dia kerugian Demi cinta tanah ini
hampir RM800. Penduduk kampung yang datang kita belajar erti persamaan
di kedainya bukan kaya-raya, bukan orang berduit. kita belajar erti perpaduan
“Tak diberi hutang, kasihan pula,” dia bermonolog kita belajar erti keadilan.
sendirian. “Apa yang mahu dimakan oleh Nek
Esah? Apa yang nak dijamah Pak Abu kalau aku Demi cinta tanah ini
tak memberikan hutang?” fikirnya lagi. Ditelan mati kita majukan bersama-sama
emak, diluah mati bapa. Begitulah keadaan Pak Salleh tanpa kenal lelah serta keringat
yang hanya membuka kedai runcit kecil-kecilan mengaum gah seantero dunia
di kampung. Niatnya hanya mahu memudahkan menuju wawasan jaya.
penduduk kampung mendapatkan bekalan keperluan
Demi cinta tanah ini
dan makanan tanpa perlu ke bandar yang jaraknya
kita ketepikan rasa dengki
lebih 10 kilometer.
kita semai tunas budi
Pak Salleh membuka kedai runcit itu sejak
kita pupuk nilai baik hati
lima tahun lalu di kampung selepas bersara sebagai
agar kita sentiasa hidup bahagia.
seorang tentera. Dia tidak kisah orang kampung mahu
berhutang demi kelangsungan hidup. Kadang kala Angin benci kita tentang
Pak Salleh mengurangkan harga barang yang dibeli serunai pertelingkahan kita diamkan
sekiranya yang datang ke kedainya merupakan fakir setialah kita pada tanah ini
miskin tanpa mengira kaum. Bagi Pak Salleh, niatnya menabur budi tanpa henti
bersedekah akan menambahkan lagi rezekinya. agar dapat terus dinikmati oleh setiap generasi.

Berdasarkan kedua-dua bahan tersebut, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diperoleh. Antaranya ialah
nilai baik hati. Contohnya, nilai baik hati yang dimiliki oleh Pak Salleh dalam Bahan 1 jelas terbukti apabila dia
sanggup memberikan hutang kepada orang kampung. Hal ini menunjukkan bahawa Pak Salleh bukanlah
seorang yang hanya mementingkan keuntungan. Dia hanya mahu membantu orang kampung mendapatkan
barangan keperluan tanpa perlu pergi ke bandar yang jaraknya agak jauh. Nilai baik hati yang terdapat dalam
Bahan 2 dapat dilihat dalam rangkap ketiga sajak. Penyajak menekankan bahawa nilai baik hati perlu dipupuk
Rujuk Panduan Guru m.s. G19

dalam jiwa agar rakyat hidup bahagia.


Seterusnya, nilai bertolak ansur. Berdasarkan Bahan 1 Pak Salleh mengurangkan harga barang yang dibeli
Aktiviti PAK-21

oleh pelanggan sekiranya pelanggan itu merupakan fakir miskin tanpa mengira kaum. Bagi Bahan 2 pula nilai
bertolak ansur terdapat dalam rangkap keempat puisi. Hal ini terbukti apabila penulis menyeru rakyat agar
tidak benci-menbenci dan tidak berbalah antara satu dengan yang lain.
19

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 19 11/17/20 9:53 AM


Nama: ........................................................................................... Kelas: ..................................... Tarikh: .....................................

TEMA 5: Dirgahayu Negaraku Tahap Penguasaan


1 2 3 4 5 6

PBD Menulis Buku Teks: m.s. 58 – 59

Berdasarkan rangka karangan yang diberikan, tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 180 patah perkataan. DSKP: SP3.4.5 KBAT Mencipta

Soalan

Sejak akhir-akhir ini banyak murid tidak cakna akan kepentingan mata pelajaran Sejarah sangat penting
kepada murid-murid supaya mereka dapat menghayati tanggungjawab menjaga dan memelihara keamanan
negara. Anda diminta untuk menulis sebuah ceramah yang bertajuk “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah
kepada Murid-murid”.
Murid murid .

Pendahuluan

Tema : Patriotisme
Isu : Mata pelajaran Sejarah sangat penting kepada murid-murid supaya mereka sedar akan
tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara keamanan negara
Skop tugasan : Kepentingan
Kepentinga mempelajari mata pelajaran Sejarah

Isi-isi penting

• Sebagai iktibar atau satu pengajaran untuk kepentingan masa depan


• Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid
• Memupuk semangat perpaduan yang utuh antara kaum
• Melahirkan ggenerasi yyang
g lebih rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan

Penutup

Kesimpulan : Sejarah merupakan panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik
Harapan : Subjek ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh semua murid
Cadangan : Semua murid harus mempelajarinya dengan penuh penghayatan

Ungkapan Menarik

– Tak kenal maka tak cinta


– Melentur buluh, biarlah waktu rebungnya
– Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Rujuk Panduan Guru m.s. G20
Aktiviti PAK-21

(Rujuk JAWAPAN, muka surat 165-184) 20

01 BK BM TG3-NM-TEMA 1-5 Venus 1P.indd 20 11/17/20 9:53 AM

Anda mungkin juga menyukai